Rabu, 6 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Anak Bongsu Dr.Mahathir, Rupanya Pengamal LGBT, Patutlah Kerajaan UMNO BN Asyik Main Isu Ini

Posted: 06 Feb 2013 01:30 AM PST


[Patutlah kerajaan UMNO BN asyik memainkan isu LGBT ini, rupanya anak mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad dipercayai terlibat dan menjadi pengamal amalan ini. Kini gambar tersebut sedang hangat diperkatakan dan disebarkan di laman-laman sembang sosial terutamanya Facebook. Pendedahan yang dibuat oleh Blogger King Jason ini sememangnya sesuatu yang amat mengejutkan kita, terutamanya para penyokong UMNO BN itu sendiri. Akhirnya segala dosa dan noda yang dituduh kepada orang lain terpalit kepada dirinya sendiri. Sebelum ini Mahathir telah memecat Anwar Ibrahim dengan menuduh mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai "peliwat". Kini, bagai sudah ditakdirkan akhirnya terbongkar bahawa keluarga beliau sendiri rupanya mengamalkan LGBT. Malah lebih teruk lagi anak Mahathir ini bukan sahaja penkid dan lesbian berdasarkan foto yang dipaparkan. Dia juga rupanya pengamal minuman keras. Patutlah abangnya sendiri menjadi tuan punya syarikat minuman keras di Filipina selama ini. Kini, segalanya terbongkar dan Mahathir tidak berupaya lagi untuk mempertahankannya. Ternyata Allah mahu melihat hayatnya berakhir dengan segala dosa dan noda yang dilakukan kepada rakyat kini terpalit kepada diri beliau sendiri. Sepatutnya inilah masanya untuk Mahathir bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, sudah pasti lebih banyak kehinaan akan terbongkar nanti. Benarlah kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir dulu. Mahathir akan panjang umurnya untuk dipertontonkan segala kebobrokan yang dilakukannya terhadap rakyat selama ini].

Panas: ADUN "Katak Lompat" Dari Perak, Jamaluddin Md Radzi Dan Dua Yang Lain Bebas Tuduhan Rasuah !

Posted: 06 Feb 2013 12:11 AM PST

PUTRAJAYA, 6 Feb: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Behrang Jamaluddin Mohd Radzi  (foto) dan dua yang lain kini boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah. Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan mereka. Md Raus berkata selepas menimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang semasa membuat keputusannya itu dan beliau telah memberikan alasan bagi pembebasan mereka. "Tiada alasan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi," kata Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. Pihak pendakwaan merayu terhadap pembebasan Jamaluddin, 57, bekas ahli Majlis Daerah Perak Tengah Zul Hassan, 51, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 35, dan juga bekas ADUN kawasan Bota Usaili Alias, 61 (bagi empat pertuduhan rasuah). Panel Mahkamah Rayuan itu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Usaili daripada empat pertuduhan menerima rasuah. Bagaimanapun, beliau masih belum dilepaskan daripada pertuduhan itu berikutan dia diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membela diri terhadap tiga lagi pertuduhan rasuah. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Jamaluddin berkata beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah itu. Mengenai apa yang akan beliau lakukan selepas ini, katanya beliau akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasannya selagi Dewan Undangan Negeri Perak belum dibubarkan. Katanya beliau kekal menjadi Adun Bebas dan masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai Barisan Nasional, dan menambah kata beliau juga perlu fikirkan sama ada untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Pada 23 April, 2010, Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan keempat-empat mereka dan ADUN kawasan Changkat Jering Mohd Osman Jailu tanpa dipanggil membela diri. Mereka menghadapi 10 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berhubung projek perumahan RM180 juta di Seri Iskandar dekat bandar Ipoh. 


 Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Hotel Summit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos 2008. Zul dan Fairul juga menghadapi pertuduhan rasuah seks apabila mereka didakwa menerima perkhidmatan seks warga China di Apartmen Sri Sayang (Seaview Agency) di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos 2008. Individu keenam, bekas juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ruslan Sahat, turut dituduh tetapi meninggal dunia pada akhir 2008 dan pertuduhan terhadapnya digugurkan. Mahkamah Tinggi Ipoh pada 22 April tahun lepas menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Jamaluddin, Zul dan Fairul tetapi memerintahkan Osman membela diri. Mahkamah Tinggi juga mengekalkan pembebasan Usaili terhadap empat pertuduhan menerima rasuah. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan Usaili membela diri terhadap tiga lagi pertuduhan rasuah. sumber

[Keputusan yang tidak mengejutkan terutamanya menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang. Sememangnya sejak dari awal lagi rakyat melihat isu ini adalah bibit-bibit awal perancangan UMNO BN untuk merampas negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat sebenarnya, Maka itulah, kita tidak hairan kesemua mereka yang terbabit dalam konspirasi ini akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan. Apa yang menghairankan kita ialah kenyataan Jamaluddin Razi bahawa beliau akan kekal menjadi ADUN Bebas dan masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai UMNO Barisan Nasional. Beliau juga berkata dia perlu fikirkan sama ada untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Persoalannya, walau pun kononnya ADUN Bebas namun banyak bukti bergambar kesemua mereka termasuk beliau sendiri telah hadir ke berbagai program yang dianjurkan oleh UMNO BN selepas menjadi bebas. Ini bermakna dia sebenarnya sudah memakai baju UMNO BN cuma mungkin ada dikalangan orang lama yang tidak mahu kemasukan beliau ke parti itu akan menutup peluang mereka. Maka itu, eloklah Jamaluddin dan "katak lompat" yang lain lupakan hasrat sertai UMNO BN dan bertanding atas tiket bebas pada pilihanraya umum nanti. Bukankah ini boleh membuktikan rakyat menyokongnya atau tidak. Jika tidak, lebih baiklah beliau dan yang lainnya bersara terus daripada arena politik. Itulah yang terbaik!].

Panas: Fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Utusan Akhirnya Sedia Mohon Maaf Daripada YB Azan Ismail

Posted: 05 Feb 2013 10:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Feb - Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan UMNO itu. Keputusan kes itu sepatutnya diumum semalam, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir. Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan. "Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat," jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi  dan Pengerusi Biro Keahlian KEADILAN Negeri Terengganu ketika itu. Beliau diwakili peguam, A Vasudevan. sumber

[Nampaknya Utusan sekali lagi berhadapan dengan malang apabila terus tewas dalam "menegakkan benang yang basah". Sudah beberapa kali mereka berhadapan dengan berbagai tindakan mahkamah yang kesemuanya memenangkan individu yang difitnah. Namun, hingga kini dapat dilihat Utusan masih tidak pernah merasa insaf atau malu dengan apa yang berlaku. Mungkin ada pihak yang sudah menyediakan sejumlah wang untuk membiayai akhbar milik UMNO itu agaknya?. Lantaran itulah Utusan sudah bersiap sedia dengan segala saman yang dikemukakan oleh mana-mana pihak. Namun, mereka juga harus ingat bahawa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap akhbar yang kononnya "penyebar fikiran rakyat" itu kini sudah merudum sama sekali. Utusan kini hanya untuk UMNO dan akan melaporkan yang baik-baik sahaja kepada UMNO. Dalam masa yang sama akan terus menyerang dan menghentam pembangkang dari segenap arah. Justeru, rakyat digesa menjauhkan diri daripada akhbar sampah yang lebih teruk dari lambakan mingguan tabloid yang berada di pasaran sekarang ini. Utusan BN kini adalah "penyebar dakyah UMNO" sejak dulu, kini dan selamanya !].

Tiada ulasan: