Sabtu, 9 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Saham Ezam Semakin Merudum", Aksi Debat Sesama Sendiri Atas Lori Pun Gagal Dapat Sambutan!

Posted: 09 Feb 2013 04:52 AM PST


[Ramai pihak yang terkejut dengan penampilan terbaru bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Nor ini. Adengan debat "syok sendiri" yang hanya disaksikan oleh kerusi dan kanopi ini jelas sekali menunjukkan Ezam sebenarnya sudah tidak laku lagi selepas menyertai UMNO. Saham Ezam jatuh merudum lebih teruk dari saham FGVH. Najib melakukan kesilapan besar apabila memberi Ezam jawatan "Senator" yang setaraf dengan Wakil Rakyat itu. Dari apa yang kita saksikan ini, jelas sekali Ezam bukan sahaja ditolak oleh rakyat malahan penyokong UMNO BN sendiri. Apakah ini standard seorang Senator?. Mahu berdebat sesama sendiri "atas lori". Aksi ini sudah cukup membuktikan yang mereka sudah tiada cara lagi untuk memenangi hati rakyat selain meniru aksi Anwar berceramah atas lori treler dalam siri Jelajah Merdeka Rakyatnya. Apa yang lebih malang lagi ialah tindakan berdebat sesama sendiri di atas lori ini jelas sekali menjatuhkan imej UMNO BN. Ia membuktikan mereka tiada kekuatan untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang, maka akhirnya membuat lakonan debat sesama sendiri. Apapun, situasi ini mengesahkan lagi bahawa UMNO BN sebenarnya telah ditolak rakyat. Justeru, tidak hairanlah mereka terpaksa menggunakan oranga sing untuk memberi undi bagi mengekalkan kuasa pada pilihanraya umum akan datang. Rakyat digesa terus bangkit lakukan perubahan !]

Panas: Foto MB Perak Pegang Tangan Isteri Orang Di Sebarkan, Inilah Wassatiyah Ala UMNO BN Agaknya !

Posted: 08 Feb 2013 07:37 PM PST


[Nama isteri Zambry ialah Sharifah Zulkifli. Siapa Mariam? "Boleh ke aksi macam ni dilakukan oleh seorang Islam,tambahan pula dilakukan seorang MB yang kononnya dari parti yang nak jaga Islam. Aksi Zambry dalam gambar diatas yang di ambil dari keratan akhbar tempatan hari ini boleh mendatangkan fitnah pada dirinya dan wanita yang bernama Mariam. Kalau iye pun nak tenangkan keadaan, apa ke halnye pegang-pegang tangan sampai camtu sekali. Kat sebelah Zambry kan ada sorang kaum muslimat". Gambar ini sekarang tersebar dengan meluas di dalam laman sembang sosial facebook. Adengan ini jelas sekali membuktikan pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin soal Islam sebenarnya. Atas apa jua alasan, beliau tidak harus berbuat demikian. Apatah lagi dengan jawatannya seagai Menteri Besar Perak. Namun, inilah agaknya ajaran yang terkandung dalam Islam yang didakwa oleh UMNO selama ini. Justeru buatlah pendirian dan jangan terikut-ikut dengan provokasi melampau yang didendangkan di dada-dada akhbar sekarang ini. Gambar diatas bukanlah super impose atau sebagainya, ia disiarkan dalam sebuah akhbar arus perdana. Apa komen ulamak UMNO dalam hal ini?. Tiada sebarang alasan lagi untuk rakyat membuat keputusan pada PRU-13 nanti !].

Tiada ulasan: