Sabtu, 2 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sejarah Tercipta, Ustaz Azhar Idrus Buat Julung Kali Berkuliah Dalam "Stadium Darul Makmur" Malam Ini !!

Posted: 01 Feb 2013 11:01 PM PST


[Mungkin kerana hikmah di sebalik pembatalan kuliah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Oktober lalu, maka dengan tidak disangka-sangka akhirnya umat Islam di sini dapat menyaksikan kemunculan beliau secara eksklusif di Stadium Darul Makmur dekat sini jam 8.30 malam nanti. Program yang dibawakan oleh Anugerah itu akan menggandingkan beliau dengan Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Bollywood. Program yang dinamakan Wacana Perdana itu akan mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran" di mana menampilkan Imam Muda TV9, Ustaz Khairul Azhar Ghazali sebagai moderatornya. Oleh itu umat Islam di seluruh Kuantan dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai pada malam ini. Pastinya sesuatu yang menakjubkan apabila buat  julung kalinya program dakwah yang melibatkan Ustaz Azhar diadakan di dalam stadium terbabit. Harus diingat, dalam sejarah Kuantan belum pernah ada program seperti ini dianjurkan oleh mana-mana pihak di dalam stadium berkenaan. Apa yang sering disaksikan ialah acara sukan seperti olahraga dan bolasepak, serta beberapa kali program konsert melibatkan artis-artis terkenal tanahair. Makanya, kemunculan Ustaz Azhar pada malam ini pasti akan disambut dengan meriahnya. Dijangkaka Stadium Darul Makmur akan dipenuhi dengan lautan manusia seperi apa yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal bulan lalu. Justertu, penampilan beliau malam ini diharap dapat menutup mulut pihak-pihak berkenaan yang tergamak menggunakan kuasa politik untuk membatalkan satu program dakwah semata-mata mahu beri laluan program hiburan di UMP dulu]. 

PRU-13: Kumpulan Hijau Kempen Rakyat Tolak BN !

Posted: 01 Feb 2013 09:56 AM PST

Tiada ulasan: