Rabu, 13 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Video ADUN Pulau Manis Mengamuk Gara-Gara Mahasiswa Kempen Jatuhkan Najib Di Pekan Tersebar

Posted: 13 Feb 2013 03:15 AM PST

PDO Menjalinkan Kerjasama "Tiga Serangkai" Dengan Radio Internet "CMK FM" Dan Komuniti "I Love Pahang"

Posted: 13 Feb 2013 02:50 AM PST

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi, Pahang Daily Online (PDO) dengan bangganya ingin memaklumkan kerjasama antara PDO dengan komuniti I LOVE Pahang dan juga Radio Internet CMK FM. Kerjasama ini penting dari segi penyampaian maklumat dan hebahan yang lebih cepat dan tepat kepada seluruh rakyat Pahang seantero dunia. Hebahan bukan sahaja berkaitan dengan isu politik dan semasa, namun ia juga menjurus kepada isu-isu rakyat dan komuniti setempat. Orang ramai boleh menjadi krew PDO untuk melaporkan sebarang berita panas dan terkini di Fan Pages PDO. Sila LIKE dan anda boleh mendapat info terkini terus dari kami tanpa sekatan selepas ini. Disamping itu juga, kerjasama dilakukan dengan komunito I LOVE Pahang memandangkan pages terbabit kini telah berjaya menarik sebanyak 130, 958 likes setakat ini, ia bermakna jalinan kerjasama PDO dan I LOVE Pahang akan lebih meluas lagi kerana masing-masing ada kekuatan yang tersendiri. Sementara itu kerjasama dengan radio internet CMK FM dijalinkan kerana radio itu kini adalah radio rakyat Pahang yang baru sahaja dilancarkan. Malah, ia juga dikendalikan oleh bekas krew PDO sendiri iaitu blogger Cucumatkilau. Ini bermakna beliau lebih memahami aspirasi yang ingin dibawa selepas ini.  Maka, hebahan menerusi blog, radio dan facebook seiringan ini sudah pasti akan membuka mata mana-mana pihak untuk mengambil perhatian setiap pendedahan yang kami lakukan serentak. Sokongan rakyat terutamanya warga Pahang seluruh dunia diharap dapat meningkatkan lagi penyampaian kami selepas ini. Semoga dengan ini ia akan memberi maklumat yang lebih berkesan dalam menjadikan PDO sebagai salah sebuah platform media baru terunggul di negeri ini khasnya dan di Malaysia amnya. Sila klik pada imej di bawah untuk LIKES di kedua-dua pages yang berkenaan.


Panas: NGO Ulamak Kelantan Dakwa Haram Undi PAS Tapi "Mufti Pahang" Pernah Kata Haram Sokong Parti Tolak Islam, Kenyataan Mana Yang Wajar Di Terima !

Posted: 12 Feb 2013 11:53 PM PST

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi, berbagai-bagai sebaran dikeluarkan menerusi laman sembang sosial Facebook sekarang ini. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang, kini masing-masing berlumba-lumba untuk memancing undi dikalangan pengguna media baru terutamanya dikalangan generasi muda. Satu persatu pendedahan dan pembongkaran dibuat bagi tujuan tersebut. Dari yang berunsur fitnah hinggalah kepada yang berfakta. Apa yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah sebarang kenyataan Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) berkenaan hukum haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Kenyataan beliau itu telah disiarkan secara eksklusif dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2012 yang lalu. Ramai yang melihat Mufti Pahang "tidak sedar" semasa mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun ada pula yang berkata ia dibuat menerusi ilham dan pertimbangan sewajarnya oleh beliau ketika itu. Kenyataannya itu menyebabkan ramai pemimpin UMNO BN tidak senang duduk dibuatnya. Ini kerana antara parti yang secara terang-terang menolak hukum hudud ialah UMNO dan MCA di mana pemimpin-pemimpin parti tersebut secara jelas menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan malah ada yang menghina hukum Allah tersebut. Adapun parti DAP, walaupun pengerusinya Karpal Singh menyatakan tidak setuju dengan negara Islam dan hukum hudud tetapi ianya masih boleh dibincangkan dalam Pakatan Rakyat seperti katanya semasa konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 tidak lama dahulu. Keratan kenyataan Mufti Pahang yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu kini dijadikan bahan kempen oleh penyokong Pakatan Rakyat di Facebook.


Susulan kenyataan Mufti Pahang ini, maka ia jelas sekali bertentangan dengan kenyataan para ulamak, tok guru pondok, iman dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan yang membuta pengisytiharan memberi undi kepada PAS pada pada Pilihanraya Uumum ke-13 ini adalah haram. NGO berkenaan yang menamakan diri mereka Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama & Tanahair (Mummati), Ikatan Cendiakawan Kelantan dan Pendita membuat keputusan demikian di Kota Bharu semalam. Mereka turut mendakwa perjuangan menentang PAS adalah Jihad kerana sokongan parti itu terhadap DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Kenyataan berkenaan telah disiarkan di media arus perdana dan menjadi pertikaian ramai pihak sekarang ini.



Lagu "Are You Ready For BN" Versi Remix Tersebar Selepas Najib Di Malukan Oleh PSY Di Pulau Pinang!

Posted: 12 Feb 2013 11:51 PM PST

Foto Lelaki Berimamkan Wanita Pula Kini Tersebar !

Posted: 12 Feb 2013 11:19 PM PST

Gempar: Gambar Panas Ustaz Azhar Idrus Tersebar !

Posted: 12 Feb 2013 08:59 PM PST


[Selepas dikejutkan dengan berbagai fitnah dan kontroversi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan aura Ustaz Azhar Idrus, kini satu lagi kejutan berlaku. Gambar panas (foto) diatas telah disebarkan secara meluas di laman sembang sosial facebook sekarang ini. Jika sebelum ini ada pihak yang tergamak membuat akaun facebook palsu beliau dan kemudiannya menfitnah dengan berbagai tuduhan termasuk yang terbaru dia dikatakan telah membuat onar terhadap seorang wanita selepas berakhir program Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini. Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan sedikit tidak melemahkan semangat anak-anak muda untuk terus bersama dalam progra-program dakwa beliau di seluruh negara. Cuma foto terbaru yang dipaparkan ini bukanlah sekadar fitnah semata-mata, namun itulah wajah Ustaz Azhar Idrus ketika di zaman mudanya. Sekali pandang wajah beliau saling tak tumpah macam "Hero Hindustan". Apapun, semoga aura Ustaz Azhar akan terus bersemarak dalam menarik seberapa ramai anak muda untuk kembali menyintai agama hendaknya selepas ini. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus yang kini semakin popular walau pun dia dibelenggu dengan kontroversi mutakhir ini].

Tragis: Dr.Aafia Siddiqui, Saintis Mujahidah Pakistan Yang Di Culik Rupanya 'Tersiksa' Di Penjara Yahudi !

Posted: 12 Feb 2013 04:29 PM PST

Dr. Aafia Siddiqui (foto) dilahirkan di Pakistan, menjadi rakyat Amerika adalah merupakan satu-satunya Saintis Neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Di juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau. Beliau diculik bersama empat orang anak kecilnya selama lima tahun tanpa khabar berita sehinggalah empat orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak diketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh lima tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk menyelamatkan maruah FBI Amerika. Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama lima tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang. Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghanistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya semasa di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamahBeliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma


[Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan-tahanan Muslim dan Muslimat di penjara-penjara Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid. "Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah.. Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah..Allahummansurilislam wal muslimin ya Allah." Mereka membuat perancangan, Allah juga membuat perancangan.... Perancangan Allah yang terbaik. Apapun, umat Islam di seluruh dunia digesa bangkit dan berjuang menentang mereka yang kononnya Islam tetapi terus bertuhankan dengan hukum-hukum serta undang-undang barat yang dicipta oleh Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam keseluruhannya. Di Malaysia, ISA sudah dihapuskan namun kini ada pula undang-undang baru yang hampir sama dengan apa yang terjadi kepada Dr. Aafia Siddiqui ini. Apakah kita redha undang-undang tahanan tanp bicara ini diteruskan di masa yang akan datang?. Bagaimana jika ia berlaku kepada ahli keluarga kita?. Maka, itu lakukanlah perubahan pada PRU13ini nanti!].

Tiada ulasan: