Selasa, 19 Mac 2013

Addin

Addin


Video Taib Mahmud Bengang Tersebar..

Posted: 19 Mar 2013 09:07 AM PDT


Tertekan atau mengamuk tembelangnya terbongkar? Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"

"Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

"Tetapi terpulanglah kepada anda," kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Hotel Hilton di Kuching hari ini.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.

Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.

Sambil mengakui dia telah menonton video yang berdurasi 16 minit itu, Taib mencemikkan mukanya tanda dia sangat tidak selesa dengan pertanyaan bertubi-tubi wartawan yang terus menyoalnya sebaik keluar dari majlis tersebut.

Dengan nada menyindir, Taib memberitahu wartawan yang mengejaranya supaya mencari bukti yang lebih "meyakinkan" dan bukannya setakat mendengar perbualan yang kononnya tidak tahu hujung pangkalnya.

Perbualannya dalam bahasa Inggeris dengan wartawan tersebut jelas tidak disenangi Taib walaupun sebelum menaiki kereta mewahnya, Taib kembali kepada wartawan itu seolah-olah mahu mengajarnya apa itu bukti, fakta dan maklumat yang sepatutnya dikeluarkan.







Iklan C (ii)




Najib Dalang Video Pendedahan Taib Mahmud?

Posted: 19 Mar 2013 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 MAC: Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan terlibat dalam penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yanKlg mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Mengikut Malaysiakini, video itu direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di laman webnya.

Turut didedah video itu, penglibatan adik ipar Perdana Menteri dalam urusniaga tanah berkenaan.Untuk tonton video tersebut, KLIK SINI. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Jelmaan Terbaru 'Saiful Bukhari'

Posted: 19 Mar 2013 05:07 AM PDT


PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang mengugut untuk mendedahkan perkara sebenar jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus menggangu hidupnya.

Fareez Kamal Intidzam mendakwa, sehingga hari ini beliau serta keluarga masih tidak berhenti diganggu pihak tertentu, yang dipercayainya penyokong parti dan orang suruhan Wan Azizah.

"Jangan perkecilkan kemampuan saya – andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau (Dr Wan Azizah) kepada saya.

"Maka sekalian akan sedar betapa hipokrasi dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fareez mendakwa, ancaman yang dihadapinya itu kerana sikap cemburu Dr Wan Azizah hubungannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu menghukumnya.

Beri amaran

Sehubungan itu beliau mahu gangguan tersebut dihentikan segera kerana enggan dan memberi amaran supaya keluarganya tidak lagi dilibatkan dalam hal ini.

"Maka saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera," katanya.

Beliau sekali lagi turut mendesak agar Dr Wan Azizah segera meletakkan jawatan daripada terus menerajui parti.

"Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya.

"Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ianya adalah kebenaran yang harus parti terima. ~free malaysia today



Iklan C (ii)



Panas!! Blogger Pencacai Umno, PAPAGOMO Bakal Muflis

Posted: 19 Mar 2013 01:41 AM PDT


Sudah lama bersabar, akhirnya kesabaran ada batasnya. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri b Wan Deris yang merupakan pemilik dan pengendali blog berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Anwar sendiri mengarahkan pasukan peguamnya untuk menyaman blogger yang kononnya tidak bertuan itu. Dalam satu posting di Facebook, Anwar menjelaskan:

Saya telah arah pasukan peguam saya utk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yg punyai kaitan rapat dgn Umno.

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.

Berpura-pura dan pengedaran gambar dan dakwaan palsu yang bersifat seksual terhadap Anwar telah menjadi tanda dagangan politik longkang yang diamalkan oleh Umno dan blogger.

Blogger Papa Gomo terkenal kerana hubungan rapat dan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Disember 2011, Papagomo telah diiberikan akses istimewa untuk memasuki kapal selam KD Tun Razak, yang merupakan salah satu kapal selam terbaru dan paling maju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semasa kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat mengenai keupayaan pertahanan.

Ia membuktikan Umno-BN tidak layak lengkap untuk terus memerintah dan mentadbir negara kita.

Kenyataan media tersebut dibuat Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mewakili Anwar sebagai peguam terhadap saman tersebut.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mendesak atas nama keadilan agar pilihanraya umum ke-13 mengambil kira lima penambah baikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, penambah baikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Najib Altantuya bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.

"Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional (BN)," kata Anwar dalam satu kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di Petaling Jaya hari ini. ~jalanpulang



Iklan C (ii)



Kantoi!! Ketua Daerah Sandakan Bongkar Pembohongan Mahathir

Posted: 18 Mar 2013 11:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.

"Dr Mahathir pembohong besar," kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program 'Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.

Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.

Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.

Malah kata Hassnar, dirinya menjadi 'bahan tawaran' antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.

"Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara," kata Hassnar.

Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.

"Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!" tegas Hassnar.

Beliau berkata demikian pada Forum 'Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

Pembohongan Ex-Boss SPRM Terbongkar..

Posted: 18 Mar 2013 08:30 PM PDT

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009. Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat hari ini pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

"Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

"Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha," katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ~mpr



Iklan C (ii)

Sah!! Nizar Bertanding Di DUN Changkat Jering

Posted: 18 Mar 2013 06:45 PM PDT

IPOH – Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi berkenaan.

Sumber dalam Pas memberitahu, pengumuman mengenainya akan dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain. "Ya, perkara itu (Nizar tanding di Dun Changkat Jering) akan diumumkan  di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam nanti (semalam)," kata sumber itu kepada Sinar Harian, semalam.

Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun tahun lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda Pas Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh Pas, bagaimanapun pada tahun 2008, Pas memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.

Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong. ~sinar harian




Iklan C (ii)

Memalukan!! Berita Harian Fitnah Ketua Polis Semporna

Posted: 18 Mar 2013 05:53 PM PDT


Portal Berita Harian semalam menyiarkan satu laporan bertajuk "penceroboh bunuh diri dalam lokap" tentang seorang tahanan merupakan suspek pengganas Sulu yang ditemui mati di dalam lokap. Si mati dikatakan telah membunuh diri.

Berita ini kononnya telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah. Berikut printscreen yang diambil dari Portal Berita Harian ~ Berita Harian

Rupa-rupanya tidak ada siapa pun yang mengesahkan berita ini. Malah tuan punya badan, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mendakwa berita ini adalah berita karut.


Beliau menulis di halaman facebook peribadi miliknya dan memaklumkan bahawa, telah menghubungi wartawan berkenaan dan wartawan itu telah memohon maaf serta berjanji akan memperbetulkan laporannya.
Dengan nada tegas, pegawai Polis yang menjadi mangsa fitnah wartawan Berita Harian tersebut menulis akan membuat laporan polis esok (hari ini) jika tiada tindakan dibuat ~ facebook

~milosuam



Iklan C (ii)

Negara Islam Malaysia Pengekspot Daging Babi?

Posted: 18 Mar 2013 04:58 PM PDT


Tulang Besi mendapat maklumat berkaitan ekspot daging babi Malaysia dari link ini.. Mengikut laman ini, data di bawah ini diambil dari laman Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOSTAT) (Sila rujuk geraf di akhir artikel ini)

Sekiranya maklumat ini benar, maka perkara ini amat dikesali sama sekali. Di kala ini UMNO ke sana ke mari mengaku memperjuangkan Islam. Mereka memperlekehkan PAS kerana sudah tidak memperjuangkan ISlam. Mereka menuduh PAS membuang agenda Negara Islam kerana berkawan dengan DAP.

Padahal PAS berhenti menggunakan slogan Negara Islam semenjak selepas PRU 1969 lagi di kala PAS menyertai Barisan Nasional. PAS menggunakan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2007, setahun sebelum PAS menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Rupanya dalam UMNO mendabik dada mengatakan mereka memperjuang negara Islam, negara Islam yang sama juga menjadi negara pengekspot babi.

Bukankah lebih cocok kalau negara Islam UMNO menjadi pengekspot binatang ternakan lain yang dihalalkan Islam seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik, angsa ataupun arnab?

Tulang Besi boleh faham kalau ternakan babi di Malaysia sekadar memenuhi kehendak dan keperliuan masyarakat berbangsa Tionghua. Namun, kalau sudah diekspot bererti bilangan babi di dalam negara Islam UMNO ini sudah masuk ke dalam jutaan ekor banyaknya.

Patutlah satu masa dahulu arahan untuk menembak babi dibatalkan di Melaka. Apabila babi2 sudah diekspot ke luar negara bererti tokeh-tokeh babi ini mempunyai jumlah wang yang sangat banyak untuk membeli hati pemimpin-pemimpin orang Melayu.

Mungkin juga disebabkan berkembang pesatnya industri babi di Malaysia menyebabkan seorang bekas exco kerajaan negeri Selangor mencemar duli beliau untuk melawat kandang2 babi di negara Eropah. Padahal bukan takda exco MCA yang boleh melawat kandang2 babi tersebut.

Tulang Besi lupa nama bekas Exco Selangor tu tapi gambar dia mencemar duli dalam kandang babi tersebut ada di bawah ni.

Juga,kalau dilihat pada graf di bawah, ekspot babi di Malaysia betul2 naik di zaman pemerintahan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. (Yakni selepas tahun 1988, 6 tahun selepas Dr Mahathir jadi PM dan Sanusi Junid menjadi Menteri Pertanian)

Dr Mahathir yang sama juga telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Kebetulan atau betul betul? Saya pun tak tau.

Tapi, kalau judi dan arak bagi Dr Mahathir tak kesah haram halal, inikan pulak daging babi.

Akhir kata, seharusnya penyokong2 UMNO berbangga kerana di bawah pemerintahan "Islam" UMNO, kita telah berjaya menjadi negara pengekspot babi.


~tulang besi




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: