Pahang Daily Online |
Posted: 06 Feb 2013 10:18 AM PST Pendedahan PDO tentang isu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berkenaan pembelian Hotel MS Garden (foto), Kuantan telah menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam di negeri awal tahun lalu. Pendedahan kami menyebabkan Yang Dipertuan MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah MUIP sebenarnya masih berbincang dengan pengurusan Hotel MS Garden bagi mengambil alih hotel itu seprti laporan Sinar Harian Pahang. Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan. Menurut baginda lagi, MUIP akan cuba tidak menggunakan wang zakat dan akan melihat kepada kemampuan pihak terbabit. Kemungkinan besar pinjaman perlu dibuat untuk membeli hotel terbabit. Selepas itu, isu panas ini senyap dan tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan mendakwa MUIP telah menyertai bidang perhotelan dengan mengambil alih tiga hotel di Jerantut dan Kuantan. Beliau juga berkata pelaburan dalam bidang hartanah itu dilihat mampu memberi pulangan yang baik kepada MUIP dalam meningkatkan jumlah pendapatannnya. Ketiga-tiga hotel berkenaan yang bertaraf dua hingga empat bintang telah mula beroperasi sejak 1 Jun 2012 lalu dengan kos keseluruhan melibatkan lebih RM60 juta. Seperti dijangka dua buah hotel yang yang diambil alih MUIP di Kuantan ialah Hotel MS Garden dan Hotel Darulmakmur Lodge. Manakala sebuah lagi ialah Hotel Darulmakmur yang terletak di Jerantut. MUIP juga katanya terlibat dalam perladangan menerusi tanaman kelapa sawit seluas 640 hektar di Chini dan 200 hektar ladang getah di Jerantut. Dipercayai, pengambialihan Hotel MS Garden dan yang lainnya telah dibuat secara rasmi pada 1 Jun 2012 yang lalu. Banyak spekulasi yang timbul atas perkara itu kerana umat Islam tidak dinyatakan sumber manakah yang digunakan oleh MUIP terhadap pembelian terbabit. Walau pun MUIP ada mendakwa ia menggunakan wang Saham Wakaf, namun ramai yang berangapan ia tidak wajar kerana MUIP perlu perluaskan matlamat penubuhan mereka iaitu untuk meningkatkan syiar Islam di negeri Pahang. Ada pihak mengatakan sebuah syarikat ditubuhkan bagi pihak MUIP untuk tujuan itu. MUIP Perlulah Maklumkan Setiap Aset Pelaburannya Pengawai Ehwal Ekonomi, Unit Saham Wakaf MUIP, Encik Izhar Ahmad (foto) perlu perjelaskan kepada orang ramai tentang pembelian tersebut agar mereka tidak terus membuat spekulasi. Malah, persoalan yang timbul ialah kenapa tiada satu pun maklumat tentang aset hartanah dan perladangan yang dipaparkan di laman web rasmi MUIP di sini?. Sepatutnya segala aset-aset berkenaan perlu dihebahkan kepada umat Islam agar mereka tahu perjalanan saham-saham terbabit sama ada menguntungkan atau merugikan. Malah, pencarian kami terhadap "Hotel MS Garden" di laman web terbabit langsung tidak menjumpai satu maklumat pun tentang aset berkenaan. Ia seolah-olah dirahsiakan oleh pihak yang berkenaan. Apakah benar Hotel MS Garden membawa keuntungan kepada MUIP, sedangkan pemilik asalnya menjual kerana mengalami kerugian untuk meneruskan operasi hotel tersebut. MUIP perlu membentangkan laporan penyata kewangan hotel terbbait dan aset yang lain kepada orang ramai kerana mereka mengeluarkan wang zakat setiap tahun kepada agensi terbabit melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang. Makanya, mereka perlu tahu dan wajar dimaklumkan tentang perkara ini. Ketiadaan maklumat, hatta gambar-gambar berkenaan aset-aset tersebut menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena atas perkara ini. Spekulasi yang timbul menunjukkan pembelian tersebut penuh dengan keraguan dan amat mencurigakan. Justeru, pegawai yang bertanggungjawab perlulah memperjelaskan perkara ini dengan segera. Informasi berkenaan aset-aset berkenaan perlu dipaparkan di laman web rasmi MUIP agar nampak ketelusan. Jika ia disembunyikan, maka umat Islam pasti akan membuat tanggapan negatif terhadap pelaburan yang telah dibuat oleh MUIP selama ini. MUIP perlu bersikap terbuka dengan mendedahkan segala aset pelaburan mereka kepada umum. Jika di dalam laman web rasmi pun perkara ini tiada, bagaimana umat Islam yakin dengan ketelusan yang berlaku dalam urusan pembelian terbabit sebenarnya. Mereka perlu tahu kerana mereka adalah penyumbang zakat. Maka, mereka mahu lihat sumbangan itu digunakan sebaiknya ke jalan yang sepatutnya. Kita tidak mahu umat Islam di negeri Pahang akhirnya hilang keyakinan terhadap MUIP selepas ini. Jalan terbaik, MUIP perlu perjelaskan kepada umum penyata kewangan setiap hotel terbabit termasuk MS Garden untuk dinilai oleh rakyat. Tidak perlu berahsia jika segala urusan dibuat dengan jujur dan amanah hanya kerana Allah SWT. Itulah jalan yang paling terbaik buat masa ini. Sambutan Valentine's Day Cemari Hotel Milik MUIP Pada awalnya MUIP mendakwa Hotel MS Garden akan diubah corak menjadi "Hotel Islamik" yang menerapkan nilai-nilai Islam samada dari segi pentadbirannya atau pun sahsiah rupa diri para pekerjanya. Malah, MUIP juga dilihat telah menutup sebuah pusat hiburan di hotel terbabit dan kini dijadikan galeri santai untuk anak muda. Namun, apakah ia cukup untuk menyakinkan orang ramai?. Sedangkan pengurusan dan pentadbiran hotel berkenaan masih dikekalkan. Bukanhkah hotel seperti itu akan menjadi destinasi maksiat kepada mereka yang berkenaan terutamanya pada musim cuti umum. Ini adalah lumrah dan MUIP tidak boleh menafikannya. Malah, ada maklumat mengatakan pusat urut yang terletak di hotel berkenaan masih beroperasi seperti biasa. Pernahkah pegawai MUIP memantau perkara ini?. Begitu juga acara hiburan dan sosial yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita, kini ia seolah-olah ditutup mata oleh MUIP. Terbaru, dilaporkan satu acara maksiat sempena Valentine' Days akan diadakan di Hotel MS Garden Kuantan pada 14 Februari ini. Apakah pegawai MUIP tahu semua ini Atau mereka terpaksa membenarkannya bagi menarik perhatian pelanggan?. Difahamkan, jemputan khas ke acara berkenaan yang dikenali sebagai "Enchanting Valentine" sudah pun diedarkan. Acara bermula jam 7.00 malam itu akan diadakan di Bilik Penthouse, Tingkat 12 hotel terbabit. Bayaran untuk satu pasangan "per-couple" ialah RM380. Dengan tema "Spend Your Valentines In One Of The Most Romantic Exclusive Place Here ...", setiap pasangan akan disajikan dengan empat course set dinner (jamuan makan malam) untuk dua orang dengan alunan muzik instrumental, bunga, coklat dan hadiah istimewa lainnya. Paling menarik, logo "halal" juga tertera pada kad jemputan berkenaan. Ini bermakna promosi yang diadakan adalah untuk mengajak sama seberapa ramai pasangan muda mudi anak Melayu Islam ke program tersebut sebenarnya. Bukankah umat Islam diharamkan menyambut Valentine's Day. Maka itu, ke mana perginya panel syariah MS Garden yang sepatutnya memantau perkara ini bagi pihak MUIP. Apa yang akan berlaku ini sungguh mengejutkan kerana MUIP mendakwa MS Garden akan ditukar wajar kepada hotel Islamik. Jika ini keadaanya, maka tidak guna dinamakan hotel Islamik kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Selepas meraikan acara ini, sudah pasti ramai pasangan akan "check in" di hotel tersebut untuk adengan seterusnya. Tambahan pula dikala perasaan cinta yang membuak-buak akibat program berkenaan. Bukankah ia akan menggalakkan aktiviti maksiat yang lebih parah lagi . [Maka dengan pendedahan ini, diharapkan pihak MUIP dapat mengambil iniseatif sewajarnya untuk membatalkan acara tersebut dan bukan sekadar melarang pasangan Melayu Islam untuk hadir. Ia selaras dengan konsep hotel Islamik yang diwar-warkan oleh MUIP selepas mengambil alih hotel tersebut secara rasmi Jun tahun lalu. Kini rakyat Pahang sudah celik mata dan berani menegur untuk membawa kebaikan kepada semua pihak. Malah, ada juga yang hairan kenapa Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya bertindak untuk mengutip zakat sebaliknya satu sen wang zakat mereka tidak boleh agihkan kepada asnaf yang memerlukan. Mereka bekerja keras untuk menggalakkan umat Islam seluruh negeri ini keluarkan zakat, namun jika duit tersebut diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu sudah pastilah hati kecil mereka hancur luluh dibuatnya. Puluhan juta wang zakat dikutip setiap tahun akan diserahkan kepada MUIP untuk menguruskannya. Namun, jika MUIP gagal menguruskan secara baik sudah pasti umat Islam takut untuk keluarkan zakat dan akhirnya memberikan zakat secara peribadi kepada asnaf-asnaf yang memerlukan satu hari nanti. Perkara ini haruslah diberi perhatian sewajarnya oleh MUIP. Jika selama ini segala pergerakan dan apa yang dilakukan tidak pernah diberi perhatian atau ditegur oleh mana-mana pihak, maka kini tibalah masa rakyat untuk bangkit menegur. Apapun segala teguran itu adalah untuk kebaikan agar MUIP dipandang mulia disisi masyarakat serta umat Islam]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan