Addin |
- (Gambar & Video) Samseng Umno Mengganas Lagi, Bas JMR Dan Penyokong PR Di Baling Objek Di Melaka
- 32 Termasuk Jeneral Tentera Sulu Di Bunuh
- Tarif Astro TURUN..
- Pencerobohan Berlaku Jugak Di Melaka.. Saksikanlah!!
- Polis Tidak Gari Tangan 'Penceroboh'.. Bukti Sandiwara?
- Benarkah Ini Gambar Serangan Lahad Datu?
- Sebenarnya Jamalul Kiram III Bukan Sultan SULU
- Memalukan!! Berita Ni Pasti Di Sembunyikan Oleh Media Pencacai Umno
(Gambar & Video) Samseng Umno Mengganas Lagi, Bas JMR Dan Penyokong PR Di Baling Objek Di Melaka Posted: 07 Mar 2013 10:10 AM PST
Samseng Umno mengganas lagi.. kini di Bukit Katil Melaka. Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan berhadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil telah di kacau oleh samseng Umno malam tadi (7 Mac 2013). Umno Bahagian Bukit Katil telah menjemput penceramah maki hamun mereka, Umi Hafilda dan Lokman Adam. Samseng Umno yang sentiasa membuat kacau dan provokasi telah membaling objek sejurus tibanya bas Jelajah Merdeka Rakyatyang di naiki oleh Anwar Ibrahim. Cermin bas telah pecah dan seorang pengiring Anwar Ibrahim telah cedera terkena serpihan kaca. Anwar Ibrahim sendiri memberitahu beliau terkena jugak serpihan kaca tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Kehadiran polis dan FRU yang ramai tidak dapat mengekang keganasan samseng Umno. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera akibat balingan objek dari samseng Umno. Akibat provokasi yang melaampau dari samseng Umno, polis telah memberhentikan ceramah Pakatan Rakyat. Namun akibat desakan dari pemimpin dan penyokong PR, pihak polis akur dan terpaksa memberhentikan ceramah dari samseng Umno. Beginilah betapa terdesaknya Umno dalam menghadapi PRU13 yang sudah semakin hampir. Seolah-olah Umno sudah tahu yang PRU13 ini mereka akan tumbang, maka segala program Pakatan Rakyat pasti akan di kacau sehabis mungkin. Ketika ceramah Pakatan Rakyat sudah habis, kelihatan pencacai dan samseng Umno masih terpekik dan terlolong.. Lihat gambar dan video keganasan samseng-samseng Umno..
Video bakal menyusul.. | ||||||||||||
32 Termasuk Jeneral Tentera Sulu Di Bunuh Posted: 07 Mar 2013 08:20 AM PST Seramai 32 pemberontak Sul telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk "meneutralkan" pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan. "Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh," kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini. "Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52," kata Ismail. Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi. Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini. Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban. Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban. Zulkifeli berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung dalam kawasan yang kecil. "Sesetengah juga bersembunyi," tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki penceroboh akan "memakan masa". Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi. Beliau juga berkata terdapat "sebilangan" penceroboh Sulu juga menghilangkan diri. Piha berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat. Beberapa penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin. Pengikut kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut. ~the malaysian insider | ||||||||||||
Posted: 07 Mar 2013 05:17 AM PST AMPANG 7 MAC: Tarif bayaran televisyen satelit Astro akan diturunkan sebaik Pakatan Rakyat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Umum KEADILAN itu berkata, penurunan harga itu bukan mustahil jika amalan monopoli di kalangan syarikat kroni yang rapat dengan pimpinan Umno BN dihapuskan. Ketika ini, Tan Sri Ananda Krishnan memiliki 43% ekuiti dalam Astro, iaitu pemegang terbesar saham dalam syarikat itu. "Dalam dua minggu kita ambil alih Putrajaya, kita akan panggil Ananda Krishnan, minta dia turunkan harga. Bukan kita tak bagi dia untung, tapi minta supaya dia beri rakyat untung sama," kata bekas Menteri Kewangan itu disambut tepukan gemuruh hadirin.Beliau berucap pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Tasek Tambahan, Ampang, malam kelmarin. Bagi tempoh kewangan berakhir sembilan bulan pada 31 Oktober 2012, keuntungan Astro meningkat 11 peratus kepada RM3.1 bilion berbanding RM2.8 bilion pada 2011."Ananda tak akan muflis hanya kerana menurunkan harga Astro yang akan dilaksana Pakatan Rakyat," kata Anwar. Ananda turut memperolehi konsesi penjana tenaga bebas (IPP) elektrik melalui Port Dickson Power Bhd dan Powertek Bhd Pemegang kontrak lumayan IPP diikat bagi tempoh 21 tahun dengan keuntungan minimum dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20%.Beliau turut memegang 22% saham dalam Maxis melalui syarikat Usaha Teguh, yang dimiliki bersama Tabung Amanah Tun Fuad Stephens. Menurut majalah Forbes, Ananda merupakan orang kedua terkaya di Malaysia dan berada di kedudukan ke-62 terkaya di dunia dengan aset bernilai RM 30 bilion. ~keadilandaily | ||||||||||||
Pencerobohan Berlaku Jugak Di Melaka.. Saksikanlah!! Posted: 07 Mar 2013 04:09 AM PST MELAKA : Umno Bahagian Bukit Katil sekali lagi menceroboh tanah persendirian milik seorang penduduk Kampung Bukit Katil iaitu Md Yassin Abdul Ghani. Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam tinjauan ke tapak lokasi ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapati Umno sudah pun mendirikan beberapa buah khemah di tanah lapang yang bersebelahan dengan Dewan Tun Ali."Umno telah memasang beberapa khemah di atas tanah Haji Md Yassin bagi mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar malam ini. Mereka pasang khemah di tempat yang sama seperti dua hari lepas". "Mereka memang tak ada maruah dua hari lepas tuan tanah dah halau mereka, hari ini mereka pasang lagi, memang tak tahu malu""Lebih malang lagi Umno menyalahgunakan lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memasang khemah-khemah tersebut." ujar Yusof.Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Md Yassin tentang perkara ini dan terpulanglah kepada tuan tanah untuk mengambil tindakan. Menurutnya Umno memang merancang untuk mengganggu ceramah ini di mana mereka telah menaikkan kain pemidang memberitahu bahawa Umi Hafilda. Yusof melahirkan kekesalan di atas sikap kebudak-budakan Umno yang langsung tidak menunjukkan kematangan berpolitik walaupun dunia sudah melangkaui era globalisasi dan dunia tanpa sempadan."Kita berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan kepada pihak Umno agar mereka mengalihkan lokasi ceramah Umno ke tempat lain yang lebih jauh bagi menjaga ketenteraman awam dan tidak mengganggu rakyat yang dahagakan maklumat. Kalau mereka degil Polis mesti hentikan sahaja ceramah mereka". "Jangan biarkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana dua hari lepas di mana berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua penyokong Umno dan PR" tambah Yusof.Dalam kejadian dua hari lepas petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau. Pada sebelah malam pula ketika program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di lokasi yang sama, keadaan menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya. Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.Selain Dato Seri Anwar beberapa pimpinan PR Pusat dan negeri akan berceramah pada program malam ini. Dato Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ceramah di 3 lokasi iaitu Machap, Sg Udang dan Bukit Katil. ~mutaligat | ||||||||||||
Polis Tidak Gari Tangan 'Penceroboh'.. Bukti Sandiwara? Posted: 06 Mar 2013 11:55 PM PST Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN... Kerajaan marah jika kita kata sedemikian...Tapi tindakan yang diambil oleh kerajaan sendiri yang membuatkan rakyat memikirkan ianya satu sandiwara semata-mata.. bagaimana rundingan sia-sia yang dijalankan selama hampir sebulan..?bagaimana lambatnya kebenaran diberikan terhadap pihak tentera bagi mengambil alih situasi dari pihak PDRM yang sebelum itu telah pun mengorbankan seramai 8 anggota polis... kerajaan juga cuba menyalahkan Anwar di dalam insiden di Lahad Datu itu, bagi meraih kepentingan politik BN.. Dan yang terbaru yang kini tersebar di banyak laman sosial adalah bagaimana pengganas-pengganag yang ditahan ini tangan mereka tidak bergari..? pengganas tidak digari tangan mereka..? Begitukah cara kita melayan seorang pengganas..? dengan berbudi bahasa dan tidak memalukannya dengan tidak mengikat tangan mereka..? Jika benar begitu peraturannya bagaimana pula dengan peserta Bersih 2.0 yang ditahan ini..? tangan mereka diikat walaupun mereka hendak menunaikan solat.. tangan mereka diikat walaupun mereka cedera... Kenapa pengganas Sulu dilayan lebih baik daripada warga negara asal yang menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil..? ~liang lahad | ||||||||||||
Benarkah Ini Gambar Serangan Lahad Datu? Posted: 06 Mar 2013 08:41 PM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Olehitu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan itu di Sabah atau di mana?. Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom.. Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi. ~pahangdaily | ||||||||||||
Sebenarnya Jamalul Kiram III Bukan Sultan SULU Posted: 06 Mar 2013 07:05 PM PST KUALA LUMPUR - Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan. Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936. Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC). Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan. "Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan. Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagaiketurunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan. Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang. "Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. ~bernama | ||||||||||||
Memalukan!! Berita Ni Pasti Di Sembunyikan Oleh Media Pencacai Umno Posted: 06 Mar 2013 04:49 PM PST PETALING JAYA 6 MAC: Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide. Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah. "Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?" katanya pada kenyataan hari ini. Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu. Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib. "Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?" soal Nik Nazmi. Pada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. "Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. "Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan," kata Nik Nazmi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut. "Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata" katanya. "Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?" tegas Nik Nazmi. "Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat," sinisnya. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan