Muslimeen United |
- Apa Kejadah Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta?
- Betulah tuu,, Memang muka tak boleh dipercayai pun..
- [BOM MELETUP] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan ‘Individu’ Diarah Bunuh Altantuya
- Keinginan untuk berubah sudah lama terpendam di hati rakyat
Apa Kejadah Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta? Posted: 14 Feb 2013 04:50 PM PST Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta. Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu. Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran. Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat. "SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta. "Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta," kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor. Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi. "Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya. "Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat," kata Khalid. |
Betulah tuu,, Memang muka tak boleh dipercayai pun.. Posted: 14 Feb 2013 04:49 PM PST Minta maaf banyak-banyak la... memang ada dua tiga orang penjawat awam yang aku tak percaya... lihat saja dari cara percakapan dihadapan public,, dah ada rasa kelainan... entahlah kalau ko orang tak ada deria rasa... manjung mari SHAH ALAM, 14 Feb -- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan artikel dari surat khabar pro-pembangkang semasa sidang media di kediamannya di sini, hari ini. Dalam satu laporan bertajuk "Wan Ahmad tak boleh dipercayai" bertarikh 1-3 Feb lepas, Mohamad Sabu dilaporkan mendesak Wan Ahmad meletak jawatannya segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana mendakwa beliau seorang pemimpin yang tak boleh dipercayai. --foto-BERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA |
[BOM MELETUP] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan ‘Individu’ Diarah Bunuh Altantuya Posted: 14 Feb 2013 04:48 PM PST Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh. Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu. Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang. "Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya. "SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak. Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib. Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3. Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala). Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya. Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak. "Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran," kata Sivarasa dalam kenyataan. Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada 'hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House'. "Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011. "SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar," kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang. "Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah. "Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya," kata Sivarasa. Akuan bersumpah pertama & kedua Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008. Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1. Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala. Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah. Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai 'kakak' berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama. Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006. Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1. Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara. Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala. Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1. Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak. |
Keinginan untuk berubah sudah lama terpendam di hati rakyat Posted: 14 Feb 2013 04:36 PM PST Ketidakpuasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama dirasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidakpuasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama. 'Sub conscience' mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidaktelusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini. Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran 'informasi' yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala 'avenue' untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya. Di negara ini, jika penyaluran maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh tahun dahulu gerakan perubahan yang sekarang ini sepatutnya berlaku dalam tempoh itu untuk memberikan semangat melakukan gerakan perubahan itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan ini tetapi tidak terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas, salah satu dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu. Keadaan itu sudah berubah. Apa-apa maklumat pun dari serata pelosok dunia boleh diketahui oleh semua asalkan sahaja seseorang itu tekun dan tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat itu setiap waktu. Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan semua pihak itu boleh disorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi sesiapa yang melakukan kebaikan itu dapat dilindungi dari pengetahuan umum. Di negara kita perasaan gusar rakyat sudah begitu lama dirasakan tetapi seperti yang saya katakan tadi ia tidak terzahir dengan jelas dan perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu lama. Apabila timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah dan politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan yang terlalu menekan ramai rakyat jelata. Perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan ini dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau telah mengubah segala-gala nilai pentadbiran dan politik yang menusuk perasaan banyak pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak menjadi kudis kepada kerajaan dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah berusaha untuk merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan apa sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak akan ada rakyat menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu. Waktu itu rakyat terpaksa melihat dan berdiam diri sahaja dengan tindakan kerajaan yang menswastakan keperluan asas seperti air, elektrik, kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan memberikan keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga secara monopolistik. Sekarang gula diniagakan secara monopoli oleh Syed Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar lagi. Proton dan berbagai-bagai lagi peluang perniagaan secara monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar negara. Air yang merupakan keperluan yang paling asas untuk manusia dipeniagakan oleh nama besar dan kroni kepada parti kerajaan persekutuan dan mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan sedangkan rakyat dibiarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan. Tidak cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad dahulu. Apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin dan memecahkan parti dan kesatuan di antara mereka selama ini maka wujud puak-puak yang melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Maka keadaan dan perasaan yang ada di 'sub conscience' mereka tadi mula terzahir dan terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan umum. Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir 'conclusive' persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan parti pemerintah selama ini. Pendeknya tindakan pihak rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini merupakan manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka (rakyat) sudah begitu lama berfikir dan terasa diperdaya oleh kerajaan terhadap mereka yang selama ini telah memberikan sokongan begitu kuat terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu kecewa, kerana kebaikan dan kelembutan mereka selama ini diambil sebagai kelemahan oleh pihak pemerintah. Kerajaan dan pimpinan terus-terusan melakukan segala kerja hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan banyak lagi penindasan yang telah dilakukan secara sistematik itu. Jiwa dan pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di berikan kepercayan secara total selama ini. Kini keseluruhan rakyat terbabit dengan politik sama ada secara aktif atau pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar menunggu hari membuat pilihan itu. Rata-rata rakyat sama ada yang sudah dewasa atau pun yang muda-muda, tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab untuk menyertai kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada di 'sub conscience' rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang mereka sayangi ini. Di mana-mana pun kita akan ditanya oleh sesiapa sahaja yang kita berjumpa, 'bila pilihanraya?' Sememangnya secara psikologinya, jika rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk mengundi itu, ia akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita mendengar rakyat berkata, "Letih menunggu pilihanraya ini". Ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu. Itulah sebabnya saya selalu berkata keputusan pilihanraya kali ini adalah 'predictable'. Hanya hendak menunggu kenyataan dan keputusan rasminya sahaja. Sudah menjadi bisikan biasa kita dengar di mana-mana, "Let's change! It's now or never!" kata mereka. -Aspanalias |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan