Muslimeen United |
- Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya!
- Australia Juga Boleh Isytihar Najib, Hishamuddin & KP Imigresen Musuh Negara Itu
- Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
- Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap
- Bukti UMNO dah gila talak kini terdedah...
- Anak kesayangan Mahathir ke-13 terkaya di Malaysia
- [EDISI BINGAI] Di mana Anwar Berpidato, Di situ Umno Pacak Khemah Ceramah
- PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu
Posted: 17 Feb 2013 03:22 AM PST Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali. Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawa Dr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini. Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya. Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan. Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah. Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?. Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman". Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya. Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab. Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-
|
Australia Juga Boleh Isytihar Najib, Hishamuddin & KP Imigresen Musuh Negara Itu Posted: 17 Feb 2013 03:14 AM PST Senator Australia diusir pulang selepas ditahan 15 jam Senator Australia Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam ini selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'. Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi tadi dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba. Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita. Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya. Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat. Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut. "Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi. Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia. Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin, yang berjaya bertemu dengan Xenophon, memberitahu Malaysiakini bahawa senator itu ditahan di bawah Seksyen 8 (3) Akta Imigresen sebagai seorang yang "dilarang '. "Beliau baik, dilayan dengan baik. Mereka sediakannya makan tengah hari, "katanya. Akan dihantar pulang Menurut AFP, Menteri Luar Australia Bob Carr berkata pegawai Australia telah berhubung dengan Xenophon, serta menteri luar dan menteri dalam negeri Malaysia, dan sedang mengusahakan 'pembebasanya' dengan segera. "Penahanan Senator Xenophon adalah satu tindakan yang mengejutkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan. Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang. Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas. Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia. Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon. "Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya. Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. 'Arahan dari atas' Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur. Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya. "Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini. "Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya. Xenophon cemar imej Malaysia Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata dalam mesej teks kepada AFP bahawa Xenophon telah "mencemarkan imej negara ini" dan telah diklasifikasikan sebagai "pendatang yang dilarang". Beliau kemudian menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa Xenophon telah disenaraihitamkan kerana beliau menghadiri "protes jalanan haram" di Kuala Lumpur tahun lepas. "Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik, tetapi tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dianggap telah melanggar undang-undang negara," kata Alias. "Xenophon telah memasuki Malaysia untuk beberapa kali sebelum ini dan dia telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia," katanya dalam kenyataannya. Alias menjelaskan bahawa senator itu juga didapati telah membuat dakwaan tidak berasas dan menyebarkan pembohongan mengenai Malaysia. "Larangan masuk terhadap Xenophon adalah prerogatif kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan perlembagaan negara," katanya. Xenophon berkata beliau menghadiri perhimpunan reformasi pilihan raya April lalu sebagai pemerhati sambil mengkaji sistem pilihan raya Malaysia. "Ia nampak seolah-olah bahawa kerajaan takut diteliti," katanya melalui telefon dari lapangan terbang. "Ini dalam fikiran saya mengesahkan bahawa mereka (pilihan raya) tidak akan menjadi adil". Tindakan pihak Imegresen menahan dan mengusir senator Australia, Xenophon adalah satu tindakan bangang yang mengandungi risiko yang besar. Ia amat mencemar imej negara kerana hanya dengan mengistiharkan beliau sebagai "musuh negara". Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Bagaimana jika di satu hari nanti, ada rakyat Malaysia dihalang masuk ke Australia semata-mata kerana diisytiharkan musuh negara berkenaan? Malah tau nanti Najib, Hishamuddin Tun Hussein dan Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad ditahan di mana-mana negara asing terutama Australia kerana sebab diisytriharkan musuh negara berkenaan! What goes round turns around! -GB |
Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong Posted: 17 Feb 2013 03:08 AM PST Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu. Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu. Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu. Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam. Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN. "Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH. Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong. Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi. Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu. Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan. "Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap. Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya. Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan. Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut. Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar. Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah. -M'kini |
Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap Posted: 16 Feb 2013 07:41 PM PST KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan. Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja. Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya. Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah. Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP). -Hrkh BN guna lagi hebat...lori ikan |
Bukti UMNO dah gila talak kini terdedah... Posted: 16 Feb 2013 07:39 PM PST Perlakuan jenteranya disebalik kata-katanya itu mendedahkan bahawasanya UMNO dan Barisan Nasional kini sudah tidak lagi yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti. Ini terbukti bilamana dilaporkan berbagai-bagai jenis kain rentang seprti gambar di atas dan juga gambar di bawah telah dipasang dimerata-rata tempat di Kuala Lumpur. Tujuannya ialah untuk melembutkan hati pimpinan PAS agar bersatu dengan UMNO sekali lagi bagi mengekalkan Putrajaya di tangan mereka. Bagi meneruskan agenda memujuk tersebut, UMNO dilaporkan sanggup menghabiskan ribuan RM dengan menempah kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej yang berbunyi 'Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah' dan 'Bersatu itu indah' sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu. Perkara ini telah didedahkan oleh Roketkini KUALA LUMPUR, 16 FEB – Menyangkakan taktik zaman purba masih boleh digunapakai, United Malays National Organisation atau UMNO nampaknya sedang giat berusaha untuk terus memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Terbaru, cubaan untuk memujuk PAS supaya berpadu dengan UMNO, walaupun menyedari bahawa pimpinan UMNO yang bergelumang dengan salahguna kuasa dan rasuah, dihasilkan dalam bentuk kain rentang. Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi 'Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah' dan 'Bersatu itu indah' sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu. Juga terdapat mesej seperti 'Satu kalimah, satu syahadah' dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba. Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor. Pemerhatian umum mendapati kain-kain rentang bertujuan memujuk perpaduan PAS dan UMNO itu telah dinaikkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya dan Bangsar ~ Roketkini Namun begitu.. seperti biasa perkara ini akan dinafikan oleh macai UMNO/BN sepertimana mereka menafikan yang bendera 1Malaysia yang telah dipasang hingga menyemak Pulau Pinang adalah milik mereka.. sila baca di ( SINI ) |
Anak kesayangan Mahathir ke-13 terkaya di Malaysia Posted: 16 Feb 2013 07:38 PM PST Bernama hanya menyebut orang terkaya di Malaysia hanya sehingga tempat ke-10 untuk diceritakan. Kebiasaannya kita biasa melihat 20 senarai terkaya tetapi kerana anak kesayangan Mahathir Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat ke-13, maka senarai yang diwar-warkan hanya sepuluh. Senarai yang dibuat Malaysian Bussiness terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Senarai 40 taikun dengan perincian kekayaan masing-masing berdasarkan pegangan kepentingan mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 januari 2013. Nampaknya anak Mahathir, Mokhzani termasuk senarai 20 terkaya pada tahun ini. Ini sebabnya Mahathir bermati-matian mempertahankan UMno BN kali ini. Ini kerana dia tahu sekiranya PR menang, mungkin kekayaan anak terjejas apabila kekorupan Mahathir dibongkar.
|
[EDISI BINGAI] Di mana Anwar Berpidato, Di situ Umno Pacak Khemah Ceramah Posted: 16 Feb 2013 07:34 PM PST Tidak sukar untuk mengagak bila Umno akan mengadakan ceramah iaitu bergantung kepada lokasi di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato, kata Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa. "Umno tak ada kerja lain. Sentiasa ekori Anwar ke mana saja. Kita buat ceramah di sini, mereka pun teringin sangat buat di tempat sama. "Mereka boleh buat hari lain. Kenapa buat hari dan lokasi sama? Ini bukti Umno makin gelisah dengan kehadiran Anwar," katanya mengulas perbuatan Umno Bahagian Langkawi mengadakan ceramah kira-kira 300 meter dari lokasi ceramah Anwar, malam tadi. Ceramah itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Roslan Kassim tetapi 'bungkus awal' berikutan tiada sambutan dan dihadiri 300 orang sahaja. Ia berbeza dengan ceramah menampil Ketua Umum KEADILAN di Pekan Kuah, Langkawi dan dihadiri hampir 5,000 rakyat yang hanya berakhir tengah malam 15 Februari lalu. |
PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu Posted: 16 Feb 2013 07:31 PM PST (Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam) KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat. "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat. "Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Kota Raja Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK, Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing. Datuk Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum. Katanya, semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia. "Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan. "Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. "Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam DAP dan dalam PKR," ujarnya di hadapan 10,000 hadirin. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram. "PAS mengajar berpolitik mengabdikan diri kepada Allah. Apa yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Bukannya yang ada lesen halal dan yang tidak ada lesen itu haram," ujarnya. Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Umno yang melabelkan PAS sebagai 'kuda tunggangan' DAP. Sebaliknya, kata beliau, Umno telah lama menjadi kuda tunggangan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan. "Umno kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno sudah lama jadi 'kuda tunggangan' MCA, MIC dan Gerakan. "Sedarkah kita (rakyat) apabila MCA kalah, MIC kalah, Gerakan kalah…Umno bagi kerusi (Parlimen) Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan. Umno sanggup bagi kerusi Melayu kepada orang lain demi dia (BN) mengekalkan kuasa memerintah negara. Dia (Umno) tidak kira bagaimana kekuatan politik orang Islam," jelasnya. Sertai PAS (Datuk Mohamad Nazli disarungkan baju baru tanda menyertai PAS) Pada himpunan tersebut Abdul Hadi menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Nazli Abdul Majid. Datuk Mohamad Nazli, 62, berasal dari Perak yang kini menetap di Paka, Dungun berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (Universiti of Tasmania, Australia) dan master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA. Beliau bersara tahun 2006 yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian tersebut selama 30 tahun iaitu 12 tahun sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian di Besut, dua tahun di Johor selaku Pengarah Johor Barat, tiga tahun di Melaka dan lima tahun di Kedah sebagai Pengarah Pertanian Negeri. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan