Addin |
- Gempar!! Hishamuddin Lari Dari Parlimen Sembrong?
- PAPAGOMO Demam Panas
- Rupanya Ini Tugas Baru Agensi Pencacai Umno
- Secara Tiba-Tiba Daftar Pengundi Hantu PAPAGOMO Hilang..
- Melampau!! Kos Elektrik Rumah Najib Dan Muhyiddin Ialah RM1,118 Sejam..
- Selepas Kantoi!! Utusan Cover Malu Dengan Cerita Ni..
- Hasil Kajian Yang Memedihkan Hati Najib..
- Video Kedua Skandal Taib Mahmud Tersebar..
Gempar!! Hishamuddin Lari Dari Parlimen Sembrong? Posted: 23 Mar 2013 04:00 PM PDT Dianggarkan kira-kira 20,000 orang sedang membanjiri Johor Bharu mendengar pidato dari pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Hadirin mula tiba sejak jam 8 malam lagi walaupun dikhabarkan beberapa kain rentang dirosakkan syaitan yang dikenali. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail. Parlimen ini diwakili veteran Umno, Shahir Samad yang digugurkan dari kabinet selepas perdana menteri, Najib Altantuya menggantikan Abdullah Badawi pada April 2009. Pada pilihanraya umum lalu, Shahir menewaskan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi. Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya mendakwa ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dikatakan akan lari dari kawasan parlimennya mencari kerusi yang lebih selamat. Salahuddin mendapat maklumat terbaru berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat pengundi parlimen itu kini semakin kritikal dengan khidmatnya sebagai ahli parlimen. Dikatakan Hishammuddin akan bertanding di parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Syed Hamid Albar yang memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya. Sembrong merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu kira-kira 54 peratus, Cina 36 peratus dan kaum India kira-kira sembilan peratus. Hishammuddin menang dengan majoriti 11,570 undi tetapi angka tersebut dijangka berubah pada trend menurun hingga kini dianggap berstatus kelabu (50-50). Selain itu, faktor perubahan undi pengundi muda dan pengundi kali pertama yang tidak memihak Hishammuddin antara sebab mengapa dia kini hampir pasti bertanding di Kota Tinggi yang dianggap kubu kuat Umno. Nampaknya KEADILAN terus menampilkan muka-muka baru sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan politik bagi mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Malam tadi, Anwar mengisytiharkan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kedua dalam jelajah yang sama di Kuang, Rawang, Selangor malam tadi. SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013) Johor Bharu - Tan Poh Lai Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) Padang Serai - N Surendran Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) Pandan - Rafizi Ramli Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh Saratok - Ali Biju Hulu Rajang - Abun Sui Anyit Baram - Roland Engan Limbang - Baru Bian Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan) Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan) SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013) Gelang Patah - Lim Kit Siang Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan) Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) ~jalan pulang |
Posted: 23 Mar 2013 09:26 AM PDT Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam. Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd."Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd."Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam. Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini."Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi."Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya. Memamg kat dalam blog papa gomo selalu promote KLPOS. Tapi tak semestinya dia adalah pemilik KLPOS. Promote je. Mungkin ini la antara hujah yang papa gomo akan gunakan. Nak defend diri dia. Takpela.Nama boleh sama. Kebetulan.No IC takan boleh sama gak kot?Rupa takan boleh sama gak kot?Bekas isteri takan boleh sama gak kot?Anak2 takan boleh sama gak kot?Hehe.Sekarang neh kita dah tahu rupa papa gomo macam mana. Kat bawah neh confirm muka papa gomo. Wajah dia mula2 sekali disebarkan oleh Tun Faisal. Di laman facebook Tun Faisal sendiri. Dia ada menulis berjumpa dengan penulis blog umno, papa gomo di PWTC. Ketika itu papa gomo meniaga di PWTC. Then selepas itu ia disebarkan oleh beberapa orang. Dan ia juga pernah disebarkan oleh utusan sendiri. So kat sini dah memang confirm, sahih dan terbukti wajah papa gomo adalah seperti di bawah ini.Sekarang neh kita nak tengok rupa Wan Mohammad Azri pula. Jangan la ingat dengan amek sesiapa saja menjadi Wan Mohammad Azri orang akan percaya. Mestilah orang nak tengok sekali data dalam IC. Betul ke individu tue Wan Mohammad Azri.No IC Wan Mohammad Azri didedahkan oleh dia sendiri kat atas neh. Sama sebijik yang macam PKR dedahkan. Ini bermaksud kalau Wan Mohammad Azri bukan papa gomo, papa gomo mestilah mempunyai no IC yang berbeza. Bekas isteri papa gomo tahu no IC papa gomo. Bahkan ramai lagi orang lain yang tahu no IC papa gomo.Mungkin lebih manis dan molek kalau papa gomo sendiri yang dedahkan. Kita takmo main isu2 peribadi dia kat sini, oke. Sama seperti kita menjaga rahsia dia masuk penjara. Kalau bukan SPRM yang hebahkan, kita pun tak buka mulut.Hehe.Takan lepas kena saman RM100 juta terus tak mengaku tuan punya blog kot? ~amenoworld |
Rupanya Ini Tugas Baru Agensi Pencacai Umno Posted: 23 Mar 2013 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Mac: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula beredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog. Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ia dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu. Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera. "Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya, tapi kita tunggu penjelasan daripadanya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. ~keadilandaily |
Secara Tiba-Tiba Daftar Pengundi Hantu PAPAGOMO Hilang.. Posted: 23 Mar 2013 03:22 AM PDT Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, KEADILAN hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari pangkalan datar Sistem Semakan Daftar Pengundi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). (Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan no kad pengenalan polis RF142863 yang dibuat hari ini. Tertera tulisan "record not found")Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR. "Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai blogger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih. Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger Umno itu sebagai pengundi pos tiba-tiba telah dipadamkan.Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan."Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi."Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya. |
Melampau!! Kos Elektrik Rumah Najib Dan Muhyiddin Ialah RM1,118 Sejam.. Posted: 23 Mar 2013 12:04 AM PDT KUALA LUMPUR 22 MAC: Kempen Earth Hour sangat signifikan untuk menyedarkan Datuk Seri Najib Razak tentang kepentingan penjimatan elektrik berikutan pembaziran kos yang melampau sebanyak RM1,188 sejam untuk rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih memeranjatkan, menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah tersebut dibahagikan dengan RM10,267,868.15 (10 juta) untuk setahun. Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, sebagai pemimpin, Najib perlu meneliti kos penggunaan sumber harian dan mengambil kira faktor penjimatan, bukan berbelanja sewenang-wenangnya untuk membayar utiliti. "Najib dah melampau, dia patut ada penasihat khas untuk ajar mengenai kaedah penjimatan. Bayangkan dalam masa sejam, berapa banyak duit rakyat dapat dijimatkkan, bandingkan pula dengan kos elektrik rumah PM dan TPM," katanya ketika dihubungi. Earth Hour adalah kempen penjimatan elektrik seluruh dunia dengan matlamat memberi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjimatan elektrik, dimulakan sejak 2007 dan dilaksanakan setiap tahun. Kempen itu yang bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam esok di seluruh negara akan digerakkan di seluruh dunia. Lebih 135 negara dijangka menyertai kempen dan akan bergelap selama sejam dalam misi menjimatkan sumber tenaga dunia dan kos pengguna. Yahya berkata, perkara yang sering dilihat remeh ini sebenarnya cukup menentukan tahap mentaliti seorang pemimpin. "Dia (Najib) suruh rakyat jimat elektrik sedangkan bil rumah dia melambung. Itu tak masuk lagi pejabat rasmi, semua yang dibayar menggunakan wang negara. Patutnya, dia perlu teliti dan amanah. "Sebelum mencanang transformasi ekonomi negara kepada rakyat, Najib perlu transformasikan perbelanjaan dirinya dan keluarga," sinis Yahya. Menyambut baik kempen tersebut, Yahya berkata, misi penjimatan sumber anjuran Tabung Alam Sedunia (WWF) itu selari langkah penjimatan yang cuba dipraktikkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat. Menurut Yahya, dinyatakan salah satu sumber pendapatan kewangan untuk melaksanakan manifesto adalah melalui kaedah penjimatan. Kempen ini katanya menunjukkan kaedah penjimatan turut digunapakai seluruh dunia. "Kalau WWF yakin sejam penjimatan boleh bantu selamatkan dunia, maknanya kaedah penjimatan seperti dicadang Pakatan Rakyat dalam manifesto lebih dari cukup untuk selamatkan negara," jelas Yahya. Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya dan disewa kerajaan Malaysia. Turut didedah sebelum ini, kos selenggara kediaman mereka itu menelan belanja RM50 juta setahun. ~keadilandaily |
Selepas Kantoi!! Utusan Cover Malu Dengan Cerita Ni.. Posted: 22 Mar 2013 10:43 PM PDT Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah. Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah 'hero' rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia… "Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara."Media arus perdana yang lain 'tak lalu' menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan. Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia 'cover' malu [eh, bila UM tahu rasa malu!!] membuat berita baru petangnya "Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?" dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah. Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini. Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut. Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!! ~ekeleh |
Hasil Kajian Yang Memedihkan Hati Najib.. Posted: 22 Mar 2013 07:52 PM PDT Satu kajian yang dilakukan Universiti Malaya (UM) mendapati majoriti pengundi atas pagar percaya Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim lebih layak menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Kajian yang dijalankan antara 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 itu mendapati 44 peratus responden yang dikategorikan pengundi atas pagar percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri. Pada masa sama hanya 31 peratus pengundi atas pagar di dalam kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, melihat Najib Altantuya sebagai lebih layak. Seramai 41 peratus responden yang dianggap pengundi atas pagar menganggap Anwar lebih berwibawa sebagai pemimpin dalam pentadbiran kerajaan. Pada masa sama hanya 36 peratus daripada mereka melihat Najib Altantuya sebagai lebih berwibawa. Dalam soalan sama, 45 peratus pula tidak bersetuju sekiranya Najib Altantuya dianggap pemimpin berwibawa berbanding Anwar 11 peratus. Kategori pengundi atas pagar itu merupakan 21 peratus daripada 1,409 responden yang dibanci di dalam kajian itu dan yang menjawab "tidak pasti" kepada soalan: "Parti manakah yang dijangka menang di peringkat nasional dalam pilihanraya umum ke-13 dan menguasai Putrajaya." Manakala 42 peratus yang dibanci menjangkakan Umno-BN akan memenangi pilihanraya umum ke-13 berbanding 37 peratus untuk Pakatan Rakyat. Profil 21 peratus golongan atas pagar tersebut didapati pengundi Cina adalah golongan tertinggi dengan 53 peratus, Melayu 37 peratus dan India 10 peratus. Golongan berpendidikan ijazah pula mencatatkan 49 peratus dari golongan sama, pengundi bawah umur 30 tahun sebanyak 51 peratus dan kali pertama mengundi 48 peratus. Kajian tersebut dibentangkan oleh Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam 'Forum Pra Pilihan Raya: Siapa Akan Menang PRU-13?' di Hotel Singgahsana malam tadi. Mohammad Redzuan berkata sokongan golongan tersebut boleh dianggap penting kerana mereka adalah pengundi penentu kemenangan sesuatu parti dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. "Kajian kami mendapati dari 1,409 responden, masih terdapat 21 peratus golongan tidak pasti yang masih boleh direbut, ia satu jumlah besar" ujarnya. Kajian sama juga menunjukkan jangkaan bahawa Pakatan Rakyat akan terus menang di peringkat nasional meningkat manakala kepercayaan terhadap kemenangan Umno-BN dilihat merosot. Dalam tempoh 1-16 September 2012, 44 peratus responden menjangkakan Umon-BN akan menang, 30 peratus, Pakatan Rakyat dan tidak pasti 26 peratus. Manakala kajian 31 Mac – 15 April 2012 menunjukkan BN memperolehi 49 peratus, Pakatan Rakyat 21 peratus dan tidak pasti sebanyak 30 peratus. Ini bermakna, BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, tambah Mohammad Redzuan. Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihanraya umum 2008. Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Najib Altantuya menangguhkan pilihanraya umum ke-13 terlalu lama. "Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu pilihanraya diadakan pada 29 November 1999. PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada Seminar Politik dan Pilihanraya Menjelang Pilihanraya Umum ke-13. ~mpr |
Video Kedua Skandal Taib Mahmud Tersebar.. Posted: 22 Mar 2013 06:22 PM PDT Global Witness (GW) mengeluarkan satu lagi video menunjukkan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.Taib, walau bagaimanapun mengatakan pada Selasa lalu bahawa mereka yang dipaparkan dalam video pertama kumpulan alam sekitar global itu, juga dikeluarkan Selasa lepas, cuba mempromosikan diri mereka untuk menjadi agennya demi kepentingan peribadi masing-masing."Ia telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri," kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video bertajuk "Outtakes — Inside Malaysia's Shadow State"."Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu," tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakam dalam video pertama GW sebagai cubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube hari ini sebagai membalas kenyataan Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: "Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?"Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau. Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang berada semasa berbual dengan penyiasat GW di bilik hotel.Dalam video pertama, Huang dirakamkan berkata sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.Huang, walau bagaimanapun dipetik berkata kepada The Malay Mail, perbualannya dengan penyiasat GW merupakan perbualan kedai kopi.Peguam tersebut juga sebelum ini memberitahu GW, beliau tidak pernah dilantik oleh Hii.GW, organisasi berpengkalan di United Kingdom, mengeluarkan bukti video mengenai urusan jual beli haram tanah di Sarawak yang dilihat untuk mengaitkan ketua menteri dan keluarganya dimana turut dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera dan The Huffington Post. Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) merakamkan video mengenai urusan sepupu Taib dan beberapa lagi rakan rapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah sistematik di negeri terbesar Malaysia.Dalam klip video selama 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.Taib, 76 telah menjadi ketua menteri selama 32 tahun semenjak 1981.Kekayaan peribadinya telah menimbulkan kontroversi dengan pengkritiknya menuduh beliau memperolehinya dengan cara salah.Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) telah membuat laporan polis terhadap Huang dan Alvin Chong, seorang lagi peguam dalam video pertama GW.AAS juga berkata akan membawa dua peguam tersebut ke Badan Inkuiri untuk siasatan. Lihat video di SINI. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan