Muslimeen United |
- Kenyataan Media Dr. Fadzilah Kamsah mengenai isu rakaman video beliau kritik cara PAS berdoa..
- Panas!! Restoran Mamak Bakal Senasib Restoran Sekinchan Ikan Bakar..
- Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar
Kenyataan Media Dr. Fadzilah Kamsah mengenai isu rakaman video beliau kritik cara PAS berdoa.. Posted: 22 Feb 2013 04:23 PM PST Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau. Tak patut rasanya diheret sama kaum keluarganya untuk diaibkan.. Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya. Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya.. KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH Fikir-fikirkan... |
Panas!! Restoran Mamak Bakal Senasib Restoran Sekinchan Ikan Bakar.. Posted: 22 Feb 2013 04:20 PM PST Jom Boikot Restoran Mamak!!! Berita 18,000 restoran mamak bantu jentera BN dalam PRU 13 nanti telah mengundang tindak balas sepantas kilat dari rakyat. Jika berita ini benar maka bersedialah untuk restoran maka seluruh Malaysia kena boikot. Bila sudah tunjuk kepartian dalam berniaga maka sudah pasti hanya mengharapkan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO saja menjadi pelanggannya. Sekiranya benar, Restoran Mamak bakal menerima nasib yang sama sepertimana Restoran Sekincan Ikan Bakar. |
Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar Posted: 22 Feb 2013 04:15 PM PST KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz. Analogi haiwan Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini. Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh.. Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh.. Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan.... Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan