Muslimeen United |
- Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS
- Perarakan tuntut p'raya adil, bebas di Sabah bermula
- [Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!!
- Kempen sifar pembangkang: Adnan ikut jejak Khir Toyo
- Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan
Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS Posted: 21 Feb 2013 11:35 PM PST PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam.. Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun. "Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan. "Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam. Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon. Malah katanya lagi, ini sesuatu pengalaman yang luar biasa dialaminya berbanding sebelum ini ketika beliau hanya memandu lori syarikat majikannya. "Hilang kesunyian sepanjang saya memandu di lebuhraya apabila kebanyakan pemandu membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan. "Malah perjalanan terasa dekat apabila situasi sebegini berlaku, ini merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan," tambah beliau lagi. Beliau juga teruja dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya ditempat-tempat persinggahan yang telah menyenangkan laluan perjalanan. Dalam pada itu, beliau merasakan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap kehadiran treler tersebut sebagai peluang cerah buat PAS berdepan pilihan raya nanti. Jasri yang mempunyai enam orang cahaya mata itu berjanji akan memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas. "Saya akan tunaikan sepenuhnya amanah yang diberikan, saya akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tiba di destinasi mengikut masa yang ditetapkan. "Ini merupakan sebahagian dari sumbangan saya untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya nanti, tak ada duit kita tolong cara lagu ni la," sambung beliau lagi. Harapan beliau agar satu perubahan dilakukan oleh rakyat demi mewujudkan satu suasana baru yang lebih menjamin kemakmuran rakyat. -Hrkh | ||||
Perarakan tuntut p'raya adil, bebas di Sabah bermula Posted: 21 Feb 2013 11:33 PM PST Aktivis, Andrew Ambrose memberitahu, kumpulan perarakan itu mula berkumpul di pekan Tambunan seawal jam 8 pagi dan mula berjalan pada jam 10.45 pagi. Menurut Andrew, kira-kira 500 orang rakyat Sabah dan beberapa pemimpin daripada DAP, PKR, parti STAR dan Parti Progresif Sabah (SAPP) hadir bagi melepaskan perarakan itu. Tiada wakil BN yang hadir walaupun jemputan telah diberikan, tambahnya. Ketika itu, katanya lagi, kelihatan sebuah kereta peronda berhampiran tempat tersebut serta lapan anggota polis beruniform. Bagaimanapun, tambahnya, mereka hanya memantau dari jauh. "Sebelum pelepasan, kita adakan taklimat kesihatan dari Mercy Malaysia juga doa dari umat Katolik, Muslim dan Buddha. "Terdapat juga kira-kira 15 peserta dari Semananjung dari kumpulan Himpunan Hijau turut serta dalam perjalanan ini. "Buat masa ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami juga akan berhenti ke hentian pertama pada jam 12.30 petang nanti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Berdasarkan publisiti acara itu, perjalanan dari Tambunan ke Penampang sejauh kira-kira 60 kilometer dengan merentasi banjaran Crocker dan dijadualkan berakhir di Dewan Pegansakan, Penampang pada hari Ahad ini. Sehubungan itu, Andrew berkata lagi, acara yang digelar 'Tak Berdiam Lagi- Bangkit dan Jalan' itu juga kini berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan bagi memberi ruang kepada peserta beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat. "Tidak ada polis (yang ikut). Kami jaga keselamatan kami sendiri. Kami ada orang yang akan jaga. Saya kini sudah bersama peserta dihentian pertama," katanya lagi. Menurut Andrew ketika perarakan yang bermula dari Pasar Tambunan itu, tiada anggota polis yang mengiringi mereka sewaktu berjalan. -M'kini | ||||
[Gambar] Antara Bas/Treler/Lori Kempen DAP, PKR, PAS, dan AMNO...Bandingkan!!! Posted: 21 Feb 2013 04:57 PM PST DAP PKR PAS UMNO
Siapa sangka, parti yang kaya raya, mendakwa mempunyai ahli lebih daripada 3 juta orang, hanya mampu menyediakan lori ikan untuk ayam tambatannya berdebat sesama mereka. Walaupun gagal menarik perhatian rakyat, sekurang-kurangnya jagalah maruah Mat Ezam dan geng dengan menyediakan bas/lori yang lebih canggih dan hebat daripada milik PKR, DAP, dan PAS. P/s: Jika BN dan pencacainya mampu membayar PSy lebih RM2 juta, apalah sangat untuk menyediakan bas atau treler yang canggih untuk Mat Ezam dan geng! | ||||
Kempen sifar pembangkang: Adnan ikut jejak Khir Toyo Posted: 21 Feb 2013 04:53 PM PST KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya parlimen Bentong jatuh ke tangan DAP melaungkan kempen sifar pembangkang di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Adnan dilihat mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Koyo sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu menggunakan kempen yang sama 'sifar pembangkang'. Dipetik Bernama, Adnan berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Tatkala rakyatnya di Bera, Temerloh dan Jengka masih merintih ketiadaan bekalan air yang konsisten dan jalan yang sempit menghubungkan antara negeri, Adnan mendakwa rakyat Pahang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang. Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun. Apakah sifar pembangkang ini akan dapat dijayakan Adnan di Pahang, termasuk Bentong, insurannya supaya telinga beliau tidak perlu digadaikan? Rakyat Pahang bakal menentukan. Ini kerana, rakyat Selangor telah menentukan nasib Khir Toyo selepas MB Selangor itu membuat kempen sifar pembangkang di Selangor menjelang pilihan raya umum 2008 lalu. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru rakyat Pahang yang berada di perantauan, terutamanya anak peneroka untuk pulang mengundi dan menjadi agen penyelamat kepada Felda dan harta Melayu. "Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. | ||||
Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan Posted: 21 Feb 2013 04:47 PM PST BAYAN BARU: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat. Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut. Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu. Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin. Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi. "Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan. "Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau. Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti. Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri. Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan