Isnin, 25 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siaran Lansung: Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 [updated]

Posted: 24 Feb 2013 11:30 PM PST


Shah Alam: Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 telah bermula di Pusat Konvensyen Shah Alam dengan penuh warna warni.

Menjelang konvensyen bermula pelbagai persembahan kebudayaan dipersembahkan bagi menyambut semua yang hadir.

Dari tarian suku kaum di Sabah dan Sarawak hinggalah ke serunai dan gendang Melayu, tarian singa dan persembahan serunai India.

Ia melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya yang diraikan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan yang bakal mentadbir negara yang terdiri dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini.

Konvensyen kali ini adalah yang terakhir menjelang pilihanraya umum ke13 yang bakal berlangsung.

Tema konvensyen ini adalah Pakatan Harapan Rakyat melambangkan kesungguhan gabungan ini untuk memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia.

Anwar, Hadi & Guang Eng ketuai pimpinan Pakatan di Konvensyen

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengetuai parti masing-masing pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Ketibaan mereka pagi ini diiringi persembahan silat diikuti acara kebudayaan Malaysia.

Sebaik ketiga-tiga mereka mengambil tempat, majlis diteruskan dengan lagu Negaraku, seterusnya bacaan doa.

Abdul Hadi dan Guan Eng dijadual menyampaikan ucaptama mewakili parti masing-masing antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan.

Ucaptama Anwar mewakili KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku.
-KD


Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13

PAS sudah bersedia dengan 'ramuan-ramuan' kemenangan bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan paling lewat 60 hari dari sekarang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, ramuan kemenangan itu termasuklah menyelesaikan serta menggerakkan pembentukan jentera parti yang sedia bertempur bila-bila masa sahaja.

"798 kerusi DUN dan parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali dengan satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC pagi ini.

Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan.

"Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya.

Hatta berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia dengan segala bentuk penipuan yang akan berlaku dalam PRU nanti.

"Kita di malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia dengan penipuan," katanya.

Apa yang penting katanya, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat juga memutuskan masa depan politik negara akan ditentukan oleh rakyat negara.

Justeru, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau NGO akan mempastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia.
-HD

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.
-HD


Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam.

Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam.

Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan.

Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya.




Bukan Saja Ramai Ke Penjara, Ramai Juga Bakal Ke Hospital Bahagia...

Posted: 24 Feb 2013 06:58 PM PST


Umno BN dilihat di dalam keadaan yang cukup tersedak di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.

Ini dipaparkan melalui perwatakan melampau dengan caci maki yang kesat diluahkan oleh gerombolan "syaitan dikenali" sehinggakan seperti sudah tidak ada iman lagi di dalam hati mereka.

Hal ini juga berlaku bukan saja di peringkat bawahan tetapi, Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, pernah memaki peneroka FELDA dengan "haramjadah" kerana tidak mempersetujui langkahnya untuk menyenaraikan FGVH.

Dari sudut psikologis, mereka yang sedemikian sebenarnya menggambarkan jiwa yang kacau bilau apabila minda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan sudah tiada lagi rasa malu, lantas mengeluarkan perkataan lucah, mencarut serta melakukan tindakan abnormal sebagai satu escapism.

Justeru itu, kita akan melihat nanti bahawa bukan sahaja ramai menteri dan ahli UMNO BN yang akan ke penjara kerana rasuah, salahgunakuasa, kronisme dan lain-lain selepas "kebenaran dan keadilan" dapat ditegakkan, tetapi tidak kurang juga ramai yang akan dihantar ke hospital bahagia untuk mendapat rawatan mental kerana perlakuan-perlakuan yang melampaui batas mereka itu. Termasuklah golongan blogger pencacai UMNO yang menjadikan perkara fitnah, lucah dan mencarut sebagai cara untuk melepaskan geram mereka.

Ruang dan dunia syaitan dikenali semakin sempit di ruang dan dunia yang memertabatkan kebenaran dan keadilan. Kita camkanlah perkataan dan tindakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti syaitan yang dikenali ini.....

Gambar-gambar ini menyaksikan pesakit-pesakit mental berkenaan.








[EDISI MELOYAKAN] Dipaksa Pakai Mafla "I LOVE PM"

Posted: 24 Feb 2013 04:30 PM PST


Bukan setakat dikerahnya orang ramai serta kakitangan awam datang meramaikan majlis yang akan di hadiri oleh Najib, rupanya orang ramai juga dipaksa mengibar mafla "I LOVE PM"

[Lihat gambar] Itulah hakikatnya Sempena Lawatan PM, Beribu Mafla telah tersedia dibekalkan Kepada Orang Ramai Untuk Dikibarkan Kononnya Mereka Cintakan PM.

Ha ha ha ha LOL

Adakah cinta itu perlu dipaksa ????

UweeKKKK -batuvskayu

Ulasan GB

Sesuatu yang dipaksa tidak ada bersamanya "kesetiaan", justeru itu pemaksaan pemakaian mafla "I LOVE PM" hanya satu penipuan dan pembaziran.

Ia tampak seperti lakonan semata-mata.

Berbeza dengan kebangkitan rakyat yang tidak dipaksa, tapi lahir dari hati nurani sebenar. Itulah nanti yang mampu menggugat apa-apa kerajaan di mukabumi. Demikian hukum kebenaran dan keadilan.

[VIDEO] Kisah Papagomo Tersebar, Ceraikan Isteri & Rampas Anaknya

Posted: 24 Feb 2013 07:15 AM PST

Blogger pencacai UMNO terkenal, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris atau nama glamornya PAPAGOMO, rupa-rupanya kini menghadapi masalah rumahtangga yang serius apabila beliau dilaporkan telah mengabai dan menceraikan isterinya dan di dalam satu video yang beredar di laman sosial menyatakan papagomo telah merampas anaknya dengan kasar dari bekas isterinya itu.

Hal mengenai beliau meletup dan hebat dibincangkan di forum cari.com.my

Petikan:

Lelaki kalau rampas anak dari ex-wife selalunya bukan sebab sayang kat anak dia lebih kepada nak balas dendam dgn ex-wife jer... Dulu kan ada kes laki dia larikan anak dari ex-wife lepas tu bukan dia nak bela...pegi hantar kat rumah anak yatim. Mak budak tu cari anak dia bagai nak gila last2 jumpa kat rumah anak yatim kat Ulu Langat masa kejadian tanah runtuh hari tuh...dasar laki busuk hati!!!

Anaknya bernama Wan Cassandra. Sila rujuk blog bekas isterinya BELLINA.

Di dalam satu video yang dimuatnaik di youtube, papagomo dilihat telah dengan kejam rampas anak mcm tu jer.. tgk masa 0:04 dia pakai jersi malaysia:



Ulasan GB

GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!

Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan itu baru sekelumit balasanNya, di "sana" menanti lebih banyak jika masih enggan bertaubat.

Kita tunggu kisah blogger-blogger pencacai yang lain pula. Yang jahat itu PASTI terhukum jua!

[VIDEO] Anwar Kecam Media Putar Belit Ucapan Nik Aziz

Posted: 24 Feb 2013 03:45 AM PST


Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

"Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

"Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

"Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih," katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.

Ia berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.

Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz tetapi ia mustahil berlaku.

"Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik) berlaku ," katanya.

Tiada ulasan: