Rabu, 20 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Program Transformasi Ekonomi berjaya?.. Auta Najib saja tu.. baca laporan kajian ini..

Posted: 20 Mar 2013 05:53 AM PDT


Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan laporan hasil kerja Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang genap 3 tahun perlaksanaannya semalam yakni pada 19 March 2013.

Dalam pembentangan tersebut, Najib mengumumkan bahawa tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang mengkagumkan.

Namun begitu walaupun mengumumkan program tersebut telah mencapai kejayaan beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu..

Oleh itu beliau menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen walaupun telah sudah tamat penggal 5 tahun Parlimen..

Adakah benar apa yang diumumkan oleh Najib itu bawaha Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan mencapai kejayaan?

Jika benar sudah mencapai kejayaan yang mengkagumkan kenapa pula beliau memerlukan masa tambahan??

Sebenarnya apa yang Najib bentangkan itu hanyalah auta semata-mata, cukup sekadar untuk membuatkan macai-macai UMNO yang kurang cerdik gembira sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya..

Ini adalah apa yang dibentangkan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal serta memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik..

Walaupun panjang berjela.. berbaloi meluangkan masa membacanya.. bacalah supaya tak menjadi mangsa pembodohan oleh Najib!!

GTP: Pertunjukan Mempesonakan, Isi Kandungan Berongga

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasai tekanannya apabila kadar sokongan terhadap beliau menunjukkan penurunan. Keadaan tidak menyebelahinya apabila beberapa kajian turut meramalkan Najib akan gagal dalam penawanan semula kerusi dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) akan datang ini. Keadaan ini bakal mengakibatkan Najib menjejaki langkah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa mengangkat bendera putih dan berundur selepas PRU ke-12 yang lalu.

Dalam usaha saat-saat terakhir menarik sokongan rakyat, Najib menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen walaupun telah sudah tamat penggal 5 tahun Parlimen. Menurut Najib, beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), malah menyeru rakyat untuk memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan pentadbirannya.

Najib membentangkan Laporan Pengumuman laporan hasil kerja ETP dan GTP yang dilaksanakan selama 3 tahun semalam yakni pada 19 March 2013. Dalam pembentangan tersebut, Najib mengumumkan bahwa kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang kagum. Contoh kejayaan menurut GTP beliau termasuklah; penurunan kadar Jenayah, peningkatan dalam purata pendapatan isi rumah, kadar inflasi terendah di rantau dan lain-lain. Najib juga mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disalurkan setiap tahun. Namun, ianya juga didapati bahawa beberapa isu penting tidak mendapat perhatian, terutamanya kadar hutang dan defisit negara.

Selaku Menteri Kewangan, Najib tidak kelihatan berprihatin langsung terhadap hutang negara yang kini telahpun mencecah RM502,359juta, di mana mencakupi sebanyak 53.3 peratus daripada jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK). Sedangkan beliau beria-ria dengan pencapaian program-program transformasi yang diperkenalkan dan giat digerakkan olehnya, Najib tidak mengkaji dengan teliti keadaan kewangan negara yang kian membimbangkan, ataupun sengaja ditepikan demi mempertahankan air mukanya sebagai pemimpin tertinggi dalam negara, lebih-lebih lagi, demi mempertahankan tampuk pimpinannya.

Selain itu, Najib turut berniat menyembunyikan perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah selepas beliau mengambil alih Putrajaya dan melaksanakan program transformasi yang kononnya seumpama "kenderaan yang membawa negara kita menuju ke destinasi negara yang berpendapatan tinggi". Pencapaian yang diraikan sememangnya dihiasi dengan peruntukan dan perbelanjaan yang tinggi-tinggi belaka. Contohnya, jumlah perbelanjaan kerajaan Najib bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, dan ini sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi! Walaupun negara terpaksa berhadapan dengan deficit yang meruncing akibat ketidaktelusan dan ketirisan yang serius dalam pentadbiran, Najib tidak menunjukkan dedikasi dan usaha untuk menjimatkan kos dan menolak perbelanjaan yang ghairah. Kekayaan negara dan kebajikan rakyat terpaksa digadai, sekadar-kadarnya demi memenuhi keangkuhan seseorang pemimpin.

Taktik Menarik Sokongan

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), sebuah badan pemikir dan penyelidikan berpendapat pengumuman kejayaan GTP dibuat berasaskan perasaan positif palsu yang diberikan untuk membuktikan Najib berjaya menakluki gunung kejayaan sosio-ekonomi di bawah pentadbiran beliau.

Dalam pembentangan Najib, beliau telah beberapa kali menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang menepati janji sambil mengkritik Pakatan Rakyat (PAKATAN) sebagai pihak yang tiada kemampuan untuk menunaikan janji-janjinya. Najib turut mengancam negara akan menjadi teruk jika berlakunya pertukaran kerajaan. Adakah kita mahukan seorang pemimpin yang menggugut keselamatan jika kita tidak mengekalkan kuasa beliau?

Menurut beberapa kajian antarabangsa dan badan bukan kerajaan, di mana berada kejayaan yang didokong, pastinya terdapat kegagalan yang disembunyikan dan dalam isu ini, terdapat beberapa kegagalan 7 NKRA di bawah GTP. Terutamanya masalah penurunan kadar jenayah yang berbeza dengan persepsi rakyat terhadap jenayah yang tidak didapati dalam laporan yang baru-baru ini. Adakah inisiatif mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah (Crime – Reduce Fear of Crime) yang telah diperuntukkan sebanyak RM170 juta pada tahun 2012 telah membawa kesan positif kepada rakyat Malaysia? Ianya terbuka untuk perdebatan.

Walaupun kerajaan menegaskan kadar jenayah di negara ini telah menurun, akan tetapi, Kumpulan pemerhati jenayah, Mywatch mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam NKRA walaupun pentadbiran Najib telah menjelaskan perbezaan antara persepsi rakyat terhadap jenayah dengan angka Pemandu merupakan suatu perkara yang amat penting kepada rakyat.

Oleh demikian, ianya didapati bahawa pengumuman GTP hanya fokus kepada pencapaian dan kejayaan yang mislead merupakan satu taktik Najib bagi menarik balik sokongan rakyat demi mengekalkan kuasa pentadbiran negara beliau.

Berdebat dengan Anwar, Jangan Berlakon Seorang Diri

KPRU mendapati sebagai seorang Perdana Menteri, Najib merupakan seorang pemimpin negara yang menggemari berada di atas pentas, walaupun sehingga masa kini masih tidak membalas jemputan daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai dasar ekonomi negara ini di hadapan seluruh rakyat. KPRU menggesa Najib memberi peluang kepada rakyat untuk menilai tawaran manifesto PAKATAN dan membuat perbandingan dengan dasar GTP melalui perdebatan antara beliau dan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan perdebatan tersebut disiarkan secara langsung melalui RTM tanpa penapisan.

KPRU menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi, adalah wajar untuk memberikan peluang kepada calon pemimpin negara untuk menyampaikan dasar-dasar kepada rakyat. Manakala, rakyat harus diberikan peluang untuk membuat pilihan yang paling tepat semasa PRU tanpa ugutan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, KPRU menuntut perdebatan antara Najib dan Anwar diadakan sebelum PRU-13, dan bukannya terukan persembahan solo beliau dengan berada di pentas berlakon dengan dirinya.

Berdirinya di atas pentas dengan begitu besar hati, Najib kelihatan begitu teruja dengan tepukan apabila menyindir manisfesto yang dilancarkan oleh PAKATAN bertema PAKATAN Harapan Rakyat. Namun, beliau masih tidak kelihatan bersedia untuk menyahut undangan Anwar Ibrahim yang telah berkali-kali mengajak Perdana Menteri untuk berbahas. Sekiranya Najib begitu berkeyakinan dengan keberkesanan dan kejayaan program transformasi serta dasar-dasar lain yang dilaksanakan kerajaan BN, mengapakah beliau tidak sanggup berbahas dengan Anwar Ibrahim untuk sekali gus menyerlah kemampuannya yang tidak dapat dipersoalkan?

Jadual 1: Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP


Laporan ini diterima melalui e-mail dari KPRU

Parlimen Bubar hari ini?.. Ini jawapan dari Pejabat Perdana Menteri

Posted: 20 Mar 2013 12:06 AM PDT


Tersebarnya gambar di atas dilaman-laman Blog dan FaceBook hari ini menjadikan alam cyber ini gawat dengan cerita kononnya Najib akan membubarkan Parlimen hari ini..

Aku sendiri yang sedang memandu untuk keluar makan tengahari hari ini dihujani dengan SMS dan panggilan telefon dari ramai sahabat yang bertanya 'Benarkan Parlimen akan dibubar hari ini?".

Ada yang aku jawab.."Entah.. Najib tak bagitahu aku lagipun...."

Ada yang aku berikan jawapan "Asal Najib pergi jumpa Agung saja.. Parlimen nak bubar..  Asal Najib pergi jumpa Agung saja.. Parlimen nak bubar.. adoiii letih..."

Makan tengahhari hari ini pun sambil menjawap telefon..

Oleh kerana Najib sendiri masih terketar-ketar untuk membubarkan Parlimen ini telah menyebabkan Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

"Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali," kenyataan pejabat berkenaan.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.


Jika didengar betul-betul apa yang Najib cakap semasa membentangkan kad laporan syok sendiri mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) semalam.

Jelas dia dah kata.. beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP)itu..

Takkanlah 19 March 2013 dia bentang laporan hari ini 20 March 2013 dia nak bubar Parlimen kot...

Tujuan Najib masuk Istana Negara pagi tadi tu.. dah dia nyatakan semalam...dia perlukan masa tambahan.....

'Raja' Azzimuddie Kiram Warganegara Malaysia dan bekas Kakitangan Awam Sabah rupanya...

Posted: 19 Mar 2013 09:17 PM PDT


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

"Perkara ini membuktikan 'Projek IC' jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," tegas Rafizi.

Ini kenyataan Medianya...

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.


Kalau kurang jelas sila Klik di ( SINI ) untuk image yang lebih jelas..

Dengan maklumat ini, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?.

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato' Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong

20 MAC 2013

30,000 masyarakat Cina sambut Najib di Seremban?.. betulke?.. cuba kira dalam gambar ni..

Posted: 19 Mar 2013 05:30 PM PDT


Media-media yang ditunggang UMNO Sabtu lalu telah melaporkan kira-kira 30,000 masyarakat Cina menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), sempena Majlis Jamuan Perdana dan beramah mesra bersama Perdana Menteri.

Dalam majlis tersebut 3,000 buah meja dilaporkan telah dipenuhi dan setiap meja diperuntukkan seramai 10 orang.

Untuk menarik minat ramai penganjur Majlis Makan Malam itu telah menyediakan beberapa hadiah lumayan bagi cabutan bertuah..


Hadiah utamanya berupa sebuah Proton Saga, beberapa buah motorsikal dan beratus buah basikal termasuk TV Plasma, kipas angin dan alat-alat elektrik yang lain.

Perbelanjaan menganjurkannya dianggarkan melebehi RM1.5juta.

Tapi benarkah lebih 30,000 yang hadir? Lihat dan kira sendiri kalau mampu dari beberapa keping gambar yang dirakam ketika waktu puncak dan hampir waktu puncak majlis Najib ini..





Jika keseluruhan 3,000 buah meja itu dipenuhi dengan 10 orang bagi setiap meja.. jumlahnya ialah 30,000 orang..

Tapi kalau setiap meja itu hanya diisi oleh empat atau lima orang.. mana datangnya jumlah 30,000 itu??

Patutpun terbalik... Bangla yang pasang rupanya...

Posted: 19 Mar 2013 09:54 AM PDT


Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU 13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup?

Itu adalah apa yang dipersoalkan oleh Admin Omakkau!! tentang bendera BN yang dipasang terbalik di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor di SINI

Sebenarnya ianya bukan disengajakan dipasang terbalik, tetapi memang dipasang terbalik kerana yang mengambil upah memasangnya tidak pernah ambil tahu bagaimana sebenarnya bendera itu harus dipasang..

Kerana kerja-kerja pemasangan bendera tersebut telah dijalankan oleh Mat Bangla .. tak percaya tengok video di bawah ini tapi ianya di lokasi yang lain, iaitu di Chemor Perak..



Kemana agaknya ahli UMNO yang lebih dari 3 juta orang tu??.. malu ke nak pegang dan pasang bendera BN ni?

Mungkin kerana kebanyakkan Melayu dah malu nak pasang bendera BN.. maka diupahnya Bangla.. tapi bila Bangla yang pasang.. inilah hasilnya..


Tiada ulasan: