Ahad, 3 Februari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU 13 : Antara Badut Politik Dan Calon Kitar Semula

Posted: 03 Feb 2013 08:35 PM PST

Oleh Abdul Rahman Hashim
Saya terpaksa tidak bersetuju jika ada sesiapa yang cuba melabelkan Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arip, Ruslan Kasim, Zaharin Hashim, Nallakarupan, Gobalakrishnan, Wee Chee Keong sebagai 'Badut-Badut Politik' untuk memPERKASAkan UMNO yang dahulunya pernah mereka perkasamkan. Antara PERKASA dan PERKASAM memang ada perbezaannya.

DR HASAN ALI, CALON BN DUN GOMBAK SETIA
DATUK NALLAKARUPAN, CALON BN PUCHONG
IBRAHIM ALI, CALON BN PASIR MAS
EZAM MOHD NOOR, CALON BN PJ SELATAN
Bukankah mereka sanggup mengorbankan maruah politik mereka dengan mengkhianati perjuangan parti yang telah memenangkan sebahagian daripada mereka dalam pilihan raya umum yang lepas? Ibrahim Ali sanggup menghina dan mencerca PAS walaupun dia menang di Pasir Mas atas tiket PAS berlawan dengan UMNO/BN dan kini menjadi orang paling perkasa menyokong UMNO. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Sedih : Dr Chua terpaksa rayu ahli MCA tepuk tangan ketika dia berucap

Posted: 03 Feb 2013 08:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 FEB: DAP amat sedih apabila melihat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin menyimpang dan histeria hingga terpaksa merayu ahli MCA memberikan tepukan gemuruh ketika dia dan pemimpin lain berucap pada majlis MCA yang diadakan di seluruh negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Chua terpaksa berbuat demikian ketika majlis makan tengah hari sambutan ulang tahun MCA ke-64 Wilayah Persekutuan di Kepong, semalam, kerana sambutan ahli MCA begitu dingin dan tidak menepuk tangan dengan sepenuh hati walaupun sudah beberapa kali merayu.
"Malah tindakan Chua mengelirukan apabila meminta ahli MCA mencontohi DAP yang mendakwa apabila pemimpin DAP bercakap di atas pentas, ahli DAP di bawah akan menyambut dengan tepukan tanpa henti untuk menggambarkan apa yang dikata pemimpin mereka adalah betul.
"Chua dikatakan meminta ahli MCA melakukan perkara yang sama dengan memberi tepukan gemuruh ketika pemimpin MCA bercakap di atas pentas untuk meyakinkan ahli," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 68 hari ke PRU-13, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sepanjang 47 tahun di dalam politik, beliau tidak pernah merayu supaya ucapannya diberi tepukan dan sorakkan gemuruk begitu juga pemimpin DAP lain.
Katanya, bukan saja orang biasa, ahli MCA sendiri juga marah dan rasa terasing dengan lakonan pemimpin MCA sebagai penyebar pembohongan dan ahli nujum mala petaka bagi membantu UMNO menakut-nakutkan pengundi Cina supaya menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Read More / Baca Lagi >>

HANDCUFFS DEATH: Sugumar's family wants Pornthip for 2nd post-mortem, seeks Najib's help

Posted: 03 Feb 2013 08:26 PM PST

HANDCUFFS DEATH: Sugumar's family wants Pornthip for 2nd post-mortem, seeks Najib's helpWe refer to the death of C.Sugumar in police custody on 23.1.2012. The post-mortem findings of Serdang Hospital that Sugumar had died of a heart attack is contradicted by eye-witness accounts that Sugumar had been chased down, handcuffed, smeared with turmeric and beaten to death by police personnel.
The family are exercising their right to an independent second post-mortem examination to ascertain the true cause of Sugumar's death.
The family of C.Sugumar have requested forensic pathologist Dr Pornthip Rojanasunan to carry out the second post-mortem on Sugumar's body which remains at Serdang Hospital mortuary.
Dr Pornthip Rojanasunan is a distinguished and highly experienced forensic pathologist, and Director of the Central Institute of Forensic Science at the Ministry of Justice, Bangkok, Thailand. Dr Pornthip has indicated to us that she is prepared to carry out the 2nd post-mortem examination.
Najib must stand up for justice for Sugumar's family
On behalf of the family, we have urgently written to the Prime Minister, Health Minister and the director-general of the Health Ministry to issue the necessary authorizations for Dr Pornthip Rojanasunan to conduct the second post-mortem on Sugumar's remains.
Read More / Baca Lagi >>

Tentera yakin Pakatan mampu jaga kebajikan - Hadi

Posted: 03 Feb 2013 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb: Menjaga kebajikan tentera bukan kerana mereka penjawat awam, tetapi pengorbanan yang diberikan demi menjaga keamanan negara.
Demikian menurut Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, menyifatkan kerajaan Umno BN lepas tangan isu kebajikan tentera menyebabkan golongan itu kecewa.
"Kebajikan bukan bermula apabila mereka pencen, tetapi isu kebajikan perlu diutamakan ketika mereka masih berkhidmat termasuk untuk keluarga tentera.
"Mereka bekerja 24 jam untuk jaga keamanan negara. Cuti kalau dipanggil (bertugas), mereka terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dalam keadaan negara aman, sepatutnya keperluan dan kebajikan tentera diutama berbanding membeli peralatan yang difikirkan tidak perlu.
"Kerajaan patut tumpu dan utamakan kebajikan tentera seperti peruntukan perumahan dan agihan bantuan.
"Bukan kita menolak daripada membeli peralatan senjata, tetapi tengok apa yang lebih penting. Sekiranya keperluan mereka lengkap, tiada apa yang akan dipertikaikan asalkan berguna untuk menjalankan tugas," ujarnya yang berkhidmat 30 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Read More / Baca Lagi >>

BN bazir RM2 juta bawa ‘Gangnam’, rakyat miskin terabai..tak kiralah siapa yang bayarpun.

Posted: 03 Feb 2013 08:17 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Feb: Perbelanjaan BN membawa penyanyi pop Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' dan tarian kuda sebanyak RM2 juta adalah pembaziran melampau ketika rakyat dibebani kos sara hidup tinggi dan dihimpit kemiskinan.
Mengulas demikian, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kerajaan gagal memikirkan strategi terbaik untuk menarik sokongan rakyat pada acara sambutan Tahun Baru Cina itu.
Katanya, MCA dan Gerakan khusus di Pulau Pinang makin hilang keyakinan untuk memulihkan imej politik apabila memilih tindakan membazir itu.
"MCA dan Gerakan gagal memilih program yang baik untuk sambutan Tahun Baru Cina dengan menjemput Psy sekaligus menunjukkan mereka hilang tarikan dan arah tuju politik untuk menarik sokongan dan kehadiran ramai orang ke program BN," katanya ketika dihubungi.
Tian berkata, tidak mustahil masih banyak lagi pembaziran wang rakyat oleh Umno BN secara tersembunyi.
"Pembaziran secara jelas tersebut boleh diguna untuk meringankan beban ramai lagi rakyat miskin," ujar Ahli Parlimen Batu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Pornthip sedia lakukan bedah siasat kedua Sugumaran

Posted: 03 Feb 2013 08:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb -  Patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas pengawal keselamatan C Sugumaran yang didakwa mati akibat dibelasah oleh polis, kata peguam keluarga Sugumaran hari ini.
Dr Pornthip sebelum ini terlibat sebagai pemerhati dalam pembedahan kedua Teoh Beng Hock dan memberikan keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) serta mendedahkan berlaku muslihat dalam kematian misteri pembantu khas DAP tersebut di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor pada 2009.
"Sebagai wakil keluarga mangsa, kami telah menghantar surat kepada perdana menteri, menteri kesihatan dan juga ketua pengarah kementerian kesihatan untuk memberikan kebenaran kepada Dr Pornthip menjalankan bedah siasat kedua keatas mayat Sugumaran," kata peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
"Kami tiada bantahan terhadap ahli patologi kerajaan untuk turut sama memantau semasa proses tersebut.
"Kami menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak berkuasa berkaitan untuk memberikan jawapan keatas permintaan ini memandangkan keluarga mangsa tidak dapat dikebumikan sehinggalah bedah siasat kedua diselesaikan," tambah mereka berdua.
Read More / Baca Lagi >>

Wajah Sebenar Parti UMNO Yang Memperjuangkan Islam dan Bangsa Melayu

Posted: 03 Feb 2013 07:52 PM PST

Salahuddin : PAS terbuka untuk semua

Posted: 03 Feb 2013 07:50 PM PST

DAP: Bantuan Putrajaya bukti Syabas punca segala masalah air di Selangor

Posted: 03 Feb 2013 07:23 PM PST

Pua berkata bantuan-bantuan seperti itu adalah jelas menunjukkan kegagalan Syabas menguruskan sumber air negeri. – Gambar fail
KLUALA LUMPUR, 4 Feb—Bantuan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh kerajaan Pusat membuktikan krisis air di Selangor adalah berpunca daripada kegagalan Syabas menyelenggara infrastuktur mereka, kata Tony Pua hari ini.
Ketua Publisiti DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, masalah air yang berlarutan sejak berbulan lamanya di negeri terkaya itu bukanlah berpunca daripada kekurangan bekalan air mentah, sebaliknya ketidak upayaan Syabas menyelenggara kilang rawatan air mereka, termasuk membaiki paip lama yang rosak.
"Ia membuktikan krisis itu berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus dan menyelenggara loji rawatan air mereka, membina takungan air terawat tambahan, termasuk memperbaiki dan mengantikan paip lama dan usang," kata Tony Pua.
"Dengan RM120 juta bagi tujuan itu, ia menunjukkan krisis air itu boleh dielakkan jika Syabas melabur dana sendiri bagi tujuan tersebut," kata ahli Parimen Petaling Jaya Utara itu lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu mengumumkan bantuan sejumlah RM120 juta kepada Syabas, walaupun syarikat pengurursan bekalan air itu sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM606 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Syaitan Yang Dikenali : Ahli, penyokong Pas bantah DAP isu kalimah ALLAH..??

Posted: 03 Feb 2013 07:21 PM PST


Bantah Kalimah Allah
Sekumpulan ahli dan penyokong Pas membuat bantahan di Dataran Rehal di sini semalam.
 
KOTA BHARU - Sekumpulan 30 ahli dan penyokong Pas mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini hari ini bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci ALLAH.

Ahli kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Bharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu.

Wakil kumpulan berkenaan, ahli Pas kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, berkata, mereka meminta pemimpin atasan Pas jangan takut dengan pemimpin DAP.

Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi "Pemimpin Pas jangan jadi dayus dalam isu kalimah ALLAH", "Kalimah Allah hak mutlak orang Islam" dan "DAP kudakan pemimpin Islam".

Akhbar semalam melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah ALLAH telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP. - BERNAMA

Tan Sri Khalid dan PKR buat duit atas penderitaan rakyat...

Posted: 03 Feb 2013 07:19 PM PST

"Kalau kita (Kerajaan Negeri Selangor) teruskan perjanjian 2004 yang ditandatangani antara Syabas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bermakna tarif air dinaikkan 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus pada 2015.

"Ini bererti kalau sekarang kita setuju, tarif air sekarang dah naik sehingga 62 peratus," ujar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Haramjadah sungguh puak-puak Umno ni....

Apakah Nasha layak bertanding di Rembau?

Posted: 03 Feb 2013 07:13 PM PST

Bagaimanapun, Nasharuddin langsung tidak menepati ciri-ciri kekuatan personalti yang ada pada Anwar, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.

REMBAU: Selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura dan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Nasharuddin juga digugurkan sebagai calon parlimen Bachok dalam Plihan Raya Umum ke-13 (PRU-13); timbul pula desas desus apakah beliau layak diturunkan di kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nasharuddin sebenarnya merupakan anak jati Rembau.
FMT cuba mendapatkan pandangan suara akar umbi di Rembau berhubung cadangan ini.
Rozmal Malakan dari Rembau yang merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan sistem Adat Perpatih berpendapat Nasharuddin harus bertanding di Rembau.
"Ini adalah kerana mengikut adat  di Rembau, nasab (keturunan) anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak silap saya dari suku Sri Melenggang. Ini bermakna Nasharuddin adalah dari suku Sri Melenggang.
"Berbeza dengan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional);  hanya ayahnya sahaja yang berasal dari Rembau. Oleh itu beliau tidak termasuk dalam mana-mana suku di Rembau, melainkan beliau telah menjalani upacara adat iaitu berkedim.
"Amatlah sesuai sekali jika Nasharudin diberi peluang untuk bertanding di parlimen Rembau atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, kerana kampung beliau ialah di Air Melintang di dalam DUN Kota.
"Semoga dengan kehadiran Nasharudin di Rembau akan menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid-masjid yang semakin mati di daerah ini," kata Rozmal.
Apabila ditanya FMT apakah Nasharuddin harus bertanding atas tiket PAS atau Umno? Rozmal berkata itu terpulang kepada Nasharuddin sendiri.
Orang Rembau tidak kenal Nasharuddin
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Peguam: Deepak belum mahu membantu siasatan

Posted: 03 Feb 2013 07:10 PM PST

Deepak berkata beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis Peguam. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Peniaga permaidani Deepak Jaikishan telah menolak untuk membantu penyiasatan Majlis Peguam tentang kemungkinan salah laku profesional dalam kenyataan bersumpah saksi pembunuhan walaupun membuat dakwaan itu, kata presidennya Lim Chee Wee.
Walaupun kekurangan saksi, Lim berkata majlis itu telah mengeluarkan surat kepada beberapa orang untuk membantu penyiasatan mereka tetapi beliau tidak menamakan sesiapa yang diminta untuk menjelaskan peranan dalam preakuan bersumpah (SD) kedua detektif persendirian P Balasubramnian tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Bala kemudiannya menolak SD kedua.
"Ia adalah malang walaupun kami meminta bantuan, Deepak Jaikishan telah memutuskan untuk tidak membantu dalam penyiasatan sehingga selepas 16 Mac, 2013 dan tiada siapa yang telah tampil ke hadapan untuk membantu kami dengan mendedahkan fakta berkaitan isu ini," kata Lim dalam satu emel kepada The Malaysian Insider.
Apabila dihubungi melalui telefon, Lim memberitahu Deepak telah mengatakan "beliau hanya mahu berurusan dengan presiden baru Majlis Peguam" yang hanya akan memulakan tugasnya pada 16 Mac.
Lim juga mengesahkan dalam perbualan telefon sama bahawa Majlis Peguam telah membuat pertanyaan kepada peguam kanan, dipercayai Tan Sri Cecil Abraham yang telah didakwa terlibat dalam merangka SD kedua, "untuk menjelaskan" peranannya dalam perkara itu.
Dalam e-mel, Lim berkata: "Majlis Peguam telah mula membuat pelbagai pertanyaan dengan mengeluarkan surat kepada orang berkenaan yang kami percaya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan mencari penjelasan / bantuan."
Read More / Baca Lagi >>

"Janji Dicapati"

Posted: 03 Feb 2013 07:09 PM PST

Analisis ringkas mengenai buku komik haram yang diedarkan untuk menjahanamkan BN menjelang PRU-13.

Frasa "janji dicapati" lebih banyak saya gunakan dalam menulis hal-hal yang sebenar, berbanding frasa "janji ditepati" yang lebih banyak digunakan golongan politikus dalam ucapan serta kenyataan berbaur retorik dan penipuan.
Pada 25-31 Januari 2013, sewaktu saya berada di Taiwan atas tajaan One Nusantara Sdn Bhd untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi tujuan penulisan, "janji dicapati" tetap mengekori saya.
Sesungguhnya, apa-apa perkembangan yang berlaku di tanah air tetap diikuti dengan penuh minat menerusi akhbar-akhbar dalam talian dan laman-laman rangkaian sosial. Rakan-rakan di Malaysia juga tekun mengirim maklumat perkembangan terkini yang wajar diketahui mengenai apa-apa yang berlaku di negara tercinta.
Pada hari sambutan Thaipusam (27 Januari 2013), saya mendapat mesej daripada ramai rakan-rakan di sekitar Lembah Klang mengenai sebuah "komik haram" Bahasa Tamil yang diedarkan kepada orang ramai di Batu Caves, Selangor.
Langsung saya teringat akan buku berjudul "Najib: Negara di Minda, Rakyat di Hati" yang dilaporkan diedar kepada orang ramai pada tahun lalu di Batu Caves.
Buku itu khabarnya diedarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Gagasan Pelajar India 1Malaysia (1MISM) yang dilancarkan dua tahun lalu dan secara terang-terangan bernaung di bawah bayangan MIC, sebuah parti politik yang mendabik dada sambil mengaku ia satu-satunya parti politik yang berhak/layak/mampu mewakili kaum India dalam komponen Barisan Nasional (juga "Bar1san Nas1onal" atau BN).
Baku komik terbaru yang diedarkan pada tahun ini pula bertajuk "Janji Dicapati" serta merupakan buku Bahasa Tamil yang turut menggunakan beberapa frasa Bahasa Malaysia dan Inggeris. Saya amat tertarik untuk memiliki, membaca, meneliti dan menganalisis kandungan buku itu.
Bagaimanapun, saya hanya berpeluang memiliki "komik haram" itu semalam. Saya namakannya "haram" kerana buku setebal 48 halaman dan dicetak penuh warna itu tidak mematuhi Akta Penerbitan. Misalnya, tiada maklumat penerbit, pencetak, penulis/pelukis, ISBN dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik : Tragedi Hitam Di Jasin Berulang Kembali..

Posted: 03 Feb 2013 07:05 PM PST

Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.
"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".Read More / Baca Lagi >>

Pakatan mahu tingkat kebajikan anggota tentera, polis – Anwar

Posted: 03 Feb 2013 07:00 PM PST

IMG_6229MELAKA 4 FEBRUARI: Nasib anggota tentera dan polis serta badan pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara.
"Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal dinikmati mereka.
"Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam pemerintahan Umno BN.
"Bekerja tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada insentif tambahan untuk mereka," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng UMNO BN Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah

Posted: 03 Feb 2013 06:59 PM PST



Melaka 4 Feb: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.

Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.

Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.

"Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.

"Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?
Read More / Baca Lagi >>

Dompok scares Christians with hudud

Posted: 03 Feb 2013 06:56 PM PST

Support for Barisan Nasional is plunging and religion seems to be the only weapon left to fight the war against Pakatan Rakyat in Sabah and Sarawak.

PENAMPANG: Embattled Upko chief, Bernard Dompok, has raised the "Islamic state" bogeyman to scare Christians in Sabah and Sarawak into voting for the ruling Barisan Nasional in the coming general election.
Worried that support for Upko (United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation) and the ruling coalition is plunging, Dompok warned the Christian community in both states that voting in BN would prevent the shift towards a more Islamised country as desired by opposition PAS, a partner in the Pakatan Rakyat pact.
The Plantation Industries and Commodities Minister stressed that there is no reason for Christians to believe that BN will go the same route as PAS in changing the religious makeup of the country.
"But I think the Christian community also recognises that the present government is always trying its best to see that the interests of everybody are looked after… [because] if you look at the alternative, what is there?" he said during the Penampang-level BN annual Chinese New Year walkabouts in Lido, here, over the weekend.
Dompok was commenting on a news report that quoted a local university researcher as saying that Sabah and Sarawak are no longer fixed deposits for BN because the Christian community in the two states have risen against the coalition.
Read More / Baca Lagi >>

PIBG Tak De Duit Kot : Empat sekolah tak serah bantuan pada pelajar

Posted: 03 Feb 2013 06:54 PM PST

Kementerian Pelajaran menerima laporan terdapat empat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas awal persekolahan kepada pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata keempat-empat sekolah di semenanjung itu berbuat demikian bagi menggunakan wang itu untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Sebaik menerima laporan itu, sekolah berkenaan dengan serta merta diarah menghentikan tindakan itu dan mengembalikan wang bantuan kepada ibu bapa pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Tan Sri Ambrin dilantik semula Ketua Audit Negara

Posted: 03 Feb 2013 06:50 PM PST

Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb ini.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 22 Feb 2015.
Beliau berkata pelantikan semula itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Pelantikan semula itu adalah memandangkan perkhidmatan Ambrin sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, katanya.
Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 dan seterusnya perkhidmatan beliau disambung sehingga pelantikan semula yang baharu ini. – Bernama

TGNA : Karpal bukan ahli PAS

Posted: 03 Feb 2013 06:48 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - "Karpal (Singh) bukan orang Pas... yang buat keputusan Majlis Syura Pas. Itu dia (Karpal) punya pasal," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kalimah ALLAH.

Media semalam melaporkan Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah ALLAH selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Menurut Karpal, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Read More / Baca Lagi >>

WHAT A LIAR IS NAJIB! Investors deserting S'gor - PM

Posted: 03 Feb 2013 06:45 PM PST

WATER CRISIS- 430 projects postponed due to state government's recalcitrance

KUALA LUMPUR: PRIME Minister Datuk Seri Najib Razak says investors are turning away from Selangor, regarded as the country's most developed state, following the water supply crisis.
"There are 430 projects that have been postponed because of the water supply problem and this is a setback involving billions of ringgit.
"Many will not invest in the state, and they are turning to Johor, Pahang and Negri Sembilan.
"This is a loss for Selangor, and this situation must not continue," he told a crowd of almost 10,000 at the launch of the second round of distribution for the 1Malaysia People's Aid (BR1M).
Najib, who is also Barisan Nasional chairman, criticised the Parti Keadilan Rakyat-led state government for going against certain agreements related to water supply infrastructure.
"We will try to solve the problem but the easiest way is that when the time comes for elections, the people must decide, and then we (BN) can solve it.
"We must not lengah-lengah (delay) any longer."
Up to half a million people in at least 90 areas in the Klang Valley and Selangor were affected by the water supply crisis last month.
Read More / Baca Lagi >>

Rozali gets RM17m salary & Najib gives Syabas another RM120m bailout? WHAT'S GOING ON!

Posted: 03 Feb 2013 06:41 PM PST

Rozali gets RM17m salary & Najib gives Syabas another RM120m bailout? WHAT'S GOING ON!Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced on 2nd February an additional allocation of RM120 million to Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) to help resolve the water problem in Selangor.
This latest bailout fund for Syabas proved that the Selangor and Kuala Lumpur water crisis has nothing to do with the shortage of raw water which requires immediate water transfer from Pahang via the exhorbitant RM9 billion Langat 2 project.
Instead, it proved that the crisis was a result of a deliberate under-investment by Syabas to upgrade its treatment plants, build additional treated water capacity as well as to repair and replace old and broken pipes. With the RM120 million meant for the above exercise, it showed that the current crisis could have been prevented had Syabas had invested its own funds on the exercise earlier.
Why didn't Syabas invest its own funds?
It should be emphasized that under the Water Concession Agreement, there is absolutely no obligation by the federal and state government to provide financial grants or loans for Syabas to carry out its obligations to upgrade all the required water infrastructure to fulfil its obligations to provide quality water services to the people of Selangor and KL.
Hence, the RM120 million handout to Syabas is not a grant by the Federal Government intended to assist the people of the state but is instead a well-disguised scheme to bailout Syabas. Over the past 3-4 years, the Federal Government has bailed-out Syabas to the tune of billions of ringgit to keep Syabas afloat.
In December 2009, the BN Government has extended a 20-year RM320.8 million zero-interest soft loan to Syabas. In October 2011, the BN Government again extended another 20-year RM110 million loan to Syabas for the same purpose. And in November, when Syabas outstanding bonds of RM2.9 billion was nearing its due date for repayment, the Federal Government again bailed out Syabas by taking over the entire RM2.9 billion bond.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : PR umum senarai kerusi 25 Februari

Posted: 03 Feb 2013 06:38 PM PST


Chean Chun (dua kiri), Tian Chua (tiga, kiri), Fuziah (dua, kanan) di majlis perasmian Pusat Komunit
Chean Chun (dua kiri), Tian Chua (tiga, kiri), Fuziah (dua, kanan) di majlis perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu, semalam.
KUANTAN – Teka-teki pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan terjawab apabila selesai konvensyen PR di Selangor, 25 Februari ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, manifesto PR akan turut dilancarkan.

"PR akan buat pengumuman pembahagian kerusi di seluruh kawasan membabitkan semua parti.

"Melalui pengumuman itu, persoalan berapa banyak kerusi yang akan diwakili parti termasuk DAP, PKR dan Pas akan terjawab," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi A Rahman, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Pemangku PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chun.

Sementara itu, Tian Chua turut mendakwa pengundi hantu masih wujud.

"Terbaru, kita dapat kesan satu kes seorang individu yang sudah lama belajar dan bekerja di Singapura serta tidak pernah mendaftar sebagai pemilih.

"Peliknya, bila diperiksa untuk pendaftaran baru, nama individu ini sudah wujud dan banyak lagi kes sebegini berlaku," katanya.

"Utopia Milik Siapa?" : Filem yang semua orang patut tengok

Posted: 03 Feb 2013 06:36 PM PST


Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk "Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana ekonomi. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.

Yang kedua posting mengenai filem pendek "Ana ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
  
Kali ni aku nak promote satu lagi filem pendek yang aku rasa sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya mengaku peduli pasai masalah negara.

Aku malas nak ulas apa-apa, hangpa tengok sendiri dan hangpa nilai sendiri mesej yang pengarah filem ni nak sampaikan. Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya cintakan negara.


M-C-M': Utopia Milik Siapa?
Pengarah: Boon Kia Meng
Penerbit: KOMAS
Krew produksi: Ihsan Hassan, Andrew Ng Yew Han, James Tan Chin Choy, Nandakumar S. Haridas, Evelyn Teh, Javs Tiz, Natasha N. Manan
Tahun: 2012

Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya peduli pasai masalah negara. 36minit 45saat yang bagi aku cukup berbaloi.

Tiada ulasan: