Muslimeen United |
- KISAH PELIK TETAPI BENAR
- Inilah Wajah Wajah Pejuang Pakatan Rakyat..Yang Besederhana. Tidak ada dalam TV pun..
- Terbaru!! Jambatan Di Putrajaya Runtuh..
- Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut!
- Selepas Dikritik Hebat Salleh Yaacob Mahu Bersara Dari Dunia Hiburan
Posted: 28 Feb 2013 02:58 AM PST BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN TETAPI SEKADAR MEMBERI PENCERAHAN MINDA MENCERITAKAN KISAH YANG BENAR. TGNA mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad @ Zaidi Buluh Perindu, antara pendikir terkenal di Kelantan, yang meninggal pagi tadi. Arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Semasa hidupnya cukup kuat mengutuk dan caci cerca TGNA dalam setiap persembahannya. Tapi TGNA tidak ambil pusing itu semua..Sanggup mengimamkan solat jenazahnya. Jiwa dan hati Omakkau cukup tersentuh...SUBHANALLAH!!! |
Inilah Wajah Wajah Pejuang Pakatan Rakyat..Yang Besederhana. Tidak ada dalam TV pun.. Posted: 28 Feb 2013 02:57 AM PST Tuan Guru Nik Aziz bersederhana ..dalam kehidupan seharian Mohamad Sabu Tertidur Di Mahkamah sebentar..sementara menunggu Hakim Yb Salehuddin Terlelap sementara tunggu masa berceramah YB. Salehudin Melawat kawasan Ini Tak payah di perkenalkan lagi.. kehidupan memang bermewah mewah..sebb anak PM Dulu [ Tun razak ] |
Terbaru!! Jambatan Di Putrajaya Runtuh.. Posted: 28 Feb 2013 02:55 AM PST Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan. ~ondscene |
Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut! Posted: 28 Feb 2013 02:54 AM PST Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007. Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara. Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah. "Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut," kata Jagjit. Berikutan itu, Gobalakrishnan dan seorang lagi penyokong Bersih, Muhd Harith Shahbudin Fatillah didapati bersalah kerana tidak mengikut arahan polis supaya bersurai dan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi setahun. Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA). Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum. "Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum. "Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan," kata Jagjit. Unit Amal tidak bersalah Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah. Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967. "Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat. "Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan. "Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012," kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia. "Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana," katanya. Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan bersama 14 penyokong Bersih lain dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan (Bersih di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November, 2007. Mereka diwakili peguam Haris Abdullah dan Tian Chua diwakili peguam Jason Tay. -FMT |
Selepas Dikritik Hebat Salleh Yaacob Mahu Bersara Dari Dunia Hiburan Posted: 28 Feb 2013 02:53 AM PST KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan. Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam. Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu. Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri. Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan. Video yang membabitkan Salleh yang dikritik hebat penyokong PR : |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan