MIMPI SENJA |
- Adakah Pencerobohan Lahad Datu perancangan UMNO? - Jeffrey Kitingan
- Dunia Artis : Bertunang dengan bini orang .... awat jadi lagu tu ?
- 'Sofea Hana' - Penggodam laman web Jab Penerangan
- Pemimpin umno Kedah pun ramai tak suka Mukhriz
- PENJELASAN - Juara Realiti TV Rogol Kekasih
- PERHATIAN : TOLONG SEBARKAN
- TERKINI ; Tanah runtuh di Ara Damansara
- TERKINI : dari Lahad Datu
Adakah Pencerobohan Lahad Datu perancangan UMNO? - Jeffrey Kitingan Posted: 19 Feb 2013 08:59 PM PST Is Lahad Datu siege a Umno-BN plan?The government's 'unconvincing actions' via negotiations had 'legitimised' the Sulu army's demands and made us a laughing stock, said STAR chief Jeffrey Kitingan. KOTA KINABALU: Is the incursion of more than 100 armed Filipino men from the alleged royal Sulu army an elaborate federal level Umno strategy to scare Sabahans into voting back the Barisan Nasional in the 13th general election? Is that why the federal government and its top leaders – Prime Minister Najib Tun Razak included – seem unperturbed by the threats and demands of the Manila-acknowledged Sultan of Sulu Jamalul Kiram III and his men led by brother Raja Muda Abimuddin who are holed up in Lahad Datu since Feb 9? Isn't it possible that Putrajaya and Manila are in cahoots? After all, it has been reported in the Philippine media that President Benigno Aquino was "informed of the incursions from Day One". Also noteworthy is that Malaysia took credit as peacemaker in the long-drawn insurgency in the southern Philippines. Furthermore, Najib, who was in Sabah on a whirlwind visit during the landings in Lahad Datu, had said nothing. This would explain the police and security forces' gentle handling of the situation when it would otherwise be treated as a breach of national security. It all seems to point towards an orchestrated siege, said Sabah State Reform Party (STAR) chief Jeffrey Kitingan today. Said Jeffrey: "This new form of fear-mongering makes sense knowing BN's desperation in wanting to hold on to power in the light of the ruling coalition's lowest level of popularity and support at the moment." He said the way the tense situation is being handled supported this theory, pointing out to the fact that neither Najib nor Home Minister Hishammuddin Hussein had made any effort to explain the real situation in Lahad Datu in spite of the many inconsistencies on the information received by the people. "The numerous rumours of disturbances like in Kota Kinabalu and other areas spreading through social networks like Facebook add credence to the theory of the intrusion being orchestrated to frighten the people of Sabah," he said. Jeffrey added that international reports of various Sulu Sultans claiming Sabah as their rightful homeland and the intruders as members of their royal army as well as the Malaysian government's tentative handling of the incursion have only lent intrigue to the situation. Unconvincing actions He also pointed out that by the government's "unconvincing actions" via negotiations, it had "legitimised" their actions. "We are becoming a laughing stock under the scrutiny of international observation. "We are talking of an intrusion by military units in full gear and [the use of] weapons like M-16, the deadliest gun in army warfare. "Why can't they treat this as a flagrant criminal act, a breach of national security and a violation of Malaysian sovereignty? "By negotiating, the government is giving a lot of legitimacy to the intruders as if they have some sort of rights. "It's also not amusing that the story is unfolding to portray the heroic acts of the intruders. It's making the police and army look weak and indecisive," said Jeffrey. He also questioned the efficiency of Malaysia's security apparatus in the incident. "Where were the national military intelligence and tip-off of the impending intrusion or invasion so it could be pre-empted? "The government must explain where were the navy, marine police and its security patrols? Where was the whole security apparatus with helicopters, tanks and heavy artillery? They should have been called in. "[Everything points to] an orchestrated show and drama because the other components of a real invasion are missing," he said. - FMT | ||
Dunia Artis : Bertunang dengan bini orang .... awat jadi lagu tu ? Posted: 19 Feb 2013 08:16 PM PST Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang. Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status "tunangnya" itu. Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya untuk bertunang berbanding hubungan dengan pelakon Almy Nadia yang sudah terjalin sejak tujuh tahun lalu. Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia dengan kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.
Fizz Fairuz menyifatkan kemungkinan besar dia terkena buatan orang. Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27. Sementara itu, Almy Nadia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu masuk campur berkaitan urusan pelakon lelaki itu lagi. Memetik laporan mStar Online pada 14 Februari lalu, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam. Wan Akashah juga turut menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum untuk mengelak sebarang prasangka.-Mstar Online | ||
'Sofea Hana' - Penggodam laman web Jab Penerangan Posted: 19 Feb 2013 07:38 PM PST Oleh Gaddafi Musli KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana' yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu. Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro. Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber. "Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan. "Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu," jelasnya. Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. "Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek," katanya ketika dihubungi. Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.- Metro | ||
Pemimpin umno Kedah pun ramai tak suka Mukhriz Posted: 19 Feb 2013 07:14 PM PST February 20, 2013 KUALA LUMPUR, 20 Feb – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan. Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat. "Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau," kata ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider. "Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan," tambah beliau seterusnya diSINI | ||
PENJELASAN - Juara Realiti TV Rogol Kekasih Posted: 19 Feb 2013 05:36 PM PST PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol. Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu. "Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan. "Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini. Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya. Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet. "Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku," jelasnya. Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya. Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai. "Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau. "Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai," jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan. Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu. | ||
Posted: 19 Feb 2013 08:30 AM PST
PERHATIAN: TOLONG 'SHARE' DAN SEBARKANPERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH. Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah. Jangan abaikan...sila share Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad sumber fb media islamic | ||
TERKINI ; Tanah runtuh di Ara Damansara Posted: 19 Feb 2013 06:11 AM PST Posted on 19 February 2013 - 09:57pm PETALING JAYA (Feb 19, 2013): A stretch of road collapsed in a landslide here Monday night after heavy rain caused a retaining wall to give way. The wall fell onto the riverbank, causing the road to collapse at around 8pm, before the soil further eroded through the night. This caused the entire road section to collapse just metres from some shoplots in Dataran Ara Damansara. Petaling Jaya mayor Datuk Alinah Ahmad said today immediate rectifications were being made to prevent further soil erosion and danger to businesses and people in the area. "We are trying to rectify the whole thing. We are putting on plastic sheets and diverting discharged water to the river. "After that, we will put in sheet piles to stop further erosion," she told theSun during a site visit today. MBPJ councillor Khairul Anuar Zainuddin, who is in charge of Ara Damansara, said the department would immediately issue notices to tenants and owners of nearby shoplots, informing them of the action taken. "However, this area has not been handed over to the council yet, so it is still under the developer, Dataran Ara Damansara Sdn Bhd. "The council will take immediate measures first and then ensure the developer fixes the problem," he told theSun today. Khairul said the issue most likely arose from heavy rains, but it could also be due to lack of maintenance or slipshod work during initial construction. "One of the main issues in Ara Damansara is that some developments have yet to be handed over by the developers to the local council, which results in confusion among residents and businesses," he said. Mohd Kamil Othman, owner of the corner shoplot closest to the landslide, said he alerted the police and fire department the night the road gave way. "Throughout the night, there's obviously further erosion of the soil. I'm not the only one worried, everyone is," said Mohd Kamil, whose shoplot is located three metres from the landslide site. Kamil said soil movement first became apparent at 6pm on Monday, and then subsequently further eroded every half hour. "A car was parked along the stretch, and had to be pushed out when the road caved in slightly. And then after two hours, the whole thing gave way," he said. | ||
Posted: 19 Feb 2013 02:15 AM PST 19 Februari 2013 LAHAD DATU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke negara ini melalui Kampung Tanduo, dekat sini sejak 12 Februari lalu. "Saya boleh mengesahkan bahawa ruang masih diberi kepada pihak berkenaan dan juga pihak lain yang boleh membantu dalam pendekatan kita mencari penyelesaian terbaik," katanya. Beliau berkata, ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. "Dalam apa juga keadaan fokus utama kita ialah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik. Ini modus operandi kita... cara kita ialah untuk menyelamatkan nyawa. "Sekiranya ada pihak tertentu atau pihak lain yang boleh membantu mereka yang berkenaan, rasional, dan bekerjasama dengan kita, lebih cepat perkara ini dapat diselesikan. Saya menasihatkan semua pihak agar membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka," katanya sambil menasihatkan supaya menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai isu pencerobohan itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberi taklimat terkini berhubung insiden pencerobohan itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu di Tungku di sini hari ini. Turuh hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Selasa lepas, pasukan keselamatan menemui sekumpulan warga asing bersenjata berpakaian tentera mendarat di pesisir Lahad Datu dan polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo itu sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Hishammuddin berkata, pendekatan pihak berkuasa Malaysia dengan membuka pilihan yang ada dalam menangani masalah berkenaan ialah bagi mengelak insiden itu daripada dipolemik atau dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam negara dan antarabangsa. "Saya harap pihak yang terlibat jangan desak pihak berkuasa ke tahap itu. Tetapi kalau pihak berkuasa terpaksa melakukannya, demi kepentingan kedaulatan, marwah kita, saya rasa kita tak ada masalah...," katanya. "Kita dah kata lebih awal lagi bahawa kedaulatan dan keselamatan Sabah tidak akan dikompromi. Kalau itu tidak dapat diterima pihak berkenaan, kita yang mengawal sekarang apabila tiba masanya, saya terpaksa melakukan apa yang patut," katanya. Beliau menegaskan insiden itu bukanlah suatu mainan dan meminta media massa dan media sosial supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan operasi pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Menteri itu turut mengulangi kenyataannya di Kota Kinabalu semalam bahawa kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah tetap diutamakan dan tidak akan dikompromi serta meminta semua pihak supaya memberi sedikit masa kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Hishammuddin menjelaskan jumlah sebenar anggota kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo tidak lebih daripada 150 orang dan bukannya 1,000 orang seperti diuar-uarkan beberapa pihak. Beliau berkata Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu. "Pencerobohan itu juga tidak melibatkan orang kampung dan tiada rakyat Malaysia ditahan atau diculik dan apa yang pihak berkuasa kepung sejak hari pertama tidak melibatkan dan tiada risiko kepada rakyat kita...saya harap spekulasi dan khabar angin dapat dihentikan." Beliau berharap menerusi perkembangan terkini dan rasmi yang dikhabarkannya dalam lawatannya pada hari ini dapat menghentikan segala khabar angin dan spekulasi sama ada dari dalam negara dan luar negara. Hishammuddin berkata, lawatannya itu juga bagi memperjelaskan beberapa perkara yang dihebahkan di media massa dan laman sosial sebagai tidak berasas selain meninjau kedudukan anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas sepanjang operasi itu. Beliau menegaskan semua pihak harus memberi ruang kepada agensi keselamatan negara yang telah dilatih serta bertindak profesional dalam menjalankan tugas-tugas menangani kejadian pencerobohan itu. Sementara itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Angkatan Tugas Bersama 2, sentiasa bersiap siaga dalam mengawal sempadan negara terutama di kawasan pantai timur Sabah bagi menyekat penyusupan baharu. Kerajaan melalui Wisma Putra dan agensi risikan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerjasama baik dan berhubung rapat berhubung isu berkenaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan