RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : STATISTIK BILANGAN PEMILIH MENGIKUT BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN (JOHOR -DPI3-2012)
- PRU13 : STATISTIK UMUM PILIHANRAYA - DPI 3/2012
- PRU13 : BAGAIMANA PILIHANRAYA DILAKSANAKAN
- Will Najib, Rosmah & Co. claim "demi-god" status when asked to take the witness stand - Deepak asks Dr M
- Ali Rustam Peralat Masjid Jadi Bilik Gerakan Umno
- ‘Hantar Pulang Pelarian Uyghur, Bertentangan Prinsip Islam’
- Gelombang Oren: Ameerah santuni pengundi Tionghua
- Empangan Ulu Telom tenggelamkan 7,600 hektar
- Watch out for the slippery road ahead
- Skandal seks Zahida-Shafie menjelma kembali sejak pertelingakan dlm Umno Sabah meningkat menjelang PRU
- 15 sebab UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti..!!!
- PRU13: Terima kasih Najib dan Psy....
- Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13
- PRU13 : Pas akui tak mampu tumbangkan BN dengan bersendirian
- PRU13 : Najib tak perlu bimbang, kata pemimpin PR....rakyat bimbang UMNO@BN tidak boleh terima kekalahan pertama kali sejak merdeka...???
- PRU13 : Dewan Ulamak sokong manifesto PAS Terengganu
- PRU13: Pakatan Perak akan kuasai 40 kerusi Dun
- Syrian rebels make major gain in Aleppo
- Mengamati politik pecutan menjelang pilihan raya
- Segala persiapan untuk Umno@BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?
- Wasiat Najib untuk beruk-beruk Umno/BN
- Perancangan jahat umno untuk serang ceramah ANAK
- Kalau menteri dan pemimpin umno tak menitis air mata baca,gua taw apa nak buat sama BN!!!
- Kerja Syaitan Dikenali: 200 Bendera PAS Dicabut & Dibuang Ke Dalam Anak Sungai
- Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13
PRU13 : STATISTIK BILANGAN PEMILIH MENGIKUT BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN (JOHOR -DPI3-2012) Posted: 09 Feb 2013 09:25 PM PST |
PRU13 : STATISTIK UMUM PILIHANRAYA - DPI 3/2012 Posted: 09 Feb 2013 08:23 PM PST |
PRU13 : BAGAIMANA PILIHANRAYA DILAKSANAKAN Posted: 09 Feb 2013 08:11 PM PST Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 Feb 2013 08:00 PM PST I refer to Tun Mahathir's statement that the serious allegations made by me against Raja Ropiaah, Datin Rosmah Mansor and the Prime Minister should be settled by the courts. However, till now the police have not acted on Raja Ropiaah's criminal breach of trust case, nor have any motives been given on the Altantuya Shaariibuu murder case, or the corruption in the Bukit Raja land deal which was disclosed in open court. Why? Will PM Najib, Rosmah, Nazim Razak, Cecil Abraham, Sunil Abraham come as witnesses when subpoenaed or again claim demi-god status when they are asked to take the oath and speak the whole truth, or even be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission or the police? We all know that's never going to happen but still, I will take Tun Mahathir's advice and hope that both truth and justice will prevail under a NEW MLAYSIAN administration. Happy Chinese New Year. Deepak Jaikishan is a fomer close friend of Rosmah Mansor, the wife of Prime Minister Najib Razak |
Ali Rustam Peralat Masjid Jadi Bilik Gerakan Umno Posted: 09 Feb 2013 07:59 PM PST UMNO Melaka tanpa rasa berdosa menggunakan masjid sebagai tempat untuk membuka bilik gerakan sebagai menghadapi PRU-13 yang akan diadakan pada tahun ini. UMNO Melaka diketuai oleh Ketua Menteri, Ali Rustam dengan rasa tidak bersalah telah mengotorkan masjid dengan memebawa najis (UMNO) ke dalam masjid.UMNO Melaka semakin terdesak sehinggakan masjid yang mulia dan suci telah dijadikan tempat maksiat (bilik gerakan). Ini buktinya melayu pengkhianat agama. Bukan setakat agama dan negara malahan bangsa sendiri pun mereka rosakkan. Tindakan terdesak ini menunjukkan UMNO akan tinggal keris mati di tanah gersang.Masjid yang menjadi mangsa Yahudi UMNO ini terletak berdekatan Hospital Melaka iaitu Masjid al-Azim. Gambar ini dihantar oleh orang kuat UMNO yang menyampah dengan Ali Rustam kepada admin. Mereka berpolitik tidak mengapa tetapi kalau pembangkang belum sebut politik dan panas punggung. |
‘Hantar Pulang Pelarian Uyghur, Bertentangan Prinsip Islam’ Posted: 09 Feb 2013 07:58 PM PST SHAH ALAM 9 FEB : Tindakan Kerajaan Malaysia menghantar pulang pelarian Uyghur kembali ke negara China baru-baru ini dilihat sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip mempertahankan Islam yang rancak diuar-uarkan kerajaan ketika ini. Timbalan Pesuruhajaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini mendakwa, tindakan tersebut juga seolah-olah menghantar pelarian yang mengharapkan suaka politik dan pengiktirafan antarabangsa itu untuk dibunuh. "Hampir pasti mereka ini akan dibunuh kerana mereka didakwa menentang kerajaan komunis di China. "Sedangkan jika diberi peluang, mereka mungkin mendapatkan suaka politik. "Penghantaran ini juga bukan pertama kali dilakukan kerajaan Malaysia, dan ini sememangnya mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan media antarabangsa," tegas Khalid. Lebih dikesali, Khalid berkata tindakan itu dilakukan sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza yang galak dicanangkan sebagai pembela Islam sejagat. "Ini bercanggah dengan dakwaan kononnya Umno ini pejuang Islam yang bersedia untuk membela umat Islam," jelas Khalid. Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia didakwa menghantar pulang sekurang-kurangnya tiga orang pelarian Uyghur yang mengharapkan suaka politik di Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Gelombang Oren: Ameerah santuni pengundi Tionghua Posted: 09 Feb 2013 07:57 PM PST Program Gelombang Oren di KL Sentral. KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, Ameerah Malaysia telah melancarkan program Gelombang Oren ke seluruh negara. Program semalam diisi dengan aktiviti edaran buah limau kepada rakan-rakan kaum Tionghua, edaran leaflet Ameerah dan bumper sticker dengan tema 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera'. "Program ini diadakan serentak seluruh negara dengan mensasarkan kawasan awam seperti hentian bas, hentian keretapi, pasar pagi dan tempat letak kereta pusat membeli belah. "Program ini adalah manifestasi kepada semangat muhibbah antara kaum yang perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda hari ini," ujar Pengerusinya, Fareedah Samad dalam kenyataan kepada Harakahdaily. |
Empangan Ulu Telom tenggelamkan 7,600 hektar Posted: 09 Feb 2013 07:55 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas pembinaan empangan Ulu Jelai yang masih dalam proses pembinaan, satu lagi empangan baru dikatakan akan dibina di Cameron Highlands. Read More / Baca Lagi >>Berbeza dengan empangan Ulu Jelai, empangan Ulu Telom dikatakan akan menenggelamkan 7600 hektar dengan bakal menjana kuasa sebanyak 172 MW. Wakil penduduk Cameron Highlands, Suresh Kumar (gambar) berkata dengan kemusnahan sebanyak itu, ia dilihat tidak berbaloi dengan kuasa tenaga yang diberikan, berbanding empangan Ulu Jelai. Empangan Ulu Jelai yang terletak hampir 20 kilometer dari Ulu Telom membabitkan 138 hektar dengan bakal menjana kuasa tenaga sebanyak 372 MW. Justeru, sebahagian penduduk, kata Suresh berasakan pembinaan empangan Ulu Telom tidak berbaloi berbanding Ulu Jelai yang membekalkan lebih banyak kuasa, dan tidak perlu dibina. Bagaimanapun, menurut Suresh beberapa isu membabitkan empangan Ulu Jelai yang masih belum diselesaikan memerlukan perhatian segera. |
Watch out for the slippery road ahead Posted: 09 Feb 2013 07:54 PM PST As we rejoice with the traditional Gong Xi Fa Cai greeting, Malaysians have to make one of their most important ever decision when they go to the polls soon. As Malaysians of Chinese descent usher in their Lunar Year of the Snake, it is going to be the slipperiest political journey for all Malaysians ahead. Parliament is due for automatic dissolution on April 28 and Negeri Sembilan will be the first state to end its five-year term on March 23. Prime Minister Najib Tun Razak is therefore expected to call for Malaysia's 13th general election in March, probably just before the Negeri Sembilan Assembly's automatic dissolution. As we rejoice with the traditional Gong Xi Fa Cai greeting, Malaysians have to make one of their most important ever decision when they go to the polls soon. It's a political decision on the type of government that we aspire and long for, a decision that is most crucial for our future. This political journey is going to be as slippery as a snake because of the injection of foreigners as voters, abetted by government agencies like the National Registration Department, Election Commission and others. Officially, the country's federal debt is more than RM620 billion. Unofficially, the debt could be as high as RM800 billion or more. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 Feb 2013 07:53 PM PST Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah. "Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas. "Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. " Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini. RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun. Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet. Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu. Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan. Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta. Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat. Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN? |
15 sebab UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti..!!! Posted: 09 Feb 2013 07:47 PM PST Gong Xi Fa Chai pada kawan-kawan yang beraya hari nie... dok pie gebang-gebang kat warung PAK MAT BORHAN kat pokok ketapang pagi tadi lalu dapat satu cerita best bila dok cucuk pakcik-pakcik karat biru dok borak....mai hangpa nilai tengok apa depa dok bebelnya...semua cerita susah hati tengok kelaku UMNO Kedah sekarang nie....jadi mana-mana nak buat rujukan dan kajian apa yang di perkatakan ini betoi atau tidak terpulanglah pada diri anda.... 15 punca UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti : 1- Sebenarnya UMNO Kedah ada problem...Semua orang tahu...ada Kem diperingkat negeri dan kem diperingkat bahagian. Read More / Baca Lagi >>2- Zaman dulu boleh tipu orang ramai...Kalau tidak masakan PM/TPM tidur tak lena di Putrajaya. 3- UMNO Kedah masih lesu......Masih belum mampu tembusi kubu pembangkang dan atas pagar. 4- Cerita kelam kabut UMNO Kedah semua orang tahu. |
PRU13: Terima kasih Najib dan Psy.... Posted: 09 Feb 2013 07:43 PM PST KUALA LUMPUR: Tiada siapa pun patut 'cemburu' dengan dakwaan 'rampasan kuasa' terhadap Psy dan Gangnam Style, kata Lim Kit Siang. Read More / Baca Lagi >>"Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas merdeka," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataan semalam. Berikut kenyatan penuh beliau. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Rakyat cemburu dengan Barisan Nasional yang berjaya menjemput dahulu bintang "Gangnam Style Korea" Psy kerana perkara itu menggagalkan rancangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjemput Psy ke acara di bawah nama Pakatan Rakyat. Sama ada Najib begitu mudah tertipu untuk percaya desas-desus sedemikian sedangkan DAP dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai jutaan ringgit untuk ditaburkan sepertimana yang UMNO/BN lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya pada hikayatnya yang sukar dipercayai. |
Pas saran BN beri Nasha tiket tanding PRU13 Posted: 09 Feb 2013 07:42 PM PST KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi. Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12). "Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam. Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat. "Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno. "Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya. Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. |
PRU13 : Pas akui tak mampu tumbangkan BN dengan bersendirian Posted: 09 Feb 2013 07:41 PM PST SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas sedar parti itu tidak dapat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika ia bergerak sendiri sebagai satu parti. Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, sebelum memutuskan untuk bersama PKR dan DAP, Pas telah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama yang memberi fokus kepada dua aspek iaitu politik dan dakwah Islamiah. Menurutnya, hasil perbincangan tersebut, satu keputusan telah diambil iaitu untuk menggunakan pendekatan tahaluf siyasi (kerjasama) dengan parti politik lain sebagai langkah membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan adil. "Kita lawan (sebagai) satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN. Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh gugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat bertukar pada PRU13 ini. |
Posted: 09 Feb 2013 07:38 PM PST Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka. Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat. "Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan. "Rakyat sekarang juga sudah matang, rakyat boleh menilai setiap kenyataan-kenyataan pemimpin negara dan tidak akan merosakkan keamanan yang telah dikecapi 56 tahun lalu. Kami mendukung demokrasi," katanya kepada Sinar Harian semalam. |
PRU13 : Dewan Ulamak sokong manifesto PAS Terengganu Posted: 09 Feb 2013 07:36 PM PST MARANG: Dewan Ulamak PAS menyambut baik cadangan yang dikemukakan PAS Terengganu dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, kata Setiausahanya, Dr Khairudin Aman Razali (gambar) Read More / Baca Lagi >>Bagi beliau, kesemua 10 cadangan manifesto itu amat wajar untuk keperluan rakyat negeri ini dalam menghadapi kekangan pelbagai masalah di Terengganu khasnya kenaikan harga barangan yang sangat menjolok mata. Bagi beliau, cadangan pemansuhan cukai pintu untuk rumah kediaman amat perlu. "Rakyat sudah cukup dibebankan dengan pelbagai cukai di peringkat pusat yang tak nampak dimata seperti cukai kereta. Maka memang sewajarnya PAS mencari ruang-ruang membebaskan rakyat di peringkt negeri dari bebanan cukai seperti cukai pintu," kata Khairudin. Beliau ditemui di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila selepas Seminar Manifesto PAS Terengganu yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam. "Tanah dan kediaman merupakan keperluan asasi kehidupan bagi rakyat sebgaimana ditegaskan oleh Islam. Maka sewajarnya isu tanah kediaman diambil tanggugjawab oleh PAS sebagai kerajaan menanti," kata Khairudin. |
PRU13: Pakatan Perak akan kuasai 40 kerusi Dun Posted: 09 Feb 2013 07:35 PM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009. Read More / Baca Lagi >>"Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak," ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan. Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada. Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui 'Pintu Belakang' yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan. "Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu. "Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar," katanya. |
Syrian rebels make major gain in Aleppo Posted: 09 Feb 2013 07:32 PM PST |
Mengamati politik pecutan menjelang pilihan raya Posted: 09 Feb 2013 07:58 AM PST Kehangatan politik dalam negara akhir-akhir ini semakin menarik untuk diamati. Jika anda teliti ia sedang menuju ke arah pecutan atau percepatan. Kegiatan-kegiatan politik yang dijalankan politikus dipenuhi dengan tindakan politik yang bersifat segera, cepat dan serta merta. Misalnya, bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Pembayaran dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucar tunai. Contoh yang lain ialah sebanyak RM300 juta disediakan akan memanfaatkan 1.5 juta belia bagi tujuan rebat telefon sebanyak RM200 ini. Inilah realiti yang tidak dapat ditolak dalam apa yang disebut dromologi politik iaitu politik pecutan, percepatan, segera atau yang berlari pantas. Secara tiba-tiba kemanfaatan rakyat telah difungsikan secara optimal sebagai wadah aspirasi dan kepentingan rakyat dengan pelbagai dasar. Kenapa tidak dilakukan secara berperingkat-peringkat selama 5 tahun memegang tampuk pemerintahan? Parti-parti politik justru sibuk dengan taktik dan strategi bagi memenangi piihan raya dan penetapan calon-calonnya. Secara tiba-tiba juga berbagai-bagai program dilaksanakan bagi mengekal dan merebut kekuasaan. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia, segala bentuk keinginan parti-parti politik, termasuk pencalonan ahli parlimen dan dewan undangan negeri akan dilakukan secara pantas. Apa yang menjadi persoalan apakah pencalonan segera calon ahli Parlimen dan ADUN benar-benar mendapat mandat rakyat sebagai penyalur kepentingan masyarakat? Apakah kesibukan mengurus soal dalaman parti bagi memillih calon sesuai bagi Ahli Parlimen dan ADUN atau secara bidan terjun tidak mengurangi pemenuhan cita-cita masyarakat? Bagi meraih undi dan memenangi pilihan raya secara tiba-tiba terdapat bintang dari industri hiburan menjadi calon atau pakar ekonomi atau ahli perbankan menjadi calon pula. Read More / Baca Lagi >> |
Segala persiapan untuk Umno@BN menipu dalam PRU13 dah lengkap? Posted: 09 Feb 2013 07:55 AM PST Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13. Sinarharian melaporkan: KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Kalau perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan telus memang takdak sebab untuk sapa pun mempertikaikan keputusan PRU13 nanti. Sinarharian juga melaporkan:Read More / Baca Lagi >> |
Wasiat Najib untuk beruk-beruk Umno/BN Posted: 09 Feb 2013 07:48 AM PST Najib berpesan kepada pembangkang agar tidak menimbulkan keadaan kacau-bilau selepas keputusan PRU-13 diumumkan. Memang rakyat semua sudah tahu, yang selalu menimbulkan kekecohan dan kekacauan dalam segala perhimpunan aman, ceramah dan sebagainya ialah pihak UmnoBN dan puak-puak upahan mereka. Najib sudah menjangkakan bahawa puak Umno/BN akan menjadi pembangkang selepas keputusan PRU-13 diumumkan. Jadi nasihat Najib itu amat wajar diberi perhatian oleh golongan yang selama ini yang menjadi alat kepada Umno/BN bagi menimbulkan kekacauan. Ditakdirkan Allah, Umno/BN menjadi pembangkang seperti yang disebutkan oleh Najib selepas PRU-13, puak-puak ini tidak lagi akan mendapat sebarang perlindungan pihak berkuasa seperti mana yang mereka nikmati sebelum PRU-13. Contoh, bagaimana mereka mendapat panduan dalam kerja-kerja menimbulkan keadaan kekecohan dalam majlis-majlis anjuran Pakatan, dapat dilihat/dengar melalui klip video beriku Mereka mendapat panduan gerak kerja daripada pihak berkuasa keselamatan iaitu polis. Tetapi, selepas keputusan PRU-13 diumumkan, apabila Allah takdirkan Rakyat menghumban Umno/BN menjadi pihak pembangkang seperti yang dibayangkan oleh Najib, janganlah penyokong Umno/BN terbawa-bawa kelakuan tidak bertamadun itu. Ini kerana mereka tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan. Jadi, Rakyat turut mengalu-alukan peringatan Najib kepada puak Umno/BN dan sekutu yang sewaktu dengannya. Najib sebut 'pembangkang' bukan sebut PR atau BN. Umno/BN mempunyai peluang yang lebih cerah untuk muncul sebagai pembangkang selepas PRU-13, in sya Allah. Nampak? PM: Terima keputusan PRU dan tak timbulkan huru-hara7:16PM Feb 8 2013 Read More / Baca Lagi >> |
Perancangan jahat umno untuk serang ceramah ANAK Posted: 09 Feb 2013 07:37 AM PST |
Kalau menteri dan pemimpin umno tak menitis air mata baca,gua taw apa nak buat sama BN!!! Posted: 09 Feb 2013 07:34 AM PST Kos sara hidup tinggi... mak bapak terus bekerja untuk menampung kehidupan. Gaji naik tak sampai 5-10%, tapi barang naik lebih 10%. Jangankan kata nak bawak bekal kesekolah... mak bapak nak beli ikan kembong BODOH di pasar pun fikir 2/3 kali. Yang ader dan cukup didikan agama ini adalah dugaan. Tapi kalo tak cukup didikan agama dan desakan hidup... Sedar atau tidak telah membuka ruang gejala sosial. Mencuri adalah jalan pintas., Budak sekolah terutama sekolah rendah... apa la yang mereka tau erti kehidupan. Untung la PSY... buat show dapat 1 juta... HIDUP PAK2 MENTERI!!! ikuti coretan seorang guru yang melihat sendiri dan merasai sendiri situasi ini hari hari. Kringggg..loceng rehat berbunyi. "Teriiimaaaa kaaaaasih cikgu!", Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya ...kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas. Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya ke kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu. Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sagat besar ertinya. Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? "Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.."ujar Alif lagi. Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki baga keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan. Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin. Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak. Bagaimana pula degan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? Setiap. Ayuh kita berazam untuk lebihkan sedekah pada hari jumaat yang mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua. |
Kerja Syaitan Dikenali: 200 Bendera PAS Dicabut & Dibuang Ke Dalam Anak Sungai Posted: 09 Feb 2013 07:29 AM PST Kuala Nerus - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim. Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir. Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah. "pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur), Read More / Baca Lagi >> |
Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13 Posted: 09 Feb 2013 07:27 AM PST KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan. "Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat. "Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan