Muslimeen United |
- Adakah polis terlibat cetus insiden Felda Sungai Tengi?
- BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi
- TERKINI! Samseng Umno belasah mahasiswa berkempen di Parlimen Pekan
- [VIDEO] Najib Dimalukan Di Seluruh Dunia, Jawapan Jelas Untuknya: NO For BN!
Adakah polis terlibat cetus insiden Felda Sungai Tengi? Posted: 12 Feb 2013 04:18 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan mengemukakan nota bantahan kepada Ketua Polis Selangor (IGP) dalam masa seminggu berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi. Beliau yang berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS (gambar atas), nota bantahan tersebut adalah untuk mendapat kepastian sama ada pihak polis juga turut terlibat dalam insiden tersebut seperti mana perbualan pengurus Felda bersama beberapa pertubuhan NGO di dalam rakam video. "Nota bantahan ini akan kita serahkan kepada IGP dan berharap beliau dapat berkomunikasi dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi. "Dalam nota bantahan tersebut, kita turut meminta penjelasan dari pihak polis adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Felda yang mengatakan segala perancangan kekacauan itu telah diketahui oleh pihak polis," jelas beliau. Tambahnya lagi, pihak polis perlu menjelaskan perkara tersebut dan jika tiada penglibatan, maka pengurus Felda tersebut telah melakukan kesalahan besar apabila menggunakan nama polis untuk tindakan provokasi mereka. "Kita desak tindakan tegas diambil jika benar pihak polis tidak terlibat langsung dan tidak ada rundingan dilakukan antara pengurus Felda dengan pihak berkuasa," sambungnya lagi. Mazlan yang sebelum itu memberitahu, beliau kesal dengan tindakan pihak polis yang membiarkan sekumpulan pemuda yang telah melakukan huru hara pada program yang diadakan di Felda tersebut. Malah menurutnya lagi, pihaknya akan memastikan segalanya akan terkawal walaupun terdapat provokasi yang melampau batas dilakukan oleh pihak tertentu tetapi tiada jaminam diberikan bahawa situasi ini akan terus terkawal. "Ketika pertemuan saya dengan pihak polis di Bukit Aman, saya berjanji akan memastikan anggota kita akan mengawal suasana sebaik mungkin walaupun terdapat provokosi yang melampau. "Namun dalam pada itu, saya turut memberitahu sampai bila jaminan ini akan terkawal dan pasti huru hara akan berlaku, atas sebab itulah saya mohon pihak polis menjalankan tugas mereka dengan adil dan jangan jadi kuda tunggangan pihak lain," tegas beliau. Sebelum itu, program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi telah mencetuskan kekecohan apabila tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program tersebut. Situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini. Tiga laporan polis telah dibuat termasuk daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor, Mohd Nizam Mat Rahim. -Hrkh |
BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi Posted: 12 Feb 2013 04:15 AM PST Sejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar. Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun. Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan. "Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk membolot kekayaan negeri itu. "Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN dengan harga premium tanah yang terlalu murah," katanya dalam satu kenyataan. Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan. "Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau 'haram' di sisi undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan. "Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan satu kesilapan besar," ujar beliau. Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset apabila menganggap 'rakyat Malaysia mudah lupa', beliau turut berkata, ia diperkuat lagi dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak. "Banyak slogan retorik seperti 'Perak Aman Jaya', 'Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir' sekadar omong-omong kosong saja. "Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa. Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu. Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi. "PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13. Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti," tambahnya. -Roketkini |
TERKINI! Samseng Umno belasah mahasiswa berkempen di Parlimen Pekan Posted: 12 Feb 2013 04:13 AM PST KUALA LUMPUR 12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, kempen mereka sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi. Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah 'Harapan Malaysia' di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis "Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami. "Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah. "Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak," kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini. Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan. "Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama," katanya. Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan. Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN. |
[VIDEO] Najib Dimalukan Di Seluruh Dunia, Jawapan Jelas Untuknya: NO For BN! Posted: 12 Feb 2013 04:06 AM PST Video: Najib tanya "Are you ready for BN?" tapi rakyat jawab… Pulau Pinang: Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya. 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen. Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut: "Are you ready for Psy?" Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan 'Yes'. Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut. "Are you ready for BN?" Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya. Saksikan video di bawah nanti untuk jawapannya! -HD
|
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan