Khamis, 21 Mac 2013

Addin

Addin


Rupanya Ini Punca Najib Tak Bubar Parlimen Lagi..

Posted: 21 Mar 2013 09:53 AM PDT

SHAH ALAM - Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini. Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan kepada Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Dengan itu, nama-nama besar seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Soi Lek merupakan Presiden MCA dan Tsu Koon mengetuai parti Gerakan. BN terdiri daripada 13 parti komponen semuanya.

Tsu Koon yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut kalah pada pilihan raya umum yang lalu.  Beliau telah pun mengumumkan tidak akan bertanding PRU13.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat bersama Najib akan bersambung lagi hari ini dan beliau yakin akan ada beberapa pertemuan lagi bagi memuktamadkan pembahagian kerusi BN.

"Tak akan selesai esok (hari ini). Ada banyak perubahan sebab kalah dulu," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Soi Lek enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Soi Lek berkata, tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain. ~mpr



Iklan C (ii)




Video Fitnah Terbaru Anwar Tersebar..

Posted: 21 Mar 2013 08:01 AM PDT


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikaitkan lagi sebagai individu dalam satu skandal video dengan seorang lelaki yang kononnya seorang mahasiswa berumur 19 tahun.

Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi.

Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?

Lelaki: Ada apa kat Segambut?

Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)

Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?

Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk

Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.

Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.

'Saman RM100 juta'

"Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas KEADILAN, Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS," katanya dalam blog beliau.

Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM100 juta terhadap Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam.

Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka.

Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan termasuk pemimpin Umno.

"Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik," katanya.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menunjukkan wajah mahasiswa yang dimaksudkan, menyebabkan ia layak dibakul sampahkan selain fitnah tanpa menyertakan bukti kukuh.







Iklan C (ii)




Panas!! PAPAGOMO Dalam Pengkalan Data Rasuah SPRM?

Posted: 21 Mar 2013 05:33 AM PDT


Betul ke blogger Papagomo ini adalah tersenarai di bursa saham SPRM di bawah seksyen "Pengkalan Data Pesalah Rasuah". Diberitakan dari web site SPRM, dia tertangkap dalam kes rasuah.Dipersilakan untuk baca sendiri di sana.







Iklan C (ii)




Berita Baik Buat Rakyat Ni Pasti Di Sorok Oleh TV3, RTM Dan Utusan..

Posted: 21 Mar 2013 02:53 AM PDT

SHAH ALAM 21 Mac: Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

"Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.

"Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain, mereka tidak layak menikmati pengurangan ini," kata Khalid, lapor Malaysiakini.

Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, kerajaan negeri berkata berjaya menjimatkan lebih RM80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan perkhidmatan Alam Flora selain amalan tender terbuka dan pelaksanaan meluas konsep "Value for money".

Pengurangan ini yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah pangsa kos rendah, dengan syarat tinggal di rumah berkenaan. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Gambar Eksklusif Pengganas Sulu Di Kg. Tanduo Dan Bot Mereka Yang Berjaya Di Musnahkan Tersebar

Posted: 20 Mar 2013 11:22 PM PDT


Berikut adalah dua keping gambar yang diperoleh secara eksklusif oleh Mynewshub.my.Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.

Pada peringkat itu mereka boleh dilihat bersikap tenang, ceria dan seolah-olah yakin yang kemenangan sudah di tangan mereka.

Namun mereka lupa yang pasukan keselamatan kita tidak semudah itu menyerahkan tanah yang berdaulat ini begitu saja.

Dalam pertempuran tidak lama selepas itu, seorang demi seorang mereka yang di dalam gambar itu berjaya ditembak mati.

Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.



~mynewshub



Iklan C (ii)



Keluarga Sultan Sulu Dakwa Jadi Sasaran Bunuh Komando Malaysia

Posted: 20 Mar 2013 08:05 PM PDT

SHAH ALAM – Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kesultanan Sulu mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuh ketua mereka, Jamalul Kiram III, penasihat Pastor 'Boy' Saycon serta ahli keluarga mereka oleh komando Malaysia.

Memetik beberapa laporan media Filipina, jurucakap kepada Jamalul, Abraham Idjirani mendakwa, seorang berpangkat Kolonel bernama Sunny Ng bersama dengan empat komando tiba di negara mereka untuk menyelesaikan misi tersebut.

Abraham juga mendakwa pasukan komando ini turut mengupah tiga warga tempatan dari New People's Army dari Daerah Quezon untuk membantu mereka.

Bercakap dari kediaman Jamalul di Bandar Taguig, Abraham berkata, rancangan ini telah didedahkan oleh seorang peguam yang pernah bekerja dengan Pastor Saycon, tetapi sekarang peguam tersebut bekerja dengan seorang usahawan Malaysia yang bernama Kenneth Lee.

Katanya, peguam tersebut yang bernama Mario Lozada bersama dengan Lee berjumpa dengan kumpulan Ng di Restoran Genting Palace yang berada di Resort World, Bandar Pasay pada petang Isnin lalu.

Dakwanya, perjumpaan tersebut membincangkan rancangan untuk membunuh Jamalul dan beberapa pengikutnya.

Selain itu, Abraham juga mendedahkan daripada maklumat yang diterima peguam tersebut, Ng dan kumpulan tersebut dipercayai menginap di Hotel Maxim, yang juga berada di Resort World. ~sinar harian


 

Iklan C (ii)



Antara Pencapaian Gemilang Ali Rustam.. Saksikanlah!!

Posted: 20 Mar 2013 06:35 PM PDT

SHAH ALAM 21 MAC : Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba "Jurassic Park" yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih.

"Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta."Apa kebaik
an dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni," katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam.

Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.Apa dipersoalkan, katanya, segala dijalankan Kerajaan Melaka setakat ini tidak membawa perkembangan positif tetapi lebih memberi kerugian negeri tersebut."Banyak projek yang mendatangkan kerugian. 

Projek monorel Ali Rustam kata bagus tetapi 27 kali rosak. Muzium kereta di Air Keroh pula hanya tiga kereta yang ada. Itupun kereta Proton," dakwanya.Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembinaan taman "Jurassic Park" sebagai taman tarikan pelancong.

Mohd Ali berkata, taman itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik."Jurassic Park" itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. ~selangorku




Iklan C (ii)



Rosmah Mengakui Cincin RM24 Juta Wujud Tapi Masih Berbelit-Belit

Posted: 20 Mar 2013 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 MAC: Penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM24 juta dalam buku biografinya mengesahkan pendedahan KEADILAN mengenai barang kemas mewah itu memang wujud.Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, pengakuan isteri Perdana Menteri itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya, tetapi mengakui ada melihat apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer 'kepada orang yang ada duit.'Terbaru, dalam terbitan biografi bertajuk 'Rosmah Mansor' yang dilancar semalam, beliau menafikan kewujudan cincin itu dan mendakwa ia hanya fitnah dan khabar angin semata-mata.

Rosmah sebaliknya berkata, perhiasan mewah yang dipakainya adalah hadiah dari para tetamunya."Sekarang jelaslah cincin itu memang wujud dan kenyataan itu sekaligus menunjukkan Rosmah memang seorang yang gemar bermegah-megah dengan perhiasan mewah," kata Fariz ketika dihubungi.

Dalam buku tersebut, Rosmah juga menjelaskan, cincin dari New York itu dibawa masuk ke Malaysia pada April 2011 untuk dilihat bakal besannya sebelum dikembalikan kepada syarikat barangan kemas itu pada 13 Mei 2012.

Ini sama sekali bertentangan dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen pada Oktober 2011."Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak itu mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari (masuk ke Malaysia), cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," kata Nazri Aziz.Mengulas lanjut, Fariz mempertikai status Rosmah yang diberi barangan mewah sedangkan beliau hanyalah isteri Perdana Menteri dan tidak memiliki sebarang kuasa politik.

"Apa kelebihan Rosmah sehingga dihadiahkan barangan kemas yang harganya mencecah jutaan ringgit?"Ini satu kemusykilan yang sepatutnya disiasat badan berkuasa seperti SPRM," kata Fariz.Beliau berkata, penerimaan Rosmah ke atas hadiah mewah tersebut boleh dianggap sebagai pemberian rasuah."Rosmah patut malu menerima hadiah mewah ketika masih ramai rakyat menderita akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Beliau sepatutnya buktikan keperibadian sebagai isteri pemimpin yang berjiwa rakyat dengan hidup serba sederhana dan bukannya hanya pandai beretorik," kata Fariz. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



SULTAN SULU Sahkan Agbimuddin Kiram Adalah Bekas Penjawat Awam Di Kudat

Posted: 20 Mar 2013 05:51 PM PDT



Perit jerih Umno BN untuk kaitkan pencerobohan di Lahad Datu dengan pemimpin Pakatan Rakyat akhirnya gagal. Makin hari makin tembelang Umno BN semakin terbongkar.. Semakin Lahad datu bergolak makin Umno BN menghampiri ajalnya.


Sultan Sulu Sahkan Agbimuddin Pernah Bekerja Di Kudat, Nafi Ada Kewarganegaraan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan  menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.

Abraham Idjirani, setiausaha agung 'kesultanan' tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

"Semasa itu mereka berkata 'bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah' [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga]," kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah hari tadi.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

"Raja Muda" yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9 Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut wilayah mereka.

Idjirani berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30 pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia itu.

Jacel Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam pertempuran tersebut.

"Noong nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n'ya [Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut," kata Jacel dalam kenyataannya.

Idjirani berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan "menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya". ~the malaysian insider


 
Iklan C (ii)



Tiada ulasan: