A Mum Of Three Mohd |
- Are you ready for BN Penangites..??
- Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed manyiak belani oooo...
- Ingat pesan Tok Guru Nik Aziz. Jangan tamak dan jangan kedekut.
- Semaikan faham dan nilai demokrasi yang betul
Are you ready for BN Penangites..?? Posted: 21 Mar 2013 05:55 AM PDT Kajian syiuk sendiri. BN menang di Pulau Pinang. Kah kah kah kah kah.... Mereka buat kajian dan mereka keluarkan hasil kajian. Kononnyer, hasil dapatan kajian mereka ... PRU13 BN menang di Pulau Pinang. Lawak, kan..?? Kah kah kah kah kah kah... Keh keh keh keh keh keh... Tak caya ia lawak, baca di bawah ni... BN yakin mampu menang di Pulau Pinang KUALA LUMPUR, 21 Mac — Barisan Nasional (BN) yakin mampu menewaskan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang. PR kini menguasai 29 dari 40 kerusi dewan undangan negeri di Pulau Pinang, dengan Umno memenangi 11 kerusi. Gerakan dan MCA tewas semua kerusi yang ditandingi pada 2008. Namun The Malaysian Insider difahamkan keyakinan BN untuk membuat kejutan berdasarkan kajian laporan mereka sendiri dan kajian terbaru sentimen pengundi oleh badan bukan kerajaan. Dalam laporan tersebut mengatakan BN mendahului di 14 kerusi majoriti Melayu, yang dikuasai PKR dan PAS. Buat masa sekarang, PAS kekal di satu kerusi, PKR sembilan manakala DAP memenangi 19 kerusi dewan undangan negeri yang kebanyakannya majoriti Cina. Tetapi menurut kajian akar umni BN melihat terdapat beberapa peluang untuk memenangi kerusi DAP walaupun wujud sentimen anti-BN di kalangan pengundi Cina di seluruh negara. Sesetengah dari mereka berpendapat BN mampu menang di Padang Lalang, Pengkalan Kota, Bukit Tambun dan Datok Keramat. Datok Keramat, yang kini dipegang ooleh Jagdeep Singh Deo dari DAP, mempunyai 58 peratus majoriti Cina dengan Melayu mewakili 34 peratus sementara India 10 peratus pengundi. Pada pilihan raya lalu Jagdeep hanya menang dengan 1,855 undi majoriti. BN yakin akan memenangi undi kaum India dan Melayu. Bagaimanapun adalah sangat mengejutkan sekiranya BN berjaya memenangi Padang Lalang, yang juga dimenangi DAP, kerana kerusi tersebut merupakan 84 peratus pengundi Cina. Pengkalan Kota, dengan 95 peratus pengundi Cina, merupakan kawasan yang memerlukan sokongan yang banyak untuk BN menang. Bukit Tambun, yang kini milik PKR, merupakan sebuah lagi kerusi majoriti Cina, dengan 70 peratus pengundi. Laporan dari akar umbi BN juga mengatakan mereka mempunyai peluang untuk menang di Pulau Tikus, Jawi, dan Kebun Bunga. Pulau Tikus, yang kini dimenangi oleh DAP, merupakan kerusi di mana 79 peratus pengundinya terdiri daripada kaum Cina, memerlukan sokongan yang kuat jika BN ingin menang. Namun BN kalah tipis dengan DAP dengan 1,714 undi pada 2008. Jawi, sebuah lagi kerusi DAP, merupakan sasaran realistik untuk BN, dengan kaum Cina cuma 58 peratus, dengan Melayu 22 peratus dan India 20 peratus. Kebun Bunga, dimenangi oleh PKR, adalah kerusi yang sukar dimenangi untuk BN yang mempunyai 78 peratus undi. Pegawai BN percaya keputusan untuk memindahkan beberapa calon kuatnya ke negeri lain seperti Johor menunjukkan pakatan tersebut gagal mentadbir negeri tersebut dan hanya meletakkan muka baru di kerusi tersebut.-MI |
Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed manyiak belani oooo... Posted: 20 Mar 2013 09:00 PM PDT Hahahaha... Di Perak demer mengelupor, di Selangor mereka mengelejat. Masing-masing takut tumpor tapi tunjuk seolah-olah mereka ada telor... wal hal tak der telor. Ini semua penangan pemimpin besar Pakatan Rakyat yang memukul canang bahawa mereka akan keluar daripada kawasan selamat mereka untuk bertanding di luar. Kit Siang... di Johor manakala Anwar pula, samada di Perak atau di Selangor. Dengar jer berita... terus keluar suara mereka dari Perak dan Selangor. Kononnyer mereka tak takut. Hahahaha... tak takut tetapi KECUT. Kecut tetapi berlagak macho. Kononnyer sedia berperang dengan Anwar. [Baca sini] Keh keh keh keh.... Ada yang mendakwa, kononnyer giant-giant daripada Pakatan Rakyat ni sudah tidak mendapat sokongan di kubu kuat mereka, lantas mahu berpindah ke kawasan lain. Hahahaaha... hilang sokongan?? Staement sebagai penyedap hati jer tu. Weh... turun ler ke Matang Pauh... Turun ler ke Ipoh Timur dan tinjau sokongan rakyat kepada mereka sebelum buat kenyataan bangang. Mereka masih disokong padu, wa cakap lu orang.. Mereka ni, BERANI.... VIBRANT... PROAKTIF... GOT TELOR maa. Mereka, kami anggap sebagai pencetus semangat bagi membuka mata rakyat di kawasan tradisi UMNO/BN agar berani BERUBAH dan membuat perubahan. Mereka sanggup menerima risiko. Hahahaha... Kalau takut pada risiko jangan bicara soal perjuangan. Lu orang dan pemimpin lu orang.... ada berani?? Najib... berani keluar daripada Pekan?? Hahaha... jangan mimpi ler. Jangan kata nak pindah kawasan, mereka terpaksa guna undi pos sebagai talian hayat untuk terus berkuasa. Itu bezanyer pemimpin Pakatan Rakyat dengan para pemimpin UMNO/BN. Kesian puak-puak jumud yang selesa duduk di bawah tempurung di habitat masing-masing. Baru Anwar pukul canang... mereka sudah 'terbatuk' dan 'tersedak'. Kelakar.... kelakar... |
Ingat pesan Tok Guru Nik Aziz. Jangan tamak dan jangan kedekut. Posted: 20 Mar 2013 05:30 PM PDT Dengor citer... orang PKR marahkan PAS, sebab isytihar Nizar Jamaluddin sebagai DUN Cangkat Jering dalam PRU13 yang akan datang. DUN Cangkat Jering kata orang PKR milik demer, sebab telah dimenangi oleh sang katak atas tiket PKR dalam PRU12 yang lalu. Tapi celakanyer... sang katak melompat menuju ke tepi Tong Taik. So... dalam PRU 13 ni, sepatutnya DUN Cangkat Jering adalah milik PKR. Itu kata orang PKR ler. Demer kata lagi... kalau PAS ambik DUN tersebut, wajarlah gantikan dengan winnable DUN yang lain tapi tunggu punyer tunggu...berita yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Weh... orang PKR marah ler. Takut melepas beb!! Maka... bikin bising ler orang-orang PKR Perak. Tak patutler... Tak der semangat kekawanan ler... Tau take jer, tapi tak nak give ler... Dalam semangat kekawanan mesti ada toleransi ler.. Haishh... macam-macamler sungutan dan rugutan mereka. Bingit telinga... Weh... kita nak menang. Kalau Nizar yang memang popular di Perak boleh memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, biarkanler. Berkorbanlah sikit. Demi rakyat... tak gitu?? Jangan ler jejaskan peluang baik yang kita ada ni untuk merampas semula Perak daripada penyamun di Putrajaya dan mencerahkan laluan kita untuk merampas Putrajaya. Yang penting... kejayaan misi kita.... dan harapan rakyat pada kita. Apakah kerana silent kemelut antara PKR dan PAS ini... yang menyebabkan Anwar membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh?? Apakah oleh sebab ingin meredakan kemelut ini, menyebabkan Anwar berkorban melepaskan Parlimen Permatang Pauh dan beralih arah ke Perak?? Wallahuaklam... [Baca sini] Kalau betul, kawasan mana, ek?? Apakah kawasan yang kini milik Nizar Jamaluddin iaitu parlimen Bukit Gantang?? Hahahaha.... you take one... you give one. You take DUN Cangkat Jering. We take Parlimen Bukit Gantang. Fair and square, kan..?? Apa-apa pun... citer Anwar nak bertanding di Perak telah bikin MB haram Perak, resah gelisah bak cacing kepanasan. Gundah gulana dia beb. Kontrol macho mamat tu... kononnyer 'ada aku kesah' Anwar nak bertanding di Perak?? [Baca sini] Hahahaha... Whatever ler, Zambry.... Kitorang pun tak kesah kamu resah ke... kamu gelisah ke. Kamu tak penting... Yang penting misi kami untuk merampas semula Perak, in shaa Allah. Kepada PAS dan PKR... komer ingat dan hayatiler pesanan Tok Guru Nik Aziz. Dalam pembahagian menentukan DUN dan Parlimen mana yang akan menjadi milik sapa... jangan ada sikap tamak dan sifat kedekut. Ingat... kita mahukan rahmat Allah SWT dan kedua-dua sifat itu dibenciNYA. Ingat.... Jangan mengundang murka Allah. |
Semaikan faham dan nilai demokrasi yang betul Posted: 20 Mar 2013 10:28 AM PDT Tertarik dengan tulisan Amin Ahmad ini. Jom kita kongsi dan baca sesama.... Menuju PRU-13: Semaikan faham dan nilai demokrasi yang betul ― Amin Ahmad 20 MAC ― Satu ciri khusus sistem demokrasi ialah adanya proses pilihan raya secara berkala untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil-wakil mereka ke badan legislatif. Parti yang mendapat majoriti akan membentuk kerajaan dan yang selebihnya akan menjadi pembangkang atau duduk di kerusi perwakilan bebas di dewan rakyat atau dewan undangan negeri. Berdasarkan ini, jelaslah bahawa pilihan raya adalah satu proses yang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan perkara yang lebih besar kemudiannya ― dasar, perbelanjaan negara dan sebagainya. Pilihan raya adalah satu bentuk yang telah kita pakai sejak sekian lama, bahkan sebelum merdeka lagi. Justeru, tidak sepatutnya timbul soal menjatuhkan kerajaan atau negara huru hara sekiranya rakyat membuat pilihan tertentu. Sesungguhnya, hampir semua daripada ahli jemaah Menteri atau ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri itu adalah mereka yang dipilih melalui proses pilihan raya. Daripada pemilih untuk pemilih Mereka tidak berada di posisi tersebut kerana "pilihan Tuhan" atau secara tiba-tiba. Kecuali beberapa "wakil" perkhidmatan awam seperti Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan atau Penasihat Undang-Undang, mereka yang dilantik menjadi Menteri juga perlu ditentukan oleh mereka yang telah dipilih melalui proses pilihan raya. Atas dasar itu, adalah menjadi satu perkara yang biasa dan munasabah bagi rakyat secara umumnya dan para pengundi memastikan proses pilihan raya dan urustadbir sesebuah kerajaan itu dijalankan secara berintegriti. Berdasarkan rekod, parti-parti yang membentuk kerajaan mendapat antara 49 peratus hingga 65 peratus jumlah undi. Ya, pada tahun 1969, parti-parti yang membentuk kerajaan hanya mendapat 49 peratus undi tetapi memenangi 66 peratus kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pembangkang pula dibentuk dengan jumlah undi antara 35 peratus hingga 51 peratus undi. Sekali lagi, meskipun mendapat 51 peratus undi pada tahun 1969, jumlah kerusi yang diperolehi hanyalah 34 peratus. Sebelum pilihan raya umum 2008, beza peratusan undi dan peratusan kerusi (lebih banyak kerusi dimenangi berbanding undi yang diperolehi) yang diperolehi oleh pihak kerajaan pernah mencecah sehingga 27 peratus dan pembangkang (lebih banyak undi yang diperolehi berbanding kerusi dimenangi) mencecah 28 peratus. Ini boleh menjadi satu dilema tersendiri. Demokrasi kelihatannya tidak semestinya dimenangi oleh majoriti dan jumlah undi tidak semestinya diterjemahkan melalui jumlah perwakilan. Harus diingat, Menteri yang dilantik kemudiannya juga boleh meninggikan atau mengurangkan jumlah peratusan ini. Ini juga dapat memberi justifikasi untuk penambahbaikan pilihan raya, atau sekurang-kurangnya menjadi bahan berfikir pada masa ini untuk meninjau keperluan meningkatkan kualiti daripada proses pilihan raya yang dilangsungkan. Peraturan pilihan raya Sebenarnya telah ada banyak peruntukan undang-undang berkaitan pilihan raya misalnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), peraturan-peraturan pilihan raya berkaitan perjalanan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos serta Akta Polis 1967. Persoalan yang timbul ialah penguatkuasaan dan juga ruang-ruang yang boleh dimanipulasi. Sebagai contoh, larangan penjamuan hanya kepada calon tetapi tidak kepada parti politik yang diwakilinya atau penajanya di kalangan individu, badan swasta atau badan bukan kerajaan. Kita juga dapat mengesan beberapa perkembangan yang bukan sahaja anti demokrasi tetapi turut menggugat kelancaran proses pilihan raya. Kini sering berlaku kekacauan, keganasan, kekerasan, gangguan dan penggunaan kata kesat serta pelbagai tuduhan yang dibuat secara wewenang dalam kempen politik. Erti murni demokrasi dan realiti perbezaan sikap serta pandangan politik tidak lagi dihayati sebagai tunjang sistem negara kita. Lebih malang lagi apabila pimpinan politik melihatnya sebelah mata seolah-olah "tidak apa jika ia dikenakan kepada parti atau pimpinan parti lawan". Anjakan paradigma Kita mesti tegas bahawa pilihan raya itu adalah cara praktikal yang aman untuk menunjukkan kuasa rakyat berbanding kudeta. Kita juga mesti tahu beza antara kebebasan berhimpun yang terkandung dalam perlembagaan negara berbanding rusuhan, keganasan atau kekacauan. Sekiranya ini gagal difahami dan ditegaskan, kita hanya akan membuka lebih banyak masalah dalam proses politik negara. Ahli politik mesti memberi gambaran yang tepat dan bukan menunjukkan peruntukan tertentu di dalam perlembagaan negara seolah-olah hanya tulisan tanpa pengertian. Orang ramai mengharap proses pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dengan bebas, adil, aman dan lancar. Yakinlah bahawa proses pilihan raya yang berintegriti akan membawa negara kita ke hadapan, bukan sebaliknya. Integriti disemai, demokrasi tercapai. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan