Muslimeen United |
- Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU
- [VIDEO] TV3 Sebut 100,000 Hadiri Ceramah Ust Azhar Idrus Di Kuantan
- RCI: BN kerajaan haram yang perlu dijatuhkan
Sultan Kelantan Cemar Duli Lawat Pemuda OKU Posted: 04 Feb 2013 02:42 AM PST Dalam gambar di atas Tuanku Sultan mencemar duli melawat seorang pemuda OKU yang kudung tangannya. Sebelum meninggalkan rumah ni, Tuanku Sultan telah memeluk pemuda ni, dan selepas itu Tuanku telah menyediakan kepada keluarga ini sebuah rumah yang selesa ... Subhanalah... Sultan yang amat2 menuruti pemerintahan Khilafah Islamiyah zaman kegemilangan Islam dahulu... Sultan yang begitu zuhud, merendah diri, sentiasa berpenampilan sederhana, berjubah & berkopiah adalah pakaian harian baginda . Sultan yang sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat. Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, baginda adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) Subhanallah ... ♥ Sungguh Indah Negeri Kelantan ♥ "ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR" -fb |
[VIDEO] TV3 Sebut 100,000 Hadiri Ceramah Ust Azhar Idrus Di Kuantan Posted: 03 Feb 2013 08:31 PM PST Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan. Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus. Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN. Saksikan beritanya: |
RCI: BN kerajaan haram yang perlu dijatuhkan Posted: 03 Feb 2013 08:22 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan BN boleh disifatkan sebagai 'kerajaan haram' kerana menang melalui penipuan di Sabah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau berkata, pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah pada tahun 90-an dahulu secara jelas bertujuan memenangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Justeru tegasnya, rakyat mesti menjatuhkan kerajaan BN melalui PRU 13 dan memastikan tida berlaku penipuan dalam proses pilihan raya. "Skandal beri kad pengenalan dan daftar pemilih (di Sabah) betul-betul untuk memenangkan BN. Kalau satu juta orang didaftar di Sabah untuk memenangkan BN, ertinya kerajan BN sekarang ini kerajaan haram kerana menang secara haram di Sabah. "Oleh sebab itu rakyat Malaysia mesti menjatuhkan kerajaan haram ini dalam pilihan raya akan datang," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Minum Petang Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 anjuran Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju semalam. Mohamad juga berkata, akibat skandal pemberian kad pengenalan itu, beberapa orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mahu ia terbongkar. "Kalau ikutkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling khianat kerana terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan ini. "Masa saya ditahan di Kem Kamunting dahulu, ada beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana membuat kad pengenalan. "Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah kerana mengkhianati negara. Tapi kenapa di bawah ISA? Sebab kalau diakwa di mahkamah akan terbongkar skandal buat kad pengenalan ini," katanya. Rakyat jadi Pemantau Sementara itu, dalam majlis yang sama, ahli jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais berkata, semua orang berperanan sebagai pemantau sewaktu hari mengundi bagi mengenal pasti kewujudan pengundi hantu. "Pemantau memang memerlukan bantuan semua orang. Hari mengundi nanti semua pakai baju kuning, hijau dan merah, keluar dan perhatikan pengundi hantu yang hadir dengan pelbagai cara," katanya. Katanya, jika masih berlau penipuan pada PRU 13, rayat akan turun ke jalan raya sekali lagi bagi membantah pilihan raya yang tidak telus. "Kerajaan hari ini kerajaan haram kerana undi popular adalah di Semenanjung. BN hanya menang besar di Sabah. Jadi Najib jangan cakap besar dan kalau mereka tipu lagi, kita akan turun lagi ke jalan raya," katanya. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Dr Rainey, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan