Sabtu, 16 Mac 2013

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


SAYA PUN NAK TAU....SANDIWARA

Posted: 15 Mar 2013 05:28 PM PDT


Perkembangan di Lahad datu sedikit memberangsangkan. Ini berikutan kenyataan tegas bos tentera yang nampak garang .... wa caya lu... dah jelas itu pengganas.... bukan macam hisyam... "penceroboh bukan pengganas" aku rasa kenyataan itulah kesilapan paling besar dalam pendirian Malaysia menangani kes tersebut... mangsanya rakyat dan pasukan keselamatan yang ikhlas berjuang menjaga kedaulatan negara... Yang di serang Tian Chua...

Inile perangai otak tahap bebal... isu utama tak dipeduli... isu politik yg dilayan setengah mampos... Macam Isu Kalimah Allah dulu... yang izinkan kalimah Allah kerajaan Malaysia,.... yang dibelasah...  PAS dan Anuar.... memang jenis tak tau baca berita betul...beballllll...................ni jenis suka iklan...

Jika hangpa baca perkembangan mutakhir... semakin jelas... isu ini seperti biasa nak heret sentimen rakyat dan akhirnya menuju serangan politik bagi bekalan talian hayat terakhir umNO yang nazak ....Isyarat bahawa adanya dalang dan ianya telah dicetuskan oleh DS Najib apabila memberi isyarat bahawa akan menyiasat laporan media Filiphina.. sedangkan dalam masa sama media Philipina juga mendedahkan jemputan Najib.... semuanya bersifat dakwaan tanpa dibuktikan...

Kenyataan Tian atas dakwaan ianya sandiwara mungkin atas pertimbangan sendiri berdasarkan keperluan talian hayat yang sangat diperlukan Najib! Kenyataan Najib dan pencacai umNo lain samada secara langsung atau tidak terhadap penglibatan Anuar juga sebenarnya membawa maksud yang sama iaitu sandiwara... Cuma media memainkan dengan cara yang berbeza.

Rakyat Malaysia secara sentimennya menolak ianya sandiwara... kerana nyawa yang terkorban bukanlah satu mainan.. harganya terlalu mahal....namun cara ia ditangani semakin di alun gaya politik... BN secara halus sedang memasak bahawa isu Lahad Datu ada dalangnya... ada yang mendesak siasatan... ada yang terus melontar hukuman... pencacai umNO peringkat bawah pulak akan demo... membangkitkan sentimen dengan tuduhan kepada Anuar... dalang semua keburukan dan jenayah di malaysia..

Percayalah... Anuar adalah nama dalang yang akan dilabel di hujung sebelum parlimen dibubarkan.. sebelum hukuman diputuskan...beliau akan diasak secara politik... dihukum secara media... jika berjaya... PRU 13 akan dilaksanakan... bukti bukan sasaran ...hanya persepsi yang akan dipasak hingga teguh dalam otak . ...jika gagal... mungkin PRU terpaksa digantung????

Rakyat Malaysia mengharapkan ketelusan dalam menangani isu Lahad Datu... ia isu keselamatan rakyat yang gagal ditangani oleh menteri bertanggungjawab... isu IC palsu dilihat punca kekalutan semua itu... Bn melalui pengakuan Tun Mahathir adalah dalangnya...

Rakyat bukan hanya perlu menilai isu ini dengan cara menanganinya... ia juga perlu dilihat dari puncanya... asas dan penyebab segalanya berlaku...IC palsu yang menggadai maruah dan kedaulatan negara adalah isu besar dan punca segala kekusutan negara... Pencetusnya mesti dihukummm!!!

Berbalik kenyataan Hisyam..." saya pun nak tahu siapa dalangnya" ketika menjawab desakan media agar ditubuh siasatan ...he..he... yg ni nampak macam sandiwara....


Tiada ulasan: