Jumaat, 8 Februari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Benci pencetus huru-hara (8/2/13)

Posted: 08 Feb 2013 01:18 AM PST


Sekali lagi saya mengesan seakan ada satu agenda jahat dalam portal Malaysian Insider khasnya terhadap Islam.
Saya tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini secara peribadi sebagai seorang Muslim oleh kerana terlalu banyak pandangan ulamak Islam yang negatif dalam isu Valentine's Day ini, maka wajarlah sebagai seorang Muslim kita akur.

Dalam Islam pandangan ilmuan Islam khasnya para ulamak mengatasi pandangan dan sikap peribadi, itulah disiplin dalam Islam samada suka atau tidak, samada diterima atau tidak oleh pandangan universal, tafsiran sekular, liberal dan seumpamanya.
Tetapi saya perhatikan buat kali kedua portal ini mensensasikan di dadanya isi kandungan khutbah Jumaat, seakan mahu menyalakan api kemarahan seakan mahu mengundang komen-komen jahat dan sinis semuanya nanti terhadap Islam.

Muslims told at Friday prayers to "hate" Valentine's Day
Umat Islam diseru semasa solat Jumaat (khutbah) untuk "membenci" Valentine's Day


Apa agenda Malaysian Insider? Ini jawabannya, sila perhatikan beberapa komen di bawah posting mereka:
1) This is beginning to sound like kim jong un's north korea

2) Hahahaha....what a joke? No wonder Malaysia Is spending money unnecessarily on salary for this Jakim staff....hopeless fellows.
3) Religion of peace?

4) Valentine's Day has become a favorite annual whipping boy of religious fanatics, nutcases and lunatics of every stripe. Here it is the fellers parroting Jakim sermons while in India it is the saffron clad loonies touting Hindu supremacy.
Kenapa mahu mencetuskan kritikan, terhadap Islam? Tiadakah lagi tinggal sensitiviti dalam jiwa kita dalam keghairahan kita mahu mengejar kebebasan dan hak bersuara?

Maaf tetapi saya tiada hormat pada mereka yang mahu mencetuskan huru-hara walau dalam cara halus sebegini.

Tiada ulasan: