Ahad, 31 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kisah Lembu Tua yang gila

Posted: 30 Mar 2013 06:56 PM PDT

Ketua Wanita Umno, Seri Shahrizat Abd Jalil menubuhkan task force bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang. 

Bekas Menteri Wanita yang semakin terpinggir gara-gara skandal lembu kondo RM250 juta ini mendakwa kononnya pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media. 

Kononnya, "Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi," katanya lagi di sini. 

Kenapalah bengap sangat Kak Jat ni nak menonjolkan dirinya dengan isu yang sengaja diada-adakan ini? Apakah Pakatan Rakyat yang selama ini sering kali menerima kekalahan dalam PRU sebelum ini, akan merusuh macam lembu gila pada PRU-13 ini nanti ? 

 "Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, ketika mengulas kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi di sini 

Inilah fitnah terbaru Umno ~ mengedarkan notis atas nama 
PKR untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti 
itu menaja kekecohan
 
Kenapa isu sebegini hanya timbul ketika ini dan tidak pernah dalam PRU sebelum ini? Ini sebenarnya menandakan bahawa Umno/BN sangat takut kepada Pakatan Rakyat yang telah mendedahkan dengan bukti-bukti jelas mengenai kewujudan ribuan pengundi – pengundi hantu. 

Apakah kerana task force yang ditubuhkan ini semata-mata mahu memberi perlindungan kepada pengundi-pengundi hantu tersebut?

Apakah Umno/BN pura-pura tidak menyedari bahawa yang selalu buat huru-hara ini adalah dari kalangan mereka sendiri. Lontar batu , lontar telor dan simbah cat merah sangat sinonim dengan gelagat samseng Umno.Menganggu majlis ceramah dan menelan poster dan banner Pakatan Rakyat adalah kegemaran Umno/BN sejak dulu, kini dan selamanya.

Petugas Pakatan Rakyat tidak mampu menghalang mana-mana warga negara yang berhak mengundi sebagaimana perkara 119 Perlembagaan Malaysia memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan hak memilih pemimpin. 

Pakatan Rakyat sering menggesa supaya Najib segera menetapkan tarikh PRU-13. 

Ini, dah sampai Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri pun , Najib masih meneruskan teka-teki tarikh PRU-13! Siapa sebenarnya yang gentar dan kecut telor untuk berdepan dengan PRU?

Nak mendedahkan senarai calon Umno /BN pun, Najib tidak berani.  Laporan mengatakan Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendirinya pada 30 April. Jadi ke tidak PRU-13 ni?


Tiada ulasan: