Rabu, 20 Mac 2013

Addin

Addin


Parlimen Bubar Esok.. Ini Tandanya

Posted: 20 Mar 2013 09:23 AM PDT


Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

"Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali," kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.

Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya. ~mkini

Addin :

Jadi..kalau Najib ikut tabita Pak Lah esoklah kot bubar parlimen. Apa pun DUN negeri Johor akan bubar otomatik pada esok hari, 21 Mac 2013.. Makin hari Najib makin hilang 'kejantanannya'..



Iklan C (ii)



Kisah Sebenar Lahad Datu Terbongkar..

Posted: 20 Mar 2013 04:21 AM PDT


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.
Lima perkara itu ialah;

Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.

Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai 'silent riot' itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.

Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia. ~mso




Iklan C (ii)



Takut Aib Di Bongkar.. Ali Rustam Saman PJ PAS Melaka RM100Juta

Posted: 20 Mar 2013 12:33 AM PDT


KENYATAAN MEDIA ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA

Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman berserta tuntutan (seperti lampiran) kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut:

1. Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
2. Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil)
3. Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily)

Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :-

1. Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan.
2. Akan terus membongkar segala salahurus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka.
3. Tidak akan membuat sebarang bayaran ke atas tuntutan RM100,000,000.00
4. Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah.

Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalahurus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri.

Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anakjati Melaka, saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbalbalas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.

Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.

Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri Melaka ini.

Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salahurus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.

Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti.

Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H



Iklan C (ii)




Raja Muda Sulu, Azzimuddie Kiram Warganegara Malaysia.. Ini Buktinya

Posted: 19 Mar 2013 11:27 PM PDT


Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.
Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.
Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.
Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.
Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.
Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.


Dengan maklumat ini, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:
1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?
Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.
Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan menganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (bekas Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.
BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato' Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong

20 MAC 2013


Iklan C (ii)



Panas!! Bekas Isteri Dedah Siapa Sebenar PAPAGOMO

Posted: 19 Mar 2013 08:31 PM PDT

Untuk kes saman kali ini, jika Wan Azri masih tidak mahu mengaku beliau adalah PAPAGOMO kita ada seorang lagi saksi iaitu bekas isteri beliau.. jeng jeng jeng! Saman 100 JUTA terhadap PAPAGOMO boleh.

PAPA GOMO adalah Admin Blogger Umno, terkenal dengan peropaganda dan dakyah Fitnah tahap tertinggi dalam ranking Blogger -Blogger Umno,beliau juga tidak di senangi oleh penyokong-penyokong Umno sendiri yang mementingkan etika/integriti dalam penyebaram maklumat.

Antara yang tidak menyenanginya ialah Tun Faisal Ismail iaitu Ketua Unit Media Baru Umno (UMB).

Beliau juga gagal dalam rumahtangganya,antara sebab utama kegagalan beliau adalah kerana terlalu taksub dengan Politik Umno,hinggakan mengabaikan anak dan Isteri beliau.Papa Gomo juga seorang yang Ganas sepertimana Tulisan-tulisan beliau di Blognya.
 
Admin walau berada di pihak yang bertentangan dengan beliau berasa amat simpati kepada Beliau/Anak dan Bekas Isterinya.."Sabarlah Puan ini semua dugaan Allah kepada hambanya". Itulah yang mampu Admin luahkan kepada mereka yang terlibat dengan "dugaan" 

Mungkin juga pada pendapat admin,pembalasan ALLAH kepada sikap dan tindakkan beliau yang menzalimi/memfitnah orang lain dengan cara yang terlalu rakus,tanpa mempedulikan Dosa dan pahala/halal dan haramjadah.

Krisis rumahtangganya,mungkin bukan lagi rumahtanga(Telah Bercerai) telah menjadi buah mulut activis alam maya antaranya.

Perebutan anak diantara beliau dan bekas isterinya.. (link video dibawah):
"salam mohon abg k buat artikel kisah papagomo yg bercerai sbb sibuk berpolitik mengabaikan anak dan isteri" ujar bekas isterinya
Anda boleh membaca luahan hati bekas Isterinya di
:http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=702302&extra&page=2.


Juga video Beliau yang ganas dan kejam terhadap seorang wanita yang serba lemah dalam merampas anak yang dibawah jagaan bekas Isterinya,Highligtkan masa 0:04 beliau memakai baju  jersi Malaysia http://bit.ly/ZRBsvA (tonton video di link ini).




Iklan C (ii)



Penyokong BN Sabotaj Parti, Petanda BN Melingkup.. Saksikanlah!!

Posted: 19 Mar 2013 05:47 PM PDT


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU 13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup? ~omakkau



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: