Selasa, 12 Mac 2013

Addin

Addin


Wanted!! Siapa Kenal Pencacai Ni?

Posted: 12 Mar 2013 05:57 PM PDT


Wanted!! Siapa kenal muka pencacai-pencacai Umno ni? Inilah muka-muka pencacai Umno yang pengecut.. Agak-agak ko orang berapa pencacai Umno ni di bayar yek? Lepas duit rokok je kot.. Inilah muka pencacai yang baling batu dan telur dia orang di Ibu Pejabat PKR baru-baru ni.

Yang Addin sedihnya, muka-muka pencacai Umno ni adalah Melayu saje. Mananya India dan Cina dari MCA dan MIC? Maknanya tindakan pencacai Umno hanya bertindak sendiri-sendiri tanpa persetujuan rakan sekutunya. Mananya wajah 1Malaysia, Janji Di Capati?

Mungkinkah MCA dan MIC bakal sabotaj Umno dalam PRU13 nanti? Sama-sama kita tunggu.. Makin ganas dan jahatnya pencacai Umno makin bertambah sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.


 

Iklan C (ii)

Akhirnya.. Rahsia Ketua Polis Negara Terbongkar

Posted: 12 Mar 2013 04:45 PM PDT

PERAK 12 MAC: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.

Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.

"Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

"Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita

"Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya," Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.

"Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya," katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

Raja Petra Kantoi..

Posted: 11 Mar 2013 10:13 PM PDT

Lagi pembohongan blogger dalam buangan di Manchester, United Kingdom, Raja Petra Kamaruddin terbongkar!

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah dia tidak dijanjikan bayaran untuk membuat akuan bersumpah pertama (SD1) yang mengaitkan Perdana Menteri, Najib Altantuya dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Bala berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan oleh Raja Petra bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri telah dijanjikan penyiasat persendirian RM700,000 jika dia bersetuju untuk tampil dengan SD1pada Julai 1, 2008.

Memetik sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raja Petra berkata Anwar mahu SD1 untuk mengaitkan Najib Altantuya, yang ketika itu menteri pertahanan, supaya rancangan menjadi perdana menteri pada 16 September 2008 akan berjaya.

"Saya bersumpah pada ibu saya, saya tidak tahu apa-apa tentang perkara RM700,000 ini. Semua tuduhan-tuduhan terhadap saya adalah mengarut, "Bala memberitahu.

"Malah, saya hanya bertemu Anwar dua kali: sekali pada tahun 1994, apabila saya bertugas secara rasmi semasa dia Timbalan Perdana Menteri dan yang kedua adalah hari saya menandatangani SD1 saya (3 Julai 2008) semasa sidang akhbar. Saya tidak pernah bertemu dia lagi selepas itu, sama ada."

Bala menegaskan bahawa persoalan wang tidak pernah datang dalam penyediaan SD pertama, malah menafikan dia menerima RM100,000 daripada peguam Puravelan.

"Tujuan saya adalah sentiasa menjadi kebenaran, bukan wang. Apa yang saya boleh lakukan dengan wang? Saya tidak boleh membawa ke kubur saya, "katanya.

Tetapi Raja Petra mendakwa bahawa Bala telah menghubungi ahli perniagaan Deepak & juga selepas dia tidak menerima pembayaran penuh daripada RM700,000 - satu pertemuan yang akhirnya membawa kepada SD kedua, yang diterbalikkan semua tuntutan yang dibuat dalam yang pertama.

Menjawab ini, Bala berkata: "Raja Petra mempunyai apa-apa bukti menulis tentang perkara itu, jadi dia tulis perkara dongeng. Dia kawan saya, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menasihatinya."

Beliau mengakui bahawa dia telah bertemu dengan Deepak, tetapi mengulangi bahawa SD2 berikutnya telah dilakukan secara paksaan.

"Saya berubah kenyataan saya keluar ugutan, tetapi kemudian apabila Najib Altantuya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, saya secara terbuka berkata, apa yang berlaku kepada saya, dan saya konsisten dengan kenyataan saya sejak itu."

Bala juga mengaku telah menerima pembayaran dari Deepak selepas membuat SD kedua, dan berkata bahawa wang itu telah digunakan untuk perjalanan, perbelanjaan makanan serta pendidikan anak-anaknya.

Tidak dibayar KEADILAN

Sementara itu, Bala menolak khabar angin bahawa beliau kembali ke Malaysia telah dibayar oleh KEADILAN, yang kini sudah menjadi parti yang disokongnya.

"Penerbangan pulang ke Malaysia menggunakan wang saya sendiri, kerana Deepak ada memberi memberi saya sejumlah wang, saya simpan. Tiada siapa yang bayar untuk perjalanan saya, "katanya.

"Saya bukan ahli mana-mana parti dalam Pakatan [Rakyat]. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti dalam gabungan itu, tidak dengan DAP, KEADILAN atau PAS. Tetapi saya menyokong mereka kerana hati saya berkata, Malaysia memerlukan perubahan. ~jalanpulang



Iklan C (ii)

Akibat Terdesak, Umno Kini Berkempen Dalam TANDAS Masjid

Posted: 11 Mar 2013 06:51 PM PDT


Propaganda parti perkauman, Umno/BN sangat mudah untuk dikenal pasti. Ia menggunakan sentimen 3R iaitu Race, Royal, and Religion (Bangsa, Raja dan Agama) untuk menarik sokongan orang Melayu kepadanya.

Lihat sahajalah, isu-isu 3R yang diulang siar berulang kali dalam media-media kongkongan Umno/BN. Menarik kali ini, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar menunjukkan taktik terbaru Umno/BN berkempen dan memainkan sentimen bangsa Melayu di dalam jamban kah kah kah...

Menurut pengirim, gambar ini diambil di dalam sebuah jamban Masjid Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor yang terletak hanya beberapa meter dari rumah YB Dato Aziz Kaprawi (ADUN BN Parit Raja).

Kita faham, mesej propaganda ini ditujukan khas buat orang-orang Melayu Islam yang menggunakan jamban masjid. Tentu sekali jarang orang bukan Islam akan menggunakan jamban masjid.


Sebelum ini ada penulis buku yang mengiklankan buku karya tulisannya di dalam tandas, tapi tak sangka pula Umno/BN akan menggunakan strategi kempen di dalam jamban seperti ini kah kah kah...

Sungguh terdesak, sampaikan dalam jamban pun nak berkempen. Jaringan Melayu Barisan Nasional (JAMBAN). Lepas ini jika anda lihat jamban, pakat-pakat ingat Barisan Nasional kah kah kah... ~milosuam



Iklan C (ii)

Bukti Umno Tahu Mereka Akan Kalah PRU13..

Posted: 11 Mar 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 MAC: Keganasan berterusan yang dicetus kumpulan samseng dalam tempoh kurang seminggu, dari Bukit Katil, Melaka hingga ke ibu pejabat KEADILAN, membuktikan Umno BN kian terdesak.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata kekerapan keganasan juga menunjukkan Umno BN tidak mampu bangkit dari kekalahan pada 2008.

"Keyakinan untuk terus memerintah merudum. Maka atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka 'dipelihara' undang-undang," katanya.

Semalam, sekumpulan hampir 30 samseng membuat kecoh di depan ibu pejabat KEADILAN, Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan, S Balakumaran cedera di leher akibat terkena kayu manakala dadanya dibaling batu dan telur , selain banyak harta benda rosak.

Pada 8 Mac lalu, berpuluh-puluh samseng bertindak liar dengan melontar batu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka.

Empat cermin bas pecah, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terkena serpihan kaca manakala seorang pengawal keselamatannya, cedera di mata terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani turut terkena serpihan kaca di muka.

Pada kenyataan media, Edy Noor bimbang keganasan sedemikian berlarutan pada musim pilihan raya jika tidak dibendung berikutan ia turut melibatkan objek seperti kayu dan lontaran telur.

"Tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebagai entiti berwibawa dan bertamadun, tidak bertindak balas kerana percaya keganasan Umno BN hanya memberi kemenangan lebih besar. ~keadilandaily






Iklan C (ii)

Tiada ulasan: