Selasa, 19 Mac 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


NGO Antarabangsa dedah Video bagaimana Taib Mahmud salahguna kuasa untuk bina harta.. ini videonya..

Posted: 19 Mar 2013 02:09 AM PDT


Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, yang klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi.

Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.

"Filem tersebut membuktikan pertama kali apa yang kami syaki selama ini - satu golongan elit di sekeliling Ketua Menteri Taib menyalahgunakan secara sistematik sumber asli untuk kepentingan mereka," kata Tom Picken, wakil di Global Witness dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.

"Ini menunjukkan cara mereka lakukan dan bagaimana mereka mereka terlepas dari undang-undang."

Dalam video tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.

Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada ketua menteri — memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.

Fatimah: Ample Agro ialah milik keluarga saya, tapi milik kakak saya. Jabatan Tanah dan Ukur, mereka yang keluarkan lesen, sudah pasti mereka menerima arahan dari Ketua Menteri, tetapi saya boleh cakap dengan Ketua Menteri dengan senang.

GW: Anda boleh?

Fatimah: Ya.

GW: Kenapa anda rasa dia bersetuju?

Fatimah: Kerana dia yang beri tanah kepada kami. Dia sepupu saya [ketawa]. Maknya dan ayah saya adalah adik beradik. Dia sepupu saya jadi semuanya senang.

Adik beradik tersebut berkata mereka memiliki 5,000 hektar tanah yang diberikan kepada mereka oleh Abdul Taib, dimana mereka mahu menjual syarikat mereka. Ample Agro, yang dikatakan syarikat ali baba.

GW: Kamu bercadang, Ample Agro, yang merupakan syarikat kamu, untuk dijual, dan bukannya tanah tersebut. Adakah syarikat kamu memiliki tanah tersebut?

Norlia: Ya, saya beli syarikat tersebut sebagai syarikat ali baba untuk membeli tanah ini.

Peguamnya, Alvin Choong juga dirakam dalam video tersebut bagaimana untuk mengelak cukai hartanah.

Seorang lagi peguamnya dirakam cuba menjual tanah ayah saudaranya, seorang ahli perniagaan di Sibu yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Taib, yang berkata 10 peratus dari pendapatan perniagaan mestilah ke ketua menteri sebagai komisen.

Dalam kenyataannya, GW mendakwa pegawai senior kerajaan dan seorang eksekutif syarikat pembalakan berkata ia adalah amalan yang standard di Sarawak kepada syarikat untuk membayar komisen kepada Abdul Taib sebagai habuan bersetuju untuk memberi lesen pembalakan atau perladangan. Peguam di London mewakili ketua menteri menafikan dakwaan tersebut, kata NGO itu dilaporkan.

"Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen untuk tanah dengan cukup terkawal. Ini adalah sebahagian dari pentadbiran, bukannya bertujuan politik.

"Klien kami tidak pernah meminta atau menerima rasuah sebagai pemberian lesen atau pajakan tanah.

"Beliau tidak mengeluarkan sebarang 'arahan', yang salah untuk kepentingan sepupunya," kata Mishcon de Reya, peguam Taib.

Abdul Taib, 76, menjadi ketua menteri Sarawak selama 32 tahun, memegang jawatan tersebut sejak Mac 1981.

Kekayaan beliau mencetuskan banyak kontroversi, dengan banyak dakwaan beliau memperoleh kekayaan tersebut dengan cara yang melanggar undang-undang ~ The Malaysian Insider



HOW DOES CORRUPTION AFFECT SARAWAK'S PEOPLE?

Corruption is destroying the fabric of Sarawak's society and squandering the state's natural resources. The region's indigenous people have born the brunt of this. Ancestral land to which they have claims has been routinely licensed for logging and plantations, badly damaging their livelihoods and violating their rights under Sarawak and Malaysian law. This has trapped many communities in a cycle of poverty and dependency.

Moreover, corruption affects the future well-being of all Malaysian citizens. This investigation demonstrates how money that should be driving development is being lost to corruption and hidden in secrecy jurisdictions overseas. Malaysia is thought to be the world's third largest source of such illicit financial flows, losing the country an estimated US$285 billion (RM863 billion), or over US$43,000 (RM130,000) perhousehold between 2001 and 2010. This is money that could have been spent on improving key services and quality of life for ordinary Malaysians ~ Global Witness

Hmmm.. kalau tak silap aku, kes salahguna kuasa oleh Taib Mahmud ni dah lama disiasat SPRM.. yang hairannya siasatan tak sudah-sudah... apa kejadah ni?

Dalam kes ini pula pengakuan kaum keluarganya sudah ada dan amat jelas sekali.. tapiii.. kita jangan haraplah SPRM nak siasat.. sebab Taib Mahmud ni pemimpin dari BN.. kalau dari Pakatan Rakyat.. tak ada yang yang buat laporan pun akan disiasat...

Macai UMNO yang menyibuk dalam Blog ni tentu lebih kaya raya dari Taib Mahmud ni.. sebab tu diaorang tak kisah walau harta negara dijarah...

PANAS!! PapaGomo disaman RM100Juta oleh Anwar kerana video seks fitnah..

Posted: 18 Mar 2013 10:06 PM PDT


Akhirnya tercapailah sudah hajat atau cita-cita Ikon Fitnah 1Malaysia atau penyiar video lucah berlesen iaitu PapaGomo untuk di saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari kenyataan media yang diterima dari N.Surendran, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri b Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".


Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.

Dalam surat permintaan yang dihantar hari ini, peguam Anwar telah menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari ini, dan membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM 100 juta. Jumlah gantirugi yang dituntut iti berdasarkan hubungan rapat blogger tersebut dan dengan sokongan jelas UMNO terhadapnya..

Seterusnya korang sila baca di bawah..

PRESS RELEASE: Anwar sues UMNO-linked blogger Papa Gomo over latest fake sex video allegations

Federal opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has today commenced legal proceedings against one Wan Muhammad Azri b Wan Deris who is the owner/operator of the Umno-linked website known as " Papa Gomo ".
On 16th March 2013, the Papa Gomo website published fake photos and vicious allegations against Datuk Seri Anwar in an attempt to implicate him in another fabricated sex video. The faking and distribution of photos and false allegations of a sexual nature against Anwar has become a trademark of the gutter politics practised by Umno and its bloggers.

The blogger Papa Gomo is notorious for his close and confidential ties with the Umno leadership, including Umno Vice President Datuk Ahmad Zahid Hamidi. In December 2011, the blogger was even allowed privileged access to KD Tun Razak, which is one of our Navy's newest and most advanced submarine, during a controversy between BN and PR on defence capabilities.

The hidden hand of Umno is thus clearly present behind this latest disgusting attack upon the character and reputation of the leader of Pakatan Rakyat. Umno' s heavy reliance upon this type of sleazy politics and dubious bloggers highlights their utter moral and ethical collapse. It proves Umno-BN's complete unfitness to continue to rule and administer our nation.

In the letter of demand sent today, Anwar's solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million. The sum of damages demanded reflects the blogger's close ties with Umno amd Umno's clear backing for him.

Issued by,
N SURENDRAN 
VICE PRESIDENT KEADILAN 
19 March 2013

Makbul juga doa si PapaGomo ni ya.. tengok image paling atas tu.. apa dia tulis diakhir setiap siaran video lucahnya itu?

Ini baru untuk yang disiar pada  16 Mac lalu.. untuk lain-lain artikelnya.. saman dikatakan akan menyusul juga....

Superstar Korea, Psy buktikan ancaman bunuh terhadapnya hanyalah alasan nak cover malu BN Pulau Pinang...

Posted: 18 Mar 2013 06:59 PM PDT


Ketika Barisan Nasional Pulau Pinang mengadakan sambutan Tahun Baru Cina awal tahun lalu dengan menjemput Superstar dari Korea Selatan, Psy yang popular melalui tarian 'Gangnam Style' banyak insiden yang benar-benar memalukan Najib telah berlaku..

Selain dari mengambil tempat sebagai pengacara majlis untuk menjemput Psy naik ke pentas dan meneriba jawapan 'NOOOO' bila beliau bertanya kepada rakyat Pulau Pinang 'Are you ready for BN?', Najib juga telah dimalukan bila dibiarkan menganga di atas pentas oleh Psy yang enggan bersamanya menggaul 'Yee Sang'.

Video insiden yang memalukan Najib itu sila lihat di ( SINI ) dan juga di ( SINI )

Nak cover malu punya pasal berikutan insiden itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa nyawa Psy diancam ini menyebabkan beliau takut untuk naik ke atas pentas bagi mengaul 'Yee Sang' bersama Najib dan gerombolannya..

Apabila dicabar mengemukakan bukti oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng... tiada bukti yang di berikannya... (sila baca di SINI)

Dan akhirnya kisah nyawanya diancam seperti yang didakwa oleh  Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu terbukti benar sebagai cerita nak cover malu sahaja.. kerana Superstar dari Kore Selatan tersebut telah sekali lagi mengadakan persembahan di Malaysia..

Psy Sabtu lalu telah mengadakan persembahan di Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur.

Dalam konsert itu, superstar Korea itu turut mengumumkan bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan selepas ini.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert FMFA2013.

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri di hadapan anda semua.

"Saya juga sudah tidak merasakan diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan Gangnam Style ini adalah yang terakhir, di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan single terbaharu saya yang akan diedarkan pada 13 April ini", kata PSY seperti dipetik portal MD oleh  DCM

Takkanlah sekali nyawanya telah diancam, dia masih berani nak pertaruhkan nyawa datang ke Malaysia lagi kot... Bodoh sekali alasan Pengerusi BN Penang itu...

Tiada ulasan: