RAKYAT MARHAEN |
- PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin
- DON'T STOP PORNTHIP: Sugumar vigil - a warning for Najib & his "FALSE NAMBIKEI"
- 59 bekas peneroka saman Felda, kes pertama di Melaka
- Tamrin Ghaffar sanggah Najib sama hebat dengan Anwar...nak debat pun takut..!!!
- PRU13 : Undi PAS wajib untuk bantu Islam - Harun Din
- TG Nik Aziz dihina lagi, BIADAP DAN KURANG AJAR sungguh......
- PRU13 : Anggota polis jalani latihan untuk persiapan p'raya
- Ribuan rakyat berhujan ikuti pidato Anwar di Terengganu
- Malaysia's 13th General Elections
- Election in June?
- Teka-teki tarikh PRU13 beri kelebihan semua pihak
- Doa KO : Fadzilah Kamsah mohon maaf
- Masalah utama Umno: Keengganan untuk bersaing secara sihat
- BAGAIMANA UMNO LAYAN RAKYAT SEUMPAMA HAIWAN DALAM PEMBERIAN BR1M.!!!!!
- Presiden PAS tidak kekok berucap dalam bahasa Tiong Hua
- Najib akui kesalahan tadbir negara..
- UNSEEN LAHAD DATU REPORT (AL Jazeera)
- BR1M: Bersumpah mengundi BN, jawapan Ustaz Azhar
- Wacana Perpaduan Ummah : "Umno terlalu sarat....." - Titah Raja Dr. Nazrin Shah
- Lensa : Ribuan Masyarakat Cina Kg Tiong Kuala Terengganu Dalam " Kebangkitan Rakyat"
- Lensa : Ribuan Rakyat Kuala Nerus Sanggup Berhujan Demi "Kebangkitan Rakyat"
- RAKYAT SANGGUP BERHUJAN DALAM CERAMAH ANWAR DITERENGGANU
- Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak'
- Media Umno putar belit ucapan Nik Aziz terhadap BR1M – Anwar
- Pastikan nasib OKU terbela pasca PRU-13
PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin Posted: 23 Feb 2013 09:09 PM PST KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya. Read More / Baca Lagi >>PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu. "PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan. "Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin. Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini. |
DON'T STOP PORNTHIP: Sugumar vigil - a warning for Najib & his "FALSE NAMBIKEI" Posted: 23 Feb 2013 09:00 PM PST Small but spirited, the crowd was able to make their presence felt at Brickfields, the mostly-Indian enclave that has received special attention from Prime Minister Najib Razak, who is banking on the Indian vote to help his Umno-BN coalition defend the federal government at general elections that are expected to be held within weeks. "Brickfields is just a small area which has been developed but the problems of the Indian community go much deeper and wider than a nice shopping area," PKR MP for Subang Sivarasa Rasiah, who is also a lawyer for the Sugumar family, told Malaysia Chronicle. "If the Umno-BN had not neglected the Indian community, there would be up-to-mark facilities for them all over the country. We are talking about the economic pie, the education pie, the social pie, and for tonight possible outright and blatant murder." Sit-in protest at Najib's office The lawmaker was referring to the long list of custodial deaths in Malaysia, where the police have been accused of being callous towards Indian suspects, of torturing many of them to death as in the case of 22-year-old car thief suspect Kugan Ananthan. Read More / Baca Lagi >> |
59 bekas peneroka saman Felda, kes pertama di Melaka Posted: 23 Feb 2013 08:59 PM PST MELAKA 24 FEB: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka. "Sebagai bekas peneroka, plaintif ada 'legitimate expectation' untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda. "Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001," katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu. Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik. Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah. Read More / Baca Lagi >> |
Tamrin Ghaffar sanggah Najib sama hebat dengan Anwar...nak debat pun takut..!!! Posted: 23 Feb 2013 08:11 PM PST Oleh AZIZ MUDA KUALA LUMPUR: Anak negarawan Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghaffar menyangkal keras laporan mengatakan Dato' Seri Najib Razak sama hebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Katanya, Najib bukanlah lawan kepada Anwar kerana Najib sentiasa tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan ketokohan Anwar yang berupaya membentuk "mood" rakyat. "Najib mana hebat? Kalau Najib hebat dah lama dia debat dengan Anwar. Tetapi hingga hari ini dia tetap tidak berani debat. "Pada hal, dia Perdana Menteri dan dia boleh dapatkan pelbagai information daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantunya menghadapi Anwar dalam debat itu," katanya kepada Harakah. Sebaliknya, Tamrin mengaku lebih menghormati Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar, walaupun Shabery bukanlah lawan kepada Anwar. Akhbar harian tempatan 22 Februari lalu melaporkan, PRU13 menjadi medan tempur di antara individu yang mempunyai pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Undi PAS wajib untuk bantu Islam - Harun Din Posted: 23 Feb 2013 07:56 PM PST Oleh SAIDAH HAIRAN KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din bertegas mengingatkan umat Islam bahawa mengundi PAS dalam pilihan raya umum diharuskan malah ada masanya menjadi wajib untuk membantu Islam walaupun PAS bekerjasama dengan DAP. Ini kerana kata beliau, jika alasan beberapa orang ulama di Kelantan haram mengundi PAS kerana bersengkokol dengan DAP bagaimana pula dengan Umno yang menentang hudud secara jelas. Beliau menyelar sikap dan pendirian golongan ulama yang mengatakan wajib menyokong Umno sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud dan lebih teruk daripada DAP menentang hudud. Katanya, Umno menentang hudud sampai keperingkat Presiden Umno ketika itu (Dr Mahathir Mohamad) dalam tahun 1993 ketika kanun jenayah Kelantan hendak dilaksanakan. Menurut beliau, Mahathir yang juga Perdana Menteri telah memberi surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Dato' Abdul Aziz Nik Mat) jika kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan keras. Surat tersebut tambah beliau tidak ditarik sampai ke hari ini dan itu menunjukkan bahawa bukan sahaja pimpinan agung Umno yang menentang hudud malahan orang-orang Umno turut mempermainkan hukuman hudud. "Dulu kita dengar siapa hendak makan sup tangan pergi ke Kelantan. Umno yang memegang kuasa selama 56 tahun, pernahkan mereka mengatakan hendak melaksanakan hudud," soalnya. Tambah beliau, Umno tidak pernah mahu melaksanakan hudud sebaliknya menentang hukuman tersebut. |
TG Nik Aziz dihina lagi, BIADAP DAN KURANG AJAR sungguh...... Posted: 23 Feb 2013 07:55 PM PST Lihatlah bagaimana biadap dan kurang ajarnya dia neh... Antara mereka ni tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sesuatu isu hanya atas dasar pemahaman politik yang berbeza dengan pembicara... Jahil sendiri kerana tidak faham terus diletakkan atas kepala orang lain. Apa dosa besar TG Nik Aziz sebenarnya sampai mereka terlampau membencinya? DOSA besar TG Nik Aziz hanyalah kerana dia diiktiraf dan dijadikan role model pemimpin yang BERSIH, diangkat sebagai ikon dan TONGGAK dalam penyatuan Pakatan Rakyat. Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Guan Eng serta lain-lain pemimpin dalam Pakatan Rakyat jugak penting sebagai alat tahaluf siyasi yang menjadi pegangan Pas. TG Nik Aziz harus diburukkan. TG Nik Aziz mesti dijatuhkan. Aura BERSIH yang ada pada TG Nik Aziz mesti dikotorkan. Rebahnya TG Nik Aziz maka akan berkecailah Pakatan Rakyat... Itu jaa... Maka tunggu apa lagi. Ayuh..!!! Kita rebahkan kebiadaban makhluk-makhluk ini terlebih dahulu, biar dia tahu langit tinggi ka rendah... #Sebarkan pada seluruh rakyat Malaysia tentang posting biadab dari manusia ini!! Agar satu dunia tahu dia sungguh KURANG AJAR!! Ni link FB dia: https://www.facebook.com/imran.wan?fref=ts |
PRU13 : Anggota polis jalani latihan untuk persiapan p'raya Posted: 23 Feb 2013 07:52 PM PST Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan amal ex ballot III secara serentak di seluruh negara pada 24 dan 25 Feb sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13. Menurut laman sosial Facebook PDRM, latihan itu bagaimanapun tidak melibatkan Sabah yang kini lebih memfokuskan isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu. "Tumpuan latihan amal ini akan diberikan di Perak dengan menggunakan 'live exercise' di medan dan ia melibatkan kesemua daerah. "Daerah-daerah kontinjen Perak yang akan diberi keutamaan dalam latihan amal ini ialah Ipoh, Manjong, Taiping dan Kerian," kata laman Facebook itu. Read More / Baca Lagi >> |
Ribuan rakyat berhujan ikuti pidato Anwar di Terengganu Posted: 23 Feb 2013 07:48 PM PST TERENGGANU 24 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 5,000 penduduk Gong Badak, Terengganu dari mengikuti pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gong Badak di sini, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu mengupas pelbagai isu termasuk putar belit media Umno terhadap ucapan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan perumpamaan Mursyidul Am PAS itu tepat tapi Umno BN enggan menerima hakikat sebenar. Beliau turut menyentuh pelbagai isu termasuk amalan rasuah pemimpin Umno, isu pemilikan syaraikat arak oleh Mirzan Mahathir, masalah kebajikan tentera dan banyak lagi. Anwar turut menyeru rakyat Terengganu supaya membuat perubahan lantaran rakyat Sabah dan Sarawak, kini bersedia menumbangkan BN pada PRU 13. Beliau juga menekankan peri pentingnya kesepakatan ahli dan pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP di Terengganu untuk bersama-sama berganding bahu menumbangkan Umno BN, seterusnya menawan Putrajaya. Turut berucap, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail; Wahid Endut (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Brig Jen (B) Najmi Ahmad, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Ustaz Hishamuddin (AJK Pemuda Pas Terengganu) dan wakil NGO Royalti Terengganu. Terdahulu, sambutan hebat juga diterima Anwar ketika berceramah di Kampung Tiong, Kuala Terangganu pada hari sama. Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan politik yang berlaku di negara ini. |
Malaysia's 13th General Elections Posted: 23 Feb 2013 07:47 PM PST As the 13th general elections draw near, the will of the people hangs in the balance as the question of free and fair elections remains unanswered. The right to such a process is recognised in all democracies. Three conditions must be fulfilled: an independent audit of the electoral roll, a minimum campaign period of reasonable duration, and allowing international observers at polling stations. The Najib administration's action last week in detaining and deporting Australian senator Nick Xenophon who was in Kuala Lumpur to meet with me as well as leaders of the ruling party to discuss ways and means to meet those conditions has rendered the demand for free and fair elections an exercise in futility. Severely disadvantaged Meanwhile, the opposition coalition Pakatan Rakyat remains severely disadvantaged in campaigning. There is no access to the mainstream print and electronic media which, despite being largely funded by tax payers' money, are used as a propaganda machine in ways not seen since the time of Goebbels: vicious lies are spread about the opposition's mismanagement of the state governments, characters of key opposition leaders are assassinated and a movie is set to be screened nation-wide calculated undoubtedly to sow hostility and hatred among the indigenous Malay community towards ethnic minorities particularly the Chinese. So we resort to self-help to travel the land and take the message home directly to the people. But where's the right to security on our lives and property? Campaign buses and cars get pelted with stones and splashed with paint. Speakers are attacked and some supporters were knifed, violent acts caught on camera. Electoral fraud on a grand scale To ensure free and fair elections, there must be protection of the law, but complaints to the police fall on deaf ears. |
Posted: 23 Feb 2013 07:46 PM PST If the public opinion is turning against the current PM, the ruling party will be expected to remove the incumbent leader. Recently, several foreign newspapers and portals pinpointed on the difficulties faced by the ruling coalition to hold the polls. Among the ruling coalition, there are fears of yet another setback, if the polls are held before April 2013. Dr Mahathir Mohamad has periodically voiced his views that BN will be winning the next elections, but with a reduced majority. Lately, he suggested such a victory will render the regime destitute, or rather impotent. In Malaysia, while most observers were adamant the polls will be held in 2012, they were dumbfounded by the prime minister's hesitations. With the month of January ducked, the month of February crossed-out, there is left the months of March, April or May. Leadership crisis? However, the month of June – as some observers are pointing out – could be the time for the elections. Putrajaya seems emboldened by the calls from the Sabah State Reform Party (STAR) chairman Jeffrey Kitingan, to delay the Sabah polls. This could be used to bolster plans to hold the 2013 polls, beyond the dissolution of the Parliament in April. Read More / Baca Lagi >> |
Teka-teki tarikh PRU13 beri kelebihan semua pihak Posted: 23 Feb 2013 07:45 PM PST Menurutnya, kelebihan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah, mereka boleh mengambil kesempatan waktu yang ada menguatkan jentera. |
Doa KO : Fadzilah Kamsah mohon maaf Posted: 23 Feb 2013 07:43 PM PST Dalam laman sosial Facebook miliknya, Fadzilah tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham semua pihak dan membersihkan maruah keluarganya. "Saya hanya seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan pelbagai pihak," katanya. Jelasnya, apabila bercakap tentang kezaliman, beliau memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Katanya, di majlis Bantuan Amal Palestin itu, melalui ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kezaliman Israel terhadap saudara sesama Islam kita di Palestin. "Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak dizalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. |
Masalah utama Umno: Keengganan untuk bersaing secara sihat Posted: 23 Feb 2013 07:06 PM PST Tuan Fairuz Tuan Ismail 24 FEB ― Hizbi adalah merupakan gerakan pelajar di United Kingdom dan Republic Ireland yang di taja oleh PAS yang mula ditubuhkan pada akhir 1980an. Melalui gerakan inilah PAS merekrut dan melahirkan pelapis kepimpinan mereka daripada golongan terpelajar. Ia adalah merupakan satu tindakan yang strategik ke arah menjadikan PAS sebagai parti yang didokong oleh golongan profesional. Saban tahun, pengaruh gerakan pelajar ini semakin kuat sehingga memaksa Umno mengambil tindakan yang drastik dengan mengharamkan Hizbi pada tahun 2003 di Loch Lomond, Ireland. Read More / Baca Lagi >>Secara kasarnya, mungkin tindakan ini dilihat sebagai tindakan bijak yang menguntungkan Umno. Namun, jika diteliti, ia adalah strategi yang memberikan kerugian besar kepada Umno untuk jangka masa panjang. Jika sebelum pengharaman, Umno berpeluang memantau pergerakan Hizbi dengan mudah, pengharaman yang memaksa gerakan pelajar PAS tersebut bergerak secara "underground" telah menyukarkan mereka berbuat demikian. Mereka juga yang sepatutnya berpeluang menjadikan Hizbi sebagai "benchmark" saingan untuk Kelab Umno luar negara dalam melahirkan kepimpinan pelapis, telah kehilangan peluang keemasan tersebut sebaik sahaja Hizbi diharamkan. Tanpa persaingan yang sihat, Kelab Umno luar negara berubah menjadi kelab "syok sendiri" yang fungsinya tidak lebih daripada kelab sosial tanpa menawarkan nilai-nilai tambah kepada ahlinya. Hizbi dalam keterbatasan pergerakan secara "underground" pula telah berevolusi menjadi gerakan yang lebih tersusun dan cekap, yang menawarkan pembinaan sakhsiah dan latihan kepimpinan, yang tidak ada pada Kelab Umno. Tidak hairanlah, sebahagian ahli-ahli yang direkrut gerakan pelajar PAS ini adalah terdiri daripada anak-anak pimpinan Umno sendiri. Aktivis Hizbi juga dilihat sebagai golongan yang dizalimi sikap "double standard" Umno dalam soal penglibatan pelajar dalam politik yang menambahkan bilangan simpatisan kepada gerakan tersebut. |
BAGAIMANA UMNO LAYAN RAKYAT SEUMPAMA HAIWAN DALAM PEMBERIAN BR1M.!!!!! Posted: 23 Feb 2013 07:04 PM PST |
Presiden PAS tidak kekok berucap dalam bahasa Tiong Hua Posted: 23 Feb 2013 06:59 PM PST |
Najib akui kesalahan tadbir negara.. Posted: 23 Feb 2013 06:48 PM PST |
UNSEEN LAHAD DATU REPORT (AL Jazeera) Posted: 23 Feb 2013 06:45 PM PST |
BR1M: Bersumpah mengundi BN, jawapan Ustaz Azhar Posted: 23 Feb 2013 06:33 PM PST |
Wacana Perpaduan Ummah : "Umno terlalu sarat....." - Titah Raja Dr. Nazrin Shah Posted: 23 Feb 2013 06:08 PM PST |
Lensa : Ribuan Masyarakat Cina Kg Tiong Kuala Terengganu Dalam " Kebangkitan Rakyat" Posted: 23 Feb 2013 05:50 PM PST |
Lensa : Ribuan Rakyat Kuala Nerus Sanggup Berhujan Demi "Kebangkitan Rakyat" Posted: 23 Feb 2013 05:46 PM PST |
RAKYAT SANGGUP BERHUJAN DALAM CERAMAH ANWAR DITERENGGANU Posted: 23 Feb 2013 05:23 PM PST |
Rakyat sekarang ini bijak, boleh 'menyelam air dalam tunggak' Posted: 23 Feb 2013 05:20 PM PST Nampaknya politik semakin hari kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri asas manusia yang mukmin. Menjadikan komen TGNA sebagai mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan penyokong-penyokong mereka seperti saluran-saluran TV perdana. Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik. Semuanya ini adalah kerana kemahuan nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang berimejkan agama yang kuat. Tentunya tindakan kedua-dua pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu. Read More / Baca Lagi >> |
Media Umno putar belit ucapan Nik Aziz terhadap BR1M – Anwar Posted: 23 Feb 2013 05:17 PM PST KUALA LUMPUR 24 FEB: Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu. Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno. "Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan. "Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik. Read More / Baca Lagi >> |
Pastikan nasib OKU terbela pasca PRU-13 Posted: 23 Feb 2013 05:16 PM PST KUALA LUMPUR: Semua warga orang kurang upaya (OKU) Malaysia dijemput menyertai dialog OKU menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mempasti nasib mereka terbela pada pasca PRU nanti. Read More / Baca Lagi >>Dialog ini akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor 3 Mac ini dari 10 pagi hingga 2 petang. Demikian beritahu Mohammad Faizal Che Yusof (gambar), Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS. Dialog ini diadakan bagi meneruskan usaha kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, katanya. Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan sekretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW, jelasnya. "Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia," katanya. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan