Kelab Greenboc |
- Pembaziran Melampau BN: Itulah Yang Bankrapkan Negara - Aziz Bari
- Rosmah Mencecet Lari Balik Gara-gara Protes Siswi UKM
- [VIDEO] Pendedahan Bala "Siapa Bunuh Altantuya?"
- Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis
- Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut!
- Bekas Bendahari UMNO Disaman Oleh Pelabur British Kerana Menipu RM12.8 juta
Pembaziran Melampau BN: Itulah Yang Bankrapkan Negara - Aziz Bari Posted: 28 Feb 2013 12:02 AM PST Umno-BN 'terlupa' bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka. Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor. Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat. "Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus. "Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis. Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup," ujarnya apabila ditemui di sini. Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara. Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan. "Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis," jelasnya. Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi. "Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal. "Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik. "Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara," katanya. -selangorku |
Rosmah Mencecet Lari Balik Gara-gara Protes Siswi UKM Posted: 27 Feb 2013 10:05 PM PST Protes: Rosmah Mansor 'diserang' siswi UKM BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu. Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau. Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang. Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu. Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut. Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi. "Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami. "Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis. -HD |
[VIDEO] Pendedahan Bala "Siapa Bunuh Altantuya?" Posted: 27 Feb 2013 07:15 PM PST Sepertimana yang diketahui, penyiasat persendirian P Balasubramanian telah tampil di pentas program anjuran NGO tersebut di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur malam tadi. Berikut ialah rakaman video yang jelas dari FMT. Ulasan mengenainya akan menyusul nanti. Selamat menonton dan selamat mendengar. |
Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis Posted: 27 Feb 2013 04:15 PM PST Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya. Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan. Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media. Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi. "Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas. "Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama Ulasan GB Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah. Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan. Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama. p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan. |
Bersih 1: Tian Chua, Mat Sabu & Unit Amal Bebas, Gobala Sangkut! Posted: 27 Feb 2013 06:31 AM PST Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007. Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara. Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah. "Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut," kata Jagjit. Berikutan itu, Gobalakrishnan dan seorang lagi penyokong Bersih, Muhd Harith Shahbudin Fatillah didapati bersalah kerana tidak mengikut arahan polis supaya bersurai dan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi setahun. Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA). Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum. "Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum. "Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan," kata Jagjit. Unit Amal tidak bersalah Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah. Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967. "Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat. "Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan. "Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012," kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia. "Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana," katanya. Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan bersama 14 penyokong Bersih lain dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan (Bersih di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November, 2007. Mereka diwakili peguam Haris Abdullah dan Tian Chua diwakili peguam Jason Tay. -FMT |
Bekas Bendahari UMNO Disaman Oleh Pelabur British Kerana Menipu RM12.8 juta Posted: 27 Feb 2013 03:25 AM PST Enam puluh pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi (gambar), serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua. "Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport," Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini. "Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan," katanya lagi. Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim," kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini. Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta (RM12.3 juta) kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua Umno bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009. Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia. "Sesetengah dokumen sengaja dibuat untuk menunjukkan suis tersebut menerima panggilan melalui mereka. Semua klien kami percaya suis tersebut beroperasi, tetapi apabila mereka tiba di Malaysia, suis itu tidak wujud, mereka akhirnya tidak memiliki ekuiti di Doxport dan tidak memiliki suis tersebut," katanya lagi. Peguam itu menambah pelabur tersebut mensasarkan pendapatan melalui trafik panggilan yang dirakam oleh suis tersebut, yang Doxport mendakwa ia akan dilaksanakan di Malaysia, Vietnam dan Filipina. "Para pelabur ditipu bahawa Doxport menjalankan perniagaan di Kemboja dan untuk memperkukuhkan kedudukan, mereka diminta untuk melabur, namun didapati Doxport tidak mempunyai lesen untuk beroperasi apa-pun di Kemboja," katanya lagi. Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan. Azim — yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 — juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan