Isnin, 25 Februari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ikrar Pakatan Rakyat untuk angkat kebajikan rakyat

Posted: 25 Feb 2013 05:41 PM PST

ikrar2SHAH ALAM 25 FEB: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar oleh  pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.
Bacaan ikrar diketuai Darell Leiking (KEADILAN), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) dan Teresa Kok (DAP).
Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:
1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Lim Guan Eng (DAP).
Turut sama lafaz ikrar di atas pentas, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas itu, Nik Aziz membacakan doa mengakhiri konvensyen.

Muafakat Pakatan teras utama tumbangkan Umno BN – Anwar

Posted: 25 Feb 2013 05:40 PM PST

sepakat 1SHAH ALAM 25 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat supaya sedia menjawab serangan, kerana ujian terbesar pilihan raya kali ini adalah permuafakatan Pakatan yang membuatkan Umno BN iri hati dan tidak senang duduk.
Anwar berkata, serangan Umno BN melibatkan isu teras politik negara terutama untuk mengkucar kacirkan orang Melayu.
"Jentera Pakatan Rakyat wajib bersedia dan menjawab dengan tegas tohmah yang dilemparkan media Umno BN tanpa rasa takut.
Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan Pakatan Rakyat terbaik dalam sejarah rantau ini – Anwar

Posted: 25 Feb 2013 05:37 PM PST

Anwar lagiSHAH ALAM 25 FEB: Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan rantau ini, sebuah gagasan politik terdiri barisan kepimpinan terbaik seperti dipunyai Pakatan Rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dari segi moral dan integriti, kita ada contoh terbaik, Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat). (Kemudian), Lim Guan Eng yang mempertahankan prinsip dan Tan Sri Khalid (Ibrahim), contoh tokoh pentadbiran yang mencatat rekod surplus simpanan RM2.6 bilion (di Selangor).
"Mana (ada) Menteri Besar di negara ini yang mampu bertahan dengan serangan kuat, (dalam masa sama) beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat?" soal Anwar.
"Angka terakhir dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sakit dengan defisit parah, Tan Sri Khalid mencatat lebihan RM2.6 bilion," kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.
"Siapa dalam Umno boleh cabar? Mana boleh mereka saingi kecekapan, kebersihan dan ketelusan (pemimpin Pakatan)? Tak ada. Ini kekuatan kita. Kalau pada 2008 kita janji. Dalam PRU ke-13 kita buktikan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan berjaya bentuk perpaduan, pecah tembok perkauman – Hadi

Posted: 25 Feb 2013 05:36 PM PST

tembokSHAH ALAM 25 FEB: Kejayaan Pakatan Rakyat memecahkan tembok perkauman pada kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 pasti tidak mampu dilaksana Umno BN pada PRU tahun ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, Pakatan berjaya membentuk semangat perpaduan berbanding Umno BN yang mengamalkan politik perkauman.
"Kita berjaya pecahkan fanatik perkauman. Parti yang berkonsepkan fanatik perkauman tidak relevan lagi. Umno, BN, MIC, MCA, berteraskan semangat kaum dan seumpamanya.
"Pakatan berjaya satukan konsep perlembagaan Islam sebagai agama rasmi dan menjamin agama lain," katanya menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Abdul Hadi berkata, perpaduan erat Pakatan tidak akan berjaya diruntuh oleh taktik jahat Umno BN.
"PAS, DAP dan KEADILAN bergaduh, yang kenyang BN. Orang-orang kuat DAP, boleh undi calon PAS dan KEADILAN yang calonnya orang Islam.
"Orang-orang Melayu Islam boleh undi calon DAP dan KEADILAN, yang calonnya bukan Islam. Mereka sudah berani kalahkan calon dari bangsa mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

DEBARAN Tangani Rasuah

Posted: 25 Feb 2013 05:35 PM PST

logo SPRM
SHAH ALAM, 25 FEB : Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa, Pakatan Rakyat (PR) akan memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (Debaran) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dasar tersebut melibatkan reformasi pimpinan SPRM supaya lebih berintegriti dan merubah undang-undang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan mencegah rasuah.
PR turut akan mempertimbangkan pemberian kuasa pendakwaan kepada SPRM, menurut Manifesto PR yang dilancarkan di sini hari ini.
Selain itu, prosedur dan amalan SPRM akan dirombak supaya memberikan tumpuan kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam.
Ini bagi membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan.
Di samping itu, undang-undang rasuah dan yang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) akan diperketatkan bagi usaha ini.

RM 4,000 Sebulan Dalam Penggal Pertama Pentadbiran PR

Posted: 25 Feb 2013 05:33 PM PST

Manifesto PR 2013
SHAH ALAM, 25 Feb : Pakatan Rakyat mensasarkan agar setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM 4000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan di Putrajaya.
Ini dilakukan dengan menambahkan 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, memperkenalkan skim gaji minima dan bantuan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk tingkatkan pendapatan mereka.
Sasaran tersebut terkandung di dalam manifesto PR yang bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" yang berteraskan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Di bawah tunjang Ekonomi Rakyat, PR akan mengurangkan tenaga buruh asing sebanyak 1 juta berperingkat-peringkat selama lima tahun dan pekerjaan-pekerjaan tersebut akan disasarkan terhadap rakyat tempatan.
Pentadbiran PR juga akan memastikan bahawa setiap pekerja dibayar sekurang-kurangnya RM 1,100 sebulan.
Bagi memudahkan perlaksaan skala gaji minima tersebut, satu Tabung Pemudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM 2 bilion akan diwujudkan untuk memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan kepada syarikat yang layak.
Insentif ini akan memberi keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh yang ditetapkan.
Bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya, PR akan memberi fokus utama kepada memecah monopoli dan merancakkan persaingan.
Read More / Baca Lagi >>

PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas

Posted: 25 Feb 2013 05:32 PM PST

SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat mengiktiraf secara jelas sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam Manifesto Harapan Rakyat.
Antara lain, PR akan mensasarkan penglibatan seramai 30 peratus kaum wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017.
Apabila mentadbir negara kelak, PR juga akan melaksanakan Caruman Wanita Malaysia di mana setiap isteri akan layak menerima caruman tersebut sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.
Dasar caruman tersebut mewajibkan suami mencarum mengikut kadar pendapatan (di antara RM 10 sebulan hingga RM 100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman.
"Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun," dipetik dari kandungan manifesto.
Selain caruman daripada suami, pihak kerajaan juga akan turut sama menyumbang RM 50 sebulan bagi setiap isteri dengan caruman tersebut akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.
Bagi warga emas, Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas di mana setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM 1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.

Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah

Posted: 25 Feb 2013 05:30 PM PST

SHAH ALAM 25 FEB :  Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.
Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.
Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.
PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.
Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.
"Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan."
Read More / Baca Lagi >>

Anggota Tentera Akan Sokong Kerajaan Baru Pakatan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 05:29 PM PST

SHAH ALAM 25 FEB : Mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yakin dan pasti anggota tentera tidak akan membantah jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.
Ujarnya, anggota tentera adalah kumpulan professional yang sentiasa menjunjung tinggi perlembagaan negara.
"Setiap anggota tentera itu taat setia kepada Yang Di Pertuan Agung.
"Dengan itu saya amat yakin anggota tentera akan berada di belakang Pakatan Rakyat andaikata angkat sumpah berlaku nanti," tegasnya di hadapan barisan pimpinan Pakatan Rakyat serta lebih 2,000 perwakilan.
Beliau pagi tadi hadir menyampaikan ucapan di majlis Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke empat yang diadakan di Shah Alam Konvensyen Centre (SACC).

Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM

Posted: 25 Feb 2013 05:28 PM PST

imranKUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
"Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
"Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
"Fikir punya fikir, macam sandiwara," katanya kepada Keadilan Daily.
Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.
"Kita ada 'Operasi Pasir Laut' antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang, rangka pelan keamanan

Posted: 25 Feb 2013 05:27 PM PST

ghafirSHAH ALAM 25 FEB: Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
"Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.
"Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara," kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.
Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.
"Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya," kata Ghafir.
"Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.
Read More / Baca Lagi >>

Jamin peralihan kuasa aman, Anwar tabik bekas tentera

Posted: 25 Feb 2013 05:26 PM PST

SHAH ALAM 25 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, perubahan pentadbiran selepas PRU 13 berlangsung secara aman berikutan jaminan pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral.
"Bila (Lt Jen (B)) Datuk Ghafir (Abdul Hamid) (bekas Timbalan Panglima Tentera Darat) dan belasan tokoh-tokoh besar tentera sebut tentang profesionalisme bahawa tentera tunduk kepada Raja, undang-undang dan negara, ia menjamin untuk membantu peralihan.
"Strategi yang dirancang untuk pastikan perubahan berlangsung secara aman. Mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat, saya tabik hormat pada mereka," kata Anwar sambil memberi tabik kepada bekas pimpinan tertinggi tentera yang hadir ke Konvensyen Pakatan Rakyat, hari ini.
Selain  Ghafir, turut hadir ke konvensyen itu Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid dan aktivis Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan).
"Kita yakin kita mampu tawan Putrajaya. Untuk itu jaminannya adalah kita menang dengan kerusi yang cukup. Kita sekarang ini berlawan dengan orang yang kasar dan tamak haloba," kata Anwar.
"Isu yang penting ialah orang yang 'penuh temboloknya' tak mampu melepaskan (kuasa) dengan mudah. Kita belajar dari pengalaman Bangladesh apabila pemimpin parti Jemaat-Islami dituduh atas kesalahan tahun 1971," katanya memberi peringatan.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen Pakatan Rakyat : Pantun Presiden PAS dapat tepukan gemuruh

Posted: 25 Feb 2013 05:25 PM PST


SHAH ALAM: "Lebah bukan sebarang lebah, lebah terbang di tepi paya, ubah bukan sebarang ubah, ubah kita ke Putrajaya".

Pantun yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini mendapat tepukan gemuruh para peserta Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 semalam.

Selain itu, beliau juga berpantun:

Daripada cempedak baiklah nangka,
kerana nangka panjang tangkainya,
daripada 'dedak' baiklah jingga,
kerana jingga panjang akalnya.

Dalam ucapannya, Ustaz Hadi berkata Pakatan Rakyat bertanggungjawab mencerdikkan rakyat melalui agenda Buku Jingga setelah lebih 50 tahun rakyat diperkudakan oleh Umno BN.

"Kita tidak mahu rakyat dihina dan diperkudakan. Buku Jinggalah akan menyelesaikan masalah. Insyallah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

No To BN : Yen Yen caught in 'Yes-No battle' in Malacca

Posted: 25 Feb 2013 05:23 PM PST

'The pharaoh of ancient Egypt gave BR1M, too'

Posted: 25 Feb 2013 05:20 PM PST

Pakatan's manifesto promises to halt operations of Lynas

Posted: 25 Feb 2013 05:20 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : Proses pembahagian kerusi Pakatan Rakyat bagi PRU selesai

Posted: 25 Feb 2013 05:17 PM PST

Manifesto Rakyat : Leaflet 6 Bahasa

Posted: 25 Feb 2013 04:17 PM PST

 
 
  
 




 

Konvensyen Pakatan Rakyat : Manifesto 'ekonomi rakyat' - Rafizi

Posted: 25 Feb 2013 03:10 PM PST

Pakatan Rakyat Lancar Manifesto Pakatan Harapan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 03:08 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : "MENUJU KE PUTRAJAYA" - Yassin

Posted: 25 Feb 2013 03:03 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : UMNO Anggap Islam Tak Layak Perintah Negara - Yab Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Posted: 25 Feb 2013 03:02 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : UCAPTAMA DS ANWAR IBRAHIM

Posted: 25 Feb 2013 03:00 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : ZAMAN FIRAUN PUN "ADA BR1M" - Tuan Guru Abd Hadi Awang

Posted: 25 Feb 2013 02:59 PM PST

Konvensyen Pakatan Rakyat : DAP Penang Bela Islam, Melayu Lebih Dari BN Penang - LGE

Posted: 25 Feb 2013 02:58 PM PST

Tiada ulasan: