Ahad, 10 Mac 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cara nak tahu pembunuh sebenar Altantuya ...

Posted: 10 Mar 2013 03:32 AM PDT

Pilihan Raya 2013 akan diadakan dalam tempuh  masa enam minggu akan datang dan rakyat akan membuat keputusan baru samada mahu mengekalkan kuasa Umno/BN atau menghumbankannya ke longkang!

Dalam tempuh masa yang genting ini, Umno akan menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Barisan Nasional (BN) dijadualkan akan membubarkan parlimen pada bulan ini dan dijangka mengadakan PRU pada 6 April atau 14 April selewat-lewatnya.
 
Dijangkakan, pada minggu kedua bulan April, Datuk Seri Najib Razak akan mengakhiri  lawatan negara "Janji Ditepati" dan sesudah BN melengkapkan senarai calon dan manifestonya 

Difahamkan juga, bahawa perhentian terakhir lawatan perdana menteri kelak adalah di kawasannya,  Parlimen Pekan pada 23 Mac, selepas itu beliau dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon pembubaran Parlimen.
 
Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April secara otomatik dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu. BN kehilangan majoriti di Parlimen dan empat negeri pada Pilihanraya tahun 2008.
 
Kalau rakyat Malaysia benar-benar mahu tahu, siapa pembunuh Altantuya dan cerita sebenar mengenai skendal pembelian kapal selam Scorpene, dan mahukan pembunuh itu dihukum, rakyat Malaysia mesti mengundi Pakatan Rakyat.

Kalau Malaysia mahukan Menteri-menteri yang rasuah seperti Kak Fidah, Kat Jat , Mahathir, RTC, Samy Velu, Khir Toyo dan sebagainya; dibicarakan dan dihukum, rakyat Malaysia mesti mengundi Pakatan Rakyat.

Kalau kita mahu lihat Malaysia benar-benar maju dan berjaya, rakyat mesti tendang keluar pemimpin-pemimpin Umno/BN yang jelas terbukti menindas dan menzalimi rakyat selama lebih 56 tahun menerajui Malaysia. Sumber

Tiada ulasan: