Pahang Daily Online |
- Panas: Video "UMNO Paksa Sumpah" Sebelum Terima Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Tersebar!
- Terima BR1M Haiwan, Apa Komen Ustaz Azhar Idrus
- Panas: BR1M Haiwan, Ikuti Ucapan Sebenar Nik Aziz!
- Panas: Di Tangkap Beli Dadah Guna Duit BR1M RM250
Panas: Video "UMNO Paksa Sumpah" Sebelum Terima Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Tersebar! Posted: 23 Feb 2013 02:36 AM PST |
Terima BR1M Haiwan, Apa Komen Ustaz Azhar Idrus Posted: 22 Feb 2013 08:30 PM PST Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (foto). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.n "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu itu. sumber [Terkadang media arus perdana begitu melampau dalam membuat sesuatu kenyataan oleh pemimpin pembangkang di negara ini. Mereka rela melanggar segala etika kewartawanan yang ada hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Justeru, rakyat digesa bersabar melihat kerenah yang berlaku ini. Segalanya ini dibuat atas arahan pihak tertentu yang mahu memesongkan minda rakyat agar menolak pembangkang pada pilihanrtaya umum akan datang sebenarnya. Apa yang penting, segala maklumat yang diterima itu haruslah dinilai kesahihannya agar tidak mengelirukan orang lain terutamanya para pengundi atas pagar yang hanya bergantung kepada media arus perdana dalam mendapatkan maklumat setiap hari. Inilah yang menjadi masalah, kerana mereka boleh percaya 100% atas apa yang didedahkan tanpa usul periksa. Mungkin selepas ini lebih banyak lagi adengan memualkan yang akan berlaku di atas agenda pilihanraya]. |
Panas: BR1M Haiwan, Ikuti Ucapan Sebenar Nik Aziz! Posted: 22 Feb 2013 07:29 PM PST Ucapan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mencetus kontroversi dalam majlis sambutan kepulangan beliau dari Umrah pada 20 Februari 2013 lepas bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Bandingkan ucapan sebenar beliau berbanding dengan kenyataan yang digembar-gemburkan oleh Media Perdana TV3, Utusan dan lain-lain yang kini sedang hangat memperkatakan mengenai isu ini. |
Panas: Di Tangkap Beli Dadah Guna Duit BR1M RM250 Posted: 22 Feb 2013 07:20 PM PST Di Kulim dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam. Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250. Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk. "Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah. "Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing. Mereka didapati positif dadah," katanya. Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum. "Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1)," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan