Ahad, 17 Mac 2013

Addin

Addin


Kantoi!! Najib Pakai RANTAI Lagi..

Posted: 17 Mar 2013 09:19 AM PDT


a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita. 

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.
sumber : e-fatwa.gov.my
Addin :
Dimana para ustaz dan ustazah Umno..kenapa berdiam diri menikus??
 

Parlimen Bubar Esok!!

Posted: 17 Mar 2013 04:14 AM PDT

Kuala Lumpur - by @tiewnamaPerdana Menteri malaysia iaitu Najib Razak berkata kepada media bahawa Parlimen akandi bubarkan pada tarikh yang hanya di ketahui oleh rosmah saja, bercakap kepada media antarabangsa @tiewnama hari ini, Najib berkata, Parlimen akan di bubarkan jika tranformasiBarisan Nasional berjaya.

Mengenai suatu yang mengejutkan, Presiden Pakistan iaitu Asif Ali Zardari pula berkata,setelah bermesyuarat dengan semua menteri kabinet serta senat di pakistan, ahli parlimennegara pakistan telah bersetuju untuk membubarkan parlimen pada hari isnin 18 mac 2013,pembubaran parlimen ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya umum negara pakistan.

ketika ajensi berita fakap EP melaporkan dari pakistan, seluruh rakyat pakistan sedangberpesta kerana SPR di sana telah mengumumkan bahawa tarikh kempen adalah selama 60 hariselepas parlimen di bubar dan mereka mempunyai masa yang sangat lebih dari cukup untukmemilih calon presiden dan parti parti yang akan di sokong.

berikut adalah komen dari seorang rakyat pakistan di sabah yang sangat teruja untuk kembalike pakistan untuk mengundi.'' Saya mesti balik pakistan untuk mengundi ini kali, selepas itu, saya akan pulang semula ke malaysia bagi mengundi pula Barisan Nasional, jika saya tidak mengundi BN, saya akan di hantar pulang terus ke pakistan dan susah untuk meniaga karpet''



~era pasca




Iklan C (ii)

Judi Haram Di Hawaii Tapi Halal Di Malaysia

Posted: 16 Mar 2013 11:42 PM PDT

Artikel ini telah diemailkan kepada Tulang Besi. Kandungan yang sangat2 menarik bagaimana Hawaii boleh mengharamkan semua bentuk judi termasuk judi yang bersifat kebajikan masyarakat. 

Ertinya seluruh pulau Hawai, tiada sebuah pun kedai judi. Tapi, kalau pergi pekan Rembau, pekan Kuala Pilah, bersepah kedai judi. Tapi, di Malaysia ni ngaku Islam sebagai agama rasmi sedangkan Hawaii ni negeri bukan Islam.

Saya suka cara Hawaii mengawal aktiviti judi dalam suasana negeri tersebut bukan negeri Islam. Mereka hanya mengizinkan judi yang bersifat sosial, yakni tiada siapa yang diizinkan membuat keuntungan dari aktiviti judi sama sekali. Mengapa konsep yang sama tidak boleh dipraktikan di Malaysia?

Ke hulu ke hilir UMNO mengaku memperjuangkan Islam tapi negeri Hawaii yang kafir lebih mulia dari segi aktiviti judi berbanding UMNO.

Terdedah lagilah kemunafikan UMNO.

Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?

Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?

Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.

Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.

Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.

TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.

Hawaii is one of the two remaining states in the US where all forms of gambling are considered illegal (the other being Utah). There are neither casinos nor state lotteries in Hawaii. Any form of betting or pari-mutuel betting is not considered legal. Even games and raffles for charitable purposes are outlawed. So long as there's an element of chance involving a reward or an item to be won, Hawaii Gambling Laws deem all of these as illegal

http://www.hawaiicasinos.org

Hawaii: Not a Gambler's Paradise

Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You'll have to backtrack a bit because the casino bit doesn't fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!

The State of Hawaii doesn't allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state's authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii's waters.

But that's not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can't play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.

So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn't even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn't get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.

Another thing to note is that Hawaii's flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.

Posted in Casino, Gambling.

By reneek November 2, 2010

http://www.casinob.com/casino-blog/casino/hawaii-not-a-gamblers-paradise/


~tulang besi

 

Iklan C (ii)

Bekas Personaliti IKIM.FM Sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 10:25 PM PDT

GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi. Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi)

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

"Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama," ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen. ~harakahdaily


Addin :

Yang tinggal dalam Umno hanyalah Ular Dalam Semak bukannya Ulamak..



Iklan C (ii)

Tuan Guru Nik Aziz Bidas Kenyataan Bodoh Najib

Posted: 16 Mar 2013 10:06 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.


Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

"Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

"Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik.

"Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

"Mereka belum puas 'cincang' Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat. ~harakahdaily



Addin :

Ribut melanda selepas Najib umumkan 7 dosa besar.. apa petandanya? Fikir-fikirlah..



Iklan C (ii)

Sah!! Bukan Anwar Dalam Fitnah Terbaru.. Ini Buktinya

Posted: 16 Mar 2013 07:18 PM PDT


Tatkala blog-blog pro-UMNO bersuka-ria meletakkan beberapa gambar individu kononnya Anwar yang mengadakan hubungan seks sejenis, ramai mempertikaikan kenapa gambar-gambar itu hitam putih dan tidak berwarna.

Apatah lagi, di sebelah muka Anwar itu gelap dan tidak terkena cahaya dari tingkap, sedangkan badannya jelas dipancar dengan cahaya tersebut.Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih kantoi ialah belahan rambut pelaku di dalam gambar tersebut berbanding dengan belahan rambut Anwar yang sebenar seperti paparan gambar di atas sekali.

Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi.Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar.


Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun."Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui." ~greenboc



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: