Isnin, 25 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sukan: Syabas, 'Anak Temerloh' Bakal Terajui Skuad Berbasikal Negara Berjuang Di Laman Sendiri Esok !!

Posted: 25 Feb 2013 05:53 AM PST

TEMERLOH, 25 Feb - Ketua Jurulatih Skuad Lebuhraya Malaysia, Aminuddin Sulaiman (foto) bakal melihat aksi anak buahnya beraksi di kampung halaman sendiri kali ini. Ini kerana Stage 6, Le Tour De Langkawi esok (26 Feb) laluan dari Mentakab ke Kuantan melalui Jerantut bakal melalui kawasan rumah beliau di Bukit Cermin Mentakab dekat sini.  Aminuddin atau lebih popular sebagai "Wak" dikalangan athlet berbasikal itu ternyata berbangga kerana cabaran yang bermula jam 10.00 pagi itu akan dimulakan di kampung halamannya. Difahamkan, jelajah berbasikal terunggul di Malaysia itu akan bermula jam 10.00 pagi dihadapan Pejabat Pos Mentakab melalui Jalan Temerloh-Mentakab ke Kerdau, Kuala Krau, Jerantut, Sg.Jan (Jerantut), Jalan Jerantut-Tembeling, Jalan Jerantut-Jengka, Felda Ulu Jempul, Sg.Jerik, Kg.Baru Jara, Kuala Sentul, Bandar Maran, Sri Jaya, Gambang dan akan berakhir di Jalan Bukit Sekilau Kuantan. Laluan jalan akan ditutup secara berperingkat-peringkat dan pihak polis menasihatkan semua pengguna merancang perjalanan mereka pada hari esok bagi mengelakkan sebarang masalah. Sementara itu, orang ramai yang ditemui disini amat berbangga kerana anak Temerloh (Aminuddin) dipilih semula sebagai Ketua Jurulatih Skuad Lebuhraya Malaysia oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada mesyuarat exconya hujung tahun lalu. Aminuddin yang merupakan bekas pelumba negara pernah memegang jawatan sebagau Jurulatih Kebangsaan pada tahun 2005, 2007, 2008 dan 2010. Perlantikan beliau tidak mengejutkan kerana dia juga merupakan jurulatih tempatan terakhir yang menghadiahkan dua butir pingat emas pada Sukan SEA 2005 di Filipina menerusi Suhardi Hassan dan Nor Azian AliasPelantikan itu juga menyaksikan pakar 'breakaway' ini terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Jurulatih Skuad berbasikal Pahang dan Naib Setiausaha PKBM. 
[Pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan acara ini esok. Rakyat Pahang pasti teruja untuk melihat persaingan sengit pelumba basikal bertaraf dunia ini yang bertandng ke negeri ini. Apapun, syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Aminuddin Sulaiman kerana berjaya mengharumkan nama negeri ini dalam sukan berbasikal. Cuma, apa yang diharapkan selepas ini akan muncul beberapa pelumba handalan dari negeri Pahang seperti yang dihasilkan oleh Terengganu (Anwar Manan) hendaknya. Justeru itu, sama-samalah kita beri sokongan kepada acara berprestij ini dengan mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing hendaknya. Majulah sukan untuk negara, selamat berjuang]. 

Panas: Yassin Muncul Di Konvensyen Pakatan Rakyat!

Posted: 24 Feb 2013 10:23 PM PST


[Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini. Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara. Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional. Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda].

Tiada ulasan: