Pahang Daily Online |
- Panas: Sah, Video Najib Tolak Hudud Pula Tersebar !
- Herba Ajaib, Penawar Kencing Manis Kini Di Temui !
- Panas: 'Tragedi Memali' Serta 'Bersih 3.0' Jadi Bukti, Kerajaan Rela Zalimi Rakyat Sendiri Tapi Penceroboh Asing Lengkap Bersenjata Dari Filipina Di Beri Muka!
- Keluar PAS, Video Kenyataan Dr.Harun Din Tersebar
Panas: Sah, Video Najib Tolak Hudud Pula Tersebar ! Posted: 19 Feb 2013 05:21 AM PST |
Herba Ajaib, Penawar Kencing Manis Kini Di Temui ! Posted: 19 Feb 2013 05:08 AM PST [Memperkenalkan Jus Sulin. Minuman warisan turun temurun yang dirumus dari herba-herba terpilih. Jus Sulin diproses menjadi air minuman yang enak dan baik untuk kesihatan. Jus ini telah digunakan oleh nenek moyang kita secara tradisional untuk mengurangkan kandungan gula di dalam badan. Kajian saintifik menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam jus ini mengandungi antioksida yang bertindak memerangkap radikal bebas yang menjadi punca segala penyakit. Ia juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglicemik (menurunkan paras glukosa). Jadi, sekiranya anda telah mencuba pelbagai ubatan lain, yang mungkin mengandungi steroid (dadah) atau bahan sampingan yang memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan anda...kenapa tidak mencuba Jus ini..ianya asli, tiada campuran lain...hanya 100% herba asli...itulah kelebihannya. Murah serta berkesan. Insyaallah. Info lanjut sila KLIK DI SINI]. |
Posted: 18 Feb 2013 05:10 PM PST Ramai pihak kini hairan dengan sikap berlembut Kerajaan Malaysia terhadap pencerobohan rakyat asing ke negara ini. Semalam (Isnin) masuk hari ke tujuh rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu masih belum ada penyelesaiannya. Persoalan yang timbul kenapa kerajaan perlu "memberi muka" kepada penceroboh?. Apakah ada rundingan dan perjanjian yang menyebabkan mereka begitu berani masuk ke negara ini tanpa ada sekatan?. Bagaimana mereka boleh masuk begitu mudah sedangkan kita mempunyai pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga perairan negara?. Malah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) semalam ada memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah. Dalam pada itu beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah. Sungguh aneh melihat situasi ini. Orang asing membawa senjata masuk ke negara ini dikatakan tidak mempunyai apa-apa niat?. Sedangkan kumpulan terbabit yang dipercayai pengikut Sultan Sulu (Filipina) yang menceroboh masuk ke Sabah sejak minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan Jamalul Kiram di Manila baru-baru ini. Beliau juga berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak akan tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan Kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina. Dengan pengakuan ini maknanya sudah terbukti mereka membawa senjata yang cukup berbahaya kepada kselematan rakyat negara ini sebenarnya. Anehnya, kenapa kerajaan masih tidak bertindak tegas terhadap kumpulan penceroboh terbabit?. Apakah mungkin ada muslihat dalam insiden ini?. Atau, mungkinkah mereka ini dijanjikan sesuatu selepas PRU-13 ini agaknya. Malah, mungkin juga ramai lagi rakan-rakan dan saudara mara mereka yang sudah memiliki IC untuk mengundi BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Lantaran itulah, kerajaan tidak berani bertindak kasar kerana takut "rahsia projek IC" ini didedahkan oleh mereka jika ada anggota mereka yang diapa-apakan pihak berkuasa negara ini? Apa yang lebih menghairankan kita ialah, Hishamuddin dengan kuasa yang ada padanya boleh pula mengarahkan pihak polis bertindak kasar dan ganas kepada rakyat Malaysia yang hanya mahu pergi "duduk" di Dataran Merdeka pada Himpunan Bersih 3.0 dulu. Bukan setakat dihalau, malah ramai yang diperlakukan seperti binatang oleh pihak berkuasa. Rakyat yang sudah jelas tidak membawa apa-apa senjata berbahaya diperlakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa. Bukan setakat disembur dengan water canon dan gas pemedih mata, malah ramai yang dipukul, diterajang, dibelasah dan dihenyak-henyak oleh berpuluh-puluh orang anggota polis Malaysia. Kenapa rakyat tempatan diperlakukan sedemikian rupa, tetapi bila rakyat asing datang menceroboh dengan bersenjata kerajaan boleh pula berunding dengan mereka?. Kenapa dengan rakyat sendiri kerajaan tidak boleh berunding langsung untuk membenarkan mereka berhimpun secara aman seperti yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal Januari lalu?. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat tempatan yang datang atas satu niat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil diadakan?. Senario yang berlaku ini juga mengingatkan kita kepada "Tragedi Memali" di Baling Kedah satu ketika dulu. Jikalau kerajaan bersikap mesra seperti apa yang dilakukan kepada penceroboh Filipina di Lahad Datu Sabah ini, maka sudah pasti tiada pertumpahan darah yang berlaku. Mungkin, Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya tidak terkorban seperti yang kita saksikan. Beribu-ribu anggota polis dikerah menyerang satu kumpulan kecil rakyat yang tidak berdosa itu. Maka kini, kenapa kerajaan tidak melakukan tindakan yang sama terhadap penceroboh Filipina yang sudah jelas membawa senjata berbahaya seperti Rifel M-16 dan sebagainya itu. Kenapa perlu berunding sampai seminggu lamanya, sedangkan di Memali arahan terus diberikan agar kumpulan terbabit diserang dan dibunuh. Dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka yang tergamak melakukan sedemikian kepada rakyat sendiri?. Ikuti rakaman video eksklusif di bawah ini bagi membuktikan tindakan polis tidak wajar sebenarnya. |
Keluar PAS, Video Kenyataan Dr.Harun Din Tersebar Posted: 18 Feb 2013 08:58 AM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan