Ahad, 17 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI TERPANAS - Najib letak Jawatan

Posted: 17 Feb 2013 08:32 PM PST



'Kenyataan palsu' dakwa PM letak jawatan dipadam

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan  Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri  Najib Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook. - 

sumber TT

Dekat2 nak mampoih dah Utusan : Lagi Utusan Haramjadah diarah bayar gantirugi pada YB Azan - Ahli Parlimen Indera Mahkota

Posted: 17 Feb 2013 08:01 PM PST


Azan bersama peguamnya. KUALA LUMPUR 18 FEB: Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysiamemohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu.
Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini.
Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini.
Azan bersama peguamnya.
"Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum," jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan.
Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat.
"Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45319

Kerusi sambut Najib di Ipoh .. hehe [jangan gelak kuat2 nanti depa marah]

Posted: 17 Feb 2013 08:40 AM PST


Bangku kosong sambut PM di UTC Ipoh!



3 hari peniaga barangan am dan barangan basah UTC Ipoh dinasihatkan bercuti atau erti kata lain diperintah bercuti selama 3 hari semata-mata menyambut Perdana Menteri rupanya hanya "majlis kerusi kosong menyambut Perdana Menteri".

Blogger dan media pro-BN bergegar mewar-war 35 000 rakyat akan menyambut insan yang selama ini murah dengan wang BRIM 1 dan II sebaliknya tidak mencapai sasaran.

Bayangkan peniaga rugi berniaga 3 hari sedangkan mereka selama ini susah mengambil cuti untuk mencari nafkah sebagai peniaga. 


Ironinya propaganda BN mengatakan himpunan BERSIH dan sebagainya yang merugikan peniaga sedagkan peniaga Masjid India dan Masjid Jamek sahaja yang tahu tuah akibat himpunan rakyat...barangan mereka licin dibeli oleh rakyat yang berhimpun di KL sebelum ini.

BN tidak pandai mengurus kehendak marhain. Lihatlah kegagalan TEMAN (Terminal Bisnes Pertanian) di Gopeng yang kini dibeli Mydin dan menjadi pusat RTC yang tidak memfokuskan asas tani. malah slogan awal memartabatkan petani dan menggalakkan pertanian hanya pembohongan BN dan agensi-agensi kerajaan yang diasuh mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

















PRU 13 - Dr Tan Kee Kwong bakal bertanding di Wangsa Maju mewakili PKR

Posted: 17 Feb 2013 07:40 AM PST


February 17, 2013

Dr Tan bertemu pengundi pada "walkabout" beliau. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, dijangka bakal  mengisi kerusi P116 Wangsa Maju pada Pilihan Raya 2013 selepas bekas ahli parlimen PKR, Wee Choo  Keong, keluar daripada parti tersebut pada 2010.
Dr Tan telah giat berkempen dan bertemu para pengundi selama dua tahun selepas kepimpinan tertinggi PKR memberinya tanggungjawab untuk memimpin cabang Wangsa Maju.
Semasa ditemui The Malaysian Insider dalam satu program "walkabout" penghujung tahun lalu, Dr Tan berkata beliau mula selesa dan  bertambah yakin selepas dua tahun mengadakan aktiviti dan bertemu rakyat di Wangsa Maju.
"Selepas dua tahun, hasil daripada kempen 'walkabout' dan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan mula menampakkan  kesan positif," kata bekas ahli parlimen Gerakan itu.

Dr Tan: Mengakui tugas sukar.
Dr Tan juga mengakui tugas sukar adalah apabila rakyat di kawasan tersebut mempersoalkan kesetiaannya bersama PKR dan apakah jaminan insiden keluar parti tidak akan berulang lagi selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
"Kali pertama disini, hampir semua mereka yang ditemui bertanya kepada saya apakah jaminan saya kepada mereka jika menang  pilihan raya," tambah Dr Tan yang pernah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah guna kuasa dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Dalam pada itu, dua pemimpin tertinggi PKR yang dihubungi oleh The Malaysian Insidermengakui Dr Tan telah diberikan  tanggungjawab untuk mengendalikan cabang kawasan tersebut sejak ketiadaan Wee.
"Ya, (Dr) Tan telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga cabang Wangsa Maju sejak Wee keluar parti. Tapi kemungkinan dia  bertanding disitu ada," kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Beliau diberikan tanggungjawab untuk memulihkan imej parti dan menguatkan jentera parti. Tetapi keputusan muktamad masih  lagi belum diputuskan."

Kebanyakkan kediaman campuran pangsapuri kos sederhana rendah…
Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad turut senada dengan Saifuddin yang menyatakan keputusan muktamad masih belum diputuskan dikawasan tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan Dr Tan akan menjadi calon di situ.
"Keputusan penuh masih belum dibuat, tapi itulah... kemungkinan (Dr) Tan akan bertanding disitu," terang pengarah komunikasi PKR itu lagi.
Kerusi P116 dilihat antara kerusi panas dalam PRU yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi, pada tahun 2008 PKR berjaya  merampas kerusi parlimen tersebut daripada MCA tetapi dengan majoriti yang sangat tipis iaitu 150 majoriti.
Bekas calon PKR, Wee mengalahkan calon daripada BN, Yew Teong Look dengan memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya  memperolehi 19,487 undi.
"Beliau (Dr Tan) hampir setiap minggu turun padang bertemu penduduk disini," kata Mohammad Hamdi Mohd Said, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wangsa Maju.
"Selepas ketiadaan Wee kawasan cabang disini agak kelam-kabut tetapi apabila Tan mula bekerja disini, keadaan sudah berubah.
"(Dr) Tan adalah seorang ahli politik tulen dan beliau tidak segan turun padang bertemu rakyat di sini yang dahulunya jarang dilakukan oleh Wee," kata Mohammad Hamdi lagi.

… Dan pangsapuri mewah (kondominium).
Mohammad Hamdi sebelum ini merupakan antara tonggak utama jentera yang bekerja semasa kemenangan Wee pada 2008 lalu.
"Perwatakan antara Dr Tan ini dan calon lama dulu sama sekali berbeza kerana pada 2008 dahulu kami telah melakukan kesilapan  meletak calon 'payung terjun'," terang Mohammad Hamdi.
Pengundi kaum Melayu merupakan yang terbesar di sini dengan 35, 258 (53.28 peratus) orang, diikuti kaum Cina 24, 000 (36.27  peratus) dan India dengan 5,741 (8.68 peratus).
Parlimen Wangsa Maju mempunyai pengundi paling ramai yang berusia antara 30-49 tahun dengan 45.68 peratus (30, 230) dan  diikuti golongan pesara yang berusia antara 50-69 tahun dengan 31.66 peratus (20, 953).
Kawasan bandar merupakan kerusi yang sengit untuk dimenangi oleh mana-mana parti, memandangkan perkembangan teknologi dan  penyaluran maklumat yang cepat sampai kepada penduduk di sekitar.
Kebanyakkan kediaman di Wangsa Maju terdiri daripada unit-unit penginapan berbentuk pangsapuri; pangsapuri kos sederhana  rendah dan pangsapuri mewah (kondominium).

Tiada ulasan: