Rabu, 27 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Syabas kepada Chegu Bard, pejuang anak muda mithali

Posted: 27 Mar 2013 09:30 AM PDT

Chegu Bard tidak bertanding,              mahu jadi jentera biasa 


PETALING JAYA: Pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shahrin mengumumkan beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 13, sebaliknya mahu menjadi jentera biasa parti. 

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti politik. 

"(Saya) cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. 

"Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa," katanya ketua cabang PKR Rembau yang lebih dikenali dengan panggilan cheGuBard. 

Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di parlimen Rembau tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin yang kini ketua Pemuda Umno dalam satu keputusan yang kontroversi. 

Badrul Hisham bagaimanapun, menegaskan PRU 13 merupakan pilihan raya yang terpenting dalam sejarah negara. 

Beliau mendakwa, belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah. `

Rangkaian komrad SAMM' "Bersama rangkaian komrad SAMM, kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. 

"SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. 

"Komrad SAMM percaya anak muda cita – citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita – cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang," katanya lagi. 

Badrul Hisham menambah, cabaran yang terpaksa di depani bukan sedikit. Katanya, seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang. 

Berikutan itu, beliau menggesa kepada semua khususnya anak muda bersekutu ke arah perubahan. Katanya, anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang mengubah negara. 

Menurutnya, tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka -muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua. ~FMT

PAS negeri lain patut contohi PAS Kedah

Posted: 27 Mar 2013 05:51 AM PDT

Perbezaan dalam PAS Kedah bagi perbaiki pentadbiran'? Betulkah? Jangan gelak, ini serius!

Tapi itulah yang Mahfudz cakapkan. Menurut laporan, Mahfuz berkata kewujudan kem berbeza dalam PAS Kedah tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. 

Perbezaan tersebut berlaku kerana kedua-dua kem mahu kerajaan negeri memperbaiki perkhidmatan mereka kepada rakyat, katanya lagi.

"Semua perbezaan yang berlaku dalam parti itu lebih kepada untuk berlumba-lumba bagi memastikan pentadbiran yang lebih baik. Baca lagi di sini 

Wah hebat betul PAS Kedah nih! PAS di negeri-negeri lain patut ikut sebagaimana PAS Kedah terutamanya PAS Kelantan demi untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat. 

Lebih baik berpeluk tubuhlah daripada susah-susah mengipas tak tentu pasal...

Menteri-Menteri Kanan Umno dan Peguam Negara suka main taik bersama Papagomo

Posted: 27 Mar 2013 12:30 AM PDT


Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima tempias bau minyak wangi tersebut andai tetapi sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, tempias bau tukang besi itu juga akan melekat kepada kita.

Apatah lagi kalau berkawan dengan tukang bancuh taik, si Papagomo!

Oleh itu, untuk menjadi baik..kita perlu berkawan dengan orang yang baik sebab kita akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan kebaikan mereka.Berkawan dengan orang yang suka main taik, sudah tentu taik itu akan terpercik juga kepada kita!

Kalau Menteri-menteri kita ini baik-baik belaka, tentu mereka  tidak akan berkawan dengan Papagomo yang terkenal berperangai jahat! Kalau tak jahat, takkan dia sanggup rampas anak dari bekas isterinya?

Malah Peguam Negara sendiri, Ghani Patail pun nampak begitu mesra dengan Papagomo yang jahat! Patutlah selama ini Peguam Negara kita ni bau pun macam taik!

Sekarang kita boleh tahu kenapa tiada apa-apa tindakan dilakukan keatas Papagomo walaupun Papagomo menyiarkan video lucah diblognya itu.
 
Kawan yang baik itu ialah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan, mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira..dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik. 

Terbukti pemimpin-pemimpin kanan Umno yang begitu rapat dan mesra dengan Papagomo ini semuanya suka main taik bersama-sama Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, selama ini.

Untuk melihat gambar pemimpin-pemimpin Umno yang bau taik kerana berkawan  dengan Papagomo, sila klik di sini

Orang Melayu Perak mula kesal bermenteri besarkan Zambry

Posted: 26 Mar 2013 08:41 PM PDT

Khairul Azwan Harun , bekas PA Zambry ini adalah anak emas kepada Zambry. Malaon ini adalah pengarah kepada lebih 20 syarikat. Korang boleh baca di sini

Inilah akibatnya mendapat seorang Menteri Besar bapak lanun yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak pilihan rakyat. 

Apakah orang Melayu negeri Perak berasa sangat bertuah apabila mendapat seorang Menteri Besar yang mengaku memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja seperti Zambry ini?
Klik untuk besar

Samada Husni Hanazlah, Nazri Aziz atau Zahid Hamidi menjadi MB Perak menggantikan Zambry, nasib Melayu tidak akan berubah sebagaimana nasib yang menimpa Melayu ketika era beberapa Menteri Besar Umno sebelum ini.

Lupakanlah Umno, berilah peluang Pakatan Rakyat  mentadbir semula Perak sebagaimana yang pernah dibuktikan kemampuannya mentadbir dengan baik, walaupun hanya mampu bertahan 8 bulan sahaja selepas PRU-12 dulu.

Hilang mata bukan bermakna hilang mata pencarian

Posted: 26 Mar 2013 04:53 PM PDT


Tidak ada tipu muslihat kamera atau kemahiran photoshop: Billy Owen benar-benar boleh memasukan jarinya ke dalam mulutnya dan mencucuk keluar melalui soket matanya. 

Bekas mekanik ini hilang separuh mukanya selepas bergelut maut dengan kanser hidung pada tahun 2009. 

Doktor yang merawatnya telah memberinya hanya sepuluh peratus peluang untuk terus hidup. Billy enggan berputus asa dan menjalani pembedahan untuk membuang kebanyakan sebelah kanan mukanya itu. 

Lelaki Oklahoma ini terselamat dengan lubang yang besar di mana matanya terletak sebelum ini.

Billy tidak mahu menyembunyikan rongga tersebut, 
sebaliknya menggunakannya untuk faedah dirinya.

Terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik, beliau kini bergantung hidup berlakon zombie dalam video muzik dan muncul di "freakshows" di Los Angeles dan Las Vegas. 

Kisah beliau baru-baru ini memberi inspirasi kepada pengeluar TV menyerahkan kepadanya satu ruang di pertunjukan AMC Freakshow - yang menampilkan penghibur pada pameran terkenal dunia di California. 

Zombie ... Billy juga telah membintangi video
 muzik bertemakan seram

Beliau menegaskan peristiwa hampir dengan kematian itu membawanya lebih dekat kepada isterinya Dayanira dan anak kecil mereka. 

Beliau memberitahu Huffington Post: "Saya tidak boleh bayangkan apa (isteri saya) telah lalui. 

"Dan anak saya ... dia seorang sahaja yang tidak pernah melihat saya berbeza." 

Kelemahan pada mukanya yang baru ini adalah rasa gatal pada bekas tempat matanya. 

Beliau menjelaskan: "Ia adalah sukar apabila anda mendapat gatal di sudut mata anda dan tiada apa-apa yang nak digaru."

Tiada ulasan: