Rabu, 20 Mac 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Berani yang menguntungkan atau yang merugikan??

Posted: 19 Mar 2013 08:30 PM PDT


Apakah PAS benar-benar akan meletakkan Husam Musa bertanding di Putrajaya?? Dan... apakah Husam Musa cukup bersedia dan winnable untuk bertanding di Putrajaya??

Don't play... play... Kalau menang jadi 'Giant Killer' Glamour I tell you... Tapi apakah glamour yang kita cari??

 Menjadi MP bukan untuk glamour beb tapi untuk berkhidmat kepada rakyat. Lebih-lebih lagi MP yang bakal mewakili Pakatan Rakyat. Agenda kita bukan mencari glamor tetapi... melakukan perubahan, melakukan penambahbaikan... dan membaik pulih mana-mana institusi pentadbiran yang dah laeh.

Persoalannyer... mampukah Husam Musa menjadi 'giant killer' di Putrajaya?? Kita merancang tapi hanya Allah SWT yang tahu samada perncangan kita itu baik dan bijak.

Beranikah PAS dan Husam Musa mengambil risiko bertanding di kubu kuat BN?? Bijakkah mengambil tindakan berani itu??

Hahaahaha.... komer pikir-pikirkan ler.. Apa-apa pun...biarlah tindak yang bakal diambil itu nanti tindakan berani yang menguntungkan bukan yang merugikan. Wallahuaklam...


Husam cari nahas jika tanding Putrajaya?
Wartawan Sinar Harian 20 Mac 2013

SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencari nahas apabila bersedia untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Putrajaya adalah kubu kuat BN tetapi sekiranya Husam menang beliau layak diberi gelaran giant killer.

"Ini bukan disebabkan calon Umno di situ hebat tetapi kerusi Parlimen itu merupakan kubu kuat BN. Sekiranya Husam berjaya merampasnya, beliau memang hebat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Jayum tidak menolak kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai bandar Melay

"Mungkin masyarakat Melayu di sana perlukan perubahan dan pembaharuan yang dibawa Pas dan PR.

 Dalam perkembangan sama Jayum berkata, sekiranya Husam dan Pas benar-benar ingin merampas Putrajaya isu berkaitan kelas menengah, ketelusan dan integriti perlu diketengahkan.

"Pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan 'makanan minda' bukannya keperluan seperti di luar bandar.

"Isu-isu yang perlu dibawa mestilah bersifat ideologi dan bukannya isu atap zink, jalan tar dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, isu ketelusan dan integriti akan menangkap imaginasi pengundi bandar dan Pas dinasihatkan untuk bekerja keras sekiranya benar-benar ingin menawan kubu kuat BN itu.-SH

Pompuan yang diselubungi pelbagai kontroversi wallahuaklam

Posted: 19 Mar 2013 06:21 PM PDT


Cadangan gilerr daripada sorang mantan Piem yang tabiatnyer suka baling batu, pastu sembunyi tangan. Then... dengan muka selamba menyalahkan orang lain... dan buat muka sardin seolah-olah dia tak bersalah. 

Apa cadangannyer...??

Weh... dia cadangkan buku biografi si Rojimah diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai panduan kepada generasi akan datang 100 atau 200 tahun dari sekarang. [sini]

Hahahahaha... Buang tebiat ke hape si tua kutuk ni?? Ada ke si Rojimah nak dijadikan panduan kepada anak-anak kita?? Nauzubillah....Nauzubillah...

Hancuss bebudak kita... Do you want your children to be like some one yang diselubungi dengan pelbagai kontroversi 'wallahuaklam' . 

Jawapan kepada soalan tadi. A positive.... No.. No... No...

Oleh itu... adalah waras lagi baik, jika kita ikut syor atau cadangan orang yang bijak seperti hok di atas tuuu.... Jangan sesekali kita ikut cadangan kaki belit pofessional yang berasal usul daripada Kerala ni. 

Pun begitu... mungkin jugak si tua kutuk tu, mahu perli Rojimah jer. Ha ah... sapa ler Rojimah. Bukan Piem pon. Cuma berlagak macam Piem. Terkadang.. terlebih kuah daripada sudu pulak... Hebat sangat ke Rojimah ni...?? 

Hebat dengan kontroversi ada ler. Other than that.. she's nothing maa. She's just a Piem's wife yang suka menyibuk dalam urusan pentadbiran negara dan yang suka glamor menonjol-nonjol, unlike Siti Hasmah.

Namun demikian.... Ada satu benda yang kita boleh belajar daripada si Rojimah, iaitu... camne nak kumpul duit daripada kecik untuk beli cincin berbatu permata besoooo... apabila dah besoooo nanti.  Betoi tak??

Hahahahaha... Adios..!!

Tiada ulasan: