RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : Kakitangan Awam Bakal Naik Gaji @ Dapat Bonus @ Pelarasan Elaun Perumahan & Cola?
- PRU13 : Bersihkan daftar pengundi sebelum p'raya
- Terbukti 55 Tahun gagal,, ada hati Najib nak mintak mandat lagi
- Bawani silent on next move
- Economic problems reflect moral crisis
- RCI Perlu Siasat Abdullah, Najib Kerana Teruskan Legasi Mahathir
- Pelantikan pemerhati pilihan raya umum ke-13
- Mustafa : Tuntutan royalti perlu ada asas.....rampas royalti pun perlu ada asas...!!!!
- Pecat Nasha : Cabaran Ali Rustam tidak relevan
- Ini Kalilah : Selepas 6 penggal, Peter Chin (SUPP) tak bertanding PRU13
- Perlembagaan benarkan kanak-kanak berhimpun
- Lensa : Ceramah DS Anwar diPokok Sena, puluhan ribu manusia yg hadir..
- Anthony Loke: Rakyat Kena Bangkit Pada Hari Pengundian Pangkah Pakatan Rakyat
- Pemberian Geran Peneroka Kesedar Ketepi Sentimen Politik
- Nurul Izzah: Kita Mahu Bina Malaysia Yang Lebih Baik & Selamat Untuk Anak-Anak Kita
- Lajim Ukin: Orang Sudah Tahu Pemimpin UMNO Penipu, Pembohong & Lain-Lain Cara Untuk Menipu Rakyat
- PRU13 : Dalam krisis air Selangor, Peter Chin hanya mementingkan keuntungan
- PRU13 : Kerajaan Negeri tidak mampu ambil alih empat syarikat konsensi air di Selangor kata Dr Hasan
- PRU13 : Masa Depan Rakyat Selangor Ditangan Daftar Pemilih SPR
- PRU13: PR beri jaminan terbaik
- Najib Dipakaikan Pakaian Cina Mati(?)
- GE13 : Shocking news from Ground Zero(1)
- SEMAKIN RAMAI PANDIKUTI MILIKI MYKAD?
- Kelantan dapat royalti emas RM10 juta tahun ini
- Putar belit perencah kempen BN menghadapi PRU13
PRU13 : Kakitangan Awam Bakal Naik Gaji @ Dapat Bonus @ Pelarasan Elaun Perumahan & Cola? Posted: 01 Feb 2013 09:02 PM PST Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara pula menerima "berita gembira" yang dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada kemungkinannya. Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama lagi? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13 : Bersihkan daftar pengundi sebelum p'raya Posted: 01 Feb 2013 08:45 PM PST Pilihanraya umum tidak seharusnya diadakan melainkan pengundi yang tidak layak serta meragukan kewarganegaraannya, telah dibersihkan daripada senarai daftar pemilih, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu. Katanya, adalah tidak adil bagi rakyat Malaysia tulen sekiranya pilihanraya diadakan dengan senarai daftar pemilih sedemikian. "Berdasarkan kepada perkembangan semasa, sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak layak serta meragukan tersenarai dalam daftar pemilih. Maka, pilihanraya tidak seharusnya diadakan melainkan senarai pemilih dibersihkan." "Ramai mengaku secara terbuka bahawa mereka telah diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan BN untuk mengundi pada pilihanraya-pilihanraya lepas." "Adakah kerajaan BN ingin meneruskan pilihanraya umum ke-13 dengan senarai daftar pengundi yang dipertikaikan, atau mengakui kesilapan lepas?" tanya Hiew dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam. Jelas beliau Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Hak Asasi Manusia telah memperuntukkan bahawa isu seumpama ini perlu ditangani secara adil. Oleh yang demikian, katanya, hak kedaulatan rakyat Malaysia untuk mengundi perlu diletakkan pada tahap yang tinggi, katanya lagi. "Ia tidak seharusnya dikompromi demi kepentingan beberapa orang ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa," katanya sambil menambah tindakan mereka itu merupakan suatu pengkhianatan dan perlu dibawa ke muka pengadilan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terbukti 55 Tahun gagal,, ada hati Najib nak mintak mandat lagi Posted: 01 Feb 2013 08:43 PM PST "BN akan beri khidmat lebih baik jika diberi mandat lagi pada PRU 13 akan datang." Demikian harapan dan permintaan Najib kepada rakyat semasa lawatannya ke Kedah kelmarin. Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara. "Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat. Ha, ha, ha !! betul sangat lah tu ! Bantuan, bantuan juga,,, temolok sendiri kalian tak lupa! Ibarat perompak mengagih wang RM100. Satu untuk engkau, dua untuk aku! Samalah dengan Umno,, apabila ada bantuan atau projek, 10 bahagian untuk rakyat,, 90 bahagian untuk diri sendiri dan kroni. Mari kita dengar apa lagi kata Najib,,,,,,, "Kita bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti... itu setakat ini... Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat rakyat," katanya ketika berucap sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan sehari di Kedah hari ini.Sedar wahai Najib! Kerajaan PR mampu memberikan dua puluh kali lebih baik dari apa yang UmnoBn beri tanpa mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa! Sudahlah! Cukup-cukuplah tu! Janganlah memberi janji-janji manis lagi kepada rakyat.Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 01 Feb 2013 08:39 PM PST A police report and a defamation suit are among the options that Bawani may take against Suara Wanita 1Malaysia chief, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. "I will respond to the matter soon. I may consider lodging a police report against her on charges of defamation I will have to discuss the matter with lawyers," said Bawani told FMT Bawani was responding to allegations by Sharifah that she had shown Sharifah the middle finger before leaving the hall. "Bawani showed me the middle finger and walked out of the hall alone.The students applauded me. What does this say?" she told FMT in an exclusive interview on Thursday night. Sharifah said SW1M videotaped the entire session of the Dec 8 forum at Universiti Utara Malaysia (UUM) and was planning to release the recording soon. Bawani and Sharifah were in the news after a portion of the forum recording entitled "Forum Suara Mahasiswa Part 4″ was put on Youtube by some bloggers went viral on social networking site, Facebook in January. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Economic problems reflect moral crisis Posted: 01 Feb 2013 08:37 PM PST The focus of this article is on how government destroys our moral values. Some five months ago, I made a first attempt to address the minimum wage issue by understanding the nature and importance of money in everybody's business and used the term "inflation is the result of the increases of the money supply in the market" to characterise it. In the following articles on national budget, affordable housing and job creation, I tried to demonstrate the danger of government that was so immediate and continually becoming more evident and more difficult to avoid. I did my best to debunk several economic fallacies and errors by presenting quick analysis on cause and effect. I also argued that in a fully capitalist society, government does not dictate prices, wages, working conditions or engage in any kind of production of goods. No economic regulation. Government spending and taxation are strictly limited. All economic needs are met privately and voluntarily. But the tragedy is that, on the contrary, these important aspects of capitalism are completely ignored. I have also received and heard a lot of questions and arguments. For most of the questions, it is impossibe for me to give any concrete answers. I can only give subjective replies. Perhaps you have read in some of my articles about the Austrian school of economics and are curious as to what it is. The Austrian school of economics is an alternative to the mainstream approach. It places economics on a sound, moral and valid human action. I will not discuss the Austrian economics and human action in detail here. My focus today will be on how government destroys our moral values. Moral crisis Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
RCI Perlu Siasat Abdullah, Najib Kerana Teruskan Legasi Mahathir Posted: 01 Feb 2013 07:55 PM PST PETALING JAYA, 1 FEB: Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi perlu memberikan keterangan terhadap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) berhubung 'Projek IC' di Sabah. Ini kerana, menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkuasa Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri ketika itu. Anwar juga mengulangi kesediaan untuk disiasat berhubung perkara ini. Tambahnyan,semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah ada satu minit mesyuarat yang menunjukkan beliau hadir dan menerima laporan berkenaan. "Tidak pernah ada sama sekali rekod yang berkenaan kerana itu adalah operasi khas Jawatankuasa yang dikendalikan oleh Perdana Menteri dan pada masa itu diserahkan kepada (Tan Sri) Aziz Samsudin dan (Tan Sri)Megat Junid. "Yang penting kita tahu ialah bahawa jawatankuasa khas itu adalah berterusan. Sepatutnya kita tanya juga Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelantikan pemerhati pilihan raya umum ke-13 Posted: 01 Feb 2013 07:51 PM PST Oleh Amin Ahmad Pada tanggal 31 Januari 2013 telah berlangsung acara pewatikahan pemerhati domestik pilihan raya umum ke-13 bagi semenanjung Malaysia. Acara sederhana ini diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sebanyak lima buah organisasi diberikan watikah ini: Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center), Center for Public Policy Studies (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Bertindak Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebelum ini organisasi lain juga turut dijemput iaitu National Institute on Electoral Integrity (NIEI), Proham dan Transparency International-Malaysia (TI-M). Namun ketiga-tiga organisasi telah menarik diri dari awal hingga yang terakhir pada awal Januari yang lalu. Di Sabah dan Sarawak sejumlah organisasi lain akan dilantik. Sejarah pemerhatian pilihan raya Sebenarnya pemerhatian pilihan raya bukanlah baru. Meskipun umumnya pilihan raya mula diambil sebagai cara praktikal untuk pemilihan kerajaan, proses pengundian telah mula dijalankan lebih awal dalam hal-hal lain. Kes paling awal dicatatkan berlaku pada tahun 1857 di mana perwakilan daripada negara Austria, British, Perancis, Prussia, Russia dan Turki telah bersetuju membentuk sebuah suruhanjaya untuk memerhati pengundian berkaitan isu pertikaian kawasan Moldavia dan Wallachia. Pemerhatian pilihan raya hanya mula berkembang selepas Perang Dunia ke-2, apabila banyak negara mula dibina semula. Ia semakin menjadi kebiasaan dalam dua dekad terakhir. Pada tahun 2005, Kofi Annan selaku Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu telah menyatakan sokongan kepada Pengisytiharan Prinsip Pemerhatian Pilihan Raya Antarabangsa. Ia merupakan usaha pertama untuk menggariskan kod amalan pemerhati bagi memastikan integriti objektif dan pemerhatian pilihan raya yang tidak memihak. Pengalaman pemerhatian di Malaysia Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mustafa : Tuntutan royalti perlu ada asas.....rampas royalti pun perlu ada asas...!!!! Posted: 01 Feb 2013 07:48 PM PST Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat banyak perkara yang perlu difahami khususnya hal yang berkaitan sempadan dan undang-undang. "Dalam soal tuntutan royalti ini, saya tidak pasti asas utama mereka, sama ada mahukan royalti dari Thailand, Vietnam ataupun Terengganu," katanya selepas Majlis Kasih Disemai Sayang Dibelai 2013 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan, semalam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pecat Nasha : Cabaran Ali Rustam tidak relevan Posted: 01 Feb 2013 07:46 PM PST KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan. Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan. "Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ini Kalilah : Selepas 6 penggal, Peter Chin (SUPP) tak bertanding PRU13 Posted: 01 Feb 2013 07:44 PM PST Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Miri selama enam penggal menyatakan bahawa sudah tiba masanya beliau melepaskan tugasnya itu kepada orang lebih muda dalam pilihan raya umum akan datang. Read More / Baca Lagi >>Namun beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata beliau akan terus menerajui parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sehingga penggal beliau tamat. "Dua puluh enam tahun sebagai anggota parlimen adalah tempoh yang cukup lama dan tiba masanya untuk saya menyerahkannya kepada orang yang lebih muda," katanya kepada Bernama semasa menghadiri majlis makan malam anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Sarawak di Miri malam tadi. Chin, 67, yang juga menteri tenaga, teknologi hijau dan air sebelum ini mengesahkan nama beliau tiada dalam senarai calon yang dikemukakan partinya kepada pucuk pimpinan BN. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perlembagaan benarkan kanak-kanak berhimpun Posted: 01 Feb 2013 07:42 PM PST Oleh Mohamed Hanipa Maidan Berdasarkan laporan media pihak polis dikatakan sedang memburu 14 orang yang dikatakan melakukan kesalahan membawa kanak-kanan menyertai perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu. Gambar-gambar suspek kini tersebar di media . Hakikatnya ini satu lagi projek Barisan Nasional (BN) melalui institusi polis bagi melakukan intimidasi ke atas rakyat yang memilih untuk melaksanakan hak berhimpun yang dijamin ke atas mana-mana warganegara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Jika BN merasakan intimidasi ini perlu bagi mewujudkan ketakutan ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan aman dan bersejarah itu, BN hakikatnya melakukan kesilapan besar. Kehadiran ratusan ribu rakyat prihatin tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri menunjukkan tiada lagi elemen ketakutan di kalangan rakyat terhadap politik buli oleh BN melalui institusi polis. Amat malang imej buruk pihak polis yang telah berjaya sedikit dipulihkan pada 12 Januari yang lalu kini kembali memusing U-turn kepada imej lamanya dengan tindakan memburu rakyat yang di dalam definisi BN adalah penjenayah kerana membawa kanak kanak menyertai perhimpunan aman. Ya, memang seksyen 4(1)(e) Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang kanak kanak di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan aman. Ya, seksyen 4(2) Akta yang sama memperuntukkan kanak-kanak dan mereka yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan meskipun aman adalah melakukan kesalahan. Itulah antara lain kandungan Akta tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lensa : Ceramah DS Anwar diPokok Sena, puluhan ribu manusia yg hadir.. Posted: 01 Feb 2013 07:41 PM PST Kedah dilanda gelombang tsunami semalam....... Ceramah DS Anwar Ibrahim di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena cukup hebat sambutannya. Ribuan manusia berpusu pusu datang mendengar ceramah yang disampaikan oleh DS Anwar ibrahim.... Ini kalilah... UMNO/BN pasti kecut perut...jika mandat kuasa masih panjang lagi nescaya parlimen tak akan di bubarkan buat masa terdekat oleh laki Kak Semah. Kerana disaat ini sokongan rakyat terhadap progaram PR bertambat hebat dengan kehadiran orang ramai, ini yang membuat laki Kak Semah hari hari pening kepala membelek kelendar kuda untuk menilik waktu yang sesuai untuk bubar parlimen.... | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anthony Loke: Rakyat Kena Bangkit Pada Hari Pengundian Pangkah Pakatan Rakyat Posted: 01 Feb 2013 07:29 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemberian Geran Peneroka Kesedar Ketepi Sentimen Politik Posted: 01 Feb 2013 07:19 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nurul Izzah: Kita Mahu Bina Malaysia Yang Lebih Baik & Selamat Untuk Anak-Anak Kita Posted: 01 Feb 2013 07:15 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lajim Ukin: Orang Sudah Tahu Pemimpin UMNO Penipu, Pembohong & Lain-Lain Cara Untuk Menipu Rakyat Posted: 01 Feb 2013 07:14 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13 : Dalam krisis air Selangor, Peter Chin hanya mementingkan keuntungan Posted: 01 Feb 2013 06:00 PM PST IJOK, 2 Feb — Pergaduhan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis. Read More / Baca Lagi >>Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur. "Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat," kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut. "Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air," tambah beliau lagi. Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia. "Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat. "Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah," tegas beliau. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13 : Kerajaan Negeri tidak mampu ambil alih empat syarikat konsensi air di Selangor kata Dr Hasan Posted: 01 Feb 2013 05:59 PM PST KUALA LANGAT, 2 Feb — Bekas exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri itu mengambil alih dan mengurus empat syarikat konsesi air di Selangor. Read More / Baca Lagi >>Beliau mendakwa kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber kewangan yang diperlukan untuk meneruskan rancangan pengambilan alih empat syarikat itu. Keempat-empat syarikat tersebut adalah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABASS) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH). Hasan (gambar), yang juga Presiden Persatuan Jalur Tiga (JATI), berkata demikian dalam Forum 'Jom Tolak Pakatan' anjuran Sekretariat 'Jom Tolak Pakatan' di Kampung Medan, Sijangkang, dekat sini, malam tadi. Forum tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Hasan mempertikaikan mengapa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu beria-ria mahu mengambil alih syarikat konsesi itu terutamanya SYABAS yang memang mempunyai kepakaran dan 90 peratus tenaga kerja dan pengurusannya adalah kaum Bumiputera. Sementara itu, Noh berkata kerajaan negeri tidak memikirkan kebajikan rakyat di mana ia telah menahan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi SYABAS yang diperlukan oleh syarikat itu bagi mengganti paip-paip lama untuk mengurangkan kehilangan air semasa pembekalan ke rumah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13 : Masa Depan Rakyat Selangor Ditangan Daftar Pemilih SPR Posted: 01 Feb 2013 05:57 PM PST Jika pengundi Selangor menjadikan prestasi Kerajaan Negeri sekarang sebagai faktor penentu undian, tidaklah sukar meramalkan pihak yang bakal menerajui pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti. Ringkasnya kemenangan dalam PRU-13 nanti boleh dianggap sudah pasti berada dalam genggaman Pakatan Rakyat(PR). Baik dari segi kecekapan pentadbiran hinggalah ke dasar-dasar yang diperkenalkan, pentadbiran PR Selangor jauh meninggalkan 50 tahun ketika Umno-BN menerajui kerajaan sebelumnya. Laporan Ketua Audit Negara sendiri turut memuji pengurusan kewangan negeri Selangor. Rizab Negeri Selangor melonjak dari RM400 juta peninggalan BN pada 2008 kepada RM2.5 bilion ketika Belanjawan 2013 dibentangkan November lalu. Jumlah rizab yang tinggi tersebut membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyatnya termasuk pembinaan jambatan ke tiga Klang yang sebelumnya merupakan janji yang gagal dilaksanakan Umno-BN. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU13: PR beri jaminan terbaik Posted: 01 Feb 2013 05:55 PM PST KOTA BHARU – Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan yang terbaik untuk negara jika dipilih memimpin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, rakyat perlu yakin dengan jaminan tersebut dan mengubah haluan untuk memilih PR sebagai pemimpin rasmi negara ini. "Apa yang penting kami (PR) akan beri yang terbaik kepada rakyat, pihak lain tidak perlu menimbulkan spekulasi negatif kepada rakyat, mereka lebih tahu mana yang betul,"katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau ditanya mengenai jaminan yang akan diberikan kepada rakyat jika pemilihan sebagai pemimpin negara ini berpihak kepada PR. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Najib Dipakaikan Pakaian Cina Mati(?) Posted: 01 Feb 2013 05:51 PM PST RRata-rata penduduk di bandaraya Ipoh terkejut apabila gambar Perdana Menteri, DS Najib tersilap memakai pakaian kebudayaan Cina mati. Gambar yang memaparkan baju yang dipakai DS Najib sama seperti pakaian yg dijual menerusi satu laman web yng menjual alat kelengkapan kematian di sini : http://www.yingruixiang.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GE13 : Shocking news from Ground Zero(1) Posted: 01 Feb 2013 04:43 PM PST As I promised, here is how the cookie will crumble. These figures were handed to me by moles burrowed deep in Bikit Aman, at MINDEF, from UMNO politicians and the boys and girls whose tongues were made light and easy after nights out in town. My own feeling is there will be reversal of positions. In this coming elections, PR will get what BN got in 2008- 140 seats or thereabouts and the balance going to BN. when that happens, more will abandon the BN ship especially from the UMNO camp. Table 1: The possible outcome in GE13.
The table above is even more bullish than the analyses which I have made on several occasions. Having examined the data given to me, here is my take. In Perlis, the seat that is most likely to fall is Arau. In 2008, PR obtained almost 49% of the votes casted. An addition of another 5% will result in BN losing the seat. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEMAKIN RAMAI PANDIKUTI MILIKI MYKAD? Posted: 01 Feb 2013 04:40 PM PST Saudara Pengarang, SAYA mencadangkan agar seorang Pandikuti daripada India, Safiullah bin Ziavudeen dipanggil mengadap Panel RCI pada sidang akan datang kerana Mykad beliau 691212-12-5055 disyaki palsu sekalipun menjadi pemilih berdaftar di Rembau, Negeri Sembilan. Mengikut siasatan saya, penama menggunakan alamat No 15, Jalan Mahkamah, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Saya amat pasti bahawa penama di atas adalah pendatang haram dan bukannya rakyat Sabah. Safiullah pernah ditahan pada 07.12.1992 di Majeed Book Store, Tampin Negeri Sembilan oleh Jabatan Imigresen Seremban dan diusir keluar kerana memiliki dua warganegara. Antara pegawai Imigresen yang menjalankan tugas ialah Sahul Hamid. Saya berharap agar Jabatan Pendaftaran Negara dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya hak dan keistimewaan kita tidak dirompak dengan sewenang-wenangnya. Saya pernah menulis aduan secara online kepada JPB, namun JPN hanya memberikan jawapan berikut; "Berhubung perkara penyiasatan kad pengenalan, tuan boleh menghubungi Bahagian Siasatan Dan Pengkuatkuasaan JPN Putrajaya di talian 03-88807743 (Jamian Bin Rosman) dan 03-88807769 (Elanngovan A/L Muniandy). Harap maklum, terima kasih. Pegawai JPNM : PRO" Sekian, Salam Hormat, | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelantan dapat royalti emas RM10 juta tahun ini Posted: 01 Feb 2013 04:33 PM PST KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalti emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini. Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalti hasil kejayaan syarikat itu. Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalti terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97. Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Putar belit perencah kempen BN menghadapi PRU13 Posted: 01 Feb 2013 04:29 PM PST KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu. Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza pada 23 Januari 2013. "Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan terjemahan Bible. "Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah," ujar AJK PAS Pusat itu dalam satu kenyataan. Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran mencetak terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan