Rabu, 13 Februari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ganu Kite : Pembangunan Atas Tanah Yang DiRampas 'Haram'

Posted: 13 Feb 2013 09:29 PM PST

Telaga Jejari Kelantan - Perintis di Asean Pertama di Malaysia

Posted: 13 Feb 2013 09:28 PM PST

Fakta Yang Digelapkan : Kerajaan Kelantan bui tanoh buke rampas tanoh

Posted: 13 Feb 2013 09:28 PM PST

Konvensyen Pakatan 25 Feb medan ‘perang’ PRU 13

Posted: 13 Feb 2013 08:48 PM PST

LOGO_PAKATAN-300x323KUALA LUMPUR 12 FEB: Konvensyen Pakatan Rakyat 25 Februari ini sebagai isyarat 'perang' gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek.
Katanya, konvesyen keempat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bakal dihadiri lebih kurang 1,050 perwakilan daripada setiap parti.
"Memandangkan majlis diadakan pada hari bekerja, setiap parti akan hantar perwakilan sekurang-kurangnya 350 peserta. Kita mahu konvensyen kali ini dijadikan isyarat pukulan gendang perang.
"Acara dimulakan seawal 10 pagi hingga 1 petang seperti yang jadual dimulakan dengan pengumuman kerusi yang akan dipertandingkan Pakatan Rakyat oleh Pengarah Pilihan Raya setiap parti," katanya kepada Keadilan Daily.
Shabrimi berkata, manifesto Pakatan diumum secara terperinci oleh panel khas setiap parti.
"Manifesto akan dikupas oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Selesai semuanya, akan diadakan pula upacara lafaz ikrar perwakilan untuk taat setia dengan perjuangan parti sebelum ditutup dengan ucapan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas Shabrimi.
Read More / Baca Lagi >>

No To BN : Dr M, PAS tak tinggal DAP

Posted: 13 Feb 2013 08:47 PM PST

Dalam satu kenyataan terakhir Dr Mahathir Mohamad menyebut kira-kira, PAS mahu berpecah dengan DAP dan dalam perkara yang sama Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali pula berkata, PAS tetap bersama DAP.
Dengan kenyataan Dr Mahathir bererti dia telah berputus asa untuk memecahkan PAS dan DAP. Dan dengan penegasan Mustapa itu bererti, tak usah buat apa, PAS tidak akan tinggalkan DAP sebagaimana yang dikehendaki oleh Dr Mahathir dan Umno.
Semahu-mahu Dr Mahathir, biarlah PAS tinggalkan DAP terutama menjelang PRU13 ini dengan alasan konon supaya kesucian perjuangan PAS dapat dipelihara. Jika dengan tujuan itu apakah Umno pula sedia tinggalkan MCA dan MIC demi kesucian perjuangan Melayunya.
Jika PAS tidak berani meninggalkan DAP demi muslihat politiknya, maka orang PAS juga boleh bertanya, beranikah Umno meninggalkan MCA demi musllihat dan kesucian perjuangan Melayu seperti yang didakwanya?
Mati-mati Umno tidak berani meninggalkan MCA dan Gerakan sekalipun kedua parti Cina komponan Barisan Nasional itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Dapat ditelah jika Umno berani meninggnalkan MCA, nescaya putuslah nyawanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah Duit Dan Hadiah : SPRM kata tiada kuasa dakwa parti politik..!!!

Posted: 13 Feb 2013 08:45 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa parti politik atau organisasi yang memberi wang atau hadiah semasa kempen pilihan raya.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Sutinah Sutan berkata, calon, ejen dan penyokong bagaimanapun boleh didakwa dengan tuduhan rasuah untuk tindakan sama jika dilakukan demi kepentingan calon terbabit.

Sekiranya motif memberi wang atau hadiah oleh calon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan, katanya kepada akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

"Contohnya, jika kita mahu mendakwa Umno, adakah sejuta anggotanya tampil sebagai plaintif di mahkamah?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

FAKTA SEBENAR KUALITI AIR KELANTAN YANG DIGELAPKAN MEDIA ARUS PERDANA

Posted: 13 Feb 2013 08:37 PM PST

MB : Selangor Berjaya Sekat Syabas Naikkan Tarif Air Sebanyak 52 Peratus

Posted: 13 Feb 2013 08:33 PM PST

Mengenal Kencederungan Ekonomi Dunia

Posted: 13 Feb 2013 08:32 PM PST

UAI - Joget Gangnam Style Jahanam Macam Beruk Gilo

Posted: 13 Feb 2013 08:32 PM PST

No To BN : Ahmad Maslan Takut Bini..

Posted: 13 Feb 2013 07:04 PM PST


Bini pon tak konfiden dengan laki sendiri.. Yang rakyat konfiden sangat dengan puak2 ni apehal hah??

No To BN : Pemimpin hebat dia buat, bukan cakap

Posted: 13 Feb 2013 06:55 PM PST

No To BN : LENSA BERBICARA

Posted: 13 Feb 2013 06:52 PM PST


Apa Tak Percaya : Kenyataan Anwar tak gambar sokongan sebenar di Sabah - Puteri UMNO

Posted: 13 Feb 2013 06:46 PM PST


Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yakin kenyataan pembangkang mengenai perubahan yang akan berlaku di Sabah tidak menggambarkan sokongan sebenar rakyat di peringkat bawahan.

Rosnah merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa rangka lawatannya ke Sabah, baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan Umno di Kota Kinabalu petang semalam, Rosnah berkata, kenyataan tersebut tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Sebaliknya, negeri Sabah yang sebenarnya akan membuat kejutan dengan menambah lagi kekuatan BN selepas pilihanraya nanti, bidas Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan.

Ahad lalu, semasa berucap di Luyang, Kota Kinabalu, Anwar dilaporkan sebagai berkata, Sabah akan menerajui peranan penting menawan Putrajaya dalam PRU13 akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Deepak bongkar SD 3 pengakuan ‘individu’ diarah bunuh Altantuya

Posted: 13 Feb 2013 06:44 PM PST

deepak_hrkh2KUALA LUMPUR 14 FEB: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.
Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.
"Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.
"SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak.
Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.
Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.
Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).
Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : “Belanja wang besar tidak menjadikan PM lebih baik”

Posted: 13 Feb 2013 05:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Era kepimpinan ala Barisan Nasional (BN)-UMNO patut berakhir kerana Malaysia perlukan barisan kepimpinan baru yang berani mendengar dan mendepani segala cabaran serta persoalan yang menjadikan rakyatnya benar-benar yakin terhadap kerajaan yang memerintah.
"Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mendengar suara rakyat, membelanjakan wang dengan besar tidak akan menjadikan beliau Perdana Menteri yang lebih baik," demikian ujar Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Gobind Singh Deo.
Walaupun kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam mempromosikan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri, ia akhirnya menemui kegagalan malah dimalukan dalam konsert Psy di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Agak ganjil Najib menanyakan soalan itu sebanyak tiga kali dan dijawab untuk kali pertama 'NO', mungkin beliau cuma melakukan yang terbaik baginya. Tetapi, apakan daya, beliau tidak mendengar suara rakyat.
"Selama ini rakyat mahu jawapan untuk semua persoalan yang timbul tetapi adakah Najib mendengar dan menjawabnya?" soalnya.
Menjelaskan kenyataannya, Ahli Parlimen Puchong itu berkata, antara persoalan yang sehingga kini menjadi keraguan dan tanda-tanya di kalangan rakyat adalah membabitkan hubungan beliau dalam beberapa urusniaga tertentu dan lebih parah lagi apabila ia membabitkan kematian seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Wang bukan untuk beli segalanya, termasuk undi dan laungan “tidak” untuk BN

Posted: 13 Feb 2013 05:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Walaupun duit bukan masalah besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN), namun jelas ia tidak dapat membeli segalanya, termasuk cinta, kesetiaan, patriotisme dan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata duit ditabur Najib dan UMNO/BN seperti air mengalir sepanjang bulan lalu, termasuk jutaan ringgit dibelanjakan untuk mengadakan persembahan Gangnam Style Psy di Pulau Pinang, tetapi gagal mengembalikan kebersihan tapak Sekolah Han Chiang yang musnah selepas 48 jam majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Najib itu.
"Ketika saya melintas, tapak Sekolah Han Chiang itu pagi semalam dipenuhi timbunan sampah selepas 48 jam persembahan Gangnam Style Psy yang diterbangkan terus dari Brazil ke Pulau Pinang, tetapi penganjur gagal mengembalikan kebersihan tapak sekolah itu.
"Ini adalah pengajaran yang mahal buat Najib dan UMNO/BN bahawa terdapat benda yang tidak boleh dibeli dengan wang, termasuk undi.
Read More / Baca Lagi >>

BN abai kebajikan anggota, jeneral tentera sokong Pakatan – Anwar

Posted: 13 Feb 2013 05:07 PM PST

166743_476022435794291_2032451634_nPERAK 14 FEB: Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral bersama pembangkang bagi memastikan
Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dari Umno BN, secara aman.
Antaranya, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B)
Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Berucap pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas di sini, Anwar berkata mereka akan hadir program Pakatan pada 16 Februari depan di Kuala Lumpur.
"Mereka bukan sahaja menyokong bahkan memberi jaminan bahawa
peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tenteram.
"Penampilan mereka bertujuan menarik sokongan tentera dan bekas
tentera bersama-sama menyokong Pakatan demi memastikan nasib dan masa
depan lebih cerah untuk semua anggota," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: Warga asing bersenjata dikepung di Sabah

Posted: 13 Feb 2013 04:57 PM PST


Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah, semalam.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata, kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
  
Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
  
"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini (tadi).
  
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
 
Bagaimanapun setakat 10 malam tadi, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
  
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Wanita KEADILAN perlu sedia berdepan provokasi Samseng Umno

Posted: 13 Feb 2013 04:50 PM PST

SONY DSCPENANTI 14 FEB: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan jentera Wanita KEADILAN supaya bersedia untuk berdepan pelbagai provokasi Umno BN dan menjelang PRU 13.
Presiden KEADILAN itu berkata, ia berikutan PRU 13 bakal menentukan hidup mati Umno BN dan mereka akan mengguna apa jua cara biar termasuk pendekatan 'by hook or crook' untuk menang.
"Kita kena menang di negeri dan Parlimen kita kuasai bagi memperbetul kepincangan yang merosakkan kehidupan masyarakat dI negara ini.
"Tanpa Putrajaya, sukar untuk kita melaksanakan reformasi. Ahli ranting, cabang, negeri dan Pusat mesti bekerja keras bagi memastikan BN tak lagi menguasai politik negara.
"Mahu atau tidak, kita juga mesti bersinting lengan untuk memastikan kemenangan untuk menjejak kaki ke Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Hi-Tea bersama Wanita Cabang Permatang Pauh di Tanah Liat, Kubang Semang, 12 Februari lalu.
Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan zakat kepada rakyat mereka yang kurang bernasib baik di Permatang Pauh.

PRU13 : BN mungkin gugurkan Subramaniam dari Segamat..!!!

Posted: 13 Feb 2013 04:48 PM PST

Satu sumber berkata perdana menteri hanya menimbulkan kebimbangan tentang lima 'kerusi panas', tetapi tidak membincangkan mengenai pencalonan Subramaniam. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 14 Feb – Perpecahan dalam jentera tempatan boleh memaksa Barisan Nasional (BN) untuk menggugurkan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam dari mempertahankan kerusi parlimen Segamat, kata sumber dalam gabungan tersebut.
The Malaysian Insider difahamkan, isu ini adalah diantara agenda penting yang dibincangkan dalam perjumpaan tertutup diantara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Johor pada Selasa, diadakan untuk membincangkan persiapan Pilihan Raya 2013 – perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun.
Dalam mesyuarat tersebut, lima kerusi parlimen, termasuk Segamat, dikenalpasti sebagai kerusi yang berpotensi untuk beralih disebabkan peratusan besar pengundi Cina di kawasan tersebut.
Semenjak 2008, majoriti masyarakat Cina dilihat sebagai penyokong kuat pembangkang.
"Jentera di Segamat tidak mahukan Subramaniam. Jumlah pengundi India kecil jadi jentera tempatan mempersoalkan mengapa meletakkan beliau disitu," kata sumber yang menghadiri mesyuarat BN di Johor Bahru pada Selasa.
Pada Pilihan Raya 2008, pengundi Cina menjumlahkan hampir separuh daripada pengundi Segamat dengan Melayu 41 peratus dan India 11 peratus.
Subramaniam, menteri Kabinet, telah mengalahkan Pang Hok Liong dari DAP dengan majoriti 2,991, sebahagian besarnya kerana sokongan Melayu, dimana sebahagian besar daripada undi Cina, seperti di seluruh negara, beralih secara siknifikan kepada pembangkang.
"Jika Pakatan Rakyat (PR) meletakkan calon Cina dari DAP atau PKR kali ini, sudah tentu kita akan kalah Segamat," kata sumber tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Calon PM Pakatan diumum 25 Feb?

Posted: 13 Feb 2013 04:43 PM PST


PRU13 SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) disebut-sebut akan mengumumkan nama calon perdana menterinya pada konvenysen nasional perikatan berusia lima tahun itu pada 25 Februari ini.

Difahamkan perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR yang lalu.

Bagaimanapun Sinar Harian Online difahamkan kata muktamad berdasarkan perkembangan semasa akan diputuskan pada satu mesyuarat yang dijadual diadakan hari ini.

"Memang ada perbincangan bahawa agenda ini (calon perdana menteri) akan diumumkan bersama pengumuman manifesto Pakatan Rakyat.

"Tetapi, oleh kerana, lazimnya agenda konvensyen Pakatan Rakyat tumpu pada soal-soal dasar, seperti disaksikan sebelum ini, kami akan bincang semula perkara ini dan beberapa agenda lain," kata seorang pemimpin kanan kepada Sinar Harian Online.

Difahamkan perkara itu diputuskan atas andaian dan pertimbangan bahawa kemungkinan pembubaran Parlimen akan diumum minggu akhir bulan ini.

"Kita pun belum pasti dan tidak tahu bila Parlimen akan dibubar... jadi kita akan bentang manifesto terlebih dahulu... saya rasa ini lebih penting," kata beliau.
PR menganjurkan konvensyen nasional sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Pada dasarnya, mesyuarat PR dikatakan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri jika perikatan ini menawan Putrajaya.

"Ini keputusan setakat ini walaupun ada beberapa cadangan lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Playing right strategy against weak PM

Posted: 13 Feb 2013 04:40 PM PST

Dr Mahathir Mohamad can only keep a grip on the prime minister if he has something he can hold on to, and in this case, it is believed to be the Altantuya Shariibuu case.

For all the flak, misgivings, rhetoric and allegations made out against him, S Samy Vellu is a far better leader than Najib Tun Razak.
In terms of leadership and leadership qualities, he is light years ahead of Najib.
Samy Vellu was only a minister in the cabinet yet he had so much to show and be proud of.
Samy Vellu was first appointed to the Malaysian cabinet in 1979, as Housing Minister, then Works Minister until 1989. Then from 1989 to 1995 he was Energy, Telecommunications and Works Minister. In 1995 he returned to the Works Ministry, where he remained until he lost his parliamentary seat in the 2008 general election.
His achievements included building the North-South Expressway, the Penang Bridge, and many privatised highways. Unknown to many, he was the man who initiated the idea of Malaysia having a satellite. And to his credit during his tenure at the Works Ministry, it was rated the most efficient ministry in the government.
Against this, what has Najib got to show as Prime Minister; Defence Minister; Youth, Sports and Culture Minister; and Menteri Besar of Pahang – positions he held before assuming the nation's top post?
Najib was moved from ministry to ministry, achieving nothing significant.
Read More / Baca Lagi >>

Psy a PR blunder for Najib, BN

Posted: 13 Feb 2013 04:39 PM PST

The prime minister should realise that he cannot horse around with the wishes and aspirations of Malaysians anymore

By M Krishnamoorthy
"We must win back Penang at whatever the cost." So went the Barisan Nasional's plan to win the hearts and minds of Penangites during the Chinese New Year open house celebrations.
Some smart aleck in BN or the Prime Minister's Office would have said at a high-powered meeting: "Yes. The only way to win the minds of voters is get Psy and his horse-riding song to rock Penang."
But the big question is: Was Penang ready for Psy or was Psy used to attract votes for BN? The writing was already on the wall when there were protests not to bring the K-pop star.
So, BN did not listen! listen! listen! and the famous quote attributed to Abraham Lincoln, the 16th president of the US, seems an appropriate epithet:
"You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time."
Now, it's too late as the Psy show has backfired on BN's plans. It was a major public relations disaster as the Penang crowd refused to be fooled by the millions paid to engage Psy.
When Prime Minister Najib Tun Razak asked the crowd before the start of the show: "Are you ready for Psy?" the crowd responded with a vociferous: "Yes!"
Quickly switching gears, Najib then asked not once but three times: "Are you ready for BN?" "No!" the crowd shouted back.
BN must recognise that throwing money at all its events at the expense of the taxpayers is a big "No!" BN must not horse around with sentiments, emotions and feelings of Malaysians.
Boos and jeers
Read More / Baca Lagi >>

No To BN : Rakyat tidak berselera lagi dengan Umno

Posted: 13 Feb 2013 04:38 PM PST

Aspan Alias,
Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok dijadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan ke atas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak menjadi orang penting dalam politik negara sekarang ini.
Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan digantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini diandaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan diperbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi 'suspect' nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah diketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk dimuatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau diperguna oleh Najib dan isterinya ke tahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: