Selasa, 26 Februari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Jingga 13 desak Polis siasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam

Posted: 25 Feb 2013 02:53 AM PST

KEPULANGAN Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari 2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang masih belum diumumkan.

Sewaktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , P.balasubaramaniam telah membuat penegasan sambil menjunjung kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa Akuan Bersumpah Pertama bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar dan menafikan Akuan Sumpah Ke 2.

Pada 7 Julai 2008 , saya ( Fariz Musa ) sewaktu itu sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia dan merangkap Ketua AMK Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu agar satu tindakan serius diambil membuat siasatan terhadap Akuan Bersumpah Pertama Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam . Malah Tan Sri Ismail Omar ketika itu selaku Timbalan Ketua Polis Negara mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh P.Balasubramaniam. Tetapi sehingga kini di manakah hasil siasatan yang telah dibuat oleh pihak polis?

Pengakuan P.balasubramaniam semalam yang menyatakan Akuan Bersumpah Pertama adalah benar serta menafikan Akuan Bersumpah Ke 2 perlu dipandang serius oleh pihak polis serta satu tindakan siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu yang turut melibatkan Bekas Penganalisis Politik Razak Baginda serta turut mengheret penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor.

JINGGA 13 mengesa agar pihak polis tidak bersikap dewi standard dan mengambil tindakan secara serius bagi mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.Kepulangan P.Balasubramaniam sudah pasti akan membantu siasatan skandal pembunuhan tersebut .

Muafakat*Prihatian*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: