Ahad, 3 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


50 TAHUN BN BERJANJI! K'jaan PR Tunaikan Impian 112 Penduduk Terima Geran Tanah

Posted: 03 Feb 2013 01:01 AM PST

Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Beliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur'janji manis' untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

"Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini.

Saya benar-benar bersyukur," katanya.

Seorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

"Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

"Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama," katanya.

[ISU NASHA] Hendak Kekal Dalam PAS Tapi Ikutlah Adab Berjemaah

Posted: 02 Feb 2013 10:32 PM PST

Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.

"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.

Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi.... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."

Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.

Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli.- Bernama

Ulasan GB

GB rasa keputusan Nasharuddin itu dapat diterima oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS malah kita mengalu-alukannya.

Akan tetapi, apabila kita membuat keputusan untuk bersama dengan jamaah, berarti kita sepatutnya menerima hakikat bahawa:

Dalam hubungan 'amal jama'i setiap ahli hendaklah jelas akan konsep tanzim kita dan keperluan kepada konsep ketaatan kepada keputusan jemaah. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Seseorang anggota yang telah beriltizam dengan sesuatu organisasi Islam / jamaah itu hendaklah mengekalkan keiltizaman dan kedudukannya tanpa tergugat oleh mana-mana sebab atau situasi yang boleh menyebabkan ianya keluar dari organisasi Islam/jamaah tersebut.

Jangan pula mudah terpedaya dengan habuan kesenangan dan merajuk lantaran kerana terpengaruh dengan situasi dan persekitaran terutama oleh nilai kebendaan.

Sebagai pengajarannya, kita dapati para sahabat di zaman Rasulullah saw tidak sedikitpun berganjak dari kebenaran Islam walaupun terpaksa menerima berbagai ancaman dan azab yang tidak terperi.

Mereka yang memimpin organisasi Islam/jamaah tidak pernah luntur keiltizaman mereka walaupun terdapat beberapa kepincangan di dalam organisasi atau jamaah tersebut. Mereka tetap berusaha memperbaiki dan memperteguhkan kelemahan yang sedang dialami oleh organisasi/jamaah dan bukan menggunakan kesempatan itu untuk menyerang jemaah disamping berbaik-baik pula dengan mereka yang selama ini diketahui sebagai "syaitan yang dikenali".

Renung baik-baik firman Allah swt ini:

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat dan senang nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata " Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang - orang yang berdusta". (Surah at-Taubah:42)

[EDISI HIPOKRIT] Mahathir Ajak Berpegang Kepada Al-Quran, San Miiguel Apa Cerita?

Posted: 02 Feb 2013 07:10 PM PST

Sudah buang tabiatkah Mahathir ini? Mengajak orang lain berpegang kepada Al-Quran sedangkan anak sulongnya, Mirzan namanya, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut!

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Menjelaskan lagi bahawa Mahathir itu manusia hipkrit darjah tertinggi!


Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran


SUNGAI PETANI, 2 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peperangan yang membabitkan sesama masyarakat Islam berlaku kerana pengikutnya tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak zaman sebelum kedatangan Islam, peperangan dan pembunuhan telahpun berlaku di negara-negara Arab, walaupun pada masa yang sama masih terdapat kumpulan yang inginkan keamanan wujud.

"Peperangan dalam zaman Islam berlaku kerana kita mengabaikan ajaran Islam.

Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.

"Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau mengkafirkan orang.

Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam.

"Ia datang dari orang yang mahu 'hijack' (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Semasa berucap di forum itu, Dr Mahathir berkata Islam adalah berkait rapat dengan keamanan, tetapi kerana perpecahan sesama penganutnya sehingga saling berbunuhan seperti yang berlaku sekarang, ia tidak membezakan mereka dengan zaman jahiliah.

"Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang 'hijack' agama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang terjadi kini, orang Islam bunuh orang Islam, kadang-kadang orang Islam bagi senjata kepada orang bukan Islam untuk bunuh orang Islam. Ini amat menyedihkan.

"Oleh itu bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.

"Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan," katanya.
-Bernama

Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan

Posted: 02 Feb 2013 04:30 PM PST


Klip video ini pendek sahaja namun ia cukup menyentuh perasaan siapa pun yang melihatnya.

Saksikan bagaimana si abang hendak membantu adik perempuannya untuk melintas sebuah parit kecil.

Semoga nilai-nilai murni yang tertanam itu akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Saksikan… – MyNewsHub

[EDISI HIPOKRIT] Ini Apasal Guna Murid Sekolah Sambut Menteri?

Posted: 02 Feb 2013 07:40 AM PST


Jangan politikkan bidang pendidikan - Najib

TUMPAT 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.."

murid2 sekolah dan cikgu2 ni patut berada dalam kelas...belajar! -fb

Yang Ini Lagi Parah!


SAMBUT NAJIB!!! 1000 pelajar sekolah menengah diwajibkan hadir



Esok 3hb Febuari 2013 DS Najib Razak akan melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sek Men Kebangsaan Taman Dato' Haron Petaling Jaya, Selangor, sempena PROGRAM KESUKARELAWAN-" MY BEAUTIFUL MALAYSIA" yang akan diadakan di padang sekolah berkenaan.

Untuk menanmpakkan agar program ini nampak meriah kerana menyambut najib Razak maka seramai 1,000 murid dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5, dikerah datang secara paksa oleh Pengetua sekolah berkenaan.

Sambil mengugut ianya termasuk dalam silibus pendidikan kokurikulum peringkat kebangsaan dan diambil kira untuk permarkahan dalam penilian kukurikulum PAJSK.

Jadi tidak hairanlah kalau majlis yang dihadiri Najib Razak nampak ramai yang memberikan sambutan.

SUDAH KANTOI!!!!! WAKENA BEB!!!! TEMBELANG SUDAH MELETUP!!!!OMAK KAU
-omakkau

Ulasan GB

Hipokrit... tetapi UMNO terpaksa berbuat demikian... jika tidak menteri termasuk PM akan jalan sendirian....

"Kasi Tahu Sama Soi Lek, Kami Tak Takut Undi PAS"

Posted: 02 Feb 2013 05:21 AM PST


MCA! your lies about PAS has failed!!! Many non malay openly support PAS now because we realise BN has been cheating and telling lies all this while! -fb

Maksudnya: MCA! penipuan anda berkenaan PAS telag gagal!! Kini ramai bukan Melayu meniokong PAS secara terbuka kerana kami sedar BN selama ini telah menipu dan berdusta.

Isu Air selangor: MB S'ngor Bidas Peter Chin Yang Salahkan Harga Air Murah

Posted: 02 Feb 2013 02:34 AM PST

Dalam krisis air Selangor, Khalid mengatakan Chin hanya mementingkan keuntungan

IJOK, 2 Feb — Perbalahan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis.

Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur.

"Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat," kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut.

"Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air," tambah beliau lagi.

Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia.

"Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah," tegas beliau.

Apabila ditanya mengenai kenyataan media Chin yang mengatakan kerajaan pusat tidak akan menyekat pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tetapi negeri tersebut memerlukan persetujuan antara pembekal dan pembeli, Abdul Khalid mendakwa Chin tidak memahami permintaan kerajaan negeri.

"Saya rasa Peter Chin ini tidak faham dengan permintaan kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan negeri bukan meminta untuk membeli SYABAS, tetapi kami meminta untuk membeli saham pelabur atau pemilik ekuiti di dalamnya termasuk Peter Chin," tegas beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, persetujuan mengambilalih bukan terletak kepada pihak SYABAS tetapi sebaliknya adalah dibawah kerajaan pusat memandangkan mereka adalah pemegang saham utama yang terdiri daripada Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan Kementerian Kewangan.

"Dalam pegangan tersebut, Kementerian Kewangan merupakan pemegang Saham Emas iaitu yang terbesar.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk pengambilalihan tersebut," terang Abdul Khalid.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

Akan tetapi Chin dua hari lalu memberitahu kerajaan negeri boleh membeli syarikat konsesi air jika syarikat swasta yang memegang kontrak bekalan tersebut bersetuju sambil menambah kerajaan pusat tidak akan menghalang urusniaga tersebut.

"Bagi saya ini adalah tawaran komersil biasa yang memerlukan persetujuan daripada pembeli dan penjual," kata Chin dalam satu sidang media di Putrajaya.

"Jika ada persetujuan, biarkan SPAN dan saya yang tahu," tambah beliau merujuk kepada pengendali syarikat air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. -TMI


'Harga murah punca krisis air di Selangor'


KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.

Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.

"Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.

"Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan," kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.

Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.

"Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.

"Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, Putrajaya menuduh keengganan kerajaan negeri Selangor membina loji rawatan Langat 2 sebagai punca krisis tersebut memandangkan sistem pengepaman sedia ada tidak mampu permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

Dalam surat yang ditulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR Selangor sebaik sahaja menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008.
-TMI

Tiada ulasan: