PENYAPU SIAL |
- dah terpalit dengan taik lembu dan skandal projek RM 30 juta pun masih yakin kunun dapat tipu pengundi....yang pasti kalau menang pun atas tiket pengundi hantu....!!!!
- bapa borek anak berbintik bintik....apa kurang bapanya kejahatan di masa mudanya inikan pula menjadi ikutan anaknya walaupun bapanya dah jadi ketua agama islam...!!!
- kementerian kesihatan bermain politik bila menterinya lidah biawak
Posted: 08 Feb 2013 09:19 AM PST Skandal Lembu Betina Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Raja Nong Taik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu.. Kita mengulas keyakinan Nong Taik , Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Taik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau.. 17 Mei lalu, di laporkan Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Taik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. Nong Taik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pula cuba mempertikai dakwaan tersebut sambil kononnya pembangkang lebih suka mengkritik dari berkhidmat untuk rakyat. Pembuli seperti Nong Taik guna taktik kotor . Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram.. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi. Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Taik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. |
Posted: 08 Feb 2013 08:03 AM PST "KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura. Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, " Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa"..... itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya. Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) "Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang" Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya. Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan "berbohong sunat" bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta "Professional Courtesy" dari Insp Singapura itu. Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya. Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan "Selamat" dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia. Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu. Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal" Anak Raja YANG BONGKAK ITU. NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira "Pangkat" TELAH memberi "kata dua" kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN "KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI" Inilah lakunan "BERJIWA RAKYAT" yang tidak diketahui umum. PERKATAAN'BERJIWA RAKYAT" SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA "PENIPU RAKYAT". Lakunan di depan Rakyat kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat" HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA. BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA? SUMBER |
kementerian kesihatan bermain politik bila menterinya lidah biawak Posted: 07 Feb 2013 05:23 PM PST Walaupun telah memberi akujanji melalui surat yang dikeluarkan kepada keluarga pada 6/2/13 bahawa Kementerian Kesihatan akan membantu dan memudahkan autopsi 2 oleh Dr Porntip Rojanasunan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, bahawa Kementerian telah tidak meluluskan atau menolak bedah siasat ke-2 keatas C.Sugumar, dan kelulusan mesti datang dari pihak polis. Nampaknya Liow cakap pakai lidah biawak yang bercabang... Melalui akujanji, Kementerian Kesihatan telah memberikan satu harapan pembelaan untuk mendapatkan keadilan kepada keluarga mangsa yang mati dibunuh. Langkah Liow untuk tidak memberikan persetujuan adalah sangat pelik dan dilihat sebagai satu helah untuk mensabotaj bedah siasat 2 tersebut. Polis telah enggan untuk memberikan arahan bertulis kpd hospital untuk bedah siasat ke-2 walaupun permintaan yang berulang dari keluarga. Sebaliknya, pihak polis hanya berkata bahawa mereka tidak mempunyai bantahan terhadap bedah siasat kedua. Hospital kerajaan tidak akan menjalankan bedah siasat 2 melainkan jika terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Satu surat semata-mata menyatakan tiada bantahan oleh polis adalah tidak mencukupi. Apa perlunya surat kelulusan dari pihak polis sedangkan tiada bantahan dari polis mengenainya? Alasan Liow memang tidak ada asas langsung. Sila ikuti kenyataan penuh N. Surendran, Latheefa Koya: Kami merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disiarkan dalam media hari ini, bahawa Kementerian telah tidak meluluskan atau menolak bedah siasat ke-2 keatas C.Sugumar, dan kelulusan mesti datang dari pihak polis. Ini adalah walaupun surat yang dikeluarkan kepada keluarga pada 6/2/13 bahawa Kementerian akan membantu dan memudahkan autopsi 2 oleh Dr Porntip Rojanasunan. Selaras dengan kedudukan Liow, keluarga telah menerima surat hari ini, 7/2/13, dari Hospital Universiti menolak permintaan untuk bedah siasat ke-2 melainkan terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Ini adalah sabotaj mengejutkan dan mengecewakan, dan terang-terangan cuba untuk mendapatkan autopsi 2 dilakukan. Liow, sebagai wakil Kabinet dan Kerajaan, meletakkan halangan lagi untuk bedah siasat ke-2 dengan menegaskan bahawa kelulusan itu mesti datang dari pihak polis. Polis telah enggan untuk memberikan arahan bertulis ke hospital untuk bedah siasat ke-2 walaupun permintaan yang berulang dari keluarga. Sebaliknya, pihak polis hanya berkata bahawa mereka tidak mempunyai bantahan terhadap bedah siasat kedua, manakala hospital kerajaan tidak akan menjalankan bedah siasat 2 melainkan jika terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Satu surat semata-mata tiada bantahan oleh polis adalah tidak mencukupi. Surat penolakan daripada UH diterima hari ini membuktikan ini. Ia adalah sepenuhnya dalam kuasa Menteri Kesihatan untuk mengeluarkan perintah itu kepada mana-mana hospital kerajaan untuk menjalankan autopsi 2. Mengapa Menteri, Datuk Seri Liow Tiong Lai masih enggan untuk berbuat demikian? Tidak ada keperluan undang-undang bahawa mesti ada arahan polis ke hospital sebelum autopsi 2 boleh dilakukan. Mengapa hospital berkeras? Oleh itu, terdapat kini tiada kepastian bahawa Dr Porntip akan dibenarkan untuk menjalankan autopsi 2 pada Sugumar, walaupun akujanji bahawa mereka akan memudahkan autopsi Kementerian Kesihatan. Ini menghalang kita daripada membuat persiapan yang perlu bagi Dr Porntip untuk datang ke Malaysia dan menjalankan bedah siasat 2. Keluarga telah menghadapi beberapa kesukaran dan emosi yang meletihkan untuk mendapatkan keadilan kerana pembunuhan Sugumar telah lebih daripada dua minggu berlalu. Penangguhan untuk bedah siasat ke-2 adalah penderitaan yang pedih bagi keluarga mangsa. Kami menyeru pihak polis, Kementerian Kesihatan, Kabinet dan Perdana Menteri untuk segera menghentikan usaha untuk mensabotaj usaha keluarga untuk keadilan. Perdana Menteri dan kerajaan mesti segera menghentikan semua halangan yang tidak perlu dan menyalahi undang-undang menghalang autopsi 2. Arahan segera perlu diberikan kepada Hospital Universiti atau mana-mana hospital kerajaan yang lain untuk membenarkan autopsi 2, yang akan dijalankan oleh Dr Porntip. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan