Kelab Greenboc |
- Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!!
- [VIDEO] Samseng "Syaitan Dikenali" Serang Presiden ANAK, Polis Tengok Saja!
- [VIDEO] Ahli Parlimen Kelana Jaya Dedah Bukti Sistem Kehakiman Malaysia Masih Korup
- [VIDEO WAJIB TONTON] Sidang DUN K'tan vs TV3 Kes Geran Tanah Di RKT Lebir
- Kes Gobala vs Saifuddin: Dia Yang Saman Tapi Dia Yang Takut Untuk Hadir Di Mahkamah
- Banner Nurul Izzah Diturunkan Oleh Balaci UMNO Sempat Dirakam
Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!! Posted: 06 Feb 2013 12:31 AM PST Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini. Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam. "Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam. "Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya kepada The Malaysian Insider. Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut. "Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini. "Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini," katanya. Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian. "Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas. "Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai," katanya. Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu. Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab. Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan. Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. -TMI (7/4/11) |
[VIDEO] Samseng "Syaitan Dikenali" Serang Presiden ANAK, Polis Tengok Saja! Posted: 05 Feb 2013 10:10 PM PST Presiden Anak 'diserang' di Felda Sungai Tengi Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang' oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. "Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS. "Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam kelmarin. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh. "Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik," kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini. "Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan. " Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap. "Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis," katanya lagi. `Apa hak mereka' Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor. Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan. "Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis. Program ini mendapat kebenaran polis. "Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda. "Ketika di atas pentas, saya terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda). "Mereka kata saya bawa fitnah," tambahnya lagi.
|
[VIDEO] Ahli Parlimen Kelana Jaya Dedah Bukti Sistem Kehakiman Malaysia Masih Korup Posted: 05 Feb 2013 07:30 PM PST MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan rasuah. Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu. Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan. "Anda amat mengenali W. Dia kawan baik anda! Jadi anda boleh minta W tolong," kata Mui Fah. "Ya... tapi tidak perlu. J ada di situ! Kawan baik saya. J, broker licik saya sejak lama," jawab akauntan tersebut. Nama samaran "W" dan "J" itu tidak didengar daripada klip video berkenaan kerana disunting, namun dinyatakan dalam transkrip yang diedarkan Gwo Burne. Gwo Burne mengakui bahawa bapanya sengaja "mengenakan" akauntan tersebut sebagai satu jaminan, selepas akauntan berkenaan menyebut mengenai hubungan dengan seorang hakim kanan. -mk |
[VIDEO WAJIB TONTON] Sidang DUN K'tan vs TV3 Kes Geran Tanah Di RKT Lebir Posted: 05 Feb 2013 03:38 PM PST Umno/BN Cuba Gagalkan MB Agih Geran Kepada Peneroka GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir beberapa hari lalu. Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir. Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat. Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir. "Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut. "Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka. Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin. Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya . Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran. Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din. Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi. Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan. Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah. Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat. -HD (30/1/13) |
Kes Gobala vs Saifuddin: Dia Yang Saman Tapi Dia Yang Takut Untuk Hadir Di Mahkamah Posted: 05 Feb 2013 06:46 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital. Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala. Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad. "Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. "IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya," kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily. Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan. Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama. Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India. Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan. Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN. -KDMbr> |
Banner Nurul Izzah Diturunkan Oleh Balaci UMNO Sempat Dirakam Posted: 05 Feb 2013 04:35 AM PST Cerita ajaib | Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik. Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan. Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu! Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya. Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban.. -M Fakhrurrazy M Ariff Banner Kak Izzah diturunkan Di Jalan Pantai Baharu. Di Kerinchi. - pakat-pakat kalih |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan