Anak Sungai Derhaka |
- Najib tiru idea Anwar lagi!.. Anwar janji nak bagi Permit Teksi, Najib pun bagi Permit Teksi..
- Najib akan jimatkan RM1,188 jika sertai kempen Earth Hour
- SPR buang rekod Papagomo, bukti pengundi hantu
- Najib umum letak jawatan!
Najib tiru idea Anwar lagi!.. Anwar janji nak bagi Permit Teksi, Najib pun bagi Permit Teksi.. Posted: 23 Mar 2013 07:08 AM PDT Samada etuju atau tidak kita perlu akui bahawa Pemandu Teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini kerana merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat. "Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi," kata Anwar Ibrahim. Oleh kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan permit teksi kepada setiap pemandu teksi, beberapa bulan yang lalu, Kerajaan UMNO/BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika harga melebihi had yang ditawar. Bagaimanapun langkah tersebut telah dianggap sebagai hanya menguntungkan kroni mereka sahaja yang terlibat dalam industri melibatkan tayar... dan menjadi bahan tawa ramai Pemandu Teksi. Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta. "Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah," kata Ketua Pembangkang itu. Berucap depan lebih 2,000 rakyat dalam satu ceramah di Sabak Bernam. Anwar menyifatkan sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata. "Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik. "Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini? "Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu," sindirnya dan disambut sorakan rakyat. Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13. "Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi. "Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?" katanya yang disambut sorakan menolak sogokan Umno BN itu lapor Keadilandaily Menyedari langkah pentadbirannya menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar adalah tidak menepati kehendak sebenar Pemandu Teksi, Perdana Menteri, Najib Tun Razak tanpa segan silu meniru idea Ketua Pembangkang itu.... 24 Mac 2013 pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya akan berlangsung Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak... Banyaknya agenda yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat ditiru oleh Najib.. sia-sia saja dihabiskan duit rakyat untuk membayar gaji kumpulan pemikir (think thank) yang ada dalam kerajaan tu... Kalau semua nak tiru.. biar Pakatan Rakyat menerajui negara sajalah... |
Najib akan jimatkan RM1,188 jika sertai kempen Earth Hour Posted: 23 Mar 2013 04:52 AM PDT Kempen Earth Hour sangat signifikan untuk menyedarkan Datuk Seri Najib Razak tentang kepentingan penjimatan elektrik berikutan pembaziran kos yang melampau sebanyak RM1,188 sejam untuk rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih memeranjatkan, menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah tersebut dibahagikan dengan RM10,267,868.15 (10 juta) untuk setahun. Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, sebagai pemimpin, Najib perlu meneliti kos penggunaan sumber harian dan mengambil kira faktor penjimatan, bukan berbelanja sewenang-wenangnya untuk membayar utiliti. "Najib dah melampau, dia patut ada penasihat khas untuk ajar mengenai kaedah penjimatan. Bayangkan dalam masa sejam, berapa banyak duit rakyat dapat dijimatkkan, bandingkan pula dengan kos elektrik rumah PM dan TPM," katanya ketika dihubungi. Earth Hour adalah kempen penjimatan elektrik seluruh dunia dengan matlamat memberi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjimatan elektrik, dimulakan sejak 2007 dan dilaksanakan setiap tahun. Kempen itu yang bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam esok di seluruh negara akan digerakkan di seluruh dunia. Lebih 135 negara dijangka menyertai kempen dan akan bergelap selama sejam dalam misi menjimatkan sumber tenaga dunia dan kos pengguna. Yahya berkata, perkara yang sering dilihat remeh ini sebenarnya cukup menentukan tahap mentaliti seorang pemimpin. "Dia (Najib) suruh rakyat jimat elektrik sedangkan bil rumah dia melambung. Itu tak masuk lagi pejabat rasmi, semua yang dibayar menggunakan wang negara. Patutnya, dia perlu teliti dan amanah. "Sebelum mencanang transformasi ekonomi negara kepada rakyat, Najib perlu transformasikan perbelanjaan dirinya dan keluarga," sinis Yahya. Menyambut baik kempen tersebut, Yahya berkata, misi penjimatan sumber anjuran Tabung Alam Sedunia (WWF) itu selari langkah penjimatan yang cuba dipraktikkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat. Menurut Yahya, dinyatakan salah satu sumber pendapatan kewangan untuk melaksanakan manifesto adalah melalui kaedah penjimatan. Kempen ini katanya menunjukkan kaedah penjimatan turut digunapakai seluruh dunia. "Kalau WWF yakin sejam penjimatan boleh bantu selamatkan dunia, maknanya kaedah penjimatan seperti dicadang Pakatan Rakyat dalam manifesto lebih dari cukup untuk selamatkan negara," jelas Yahya. Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya dan disewa kerajaan Malaysia. Turut didedah sebelum ini, kos selenggara kediaman mereka itu menelan belanja RM50 juta setahun. ~Keadilandaily |
SPR buang rekod Papagomo, bukti pengundi hantu Posted: 23 Mar 2013 12:03 AM PDT KEADILAN hari ini mengesan rekod Papagomo dibuang dari daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pendedahan bahawa blogger Umno itu merupakan pengundi hantu. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, semakan pihaknya mendapati rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam daftar SPR. papagomospr23032013"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," kata Rafizi dalam kenyataan media. Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih. Satu adalah sebagai pengundi pos mengguna kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan nombor kad pengenalan 830121-03-5019. Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan. Sementara itu, beliau berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengakui wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi seperti dilapor portal The malaysian Insider hari ini. Bagaimanapun katanya, alasan bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, dan ia seolah-olah cuba menyalahkan PDRM. Beliau mencadangkan agar SPR menubuh satu pasukan untuk duduk semeja dengan PDRM dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera. "Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi. Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat. ~ Keadilandaily |
Posted: 22 Mar 2013 10:32 PM PDT Langkah yang diambil oleh Perdana Menteri tersebut dipercayai dilakukan oleh beliau sebagai tanda protes berikutan Parlimen enggan untuk bersetuju mengenai undang-undang mentadbir pilihan raya yang ditetapkan untuk akhir tahun ini.. Selain itu keengganan Kabinet untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara, yang akan bersara juga dikatakan sebagai antara faktor beliau meletak jawatannya. Bagaimanapun Najib dalam isu ini ialah Najib Mikati, Perdana Menteri Lebanon.. bukannya Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.. Ini laporannya... Najib Tun Razak nak letak jawatan??.. jauh panggang dari babi laa... nak umum bubar Parlimen pun dia takut, nak letak jawatan macam mana? Laporan penuh sila baca di sini.. 'Lebanese prime minister resigns amid infighting' |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan