Muslimeen United |
- TARIK BALIK PENGANUGERAHAN GELARAN WIRA ISLAM DRP NAJIB
- [BERGAMBAR] Guru Wanita Mati Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta!
- Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas
- [VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap
- Kerja Kotor SPR Terbongkar Lagi..
- [Isu Banner Najib Diturunkan] Perdana Menteri Bukannya Tuhan Malaysia
TARIK BALIK PENGANUGERAHAN GELARAN WIRA ISLAM DRP NAJIB Posted: 05 Feb 2013 01:55 AM PST UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI/GPMS/MAJLIS BELIA MALAYSIA/JAKIM telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila menobatkan Najib Razak sebagai WIRA ISLAM TERUNGGUL DAN TERHEBAT YANG PALING BERANI dalam dunia sebaik saja menjejakkan kakinya di lapangan terbang sekembali dari lawatan ke Gaza, Palestine baru-baru ini. Sepatuttnya gelaran itu lebih wajar diberikan kepada Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Asri b Zainul Abidin @ MAZA, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mazlee Malik dan Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim. Omakkau berhujah atas dasar ikut hukum akal logik. 1) Najib ke Gaza dengan dieskort tentera dan pengawal-pengawal peribadi ketika aman dengan menggunakan dana dan harta rakyat sedang mereka bertiga pergi kesana dengan duit sendiri tanpa pengawal semasa Gaza masih bergolak. 2) Najib Razak dan Rosmah Mansor hanya pijak kaki di Gaza tak sampai beberapa jam dan tidak menginap disana sedangkan Dr Maza, Dr Mazlee dan Shahidan Kassim berada disana untuk beberapa hari dan bermalam dan tidur disana. 3) Najib Razak pergi ketempat-tempat tertentu sahaja yang dipastikan keselamatannya terjamin sedangkan Dr MAZA sampai pergi kerumah pengasas Perjuangan Jihad HAMAS Al Syeikh As- Syahid Ahmad Yassin yang terkorban hasil bedilan roket Israel Laknatullah. 4) Shahidan Kassim menyampaikan bantuan berupa wang dari koceknya sediri sedangkan Najib Razak keluarkan bantuan yang diambil dari dana Kerajaan. Jadi siapa yang layak antara Najib Razak dan mereka bertiga untuk diberikan gelaran WIRA ISLAM TERUNGGUL , TERHEBAT DAN PALING BERANI SEKALI DIDALAM DUNIA? Mohon dan desak UMNO, PERKASA, JATI, PEKIDA, JAKIM, GPMS dan MAJLIS BELIA MALAYSIA supaya tarik balik gelaran WIRA ISLAM yang tidak sewajarnya yang kini menjadi bahan momokkan dan ketawa antarabangsa dari Najib Razak untuk diserahkan kepada mereka bertiga!!!!!... ADA BERANI????...ADA HARGA DIRI????... TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN BERANI PUNYA!!!! -Omakkau |
[BERGAMBAR] Guru Wanita Mati Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta! Posted: 05 Feb 2013 01:51 AM PST Rawang – Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki. Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar. Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah. Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri. Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta -hm |
Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas Posted: 05 Feb 2013 01:40 AM PST MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing. Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya. (Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ) Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan. Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. "Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan," ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut. Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama. Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang. "Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar. "Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT," ujarnya. Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ. Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu. Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan. "Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki," ujarnya. Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma'ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir). Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. -Hrkh |
[VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap Posted: 04 Feb 2013 08:03 PM PST Kuantan – Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam. Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia. Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya. "Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya. Pengunjung panik Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam. Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ. Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit. "Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan. Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang. Berlari selamatkan diri Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu. Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan. "Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu. Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu. Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat menyajikan makanan kepada pengunjung dan peserta My Beautiful Malaysia. -SH [Apa yang berlaku ini bukanlah kali yang pertama sebenarnya. Cuma kali berbeza apabila kelibat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak hanya berucap secara langsung dari Kuala Lumpur. Sebelum ini di Padang MPK2 juga berlaku ribut yang cukup dasyat hingga merosakkan banyak booth pameran dan jualan ketika majlis pelancaran hari Koperasi. Selepas itu satu lagi kejadian ribut disaksikan pula di Taman Gelora dalam acara yang turut melibatkan Najib. Kini, kali ketiga ia berlaku di bandar Kuantan. Apakah ia bermakna negeri Pahang bakal tenggelam dek gelombang kebangkitan suara rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya? Malah, Kuantan juga ditenggelami air yang paling teruk dalam sejarah ketika banjir melanda baru-baru. Mungkinkah "Tsunami Politik" yang sebelum ini tidak melanda Pahang akan menjadi kenyataan kali ini. Kini, cuma rakyat yang berhak membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama UMNO BN atau membuat perubahan untuk menyelamatkan negeri ini. Buat pilihan yang tepat dan mungkin ribut yang melanda ada hikmah dan satu petanda jelas angin perubahan akan melanda. Kini segalanya terletak ditangan rakyat Pahang]. -PDO |
Kerja Kotor SPR Terbongkar Lagi.. Posted: 04 Feb 2013 04:41 PM PST KUALA LUMPUR 4 Feb: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya. Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini. "Beliau tidak tahu namanya sudah didaftarkan. Perkara ini disedari beliau apabila mahu daftar tetapi gagal kerana rekod namanya sudah ada dalam daftar pemilih. Umurnya sudah 35, pilihan raya tahun ini dia mahu mengundi," jelas Tian. "Hairannya, dia sudah lama menetap di Singapura dan tidak pernah mengundi. Persoalannya siapa yang mengundi untuknya setiap kali pilihan raya," kata Ahli Parlimen Batu itu. Kata beliau, pemilih yang didaftar tanpa pengetahuan empunya diri banyak dikesan, namun lepas tangan SPR menyebabkan perkara tersebut berlarutan. "Ini taktik Umno BN untuk menambahkan bilangan pengundi hantu. Sejauhmana SPR telus dalam kerjanya kerana daftar pemilih masih 'kotor'. "Untuk kes ini, kita akan jumpa SPR. Individu tersebut juga tidak mahu mengundi di Pulau Pinang kerana beliau kini sudah tinggal di Kuala Lumpur. Jauh untuknya mengundi di sana. "Kita tak mahu tangguh lagi. Kalau sempat sebelum Tahun Baru Cina kita jumpa SPR. Individu itu kecewa dengan SPR kerana mendapati namanya telah berdaftar," ujarnya melindungi nama individu tersebut untuk keselamatan. ~keadilandaily |
[Isu Banner Najib Diturunkan] Perdana Menteri Bukannya Tuhan Malaysia Posted: 04 Feb 2013 04:38 PM PST Saya amat terharu apabila membaca artikel dalam Bernama yang menyatakan Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen, memaki Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan bunting dengan gambar Perdana Menteri mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum China. Untuk seorang warga Malaysia berbangsa China, ini tidak perlu diheboh-hebohkan sehingga gambar Najib terdapat di hampir setiap sudut negara ini seolah-olah Najib sudah menjadi satu-satunya tuhan agama baru di Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya, sudah timbulnya, Najib's Cult. Pada zaman Adolf Hitler, gambar Hitler dipaparkan di seluruh negara Jerman, tetapi akhirnya jatuh juga Empayar yang dikuasai Nazi Jerman. Pada hari ini, Hitler masih diingati tetapi sebagai seorang diktator yang mengancam keamanan dunia. Kerajaan negeri berhak bertindak waras Sudah cukup sekiranya Najib berlaku matang dan tidak memerangi rakyat biasa, tidak perlu dipaparkan gambarnya lagi, kecuali kalau muka beliau seperti seorang raja yang kacak seperti Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa baginda masih muda. Pada pendapat saya, Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja berhak menurunkan banner yang berunsurkan kempen BN untuk pilihanraya umum yang akan datang, malah pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) seharusnya mengambil tindakan ke atas Najib kerana sudah mula berkempen dengan dana rakyat sebelum tarikh pilihanraya diisyhtiharkan. Apabila sebelum ini, gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dipijak-pijak, dan Najib tidak memberi sebarangan komen untuk mengawal perangai ahli-ahli Umno, maka saya percaya Saudara Lim Guan Eng juga tidak perlu memberi sebarang jawapan kerana jelas ternyata dalam Akta Kerajaan Tempatan bahawa banner yang tidak mendapat lesen seharusnya diturunkan. Ng Yen Yen sebagai ahli pahlimen seharusnya merujuk kepada Akta tersebut dan Najib, sebagai perdana menteri, tidak seharusnya berlagak seolah-olah beliau adalah lebih tinggi daripada undang-undang yang sedia ada. Dengan ini, saya juga menyeru semua Kerajaan Negeri di bawah Pakatan mengambil tindakan seperti Kerajaan Pulau Pinang untuk memastikan sebarang banner yang tidak mendapat lesen diturunkan sama sekali. Ini adalah kerana Umno seolah-olahnya cuba mengagungkan Najib sehingga ke tahap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang wajahnya pun tidak pernah dipaparkan sebagai bendera di Wisma Putra. Tidakkah salah di sisi keagamaan?. Saya juga menanya-nyanyakan kenapa mufti-mufti negara ini tidak menegur Perdana Menteri kerana membenarkan Umno dan BN memaparkan gambarnya di setiap sudut negara ini. Bukankah ini salah di sisi keagamaan? Bekas Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah berbuat demikian sehingga gambar mereka dijadikan subjek publisiti, tetapi walaupun mereka sudah meninggal dunia, malah kami masih lagi ingat kepada muka mereka, terutama sekali Bapa Malaysia yang disanjung tinggi sehingga hari ini, YAM Tunku Abdul Rahman. Begitu juga Ketua Pembangkan, Anwar Ibrahim. Sekiranya bertemu di tepi jalan, tidak seorang pun akan tertanya-tanya, "Ini kah rupanya Anwar Ibrahim (DSAI)?" Ataupun Pak Lah, yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004. Sebagai rakyat, saya berharap paparan gambar Najib dapat diberhentikan sama sekali. Sekiranya tidak, sebagai rakyat biasa, saya menyeru supaya semua rakyat mengambil tindakan seperti apa yang saya berhak untuk terus mengoyakkan gambar Najib yang dikirimkan sehingga ke rumah tanpa diminta keizinan saya. Kedua-dua surat yang dikatakan dikirimkan oleh Najib ke rumah saya terus masuk dalam tong sampah selepas dikoyak, seperti kebanyakan iklan yang diletakkan dalam peti surat saya. Tiada bezanya Najib dengan pengiklan yang lain, kerana Najib sudah menjadi satu produk iklan yang saya tidak perlu dalam menyara kehidupan saya. Cuba faham, jangan angkuh Yen Yen dan Najib seharusnya faham bahwa rakyat biasa seperti saya sangat muak dengan kempen Barisan Nasional yang sudahpun melampaui batas. Hari-hari di sini dan di sana diberitahu janji ditepati, tetapi keesokan hari pelbagai isu dibangkitkan. Sementara membaca iklan "Janji Ditepati", tayar kereta masuk dalam lubang jalan yang tidak ditampal kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kekurangan bajet. Wang yang dibelanjakan untuk mencetak banner dan bunting seharusnya digunakan untuk memperbaiki segala kemudahan asasi untuk rakyat, bukannya dibazirkan dengan kempen Barisan Nasional yang pada pendapat saya sudah menjadi semakin songsang. Kempen ini menelan perbelanjaan yang amat besar dana rakyat. Pada pendapat saya, wang ini seharusnya digunakan untuk membantu fakir-fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk meraikan Tahun Baru China pada tahun ini, ataupun digunakan untuk memperbesarkan Jalan Sungai Palas di Cameron Highlands yang terlalu sempit untuk menampung 2,000 ke 3,000 pelawat setiap hujung minggu sebelum cuti panjang Tahun Baru ini, sebelum malapetaka berlaku. Saya difahamkan bahawa cadangan melebarkan jalan ini sudahpun dibuat sejak Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi bajetnya sehingga kini tidak diperolehi. Perkara berkenaan dengan keselamatan pelancong-pelancong ke Pusat Teh Boh di Sungai Palas pernah dikemukakan kepada Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan, secara emel, namum tiada sebarang progres (kecuali apa yang dibuat oleh pihak Teh Boh) walaupun sudah hampir dua tahun saya mengikuti perkembangan di Jalan Sungai Palas. Selaku MP Raub dan orang Pahang, Yen Yen seharusnya mengambil berat ke atas sebuah destinasi pelancongan yang berjaya di negeri Pahang. Dana rakyat, titik peluh rakyat Dalam sebuah negara demokratik, Najib tidak seharusnya membelanjakan wang rakyat yang besar untuk berkempen sebelum tarikh pilihanraya diishyitiharkan. Perbelanjaan sebesar apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, pada pendapat saya, juga bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada, dan SPRM seharusnya mengawasi kempen yang berat sebelah ini. Saya ingin mengingatkan kepada Najib dan Ng Yen Yen bahawa salah satu daripada agenda Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 adalah untuk memastikan peluang berkempen adalah diadakan dengan adil untuk kedua-dua pihak, Pembangkang dan Barisan Nasional. Dengan kempen yang sudah dimulakan dengan dana rakyat, ini adalah tidak telus kerana wang kerajaan adalah dari titik peluh rakyat. Najib dan Yen Yen seharusnya juga sedar bahawa hari ini mereka adalah parti yang membentuk kerajaan tetapi keesokan harinya, mereka mungkin menjadi pembangkang pula. Dalam sebuah negara demokratik, ini tidak mustahil! Jadi jangan terlalu angkuh atau cuba memerangi rakyat sekalian. -surat FMT
|
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan