Isnin, 4 Mac 2013

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


SEMUANYA SALAH ANWAR

Posted: 04 Mar 2013 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan 'perjanjian' dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

"Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.

"Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu," kata Johari ketika dihubungi.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk 'Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia', Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang," katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

"Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai 'hero' apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari," kata Johari.

"Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa, bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena," katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.

"Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

"Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan," tempelak Johari.
http://www.keadilandaily.com/?p=46401
 

Tiada ulasan: