MIMPI SENJA |
- TERKINI LAHAD DATU [2PTG - 23/2] - Terserah pada polis untuk melancarkan operasi - Hishamuddin
- Pasai apa Mahathir takut sangat kalau BN kalah ?
- Mai baca 'kelentong' Muhyiddin wei ....
- PENCEROBOHAN LAHAD DATU : BAGAIMANA MENYELESAIKAN NYA
- KRISIS LAHAD DATU : Filipina minta Malaysia lanjutkan tempoh sehingga Selasa
- Penerima BRIM umpama haiwan - Itu peribahasa la samdol ...
- PENCEROBOHAN LAHAD DATU - Ada 'Sultan' Sulu tak setuju tindakan ini
- AZIZ : Parlimen tidak akan dibubar sehingga Mac
- ISU LAHAD DATU - AQUINO: Senjata tidak akan selesai masalah
- Deepak saman Najib
- LAHAD DATU TERKINI - [1600HRS 22/2] : Tentera Laut Filipina tutup Laut Sulu
TERKINI LAHAD DATU [2PTG - 23/2] - Terserah pada polis untuk melancarkan operasi - Hishamuddin Posted: 22 Feb 2013 10:08 PM PST KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan mengenai permintaan kerajaan Filipina untuk melanjutkan tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman. Beliau begaimanapun menegaskan bahawa kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut. "Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera parti Barisan Nasional Sembrong di sini, Sabtu. | ||
Pasai apa Mahathir takut sangat kalau BN kalah ? Posted: 22 Feb 2013 08:45 PM PST Kenapa Mahathir takut sangat jika BN kalah?
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kenapa beliau begitu takut untuk berdepan dengan kekalahan Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang. Ketakutan bekas perdana menteri itu kata Salahudin, sangat jelas kelihatan apabila sering mengeluarkan kenyataan yang cuba menakutkan rakyat kononnya akan berlaku huru-hara selepas PRU13 nanti. "Saya merasakan Mahathir terlalu takut dengan kekalahan Barisan Nasional, dan sekiranya benar kerajaan BN tidak mampu lagi bertahan pada pilihan raya akan datang, apa yang sebanarnya yang Mahathir takutkan sangat," soalnya. Mahatir sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai 'provokasi jahat' apabila mendakwa Pakatan Rakyat akan melakukan huru-hara jika kalah pada PRU13 akan datang. Sebaliknya, pada pandangan Pakatan Rakyat, mereka bimbang jika BN yang akan melakukan huru-hara jika kalah pada PRU13 kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan tersebut setelah lebih 50 tahun memegang tampuk kuasa. Ini kerana, Pakatan Rakyat sudah biasa menerima kekalahan dalam pilihan raya berbanding BN. Malah jika diikutkan perkembangan dan situasi terkini, banyak program anjuran Pakatan Rakyat disabotaj dengan serangan samseng dan perbuatan khianat terhadap kenderaan pemimpin Pakatan Rakyat. Mengulas lanjut, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mencabar Mahathir agar menjelaskan kepada rakyat, apakah sebenarnya yang ditakuti bekas perdana menteri itu. "Kita nak dia jawab. Mungkin terdapat beberapa faktor atau isu besar yang menghantui kehidupan Mahathir apatah lagi dia yakin dan percaya BN tidak mampu lagi berrtahan. "Kita mintak dia bagitahu rakyat apa yang dia takut sangat," katanya. | ||
Mai baca 'kelentong' Muhyiddin wei .... Posted: 22 Feb 2013 08:28 PM PST Muhyiddin: Anwar Ibrahim pengkhianat nombor satu negaraFebruary 23, 2013 KENINGAU, 23 Feb — Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat. Sambil menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara. "Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung," katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di sini, malam tadi. "Itu adalah pembohongan...dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka." Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat. "Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen," katanya. "Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia." Muhyiddin berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat khususnya di Sabah, tetapi pembangkang sengaja tidak nampak dan tidak mengakui pembangunan ketara yang dibawa oleh BN ke negeri itu. Pada program itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meluluskan peruntukan RM40 juta bagi pembinaan sebuah sekolah menengah baharu, SMK Desa Wawasan, di Tambunan, dekat sini. Beliau turut bersetuju untuk mewujudkan sebuah Sekolah Menengah Sains di di sini bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin minat dalam bidang sains. Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan dewan serba guna Sekolah Kebangsaan Bingkor dan RM1 juta untuk melaksanakan pelbagai projek kecil di daerah Keningau. — Bernama | ||
PENCEROBOHAN LAHAD DATU : BAGAIMANA MENYELESAIKAN NYA Posted: 22 Feb 2013 07:19 PM PST Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI) semalam berkata "Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka". (perbualan penulis dengan Habib Rizieq malam tadi melalui telefon jam 11 pm, dengan bantuan saudara kami Tengku SHAHIR Al-Qadahi -21 Februari 2013). MUFTI SULU DARUL ISLAM dari Indonesia. Bahagian 1: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu, Insyaa Allah ada caranya. Sekiranya mereka mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino. Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka. Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia. Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding. Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang. Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.
Insyaa Allah selepas ini Malaysia akan dapat melihat semula kewajaran Rumah Merah itu diwujudkan. Tausug berharap tiada lagi PENJENAMAAN PTI HARAM terhadap Tausug yang menjadi rakyat Kesultanan Sulu. Saya optimis hal ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin ya Rabbal Alamin!! Maka, bagaimana tindakan kita seterusnya? Banyak lagi jawapan berupa saranan yang akan menyusul selepas ini dari pihak kami Insyaa Allah. Video ucapan Datu Ladjamura ketika perarakan beliau di Jolo Sulu tahun 2008. Ribuan Tausug bersamanya berarak memenuhi bandar Jolo ketika itu. Sekarang beliau dikenali sebagai Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Video ini khusus buat tatapan Tausug sahaja kerana tanpa translasi ke bahasa Melayu. | ||
KRISIS LAHAD DATU : Filipina minta Malaysia lanjutkan tempoh sehingga Selasa Posted: 22 Feb 2013 06:28 PM PST LAHAD DATU: Kerajaan Filipina pada Sabtu meminta tarikh akhir bagi kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu untuk meninggalkan Kampung Tanduo dilanjutkan. Menteri Luar Filipina, Albert del Rasario berkata, beliau ada menghubungi rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman, meminta tarikh akhir pada Jumaat untuk pengikut Sultan Sulu meninggalkan Sabah dilanjutkan sehingga Selasa depan. Menurutnya, pihak berkuasa Filipina sedang cuba memujuk pengikut Sultan Jamalul Kiram yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo selama dua minggu supaya meninggalkan Sabah. "Kami harap permintaan itu akan dipersetujui memandangkan usaha untuk memujuk keluarga Kiram supaya mengundur diri dalam keadaan aman," katanya kepada media di Filipina. Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada Filipina bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan terbabit sekiranya meninggalkan Sabah secara aman. Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang. Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan. | ||
Penerima BRIM umpama haiwan - Itu peribahasa la samdol ... Posted: 22 Feb 2013 05:26 PM PST KUALA TERENGGANU- Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan. "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini. Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?" Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan. Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. "Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. "Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu. Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. "Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. "Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz. Analogi haiwan Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini. Berikut adalah analogi itu: Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh.. Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh.. Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan.... Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! -Harakahdaily | ||
PENCEROBOHAN LAHAD DATU - Ada 'Sultan' Sulu tak setuju tindakan ini Posted: 22 Feb 2013 06:04 AM PST VIDEO l 4:09 secs Pendaratan kumpulan bersenjata dari kepulauan Sulu untuk menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia menemui episod baru apabila seorang lagi 'sultan' tidak setuju dengan tindakan itu. "Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah," kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada Malaysiakini menerusi telefon. Kumpulan kira-kira 100 orang di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum ini mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram. Ampun Muedzul bagaimana pun menyifatkan pendaratan kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai tindakan tidak bijak. "Beliau menentang tindakan pergi ke negara lain dengan senjata dan itu bukan satu tindakan yang bijak," kata jurucakap kepada Ampun Muedzul, Andres Linholm kepada Malaysiakini. Pakar sejarah Dr Farish Noor pula berpendapat faktor perpecahan keturunan Sultan Sulu selepas kejatuhan kesultanan Sulu dan waktu tuntutan mula dibuat ke atas Sabah merumitkan persoalan pewaris sah kesultanan itu. "Masalahnya dengan jurang masa yang begitu lama - di antara masa kejatuhan kesultanan Sulu pada 1862 dan situasi yang kita hadapi pada tahun 60-an - keluarga diraja Sulu kini sudah berselerak dan berpecah-pecah. "Itu menjelaskan sebab begitu ramai orang mendakwa mereka adalah Sultan Sulu," katanya. | ||
AZIZ : Parlimen tidak akan dibubar sehingga Mac Posted: 22 Feb 2013 04:18 AM PST LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. Jangkaan itu bagaimanapun, katanya, adalah pandangan peribadi beliau. Abdul Aziz percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang Di-pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu. "Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi. Pengerusi SPR itu mengulas desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013. LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari bermula 26 Mac hingga 30 Mac ini. Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan. Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013. Sebelum ini adadesas-desusParlimen akan dibubarkan pada hari ini namun ramalan itu tidak berlaku. | ||
ISU LAHAD DATU - AQUINO: Senjata tidak akan selesai masalah Posted: 22 Feb 2013 03:32 AM PST MANILA: The drastic action being pursued by the sultanate of Sulu to press its claim to the eastern Malaysian state of Sabah is not the best way to resolve the ownership dispute, President Benigno Aquino warned on Thursday. "If you [use] guns, of course, the other side will have only one possible response to [your] challenge," Aquino said, breaking his silence on the standoff between Malaysian security forces and a group of armed followers of Sultan Jamalul Kiram III in Tanduao village in Lahad Datu town in Sabah. The president inadvertently confirmed a report published by the Inquirer on Thursday that his administration was silently working through emissaries to convince Jamalul to recall his followers from Sabah so that the standoff could be resolved peacefully. "[W]e have been dealing with this. We have been talking to parties concerned, including the family of the sultan, to ensure that there will be a peaceful resolution to this," Aquino said. The Philipine Inquirer reports him as saying that the matter is not entirely in the government's hands. "There has to be cooperation among all entities to achieve, first, a resolution of the current crisis and, later on, what could be a long-term solution to this dispute," Aquino said. The standoff between Malaysian police, military and naval forces and the Sulu sultan's followers is now in its second week. Aquino said he expected that Malaysia would not give away Sabah without a fight. He disclosed that he had long tasked a legal team to study the basis of the Philippines' claim to Sabah. "Any country [that] has territory will be naught to give up sovereignty. And Malaysia has not been—I think forever—they have been very, very friendly to us. And they have been very, very supportive to us. And we have to, as a brother nation in (the Association of Southeast Asian Nations), also respond," he said. Malaysia also brokered the peace talks between the Aquino administration and the Moro Islamic Liberation Front (MILF). The two sides signed a preliminary peace agreement last October, and they are thrashing out a final peace accord that they hope to conclude this year. Sultan's brother According to Interior Secretary Mar Roxas, the government has asked Esmail Kiram II, a brother of Jamalul, to talk to the sultan and convince him to recall the armed group led by their brother Agbimuddin Kiram from Sabah. Roxas said a military general, a police general and a provincial official had been communicating with Esmail to ask him to help end the crisis in Sabah. He said other government emissaries were talking to Jamalul, who is undergoing dialysis treatment in a Manila hospital. Esmail was traveling to Manila from Zamboanga City on Thursday to meet with Jamalul, Roxas said. The idea, he said, is for Esmail to travel to Sabah to talk to Agbimuddin about ending the standoff and going home to Sulu. "Our officials have communicated with Esmail to consult with Sultan Jamalul to obtain his guidance because the government has asked Esmail, in view of the sultan's illness or need for dialysis, to go to Sabah to talk to his brother prince," Roxas said on the phone. Come home Through Esmail, he said, the government is sending a message to Agbimuddin, "Come home peaceably." "The message of the government is that nothing will be attained through force and aggression," Roxas said. "We must try to find a way to resolve the standoff and pursue their claim in other [forums]," he added. The Malaysian authorities have agreed to give Agbimuddin and his group time to talk to a "prominent figure" before they leave Tanduao to be deported to the Philippines. The authorities have given them until Friday to decide whether to leave on their own or be rounded up and deported. Esmail could be the "prominent figure" Agbimuddin's group is waiting for. "The best person to talk with Agbimuddin is his brother and fellow claimants," Roxas said. Sabah study Asked about the Philippines' claim to Sabah, Aquino said he himself was confused about the historical antecedents that led to the standoff. He was referring to an agreement that the Sulu sultanate signed in January 1878 to lease Sabah to the British North Borneo Co. for RM5,300 a year. The Kirams claim that the lease continues despite the formation of the Malaysian federation in 1963 and cite that, in fact, they continue to receive the paltry sum through the Malaysian Embassy in Manila. Aquino said Cabinet officials concerned were studying and compiling "all the data that we have," including the 1878 document Lost in translation? That document has gone through "massive amendments" and been translated into English, French and Tausug, Aquino said. "There is a school of thought that says the translations are not faithful translations. There were clarifications that even made the agreements confusing. So, if you ask, definitively, what's the basis of our claim … [and] what are the documents that are existing [to support the claim], the [story becomes] confusing," Aquino said. Whether to keep the claim dormant or revive it is "part of the [Sabah] question," he said. Aquino raised several points related to the claim. "If we say that we agree that the Sultan of Sulu owns Sabah, does that also mean that they own Sulu? If we (sultanate) own Sulu, can we (the sultanate) suddenly say we are separate from the Philippines?" he said. "Then, if they (sultanate) surrendered their sovereignty to the Americans when we were a colony, [then] the Philippine government, currently as a successor to that government, [now] has the right to Sulu," Aquino said. "So again, if you start from the source documents written in several languages, I think, there was a time that the British and the Germans had an agreement. This is not clear to me—how did the Germans come to be included?" Aquino said, referring to the 1903 amendments to the 1878 agreement. "Everybody was signing a document in his native language. And you wonder how many of them understood what was written in the other copy. Now, I am not an expert. I have tasked the experts to study all of this and to find out precisely where we stand," Aquino said. A Cabinet legal team is doing the study, he said. Also read: | ||
Posted: 22 Feb 2013 01:33 AM PST
KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini. Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany. Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti. Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini. Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan. Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka. | ||
LAHAD DATU TERKINI - [1600HRS 22/2] : Tentera Laut Filipina tutup Laut Sulu Posted: 21 Feb 2013 11:58 PM PST Philippine navy blocks Sulu SeaThe navy says this is to prevent more followers of the Sultan of Sulu entering Sabah. MANILA: The Philippine Navy has sealed off the so-called southern backdoor to prevent the followers of the Sultan of Sulu province from traveling to Sabah, where a standoff between the sultanate's followers and Malaysian security authorities persists. The naval blockade was one of the measures taken by the Philippine government to prevent the escalation of the already tense situation, meant to ease the tension in and around Lahad Datu, where hundreds of Filipinos were holed up. Lt. Commander Gregory Gerald Favic, Navy spokesman, on Thursday, said that six ships and an islander plane have been patrolling the Sulu Sea after Malaysian authorities reported the presence of loyal supporters of the sultanate. The group is headed by Raja Muda Azzimudie Kiram, a brother of Sultan Jamalul Kiram 3rd of Sulu. The Manila Times reports the Navy patrol team is keeping a close watch on the vicinity of the provinces of Sulu, Tawi-Tawi and Basilan, home provinces of Kiram's mostly Tausog warriors. The naval patrol, he said, is for "security and stability of the situation." "We are avoiding the escalation of the issue," the Navy spokesman added. Favic clarified that the Navy's patrol and reconnaissance mission on the vast Sulu Sea was not requested by Malaysia. He added though that the Philippine Navy is ready to conduct joint maritime patrol operations with the Malaysian Navy within the disputed area. The Sulu Sea is a large body of water in the southwestern part of the country. Favic said that no one has been arrested trying to cross the southern backdoor going to Sabah so far. Heirs of the Sultan of Sulu said that their followers will stay put in Sabah, which they claim as theirs. The Filipinos are staying in the village of Tanduao, surrounded by Malaysian forces. Negotiations Emissaries of the Philippine government continue to negotiate with the leaders of hundreds of members of the sultanate of Sulu, who rejected Malaysian demands to return to the Philippines. Government sources said that there is a plan to fly a Philippine Air Force C-130 transport plane to Sabah, or a naval boat to fetch Azzimudie's group and bring them back home. But whether such plans will be carried out "depends on the situation on the ground," a source, who is privy to the negotiations with the sultanate leaders said. Two weeks into the standoff, Malaysian officials are now calling for a drastic action against the sultanate's followers. Sabah's Daily Express quoted Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein as saying that there will be no compromise on the rights and safety of its people in resolving the intrusion of the Filipinos, some of them armed. "Since they had guns, it is important our action does not lead to bloodshed," he said. Malaysian security forces have surrounded the village, where the sultanate members are seeking refuge. "The issue is not political, not racial, no connection with the stand on sovereignty but in our context this is our land and this is something that can jeopardize the nation's security. This is why we are trying to handle wisely without bloodshed or loss of lives in our land," he said. He said that Malaysia is working closely with the Philippines to resolve the standoff. - Agencies |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan