RAKYAT MARHAEN |
- Isu kalimah Allah : Majlis Syura Pas 'tutup buku', keputusan muktamad.
- Kemunduran rakyat Sabah bukti kegagalan pentadbiran Umno-BN
- BN man gives ‘evil’ Dr M a tongue lashing
- Royalti : 'Fatwa' Nik Aziz zalimi rakyat - Mustapa
- UTUSAN : " Saya rasa seperti dizalimi kata Nasha"
- Pemberian Geran Peneroka Kesedar Ketepi Sentimen Politik
- LGE's speech at DAP Fundraising Dinner Part III
- Mahfuz : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena
- Anwar : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena
- Mahathir Ajak Berpegang Kepada Al-Quran, San Miguel Apa Cerita?
- BN punya wawasan terancang untuk menipu dan memperbodohkan rakyat...!!!
- PRU13: Histeria Soi Lek kian menjadi-jadi
- Yang Mendatangkan Marah Bik Flom : DS Wan Azizah shopping kasut + kerongsang di Pasar Malam
- Walaupun Hujan, 100 RIBU Tidak Berganjak Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur
- Zahida-Shafie sex scandal flares up again as infighting in Sabah Umno rises ahead of GE13
- Prof Anuar : Sudah Sampai Sistem Pendidikan Negara Diperkasa
- Buku kecil diedar JASA@BARUA UMNO propaganda murahan politik bacul......
- Roti Najib : Kesian kat Fathul Bari neh...
- Pahang : Himpunan Aman & Solat Hajat Bantah Kegiatan Judi di Pekan Awah
- "Kekayaan Negara Adalah Milik Rakyat Bukan Milik Umno" - Nik Abduh
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tafsir Surah Al-Anfal (ayat 5-14)
- Lensa : Ust Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur..anak mude belake weh...!!!
- PRU13 : BN bawa penyanyi ‘Psy’ ke sambutan Tahun Baru Cina P. Pinang....artis Malaysia dah tak de nak buat persembahan untuk BN...!!!
- PRU13: PAS berpantang 90 hari
- Dr Maza Kunjungi Presiden PAS Di Rusila
Isu kalimah Allah : Majlis Syura Pas 'tutup buku', keputusan muktamad. Posted: 02 Feb 2013 09:09 PM PST Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah muktamad dan tiada pertimbangan kali kedua. Beliau menegaskan keputusan yang dibuat itu juga tidak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. "Tidak ada pertimbangan kali kedua akan dibuat lagi, keputusan Majlis Syura adalah muktamad dan tidak ada keputusan kedua. "Dia (Pengerusi DAP, Karpal Singh) kena faham, di dalam Pas Majlis Syura yang menentukan polisi parti dan isu kalimah ALLAH adalah perkara dasar," katanya kepada Sinar Harian semalam. |
Kemunduran rakyat Sabah bukti kegagalan pentadbiran Umno-BN Posted: 02 Feb 2013 09:08 PM PST Srikandi KEADILAN kini di dalam siri jelajah yang kedua dimana kita meletakkan kawasan sekitar pantai timur merangkumi 7 kawasan parlimen dan memberi tumpuan dikawasan pengundi melayu,wanita dan pengundi muda di Negeri Sabah.Hari ini merupakan hari ke 3 Srikandi Pusat ,Srikandi Sabah,Pimpinan Negeri dan AMK turun berkempen untuk bertemu dan mengedarkan bahan-bahan penerangan tawaran Pakatan Rakyat termasuk Agenda Wanita Malaysia dan Agenda Wanita Muda Malaysia. Pagi ini Srikandi keadilan telah mensasarkan kawasan Dun yang dimenangi oleh Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu di Dun Sg Sibuga diperkampungan Tinusa 2.Edaran telah dilakukan merangkumi 200 buah rumah disekitar kawasan tersebut yang mempunyai jumlah pengundi seramai 5 ribu orang. Hasil lawatan yang diperolehi mendapati kawasan yang dimiliki oleh Ketua Menteri ini boleh diketegorikan didalam kawasan mundur dan amat miskin.3 isu utama yang ditekankan ialah yang pertama tahap kebersihan persekitaran yang terlalu kotor dan tidak terurus,kedua permasaalahan sistem pemantauan keselamatan merangkumi seluruh aspek termasuk kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada penduduk disitu tetapi tidak berlaku dan sebaliknya mereka terus dihimpit dengan masaalah pemilikkan tapak tanah yang tidak diberikan kepada penduduk tetapi taraf mereka ialah "setinggan berdaftar".Penduduk-penduduk disini berdepan risiko dihalau tanpa notis dan pampasan oleh pihak kerajaan Umno/Barisan Nasional Sabah. |
BN man gives ‘evil’ Dr M a tongue lashing Posted: 02 Feb 2013 09:07 PM PST Seeing red over the former premier's call for Najib Tun Razak to quit if he does not secure a two-thirds majority, S Vell Paari fires a vitriolic salvo. Without mincing his words, MIC strategy director S Vell Paari fired a vitriolic salvo on the former premier's "evil actions" during his 22-year tenure in office. He also reminded Mahathir that his constant rantings and his association with groups like Perkasa were among the main resons why Najib would find it difficult to obtain the desired majority. "Was it not Mahathir who said 'even if I win by one vote, I would still rule'. Was it not Mahathir who said 'under the Westminster (British) parliamentary system even if we win by one seat, we would continue to rule'. "Mahathir defeated Tungku Razaleigh by a mere 43 votes (in the Umno election). Did he not continue to rule for another 15 years. So why should Najib resign?" he asked. To illustrate his point further, Vell Paari quoted the words of the "great soul" Mahatma Gandhi to criticise the "not so great soul" Mahathir. Read More / Baca Lagi >> |
Royalti : 'Fatwa' Nik Aziz zalimi rakyat - Mustapa Posted: 02 Feb 2013 09:05 PM PST PASIR MAS – Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengenai menteri yang bertanggungjawab menafikan hak Kelantan dalam agihan royalti minyak dikatakan menzalimi rakyat. Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian selepas melihat kenyataan dikeluarkan tidak bersandarkan fakta. Menurutnya, Nik Abdul Aziz diminta bercakap dengan fakta yang lengkap kerana dikhuatiri menzalimi dan menganiaya rakyat tidak bersalah. "Biarpun ia sekadar pandangan, ia perlulah mempunyai fakta kukuh lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai fatwa. "Lebih memburukkan keadaan sekiranya ia jatuh kepada tuduhan, maka pihak yang dituduh akan mendapat natijah buruk sekiranya ia palsu," katanya, selepas majlis bersama rakyat seluruh Parlimen Pasir Mas, kelmarin. Beliau turut mempersoalkan kelayakan Nik Aziz mengulas mengenai perkara terbabit, meskipun beliau mempunyai pengetahuan agama luas. Menurutnya, tiada siapa layak menghukum umat lain, malah meletakkan mereka di dalam syurga atau neraka. Dalam kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau menegaskan Menteri menafikan hak Kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak akan dimasukkan ke dalam neraka. Menurutnya, tidak ada kuasa yang boleh menyekat menteri terbabit dimasukkan ke dalam neraka kecuali menerusi syafaat Nabi Muhammad SAW. Nik Abdul Aziz mempersoalkan sebab royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina. INI ASAS TUNTUTAN KAMI. FAKTA ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN - SEBAR SELUASNYA SIAPA TIPU RAKYAT KELANTAN? ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) TUNTUT PETRONAS DAN KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA 1. PENGELUARAN MINYAK DAN GAS KELANTAN DI MEDAN [PETA MINYAK & GAS DILAMPIRKAN] 1. MEDAN PERTINDIHAN KELANTAN – TERENGGANU Pengeluaran adalah mengikut Sempadan Laut 1987 (DILAMPIRKAN), maka Medan Lawit, Medan Jerneh dan Medan Bintang adalah berada dalam sempadan Kelantan – Terengganu. 2. BLOK PM 301 DAN PM 302 (100 % MILIK KELANTAN TANPA PERTINDIHAN) Ekpslorasi di PM301 & PM302 diberikan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd. Syarikat milik 50:50 Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Exploration And Production Malaysia BV. Read More / Baca Lagi >> |
UTUSAN : " Saya rasa seperti dizalimi kata Nasha" Posted: 02 Feb 2013 08:58 PM PST Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad". "Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya. "Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu. Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan. "Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam. Mangulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut. "Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai. "Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan. Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang. "Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya. "Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya. |
Pemberian Geran Peneroka Kesedar Ketepi Sentimen Politik Posted: 02 Feb 2013 08:54 PM PST |
LGE's speech at DAP Fundraising Dinner Part III Posted: 02 Feb 2013 08:51 PM PST |
Mahfuz : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena Posted: 02 Feb 2013 08:48 PM PST |
Anwar : Ceramah Di Parlimen Pokok Sena Posted: 02 Feb 2013 08:46 PM PST |
Mahathir Ajak Berpegang Kepada Al-Quran, San Miguel Apa Cerita? Posted: 02 Feb 2013 05:21 PM PST Sudah buang tabiatkah Mahathir ini? Mengajak orang lain berpegang kepada Al-Quran sedangkan anak sulongnya, Mirzan namanya, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut! San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia. Menjelaskan lagi bahawa Mahathir itu manusia hipokrit darjah tertinggi!
|
BN punya wawasan terancang untuk menipu dan memperbodohkan rakyat...!!! Posted: 02 Feb 2013 05:13 PM PST KUALA LUMPUR, 3 Feb – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan pusat pimpinan BN merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai wawasan terancang untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat. Beliau berkata keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan 'survival' politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain. Pembangkang, katanya, lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa. "Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah. Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini malam tadi. Program sehari itu mengumpulkan pemimpin pelajar Malaysia dari universiti tempatan dan luar negara bagi berbincang dengan pemimpin kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat dan pemimpin belia. Tengku Adnan berkata dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka. Untuk membantu kerajaan BN memperbaiki perkhidmatannya kepada rakyat, Tengku Adnan berkata golongan muda terutama pelajar boleh mengutarakan idea dan pandangan melalui pelbagai saluran temasuk Facebook dan Twitter. Beliau turut menasihati golongan muda supaya menilai dengan teliti apa dilempar pembangkang termasuk melalui laman-laman blog sebelum membuat sebarang kesimpulan. – Bernama |
PRU13: Histeria Soi Lek kian menjadi-jadi Posted: 02 Feb 2013 05:10 PM PST KUALA LUMPUR: Amat menyedihkan untuk melihat menjadi-jadinya penyimpangan dan histeria Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ke tahap merayu ahli MCA memberikan tepukan kepada ucapannya dan pemimpin parti itu lain dalam acara terbuka seperti "makan malam mega" yang diadakan di seluruh negara. Read More / Baca Lagi >>Demikian dinyatakan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam sebagai respons kepada Chua yang membuat rayuan itu ketika majlis makan tengah hari sambutan ulangtahun MCA ke-64 Wilayah Persekutuan di Kepong kelmarin. Katanya, tetapi apa yang Chua dapat daripada ahli MCA yang hadir hanyalah sambutan yang dingin dan tidak sepenuh hati meskipun berkali-kali merayu tepukan untuk ucapannya. Malah, ujarnya Chua cuba untuk mengelirukan ahli MCA untuk mengukuhkan rayuannya meminta ahli MCA untuk mencontohi DAP dengan mendakwa bahawa apabila pemimpin DAP bercakap atas pentas, ahli DAP di bawah akan menyambut tanpa henti dengan tepukan untuk memberikan gambaran apa yang dikatakan adalah betul. |
Yang Mendatangkan Marah Bik Flom : DS Wan Azizah shopping kasut + kerongsang di Pasar Malam Posted: 02 Feb 2013 05:04 PM PST Presiden Parti Keadilan Rakyat, DS Wan Azizah Wan Ismail sedang ber"shopping " kasut dan kerongsang di Pasar Malam Guar Perahu selepas balik kawasan Permatang Pauh untuk program Wanita PR. DS Wan Azizah masih seperti dulu dengan kehidupannya yang bersederhana dalam semua hal sama seperti rakyat biasa. Tanpa rasa kekok dan segan, beliau lebih selesa memilih untuk ke pasar malam membeli barangan aksesori wanita sambil beramah mesra dengan rakyat bawah. Sudah tentu DS Wan Azizah dikira lekeh dan tidak ada status jika dibandingkan dengan DS Rosmah Mansor (FLOM) yang bergaya dengan beg tangan berjenama, cincin dan subang yang mahal berharga jutaan ringgit. |
Walaupun Hujan, 100 RIBU Tidak Berganjak Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur Posted: 02 Feb 2013 04:57 PM PST UAI Telah membuat kejutan di Stadium Darul Makmur ..Kehadiran anggaran 100 ribu orang yang hadir ke Stadium Darul Makmur Kuantan ini malam tadi. Yang lagi hebatnya... Walau pun hujan mereka tetap tidak berganjak, balik dsb. Subhanallah... Allahuakbar.. Hebat sungguh orang Kuantan. Takbir!! Konvoi bermotosikal mengiringi UAI dan ustaz haslin bollywood Kelihatan Puluhan Ribu membanjiriri stadium Darul Makmur.. Kelihatan anak muda yang dahagakan Ilmu ..bukan konsert mega Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin (Bollywood). Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. |
Zahida-Shafie sex scandal flares up again as infighting in Sabah Umno rises ahead of GE13 Posted: 02 Feb 2013 04:53 PM PST A free-for-all seems to have broken out among Sabah Umno leaders with political rivals of Zuhairie DaEngine suspected of instigating the sudden revival of a sex scandal involving starlet Zahida Rafik to embarrass the federal minister for rural and regional development. Read More / Baca Lagi >>"We are surprised to hear that the MACC has finally agreed to guestion Zahida's driver. Why now?" Zuraida Kamaruddin, the PKR MP for Ampang, who had exposed the scandal last year. "In the past, we had lodged so many reports but these were ignored and swept under the carpet by the authorities, so the question remains - why now? And who is behind the MACC's sudden decision to take action, who is so powerful who can make the MACC respond with such sudden speed." The Opposition lawmaker was referring to news that Zahida's driver, Noor Azman Azemi, had been called up by the Malaysian Anti-Corruption Commission to give his statement over the scandal on Friday. RM1.5mil in 4 months, marriage in London & a RM3mil bungalow in Ampang area Last year, Azman had lodged a police report claiming that Zuhairie had hired him as a driver for Zahida, and further revealed that the minister and the starlet had been in an intimate relationship for 3 years. More shocking was Azman's expose that Zuhairie had over a 4-month period asked him to deposit money worth at least RM1.5mil into Zahida's bank account. The news had sparked a public outcry and concern about the extent of Zuhairie's possible corruption as such a sum would be beyond his income as a Cabinet minister. Although Azman had furnished some documentary evidence, the police and the MACC had snubbed his reports while Zahida accused him of trying to tarnish her reputation because she had sacked him for absconding with RM200,000 of her money. Both she and Zuhairie have denied any relationship. Nonetheless, speculation has not stopped and Zuhairie has been accused of marrying her in London as his second wife (polygamy is allowed under Muslim law) and even buying her a luxurious bungalow in Ampang area worth at least RM3 mil. All eyes are now on what the MACC quizzed Azman on, and if he has fresh revelations to make. Making it tough for Najib to field Zuhairie in a state seat? |
Prof Anuar : Sudah Sampai Sistem Pendidikan Negara Diperkasa Posted: 02 Feb 2013 04:50 PM PST SHAH ALAM 3 FEB: Naib Canselor Universiti Selangor(Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad berkata, kini sudah tiba masanya sistem pendidikan negara diperkasakan dari terus mewarisi dasar pendidikan penjajah yang sekular. Beliau berkata demikian ketika diwawancara secara ekselusif oleh Tv Selangor sempena Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP 2013) yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini. Konvensyen yang bertempat di Dewan Pro-Canselor UNISEL Seksyen 7 Shah Alam itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. KAP 2013 akan menampilkan ahli-ahli akademik seperti Dr. Amal Fathullah Zarkarsyi dari Pesantren Darul Salam, Gontor, Indonesia dan Prof Dr Ameenah Gurib-Fakim dari Universiti Mauritius. "Kita melihat, pendidikan yang ada di negara hari ini terlalu sekular, di mana kita melahirkan cerdik pandai yang hanya hebat dari sudut intelektual tetapi spiritual, emosi dan akhlaknya tidak begitu stabil. "Menerusi KAP 2013 ini kita akan melihat bagaimana kita perlu mengubal kembali sistem pendidikan negara ini ke arah yang lebih holistik, bukan sekadar menjadikan negara ini kaya sebaliknya lebih dirahmati," jelasnya. Selain itu, beliau menambah pemberian pinjaman seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukannya kaedah terbaik untuk meringgankan beban rakyat. "Saya merasakan ini adalah satu dasar kapitalis yang melampau (dasar ini) hanya mahukan rakyatnya hidup dalam keadaan berhutang, keluar sahaja daripada universiti pelajar sudah memiliki hutang RM40 hingga RM60 ribu. "Berbanding dengan dasar pinjaman pelajar di negara jiran Thailand, pelajar boleh membuat pinjaman maksimum RM20 ribu, sekiranya kos melebihi pinjaman itu, kerajaan akan menampungnya," kata beliau. |
Buku kecil diedar JASA@BARUA UMNO propaganda murahan politik bacul...... Posted: 02 Feb 2013 04:48 PM PST Dalam buku setebal 322 muka surat tersebut yang berjudul "Panduan Penjelasan Isu Semasa" yang diedarkan kepada orang awam menyerang perhimpunan yang menuntut agar pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. "Bukan sahaja buku kecil itu menyalahguna wang pembayar cukai, kandungannya juga tidak jujur dan cuai. "Pengeluarannya adalah sejak 2012 lalu lagi," kata pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider. Menurut Ambiga, segala yang didakwa dan diperkatakan mereka sebelum ini sudah dibuktikan terbukti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah baru-baru ini dan mencukupi untuk menidakkan propaganda murahan oleh agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tersebut yang dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Umno Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan. "Orang ramai boleh nilai sendiri daripada RCI di Sabah dan laporan setiap hari mengatakan terdapat orang yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka seperti mana yang dikatakan oleh Bersih selama ini adalah benar," ujar beliau lagi. Bekas presiden Majlis Peguam itu juga membidas tuduhan liar yang mengatakan peserta telah dibayar RM100 setiap seorang serta mengarahkan JASA untuk berhenti menilai orang ramai mengikut kaedah dan piawaian sendiri. "Sebaliknya ramai peserta perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli kemeja T dan membayar tambang serta makanan sendiri," kata Ambiga lagi. Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyifatkan agensi kerajaan tersebut sudah kehabisan modal dan propaganda yang digembar-gemburkan mereka sudah tidak lagi dipercayai. "Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0. |
Roti Najib : Kesian kat Fathul Bari neh... Posted: 02 Feb 2013 04:45 PM PST Ustaz Fathul Bari sengaja kantoikan diri sendiri...?? Maaflah ustaz Fathul Bari ......sebab penulis merasakan anda lah tempat dan sebagai suara anak muda yang mewakili golongan beragama untuk membalas hujah pembangkang..tetapi apa bila anda menolak Sesi perbincangan bukan debat pun dengan Dr. Maza penulis rasa terkilan dan kurang yakin dengan kemampuan anda. Diskusi ini cuma duduk diatas kerusi sambil berkongsi pendapat dan pandangan ..kenapa ditolak disaat akhir? Lagipun ianya adalah anjuran UMNO bukan pembangkang dan pihak luar... Jika alasan ini diberikan .....kenapa disaat akhir?? Dan DILIHAT kenyataan Dr Maza disini anda sepatutnya menolak diskusi ini terlebih awal dan TAK KAN LAH SEMUA ORANG BOLEH DIGUNA GUNA DENGAN ALASAN ITUU..... |
Pahang : Himpunan Aman & Solat Hajat Bantah Kegiatan Judi di Pekan Awah Posted: 02 Feb 2013 04:38 PM PST |
"Kekayaan Negara Adalah Milik Rakyat Bukan Milik Umno" - Nik Abduh Posted: 02 Feb 2013 04:37 PM PST |
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tafsir Surah Al-Anfal (ayat 5-14) Posted: 02 Feb 2013 04:36 PM PST |
Lensa : Ust Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur..anak mude belake weh...!!! Posted: 02 Feb 2013 07:54 AM PST Orang muda belake kemah keming syukur ke pada allah s.w.t kerana bukakkan pintu hati anak muda dekat dengan agama Allah |
Posted: 02 Feb 2013 07:38 AM PST Penyanyi berasal dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu. Rumah terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan merupakan salah satu strategi utama BN untuk memenangi semula negeri perindustrian dan pelancongan di utara Malaysia itu. Semasa kempen pilihan raya 2008, padang sekolah Han Chiang menyaksikan ceramah terbesar anjuran DAP yang dihadiri ribuan rakyat di Pulau Pinang. Selepas itu, DAP dan rakan parti komponennya berjaya menakluk Pulau Pinang daripada BN, menyaksikan Umno sebagai parti tunggal dalam pembangkang dengan hanya 11 kerusi daripada 40 kerusi dewan undangan negeri. The Malaysian Insider difahamkan rumah terbuka Tahun Baru Cina merupakan salah satu langkah yang akan diambil oleh pengerusi negeri BN Teng Chang Yeow untuk cuba memenangi semula Pulau Pinang pada pilihan raya tahun ini. |
Posted: 02 Feb 2013 07:27 AM PST SERI KEMBANGAN: PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13. "Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia. "Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini. Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti. Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN. |
Dr Maza Kunjungi Presiden PAS Di Rusila Posted: 02 Feb 2013 07:22 AM PST MARANG: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Dato' Seri Abdul Hadi telah menerima kunjungan hormat bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin di rumahnya, selepas kuliah mingguannya di Masjid Rusila. Perbincangan 'ceria' berlangsung diantara tokoh agamawan itu turut disertai Ahli Dewa Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Sehubungan itu, pada sidang media selepasnya, Ustaz Hadi tidak menolak kemungkinan ada calon PAS dari kalangan bekas ahli Umno yang telah meninggalkan parti itu. Beliau berkata nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri yang digugurkan sebagai ahli Majlis Syura akan ditentukan oleh PAS kawasan. "Itu (calon) bukan hak saya, itu hak kawasan. Kawasan yang (ditandingi) kemukakan calon. Nasib dia (Nasha) Tuhan tahu, saya nasib saya pun saya tidak tahu…tunggu (sampai masa) nama calon. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan